Assalamualikum semua , kali ini saya akan menceritakan mengenai percutian saya ke hong kong selama 4 hari 3 malam dengan menaiki penerbangan apa lagi kalau tak Airasia , now everyone can fly hehe , perancangan untuk ke Hong Kong sudah sekian lama , rasa 2 tahun lepas lagi , cadangnya nak pergi bersama best friend saya tup tup mereka kena sambung study jadi saya pun bertanya kepada kawan yang lain dan akhirnya kawan lama saya Faez nak join , lepas saja saya terima duit dari Faez malam tu terus booking flight ke Hong Kong 25 May sehingga 28 May , saya booking awal bulan 3 , dalam tempoh 2 bulan lebih tu saya banyak buat research di google mengenai Hong Kong maklumlah ini kali pertama datang ke sini lagi2 tanpa travel agent , semuanya sendiri2 , jadi perancangan perlu dibuat dengan betul. Sebelum tu saya nak cerita serba sedikit mengenai Hong Kong.
Hong Kong
Di bawah prinsip "1 Negera, Dua Sistem", Hong Kong menjadi sebuah 'Special Administrative Region of the People's Republic of China' pada 1 Julai 1997. Perjanjian ini membolehkan bandaraya ini terus menikmati tahap autonomi yang tinggi, termasuk dalam mengekalkan sistem kapitalis, perundangan bebas dan peraturan undang-undang, perdagangan bebas dan kebebasan bersuara.
Hong Kong terbahagi kepada 3 bahagian Lantau Island , New Territories , Hong Kong Island
Hong Kong
Di bawah prinsip "1 Negera, Dua Sistem", Hong Kong menjadi sebuah 'Special Administrative Region of the People's Republic of China' pada 1 Julai 1997. Perjanjian ini membolehkan bandaraya ini terus menikmati tahap autonomi yang tinggi, termasuk dalam mengekalkan sistem kapitalis, perundangan bebas dan peraturan undang-undang, perdagangan bebas dan kebebasan bersuara.
Hong Kong terbahagi kepada 3 bahagian Lantau Island , New Territories , Hong Kong Island
Hong Kong mempunyai iklim sub-tropika dengan pelbagai musim.
Musim Bunga (Mac ke Mei)
Musim Bunga (Mac ke Mei)
Suhu dan kelembapan meningkat. Waktu malam mungkin sejuk.
Suhu purata: 17⁰C - 26⁰C
Musim Panas (Jun ke Ogos)
Panas, lembap dan terik, dengan hujan sekali-sekala dan ribut petir. Suhu boleh melebihi 31⁰C tetapi tahap kelembapan yang tinggi boleh menjadikannya lebih panas.
Suhu Purata: 26⁰C - 31⁰C
Musim Luruh (September ke November)
Terdapat tiupan angin yang menyegarkan, sinaran matahari yang banyak dan suhu yang selesa. Ramai yang menganggap inilah bulan-bulan terbaik untuk melawat Hong Kong.
Suhu purata: 19⁰C - 28⁰C
Musim Sejuk (Disember ke Februari)
Sejuk, kering dan berawan, dengan kesejukan sekali-sekali. Suhu boleh turun hingga bawah 10⁰C di kawasan bandar.
Suhu Purata: 12⁰C - 20⁰C
Waktu saya pergi musim bunga tapi 1 bunga pun tak ada haha , dan bukan itu saja suhu berubah ke musim panas , panas sama di Malaysia , mmg kalau nak jalan tu mesti berpeluh dan tak selesa , angin pun kadang2 je ada , jadi saya sarankan pada mereka yang teringin untuk datang ke Hong Kong datanglah pada musim sejuk hehe , ni pendapat saya saja , kalau nak jalan musim lain pun terpulang ;)
Musim Panas (Jun ke Ogos)
Panas, lembap dan terik, dengan hujan sekali-sekala dan ribut petir. Suhu boleh melebihi 31⁰C tetapi tahap kelembapan yang tinggi boleh menjadikannya lebih panas.
