Sebelum Berlepas
Passport - Pastikan expired date masih berbaki lebih 6 bulan ke atas
Visa - Untuk makluman semua rakyat Malaysia yang ingin ke Austraia harus ada visa ETA namanya , tak mahal saya buat dekat travel agency RM20 untuk setahun dan prosesnya sangat mudah berbanding visa China , hanya bagi detail di whatsapp dan buat pembayaran , haritu juga dapat email .
Insurans - Ambil dengan Fuad dari Etiqa Takaful , one & only travel insurans terbaik menggunakan cashless payment tanpa sebarang bayaran jika dimasukkan ke dalam hospital ! Insurans lain menggunakan konsep pay & claim , kalau kena RM80 Ribu bil hospital , kita perlu guna duit sendiri , balik Malaysia baru boleh claim. Boleh buka web fuad disiniiii
Duit - Australia menggunakan mata wang Dollar , 1 AUD bersamaan RM3. berapa ya lupa sen kt belakang tu
perbezaan duit syiling 50 sen dan 2AUD
INTERNATIONAL ADAPTER JANGAN LUPA
Pengangkutan di Perth
Perth Underground Train
Line train terbahagi kepada Armadale line , Joondalup line , Mandurah line , Fremantle line dan Midland line . Saya sarankan u guys buka web transperth http://www.transperth.wa.gov.au . Di web tu kita boleh letak alamat tempat kita stay dan tempat yang kita nak pergi dan klik Plan Journey , nanti dia akan paparkan waktu , bas no apa yang kena naik , train apa , dan bus stop no . Memang sangat mudah , saya pun hari2 check sebelum bertolak saya buka web transperth dulu untuk tengok bus stop no berapa yang kena tunggu dan bas no berapa . Atau kalau u guy ada download google map , just search kt situ pun boleh juga .
Google maps
Tambang Transperth
Transperth menyediakan 1 sistem di mana 1 tiket kita boleh guna banyak kali untuk bas , train dan ferry bagi tempoh 2 jam dan terdiri beberapa zone kawasan , setiap zone mempunyai caj tambang berbeza beza , contoh kita naik bas dan cakap tambang untuk zone 2 , so tiket tu kita jangan buang , kita boleh guna untuk bas , train dan juga ferry untuk tempoh 2 jam dan valid untuk kawasan zone 2 sahaja , di slip tiket ada expired time bila naik tunjuk je tiket tu kt driver .
Caj Tambang Untuk Seorang
Zone 1 - 3AUD
Zone 2 - 4.6AUD
Zone 3 - 5.5AUD
Kalau area Perth sampai zone 2 saja , maklumat zone boleh klik sini
Bagi mereka yang pergi bersama keluarga boleh guna tiket Family Rider up to seven people kalau tak silap , 1 tiket 12.40 AUD boleh guna untuk 1 hari , nak jalan 1 hari suntuk pun tak ada hal , just naik bas tunjuk je tiket ni TETAPI tiket family rider ni sah untuk bas sahaja , kalau nak naik train tiket ni sah untuk 2 orang , mean kalau u guys pergi 4 orang , so 2 orang tak perlu bayar , lagi 2 perlu beli tiket yang baru , so nasihat saya apa jua naik jelah bas walaupun kena bertukar tukar untuk menjimatkan duit daripada nak beli yang baru hehe , dan lagi 1 ketepatan masa tiba bas dan train sangat tepat , di setiap bus stop siap ada tulis no bas dan waktu lagi , kalau kata 12:30 , 12:30 tepat bas sampai .
Tiket Family Rider
Tiksi dan Uber
Teksi disini caj boleh katakan agak mahal juga , saya sarankan u guys pakai je Uber , tapi Uber di Perth tak terima cash , hanya pembayaran credit/debit card sahaja
Pemandu Uber yang peramah
Penginapan
Saya book melalui Airbnb.com , sangat best dan berpatutan harganya berbanding dengan hotel , saya sewa 1 rumah lagi , my mom suka gila
rumah grey tu owner punya rumah
Makanan
Saya di Perth bawa makanan dalam tin dari Malaysia , mcm2 ada . Haa nak ingatkan lagi 1 perkara yang penting , di Australia kita tak boleh bawa makanan sebarangan seperti ayam dan daging dalam tin , u guys boleh search di google makanan apa yang boleh dan tak boleh bawa , so saya bawa sardin , sambal kerang , sotong dalam tin , ikan sambal dalam tin , telur dan beras saya beli kt supermarket berdekatan tempat saya tinggal.
