SEBELUM BERLEPAS
Passport - Pastikan expired date masih berbaki lebih 6 bulan ke atas
Visa - Rakyat Malaysia tidak perlu visa untuk ke Brunei
Duit - Brunei menggunakan mata wang dollar , tapi orang Brunei panggil Ringgit.
Insurans - Ambil dengan Fuad dari Etiqa Takaful , one & only travel insurans terbaik menggunakan cashless payment tanpa sebarang bayaran jika dimasukkan ke dalam hospital ! Insurans lain menggunakan konsep pay & claim , kalau kena RM80 Ribu bil hospital , kita perlu guna duit sendiri , balik Malaysia baru boleh claim. Boleh buka web fuad disiniiii
PENGANGKUTAN DI BRUNEI
Teksi - Sejujurnya ketika fuad di sana sangat jarang untuk lihat teksi.
UBER / GRAB - Tiada di Brunei
Dart - Di Brunei ada 1 apps yang sama seperti Uber/Grab , boleh download di app store atau play store , maklumat lanjut klik sini https://www.dartbrunei.com/taxitariff/
Bas

Peta Laluan Bas sumber https://wikitravel.org/en/File:Brunei_public_bus_map.jpeg#/media/File:Brunei_public_bus_map.jpeg
Di Brunei saya boleh katakan pengangkutan utamanya adalah bas , harga tambang sehala flat rate 1 dollar , tapi bas di Brunei unik sikit sebab macam bas 80an gitu , tak ada loceng untuk tekan , pintu pun main pakai tarik tali je . Jadi bila naik bagitau nak ke mana , so nanti dia tau kita nak turun mana .
Tali untuk buka pintu bas
PENGINAPAN
Boleh book di AGODA KLIK SINI . Hotel serendah RM70 .
HARI PERTAMA
Flight dari KLIA2 pukul 6:20 pagi , jadi fuad just parking kereta di LRT Kg Baru ambil last train pukul 11:30 , sampai di KL Sentral fuad tunggu sehingga pukul 3 pagi sebab bas pertama ke KLIA2 pukul 3 pagi , sepanjang 3 jam menunggu banyak dihabiskan melayari internet , mujur Mcd buka 24 jam .
Bas ke KLIA2
Muka baru bangun tidur
Rezeki 1 row tak ada orang , boleh lah meluruskan kaki
Iced Vietnam sedapp giler , nanti boleh cuba
Yeay selamat sampai di Brunei International Airport , saya rasa Penang Airport lebih besar dari Brunei Airport dan tidak sesibuk KLIA2 . Gate pun tidak banyak .
Sampai di airport ada beberapa cara untuk ke bandar , cara fuad pastinya penggangkutan awam iaitu bas , untuk menaiki bas keluar saja dari pintu arrival tu belok ke kiri terus dan akan nampak pintu Departure , kat sebelah situ akan nampak sign Bas Awam . Untuk tunggu bas tidak lah lama , waktu fuad sampai tu duduk dalam 5 minit dah sampai .
Jangan terkejut dan heran jika anda melihat bas di Brunei agak 80an , sejujurnya fuad tak pernah nampak bas begini di Malaysia , mungkin kerajaan Brunei ada konsep tesendiri . Waktu naik bagitau nak ke terminal bas . Tambang hanya 1 dollar sahaja.
Bangunan bangunan di Brunei memang tidak tinggi , paling tinggi rasanya Gadong Mall .
Dari airport ke bas terminal tidak jauh anggaran dalam 15 minit . Sampai ke bas terminal pun anda jangan terkejut juga melihat keadaannya
Untuk lawatan pertama kita akan ke Masjid Omar Ali Saifuddien , jalan kaki je dari bas terminal , boleh katakan semua tempat lawatan 1 tempat saja .
Boleh katakan semua tempat lawatan termasuk masjid tidak dibenarkan mengambil gambar ketika di dalam . Jadi kita ambil gambar di luar saja .
Lawatan kedua iaitu Muzium Kebesaran Diraja , muzium ini menempatkan semua hadiah dan barangan di raja . Dalam tidak boleh ambil gambar , masuk adalah percuma .
Apa yang fuad tau tiang jam ini dibina tanda keakraban negara Malaysia dan Brunei .