Suhu Purata: 26⁰C - 31⁰C
Musim Luruh (September ke November)
Terdapat tiupan angin yang menyegarkan, sinaran matahari yang banyak dan suhu yang selesa. Ramai yang menganggap inilah bulan-bulan terbaik untuk melawat Hong Kong.
Suhu purata: 19⁰C - 28⁰C
Musim Sejuk (Disember ke Februari)
Sejuk, kering dan berawan, dengan kesejukan sekali-sekali. Suhu boleh turun hingga bawah 10⁰C di kawasan bandar.
Suhu Purata: 12⁰C - 20⁰C
Waktu saya pergi musim bunga tapi 1 bunga pun tak ada haha , dan bukan itu saja suhu berubah ke musim panas , panas sama di Malaysia , mmg kalau nak jalan tu mesti berpeluh dan tak selesa , angin pun kadang2 je ada , jadi saya sarankan pada mereka yang teringin untuk datang ke Hong Kong datanglah pada musim sejuk hehe , ni pendapat saya saja , kalau nak jalan musim lain pun terpulang ;)
Persiapan Ke Hong Kong
1. Passport - Pastikan ada balance lebih 6 bulan sebelum tamat tempoh , contoh passport expired bulan 10 , pergi bulan 5 jadi kat situ ada baki lebih kurang 4-5 bulan , haa wajib renew passport okey
2. Visa - Untuk makluman warga negara Malaysia tidak memerlukan visa untuk ke Hong Kong dan Macau , hanya China sahaja perlu ada visa
3. Duit Hong Kong - Hong Kong menggunakan mata wang dollar , saya ada survey money changer di ampang park paling murah 100HKD - RM48.10 , KLCC 100HKD - RM47.50 , Seremban2 Jusco dan Port Dickson Billion termurah hanya RM46.90 untuk 100HKD saja
4. Tiket Kapal Terbang - Airasia semestinya termurah hehe
5. Hotel - saya book hotel melalui agoda.com dan menginap di HK Downtown Backapaker
6. Insurans - Boleh ammbil dengan Fuad dari Etiqa Takaful , one & only travel insurans terbaik menggunakan cashless payment tanpa sebarang bayaran jika dimasukkan ke dalam hospital ! Insurans lain menggunakan konsep pay & claim , kalau kena RM80 Ribu bil hospital , kita perlu guna duit sendiri , balik Malaysia baru boleh claim. Boleh buka web fuad disiniiii
Hari Pertama
Saya bertolak dari Port Dickson ke KL pada malam ahad , kenapa KL? sebab kawan saya faez tinggal di Kg Baru , kami berada di KL Sentral jam 12:30 malam dan malangnya bas ke KLIA 2 bermula pukul 3 pagi haha , jadi kami lepak dulu di McD KL Sentral , borak punya borak jam pun dah pukul 2:40 pagi , kami terus menuju ke stesen bas , sampai je letak beg di bawah bas dan bas pun terus gerak , right on time !