Travel Insurans - Ambil dengan Fuad dari Etiqa Takaful , one & only travel insurans terbaik menggunakan cashless payment tanpa sebarang bayaran jika dimasukkan ke dalam hospital ! Insurans lain menggunakan konsep pay & claim , kalau kena RM80 Ribu bil hospital , kita perlu guna duit sendiri , balik Malaysia baru boleh claim. Boleh buka web fuad disiniiii
Travel Insurans - Ambil dengan Fuad dari Etiqa Takaful , one & only travel insurans terbaik menggunakan cashless payment tanpa sebarang bayaran jika dimasukkan ke dalam hospital ! Insurans lain menggunakan konsep pay & claim , kalau kena RM80 Ribu bil hospital , kita perlu guna duit sendiri , balik Malaysia baru boleh claim. Boleh buka web fuad disiniiii
HARI PERTAMA
Perjalanan mengambil masa 5 jam 30 minit dari KLIA2 ke Perth Airport ,flight jam pukul 9:30 pagi kalau tak silap , jadi pukul 5:30 pagi dah gerak dari rumah ke ERL Salak Tinggi untuk parking kereta dan naik train ke KLIA2 . Parking di sini murah sehari RM2 . Waktu di Perth sama saja waktu Malaysia . Sampai di Perth pukul 3 petang lebih.
happy face
kena declare apa yang kita bawa
perth airport
sampai saja di kastam saat yang mendebarkan saya risau kalau makanan saya ada yang kena buang , so saya pun dah siap2 listkan dalam 1 kertas apa makanan yang saya bawa , sampai saja turn saya tunjukkan list yang saya bawa dan sorang petugas mak saleh sangat peramah dan baik , kelakar pun ada juga , dia buka beg check persatu dia tengok , syukur Alhamdulillah semuanya lepas . Saya ada baca kat blog ada yang cakap ada anjing , petugas garang dan sebagainya , mungkin ikut nasib kan , time saya semuanya okey anjing pun tiada.
dalam teksi ke rumah sewa
sampai saja di rumah petang2 tu saya dan kakak pergi ke supermarket beli susu , telur dan beras , nyaman je kt sini waktu petang
harga barang kat sini tidak mahal sangat , lebih kurang harga di Malaysia , beras basmati saya beli gred tinggi pun 5kg baru 9AUD
Harini saya masak sambal kerang , actually panaskan je dari tin hehe , kanan tu saya masak nasi , btw periuk semua dah samak dengan sabun tahara
Rumah ni ada 3 bilik , master mak ayah , second akak saya , third ni bilik saya , sangat selesa
Hari pertama memang tiada aktiviti , just rest sahaja , simpan tenaga untuk aktiviti esok
HARI KEDUA
Hari kedua saya akan ke bandar Perth dan Kings Park Botanic , pagi2 bangun rasa nyaman saja , ketika ni musim bunga jadi suhu pagi ni dalam 14C .