Padang ni fuad rasa lebih kurang macam padang acara ulang tahun majlis dan sebagainya
Waktu nak ke kampung ayer ada 1 pameran Brunei-Singapura .
Kampung Ayer ni menempatkan penempatan segelintir rakyat Brunei yang masih tinggal disini , ada pembawa boat caj 20 dollar seorang , dan ada juga caj 15 dollar seorang untuk pusing .Saya tak naik hihi . Tapi saya sarankan bagi anda yang baru datang ke sini untuk naik dan merasai sendiri . Boleh lihat Istana Nurul Iman dari jauh .
Selepas puas pusing di bandar , terus ke terminal bas untuk ke Gadong Mall dan Pasar Gadong. Cara untuk naik , di setiap pintu ada papan route bus no berapa , kalau nak senang tanya je driver bas .
Waktu fuad pergi ni mall agak lenggang mungkin hari orang bekerja kan , sebenarnya masuk sini pasal nak tunggu masa pukul 4 , pasar gadong baru buka .
Jalan jalan tak tau nak buat apa mujur ada pawagam , fuad sempat tengok Greatest Showman , harga lebih kurang je di Malaysia RM12 , pawagam kecil .
Movie start pukul 2 petang , habis 3:50 memang ngam ngam , walaupun pawagam dia kecil tapi mampat , maksudnya hall kecil skrin besar , memang puas tengok sebab ada yang fuad pergi hall kecil skrin pun kecil . Ini kali kedua tengok wayang di luar negara , sebelum ini di Jeju .
Yeayy kelihatan makcik makcik sudah membuka gerai , tapi waktu fuad datang ni ada banyak gerai yang belum dibuka , kalau seronok datang malam lagi meriah tapi disebabkan fuad naik bas kena adjust masa sebab last bas ke tempat penginapan pukul 5 petang , malam dah tak ada .
Saya punya misi adalah mencari makanan yang saya tak pernah nampak dan dengar di Malaysia .
Saya beli 1 Nasi Katok , tanya katok tu apa akak tu cakap orang dulu dulu jual setiap rumah ketuk ketuk pintu , hehe . Dia ada nasi putih , ayam dan sambal . Saya beli satay 18 cocok 6 dollar dan 1 nasi lemak pusu , pusu tu ikan bilis . Yang lain tu lebih kurang sama je menu di Malaysia .
Habis je pusing pasar gadong terus naik bas ke tempat menginap , actually saya pun tak tau nak tunggu bas di mana sebab tak nampak bas stop , lihat di google map ada 1 bus stop depan pasar .
Waktu untuk berehat , flight esok pukul 9:20 pagi kena bangun pukul 5 pagi .
Makanan yang fuad beli tadi for dinner
HARI KEDUA
Pagi ni bangun duk fikir macam mana nak pergi airport sebab pada mulanya fikir nak guna apps Dart tambang dalam 18 dollar / RM54 perjalanan 12 minit for me agak pricely tapi tak kisah sangat asalkan sempat sampai ke airport cuma bila terbanding dengan bas baru 2 dollar hihi . Jadi saya buat keputusan untuk tunggu bas pukul 5:50 pagi sebab saya tau bas mula beroperasi pukul 6 pagi , agak mencabar sebenarnya sebab kawasan tempat saya menginap walaupun tidak jauh dari bandar tapi kawasan perkampungan jadi risau kalau tiada bas . Saya akan tunggu sampai pukul 7 pagi jika tiada bas baru book Dart , tunngu punya tunggu 6:40 tak ada bas dah risau terus book Dart tapi masalahnya teksi not available on my area aduhh , terus google teksi Brunei , ada jumpa 1 pakcik ni , whatsapp dia caj 20 dollar , tiba2 6:50 bas muncul fuh selamat . Maka beriang ria lah hati ketika dalam bas . Sampai di terminal baru naik bas 23 rasanya kalau tak silap , menuju ke airport .
Kawasan tempat saya menginap
Sampai di airport kena varified dulu di kaunter Airasia.