Perjalanan mengambil masa kurang 1 jam ke KLIA2 , sampai saja ambil troli dan lepak dulu memandangkan flight pukul 7:10 pagi , pukul 4:30 kami terus check in baggage , sebenarnya tak ambil pun bagasi tapi last minit ayah bagitau makanan dalam tin kena rampas , memandangkan dlm beg saya ada tin makanan terpaksa lah add on bagasi , rupanya bukan beg saya saja , beg faez pun mcm2 ada , daging hitam , botol kicap , shampoo , sabun mandi , perfume , semua ni kalau lalu di imigresen mmg kena rampass ! haha hadoii
Perjalanan mengambil masa kurang 1 jam ke KLIA2 , sampai saja ambil troli dan lepak dulu memandangkan flight pukul 7:10 pagi , pukul 4:30 kami terus check in baggage , sebenarnya tak ambil pun bagasi tapi last minit ayah bagitau makanan dalam tin kena rampas , memandangkan dlm beg saya ada tin makanan terpaksa lah add on bagasi , rupanya bukan beg saya saja , beg faez pun mcm2 ada , daging hitam , botol kicap , shampoo , sabun mandi , perfume , semua ni kalau lalu di imigresen mmg kena rampass ! haha hadoii
Balai Perlepasan Antarabangsa
Sedang menunggu gate di buka , oh ya untuk makluman surau ada di sini , jadi mana yang flight pukul 7 tu boleh solat subuh dulu
sedang beratur untuk masuk ke dalam pesawat
Perjalanan ke Hong Kong mengambil masa 3 jam 50 minit , agak bosan juga ya lagi2 kita pun tau seat airasia tidak tiada skrin tv , jadinya tidur jerlah nampaknya haha
so cute this kid give me cookies hihi
Hong Kong Airport
Kami naik bas A21 laluan ke Hung Hom station , tambang kalau tak silap 33HKD , just touch je guna octopus card , memang mudah sebab tak perlu nak sediakan duit kecil pasal dia orang takkan bagi baki .
Lantau Island
Dalam Bas
Kami turun di Bus
Stop No 8 , Sino Centre , jangan risau di tv ada tunjuk setiap perhentian , maklumat lanjut mengenai laluan bas di Hong Kong boleh klik sini . Tujuan datang ke Sino Centre untuk membeli tiket di Ding Ding International Travel , naik lif tingkat 14 , keluar lif ada 2 pintu tak silap , masuk pintu pertama dan akan jumpa kiri kanan mcm ofice kecil , cari room 14038 belah kiri , haa dah jumpa pun , kami pun masuk , bila lihat harga2 tiket huh rupanya China Travel Service lagi murahh haha , takpelah dah sampai takkan nak patah balik , dah lah jauh nk ke airport , nak tak nak beli lah juga
Harga Latest 25/5/2015
Mesti orang tertanya kenapa mesti beli di travel agency kenapa tak beli terus dekat sana nanti , sebab harganya murah , bayangkan kalau beli direct dengan Disneyland 499HKD , Ocean Park 345HKD , The Peak (The Peak Tram & Sky Terrace 428) 83HKD , nampak tak jauh bezanya hehe , okey selepas urusan beli selesai kami tunggu di bus stop Sino Centre untuk ke Chungking Mansion, tempat hotel kami di kawasan Kowloon . Kami naik bas apa2 saja sebab laluan hotel dan sino centre adalah jalan yang sama , cuma tempat hotel tu depan lagi , kalau jalan kaki memang jauh lagi2 tengah panas huh .
Sumber Wikipedia
Sampai di Chungking Mansions kami menuju ke hotel untuk check in , untuk makluman bangunan CM ni menempatkan pelbagai hotel2 yang ditawarkan dalam 1 bumbung . Kalau korang masuk dalam ni dah tak macam kat HK , rasa macam kat negara lain sebab penuh dengan orang2 pakistan , bangla , arab , negro haha , kalau ada sesiapa tawarkan bilik buat bodo je terus jalan , dikuatiri sendikit penipuan , tapi yang bestnyaa banyak kedai makan halal kat bawah , jadi tak perlu risau untuk cari kedai makan yang menyediakan makanan halal , kalau nak makan turun je bawah , perlu diingatkan harga makanan di Hong Kong memang mahal , nasi putih saja dah 20 dollar , tapi kami siap tawar menawar lagi , mula2 kita tanya how much rice only? he say 20 dollar , lepas tu kita org blar , terus dia jerit 15 dollar , okeyy 10 dollar , kita org pun patah balik haha lawak lah bila ingat balik , beras dia org pun guna brasmati .
Okey lepas dah ambil kunci terus masuk bilik untuk rehat , haaa nak ingatkan lagi bilik2 hotel kat HK ni semuanya memang kecik2 , bukan setakat kecik je harga pun mahal , ini kerana bandar HK terlalu padat dengan penduduknya , tanah tak besar mana pun .