Pagi ni saya nak masak sardin dan telur dada , sebelum gerak kena isi perut dulu
Mudah dengan penggunaan website Trasnsperth dapat memudahkan perjalanan , cara na pergi ke Kings Park , naik train turun Station Elizebeth Quay , lepas keluar station belok kiri ke Terminal Bas Elizabeth Quay , naik escalator , pergi kaunter Transperth bagitau nak pergi ke Kings Park nanti dia kasi map CAT BUS , saya lupa kena naik bas warna apa , tak silap warna hijau , Free of charge
Terminal bas Elizabeth Quay nak ke Kings Park , di bandar perth ada bas percuma iaitu CAT BAS , ada banyak warna
Di Kings Park ni u guys akan jumpa pelbagai spesis tumbuhan dan pokok liar yang tumbuh , disamping pemandangan yang cantik u guys nak berkelah pun boleh
Canopy walk
dalam bas ke bandar Perth
HARI KETIGA
Aktiviti harini kita akan ke Caversham Wildlife Park untuk melihat kangaroo , di Perth ada zoo juga tapi ramai yang mengatakan baik pergi ke sini sebab boleh pegang . Cara nak pergi Catch Train Midland Line, to Bassendean Stn Platform 2 , Walk To Bassendean Stn Stand 3
(Stop Number 17720) ( yang ni kena seberang kena keluar dari platform dan akan nampak bus stop kalau tak pasti tanya petugas di situ mana Bus Stop Number 17720) , Catch Bus 955, Bassendean Station(Stop Number 17720) to Lord St Before Youle-Dean Rd (Stop Number 15529) , kalau tak faham better buka http://www.transperth.wa.gov.au isi di Plan Journey , so u guys boleh nampak perjalanan dia
di Perth Station lebih kurang macam Kl Sental , menhubungkan line , ni masa nak tukar line
ke Midland Lane
selepas sampai ke Bassendean Station ni , kena keluar dari platform akan nampak beberapa bus stop , tunggu di bus stop no 17720 , ambil bas no 955
haa nampak tak lif tu ? naik lif tu dan seberang
dari bus stop 17720 di Bassendean Station , naik bus 955 turun bus stop no 15529 , sepanjang perjalanan tu kena perhati setiap no. bus stop , no. ikut urutan , so dont worry then nampak tak simpang kiri tu ? itulan jalan masuk nak ke caversham , jalan sikit nampak pintu masuk
u guys akan nampak benda ni dan ikut arahan disitu untuk van shuttle , kalau nak jalan kaki pun boleh TAPI jauh , dalam 10 minit begitu van akan sampai
only us , jangan lupa tanya driver bila last shuttle dari caversham ke pintu masuk
Caversham Wildlife Park , sorang 28AUD
kangaroo sedang tidur
kangaroo kat bahagian sini kotor sikit , yang di rumput bersih
sedap tidur ya
so cutee
kangaroo di sini semua jinak2
jangan lupa masuk farm show , it will be nice kalau u guys datang ke sini pukul 2 , sebab waktu show dekat2
Daily shows
MEET THE WOMBAT AND FRIENDS - 9.30am, 11.00am, 2.00pm and 3.45pm
FARM SHOW - 10.00am, 1.00pm and 3.00pm daily
MEET THE KOALAS - 9.00am to 9.30am , 11.30am to 12.00pm , 2.30pm to 3.00pm , 4.00pm to 4.30pm
so mula2 pergi farm show pukul 3 petang , then pergi wombat , then last pukul 4 tengok koalas
HARI KEEMPAT
Harini kita akan ke Freemantle , sini khas untuk beli cenderamata dan untuk merasai fish and chip yang popular di sini , cara nak pergi ada 2 cara , 1 naik bas dan 1 lagi naik train , macam tempat saya tinggal ni ada 1 bas terus ke freemantle so saya tak perlu tukar2 , saya naik bas no 998 , kalau nak naik train turun Freemantle station , anything boleh check di web http://www.transperth.wa.gov.au
HARI KELIMA
Harini tiada aktiviti , sebenarnya saya nak pergi Arulen Park , sebab nak tengok tulip , tapi bila saya mesej dia org , katanya tulip tahun ni baru je habis , so jadinya saya bagitau family harini rehat saja di rumah hehe
HARI KEENAM