Makanan waktu balik alwayss lasagna
Kesimpulan yang saya boleh berikan selama di Brunei , saya rasa bukan saya seorang mungkin orang lain juga dari negara lain sebelum datang ke Brunei dia punya tanggapan sangat tinggi sebab satu dunia sedia maklum Brunei antara negara terkaya di dunia dengan hasil minyaknya , malah saya memang tau bangunan di Brunei tidak tinggi tinggi , saya faham adakala sesebuah kerajaan tidak mahukan kemodenan tapi bila saya melihat bas yang agak lama dan terminal basnya seperti tidak di jaga , mungkin kerajaan Brunei ada sebab tertentu dan mungkin juga pembaca dari Brunei boleh memberikan sedikit penjelasan untuk mereka lebih memahami apa konsep yang cuba untuk diketengahkan oleh kerajaan negara Brunei Darussalam . Jujurnya saya sangat terkejut , sehingga saya balik Malaysia saya masih tak boleh move on , mungkin tanggapan saya tinggi . Jadi fuad sarankan kepada anda semua yang ingin ke Brunei , pertama kalau datang berkeluarga lebih bagus ambil pakej tour siap dengan pengangkutan atau boleh sewa kereta . Kedua , cari penginapan di bandar tapi kalau ada pengangkutan sendiri tiada masalah . Ketiga , negara Brunei lebih sesuai untuk bersantai dan merehatkan minda dari kesibukan ibu kota , jadi jika anda lebih suka kepada hiburan Brunei mungkin bukan sesuai untuk anda . Keempat , bas di Brunei beroperasi 6 pagi sehingga 8 malam , bergantung lalaun bas . Kelima , ada bas di sediakan dari Brunei ke Miri , mungkin anda boleh spend masa Miri & Brunei , dan ada juga ferry ke Labuan . Keenam , hasil carian saya di google ramai mengatakan tidak berbaloi datang ke Istana Nurul Iman sebab tidak dibenarkan masuk , yang saya tau istana hanya buka untuk orang awam pada hari raya , boleh naik boat di Kampung Ayer boleh nampak istana . Ketujuh , di Brunei tiada banyak tempat lawatan , rasanya 1 hari dah boleh cover semua . Okey itu saja cerita dari fuad untuk short trip kali ini , now nak fikir untuk destinasi seterusnya ke Indonesia , Vietnam , Myanmar , Cambodia , Laos , Sri Lanka . Bye bye ..
UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE
Okeh trimas atas perkongsian, macam ini rupanya suasana di sana ya... ada bercadang nak pergi jenguk ke sana nanti, sekarang dah tahu what to expect :)
ReplyDeletesama sama hihi ^_^
DeleteTotal ground berapa ya in burnei dolar? Macam best je kalau backpackers.
ReplyDeletewaktu ni saya habis dalam ..
DeleteBas 4 dollar - RM16
Makan 9 dollar - RM27
tu jelah pun sebab tak ada tempat lawatan sangat , kalau naik boat kt sungai sorang 15-20 dollar
Total ground berapa ya in burnei dolar? Macam best je kalau backpackers.
ReplyDeleteWah best nya saya pun baru plan nak pergi Brunei bulan jun
ReplyDelete^_^ ^_^
DeleteAda tahu pakej ground disana
ReplyDeletetak pasti sis , tapi kalau pergi di bandar ada syarikat pelancongan tapi tidak banyak , atau boleh urus terus dgn travel agency di Malaysia yang menawarkan pakej ground dri Brunei
Deletehello...brapa tambang bas dari terminal bas ke pasar gadong?
ReplyDeletekalau tak silap 1 dollar , sana mcm standard je dan murah
DeleteAssalamualaikum Fuad. macam mana fuad dapatkan internet access dekat brunei ye? on roaming ke?
ReplyDeleteW`salam , pengguna maxis hotlink ada plan RM10 sehari untuk negara asean , boleh buka fb , insta , wassap dan web . Fuad guna prepaid tak perlu buat roaming , postpaid saja perlu aktifkan roaming
Deletehebat la fuad, snsorang pon on. sy pon nak pergi jan ni. 3-5 jan. hopefully ok la semua. hehe
ReplyDeletesis nanti pm saya iti sis. saya nak gi sana jugak
Deletehihi , Brunei ni kalau pergi tak rasa takut sebab aman damai , kurang kes jenayah , org kat sana pun okey ^_^
DeleteBerbaloi x pgi 3 hri 2 mlm..sy plan mmg nk santai2..rehat kn minda
ReplyDeleteberbaloi kalau menginap hotel atau resort dekat dengan pantai atau hutan ke , kalau dalam bandar tak ada apa sangat , takut nanti boring hihi
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteYa betul kalau melancong utk santai...bukan utk shoping tau hiburan sila lah datang brunei...bandaraya kebusadayaaan dan muslim
ReplyDeleteberapa hari sesuai untuk ke brunei?