Sebelum tu lupa nak bagitau waktu di HK sama dengan waktu di Malaysia cuma waktu solat saja berbeza , zohor pukul 12 tgh hari , asar pukul 3:38 , magrib pukul 7 , isyak pukul 8:05 , maklumat lanjut mengenai waktu solat boleh search di google ya. Selepas solat magrib kami menuju ke salah satu tempat tarikan utama iaitu Avenue Of Star tempat penghormatan kepada nama-nama yang telah membantu Hong Kong untuk dijadikan sebagai "Hollywood Timur" dengan plak komemoratif, cetakan tapak tangan selebriti, catatan peristiwa penting, tanda ingatan filem, patung saiz sebenar adiwira aksi kungfu Bruce Lee. Di Avenue Of Star juga kita boleh melihat pemandangan bangunan2 di HK Island , mmg nice sangat , tepat jam 8 malam bermula pertunjukkan Symphony Of Lights , hermm boleh lah haha
Hong Kong Island
Lepas menyaksikan persembahan lampu yang tak seberapa tu kami menuju ke HK Island , saja nak ronda2 bandar dengan menaiki tram , untuk ke sebarang boleh naik ferry atau boleh juga naik MTR , so saya decide nak naik ferry sebab dekat je kat situ , tambang pun hanya 2.30HKD sehala , memang murahh sangat . Untuk ke HK Island ambil laluan To Central ya , touch saja card octopus . Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 minit
Ferry
Palang ni akan dibuka ketika ferry tiba
Suasana dalam ferry
Lepas keluar dari ferry terusss je menaiki jejantas dan di sebelah kiri ada Hong Kong observatory (lebih kurang macam eye on Malaysia) , terus lagi akan jumpa belah kanan bangunan Apple. Terus lagi akan jumpa macam mall , masuk dalam mall tu , terus belok kiri ada jumpa escalator menuju ke bawah dan di hadapan tu akan nampak laluan tram , tambang hanya 2.30HKD dan boleh pergi ke mana2 sahaja , laluan tram ada 6 , boleh lihat disini . Kami naik tram Happy Valley ke bandar , ternyata waktu malam agak lenggang jalan , orang pun tak ramai , di dalam tram pun hanya saya berdua saja dengan kawan. Naik tram ikut belakang , turun baru keluar di pintu hadapan , haa jangan lupa pula ya untuk touch card hehe .
Hong Kong Observatory
Bangunan di HK Island
Apple
Dalam tram
Tram di Hong Kong Island
Habis saja ronda kami pun balik ke hotel menaiki ferry , last ferry kalau tak silap pukul 11 , pastikan balik sebelum pukul 11 malam ya , kalau tak kena berenang laut HK tu haha , gurau saja . Sampai di Chungkin Mansion beli nasi siap2 , untuk makan di bilik hotel hehe , okey itu saja untuk first entry , entry kedua pula akan bersambung ...
Part 2 - Hong Kong Disneyland May 2015
Part 3 - Hong Kong Ocean Park May 2015
Part 4 - Hong Kong Victoria Peak May 2015
UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebro, gambar tu harga all tickets kat ding ding travel kat atas tu x dpt buka arr?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteslm.nk tny..hrg ticket disneyland ke 85hkd?? mcm mn nk beli utk dptkan hrga yg murah mcm tuh??
ReplyDeletehai mcm mana ye i boleh contact you untuk tanya lebih detail psl trip ke HKG?
ReplyDeletebagus la entry ttg hong kong ni..anyway tq ye kongsi tips, semoga bermanfaat utk travellers yg nak ke hong kong (macam akak & family, hihihi)
ReplyDeletesalam, nak tnya sepanjang ke hk downtown backpakers tu senang tak nak cari & nmpk tempat tu?
ReplyDeleteAki nk pergi march ni....saspen gak ni
ReplyDeleteHai semua maaf jika tak sempat balas satu persatu komen , terima kasih kerana melawat blog fuad :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletepernah transit saja di HK.
ReplyDelete