Okey bagi mereka yang tak tau di mana lokasi Pejabat Imigresen Seremban , ni alamat dan peta sekali bagi memudahkan korang untuk cari
Jabatan Imigresen Negeri Sembilan
Tingkat 2 dan 4
Wisma Persekutuan
Jalan Dato' Abdul Kadir
70000 Seremban
Tel : 06-7620000
Faks : 06-7632491
Ini kali kedua saya datang ke sini , korang boleh ikut laluan menuju ke Masjid Negeri , sampai di roundbout , ambil kiri , terus sikit akan nampak Wisma Persekutuan belah kanan , tak silap saya belah kiri pusat kraftangan , parking disini jangan cakap lah memang penuh kot , lagi2 waktu bekerjakan . Untuk makluman bangunan Wisma Persekutuan ini menempatkan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan .
Okey sampai di Wisma , saya naik tingkat 2 ke 4 saya pun ingat2 lupa , tau pun lepas tanya mak guard kt bawah , naik lif belok kanan haaa dah jumpa Pejabat Imigresen , waktu saya datang jam 9:45 pagi macam tu , orang pun dah ramai ingat datang hari biasa orang tak ramai haha :D
Untuk renew korang perlu bawa passport lama , IC dannn sudah tentu duit hehe
Waktu collect 11:30 pagi , 1 jam proses , sementara nak menunggu tu pergi makan jap , jalan2 kat mall saja nak cukupkan masa , pukul 11:30 pergi balik imigresen untuk collect passport , bagi resit kat akak yang jaga kaunter depan tu dan beliau bgi no giliran .. haa kena tunggu lagi keee , herm nasib baik cepat dalam 5 minit macam tu nama pun dipanggil , yeayy dah dapat passport baru hihi , lega urusan dah selesai , tamat mati Nov 2020 , saya nak ingatkan bila renew passport no passport pun baru tau , no lama tu dah tak guna , sebab macam saya konon2 nak check in Airasia letak no passport lama dengan harapan bila passport baru no passport dikekalkan , rupanya tak , nasib baik saya tak check in kalau tak tak pasal2 tak dapat masuk pesawat sebab no passport berbeza dengan yang kita key in tu hehe , okey ini saja untuk post pertama , post kedua saya akn cerita percutian saya ke Hong Kong pula , byee
UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE
nak photostat ic?
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteHaha 2017 and Still useful blog entry. thank youuu
ReplyDeleteur welcome :)
Delete