ReplyDelete1 hari je hihi , kalau boleh dtg sini visit Miri sekali , ada bas disediakan di bandar Brunei
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteTerima kasih atas penerangan yang jelas dan jujur..😂
ReplyDeletehaha , sama sama :D
DeleteSaya pun plan nak ke Brunei. Tapi ingat nak stay dalam sebulan camtu. Nak try kerja dan create pengalaman sepanjang cuti sem, pendapa fuad caner?
ReplyDeletePertama saya nak tanya kenapa nak pergi Brunei dan stay sana sampi sebulan ? Adakah disebabkan pelbagai cerita yang menarik mengenai Brunei sebagai negara islam dan antara negara tekaya di dunia ? Saya cakap secara jujur , selepas saya sampai di Brunei tanggapan dan bayangan saya terus hilang dari radar 😂 , saya sendiri pun tak tau nak bagitau apa sebenarnya best disana . Kalau nak kerja , sis nak kerja apa ? Baik sis kerja di Singapore , much better for me , malah sis boleh kumpul duit yang banyak when u stay at JB :)
DeleteMcm x jadi j nk p sana..... Heheh btul lh kata fuad, utk relax bule p brunei.... Klu nk seronok njoy jnjln shopping bagai, xssuai lh kn....
ReplyDeletebetul sisss , sebab itu ramai pi shopping kat Miri hihi ^_^
Deleteada bas Brunei-Miri disediakan
nak tahu hotel terdekat dgn masjid Omar Ali Saifudin.nak stay one month Ramadhan dekat ulang alik sembahyang terawih
ReplyDeleteboleh buat carian di agoda.com melalui map :)
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletePergi sana 2 hari je ok lah kot. Nak tgk negara jiran. Sbb tgk mcm diorg takde pun nak tarik pelancung ke sana.. Diorg dh kaya.
ReplyDeleteitulah tetapi apa salahnyakan menaikkan atau mencantikkan infrastruktur kemudahan awam untuk rakyatnya , seperti terminal bas dan juga bas.
DeleteMakcik n pakcik dah lm teringin nak kesana skrg dah pencen,kami bknlah nak enjoy tp nak lihat suasana kg kehidupan saudara muslim kita, ada ke org sana buat style homestay mcm kat m'sia ,suasana kg kat sana mcmana, perkembangan Islam pula mcm mn teringin nak lihat kls Tahfiz, sekolah dia org, boleh send kat email ibuhanitsk@yahoo.com.my atau fb Tiriffin
ReplyDeleteSouvenir murah tak dekat sana?
ReplyDeletetak adalah murah sangat , biasa saja , seperti di Malaysia
DeleteYg kaya sultan dgn kerabat dia jea.. rakyat dia masih ramai duduk atas kampung air.. negara x x pembangunan dah ketinggalan.. nama je byk hasil... Tapi smua tau hasil tu masuk poket sape😂 ala.. sultan yg ada 2 ribu kereta mewah tu... Nak banding dgn Malaysia atau Singapore mmg x de lah.