Harini kita akan ke Kalamunda Culture Village zaman dulu2 perkampungan di Perth dan Cottesloe Beach , cara nak pergi sini uolss google map jerlah haha , sebab dia kena naik bas , dan bertukar 2 kali , semuanya bergantung tempat yang u guys tinggal , bila search kt google maps , every single thing dia dah kasi tau naik bas no berapa
perah susu nenen lembu hehe
bulu biri biri
hanya sentuh sahaja tak boleh dokong , petugas kat situ bagitau koala tak boleh stress
waktu balik kena sebarang jalan tunggu kat bus stop , the only one kat situ
senja
HARI KEEMPAT
Harini kita akan ke Freemantle , sini khas untuk beli cenderamata dan untuk merasai fish and chip yang popular di sini , cara nak pergi ada 2 cara , 1 naik bas dan 1 lagi naik train , macam tempat saya tinggal ni ada 1 bas terus ke freemantle so saya tak perlu tukar2 , saya naik bas no 998 , kalau nak naik train turun Freemantle station , anything boleh check di web http://www.transperth.wa.gov.au
bas betul2 berhenti di hapadan Freemantle Station
yang penting billboard Malaysia Airlines tetap ada
Dari Freemantle station nak ke E-Shed market tidak jauh pun jalan kaki je , lepas tu seberang dari landasan train . Di E-Shed market ni banyak kedai2 yang menjual barangan cenderamata , banyak blog mengatakan beli di kedai Megabes sebab murah , tapi saya sarankan pada u guys , kalau boleh masuk sini pusing semua kedai dan survey harga , so nanti u guys tak adalah nak blame `eh saya tengok kt blog fuad dia ckp kedai ni murah tapi aku tengok kedai lain ada yg lagi murah ` haha , so sebab tulah saya sarankan u guys ronda2 dulu k .
candy ni betul betul berantu , memang sedapp sangat , masa nak bayar kat Megabes tu pakcik tu kasi 1 buat rasa , bila dah rasa 1 terus nak beli , harga dalam RM44 , pastinya HALAL
lepas puas shopping di E-Shed , terus ke Kaili`s Fish & Chip , boleh naik CAT BUS (free of charge) , tunggu di bus stop Freemantle Station , ada palang tertulis CAT BUS , hanya ada warna biru dan merah saja , CAT BUS Freemantle ni akan pusing 1 freemantle , actually kat sini banyak tempat boleh dilawati , jadi datang sini pagi2 , takut tak sempat , nak shopping lagi , nak makan fish & chip lagi .
kalau pergi ramai boleh ambil family set lebih murah , portion dia pun banyak , air mineral 1 RM7
1 pinggan ni rasanya boleh makan 3 orang , french fries dia banyak gila , memang tak habis sampai bungkus bawa balik , lepas tu kalau boleh bawa lah cili sos sendiri , pasal kat sini dia kasi sos tarta saja , kalau nak lagi boleh kena bayar 60 sen AUD 1 pek
sejujurnya memang betul rasa fish and chip kat sini biasa saja , nothing special BUT kita datang sini bukan semata mata nak makan , yang bestnya dia punya suasana , pemandangan , selalunya tengok drama2 omputeh je , memang worth it
waktu balik , di Perth lampu jalan macam tak buka sangat , kalau buka pun adalah 1 2 , agaknya dia orang memang jimat eletrik
HARI KELIMA
Harini tiada aktiviti , sebenarnya saya nak pergi Arulen Park , sebab nak tengok tulip , tapi bila saya mesej dia org , katanya tulip tahun ni baru je habis , so jadinya saya bagitau family harini rehat saja di rumah hehe
HARI KEENAM
Harini kita akan ke Kalamunda Culture Village zaman dulu2 perkampungan di Perth dan Cottesloe Beach , cara nak pergi sini uolss google map jerlah haha , sebab dia kena naik bas , dan bertukar 2 kali , semuanya bergantung tempat yang u guys tinggal , bila search kt google maps , every single thing dia dah kasi tau naik bas no berapa
pokok ni merata ada kt Perth , first time tgk , pokok2 liar
sorang kena 7AUD
kat sini kita boleh lihat pakaian orang dulu2 zaman english di Perth
contoh rumah dulu2
barangan media
hello ... its me hehe
sekolah