ReplyDeleteHai Fuad. I think you misconcept of what Brunei really looks like. I suggest you datang sini kena research sikit, probably you came here waktu tiada perayaan and if you happened to come here on Sunday, you could experience Bandarku Ceria, free-cars day and waktu org brunei beriadah, cycling, mini bazaar, lots of activities too and sometimes if you are lucky enough, you will happen to meet the Sultan and his kerabat too beramah mesra (mingling with rakyat). I suggest you come here friday-sunday like that, sebab kami sekolah/kerja isnin-khamis & sabtu sebab jumaat tu, waktu khas diberikan kiteorg untk senang solat jumaat dan berziarah gitu. Thats why nampak lenggang sgt kan.. datanglah sini waktu perayaan, kalau teringin nak ziarah Istana Sultan dan berjumpa, kena pi sini waktu hari raya ke 2,3 & 4.. istana open to public for 3 days only. Or you can come here waktu perayaan Hari Jadi Sultan coming up this 15th July, Hari Kebangsaan and for dart, i know its kinda pricey, u can cari private driver yg murah kat sini and ask FB=BruneiFM And sorry to say, we dont really have much entertainment here but we are living here peacefully. Alhamdulilah
ReplyDeleteand to clear you thought we dont have much pembangunan yang tinggi2 tu, because kami nak preserve our historical buildings, if you see bandar tu bangunan lama2 sebab bangunan tu banyak sejarah dari zaman pemerintahan British lagi, it's a remark for all of us dari mana usul kami. and some misunderstand kenapa ramai duduk atas kampung air tu, if you really pergi kg ayer sana, kerajaan bina perumahan moden jenis konkret utk rakyat disana and mostly org sana wanted to preserve asal usul diaorang supaya tak lupa diri dan yang tinggal kat darat tu, kebanyakan berasal dari Kg Ayer juga. And banyak kemudahan kerajaan bagi rakyat kat sini, free education, free medical n mcm2..kami bersyukur. And yeah, i hope you can research banyak lagi tmpt brunei yer, kat Kg Ayer tu ada pakej homestay too, muzium pun ada di sana jua, try our JP theme park too, Visit Empire hotel/resort - free jer nak jalan2 kat sana, you should try pergi Sumbangsih food court (buka 7 pagi hingga petang)- semua makanan murah2 kat sini, kalau nak barang souvenirs- you can go to happy star/kedai $1.80 (hampir je sebelah mall gadong), Masjid Jame', Masjid Ash Shaliheen, kalau nak stay murah di Seameo Voctech Gadong-seberang pasar gadong mall jer.. Itu je lah nak bagitau.
It's ok for having high expectations of what Brunei looks like, every person have different experiences. But we are all welcoming everyone here and hope you guys can try for the next trip maybe? Insya Allah and not to forget thank you Fuad for coming here.
Assalamualaikum wrt
Hi W`salam SNH ,
DeleteThank You So Much for your sharing & explanation , I really appreciate 💖 Semoga memberi manfaat buat pembaca .
Hi assalamualaikum,
Deleteyeah there are also some places lagi you should try to go, ie ambil package to Temburong district, try masjid masjid kat brunei, pondok warisan kat Tutong district, OGDC kuala belait and many more. opss, jgn lupa try our Ambuyat menu. Also nice juga, kalau datang ke Brunei waktu musim buah, confirm dapat rasa buah buahan tempatan yang tak ada kat semenanjung, contoh Durian kuning, Tarap, kembayau, etc. Alhamdulillah i pernah bawa orang malaysia pergi melawat brunei, Alhamdulillah mereka berpuas hati.
About the public transportation kat Brunei ni, yeah saya setuju agak susah nak dapat, because majority kat Brunei, they using their own car pergi kemana mana tempat, sebab tu susah untuk meliat warga Brunei mengunakan public transport.
Assalamualaikum.
DeleteFuad, terima kasih info yang dikongsi. Boleh saya jadikan panduan asas untuk ke BSB pada 19 Ogos ini. I'll be there for +-1 week. First time ke Brunei & seorang diri.
Begitu juga terima kasih kepada SNH & Nazz yang turut berkongsi info. Both of u org Brunei ya? Boleh saya communicate for further info about BSB & sekitarnya? Saya akan ke beberapa tempat di BSB & sekitarnya bagi menjejaki & mengumpul beberapa info berkaitan salasiah keturunan Brunei-Malaysia.
Sekiranya SNH & Nazz tidak keberatan.. dapat kita dapat further communicate.
sama sama ^_^
DeleteMcm nak tray ja pi..nak tengok live diorang mcm mna.. adakah ada perangai pelik mcm mlaysia ni ha3... tngok gnbar fuad tangkap rasa sejuk je mata ni..
ReplyDeletepergi dulu baru tau hihi , orang2 Brunei baik2 saja :)
DeleteNice sharing. Thank you Fuad.
ReplyDeleteyour welcome , thanks u too sudi baca ^_^
Deletebab public transport tu yg seram sikit...mcm susah gak nak dpt...
ReplyDelete