abang pos tengah sibuk key in alamat
ini mini post ofis mereka , disbbkan buka pos ofis tidak lah menguntungkan sangat jadi dia combine dengan mini pub hehe
dalam rumah orang dulu2
bilik tidur dia
meja makan
kitchen
living hall
haaa ni special sikit tempat membuangg hihi
waktu ni ada lawatan budak2 sekolah , tu tour guide tengah menunjukkan demostrasi cara orang dulu2 basuh kain dan jemu , TG dia cakap kat kami `Selamat Pagi , is it correct ` yaa (sambil muka kita org terkejut) haha
tempat asingkan buah buahan mengikut gred
stesen minyak
abg bomba sedang beraksi
lepas ke Kalamunda kita terus ke bandar Perth , pasal masa second day tu tak sempat nak round
bell tower
elizabeth quay
lepas ronda2 bandar , kita terus ke Cottesloe Beach , cara nak pergi , ambil train line Freemantle , turun station Cottesloe Beach , lepas tu u guys perlu seberang jalan , teruss seperti dalam map , dia jalan berbukit , kiri kanan akan nampak rumah mewah
sepanjang perjalanan akan nampak rumah2 mcm ni
dah sampaiii
nak balik tu boleh seberang jalan dan ambil bas no 102 , dan dia akan berhenti di Cottesloe Station
actually pantai dia okey nice , tapi tak mandi sejuk kan hehe , boleh lah kalau petang2 bawa makanan berkelah santai2
HARI KETUJUH
Harini hari terakhir memang tiada aktiviti , memang sibuk mengemas nk check out , flight pukul 4:30 petang , dari sini saya naik Uber , harga lebih murah dari ambil teksi .
sedey
driver Uber tolong snapkan hehe
Percutian kali ini sangat berbeza dengan percutian saya sebelum ni , first sebab first time menjejakkan kaki di negara omputeh , second komunikasi tidak susah seperti pergi China dan Jepun hehe . Secara jujurnya Perth bagi saya not really west country mcm US , sometime bila naik bas lalu di bandar terasa mcm kat bangsar pun ada juga bangunan2 dia tu , dan 1 lagi selalunya kalau nak pergi negara omputeh ni mesti kira rasa excited dapat jumpa orang sini , tapi bila saya sampai saya rasa biasa saja tak rasa mcm jakun sangat , mungkin saya punya bayangan tu tidak seperti realiti , mungkin pengaruh negara US banyak sangat kot akibat melihat filem2 barat haha . Mesti ramai tertanya tanya kenapa tak pergi luar Perth seperti Pinnacles , pasir luncur dan beberapa tempat lagi . Saya masa first2 buat itinerary bila dapat tau perjalanan 2 jam lebih terus saya cancel haha , bagi saya waktu bercuti waktu untuk kita beristirehat , kalau saya ada tukang yang pandu tak apa , dah lah saya cepat ngantuk bila memandu . Tapi saya suggest u guys kalau ada kesempatan pergi lah tak rugi pun dapat melihat keindaha alam semulajadi . Okey bye bye
UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteBanyak maklumat yg diperolehi di blog anda ni. Sgt berinformatif.
Saya akan ke Perth 13 - 19 October 2018, lama lagi.. hahahaha, tapi saya nak plan semua itinerary dari sekarang. Nanti senang.
Saya akan menginap di Great Southern Hotel Perth. Untuk 4 hari pertama saya akan menggunakan public transport. Hari ke 5 dan 6 saya akan menyewa kereta untuk ke Pinnacles. Sekiranya saya menyewa kereta di sekitar kawasan hotel, boleh ke return kereta di airport?
Terima kasih dan wassalam.
Kak Rozi.
W`salam kak rozi :)
DeleteUntuk sewa kereta kita boleh request drop off di airport
salam kak rozi..jom share2..saya pun akan ke sana jgk..hjung sept nanti, blh add fb sya..ummi junaidda
Deleteberapa hari dsana?saya n family akan bulan 8 ni akan ke perth
DeleteAssalamualaikum encik fuad,sy nk tnya ckit berkenaan dgn perth ni sbb sy akan ke sana bulan november 2018:
ReplyDelete1)biskut & roti bleh bawa x masuk australia??sebab sy ingat nk bwk makanan tu jee..
2)peralatan mcm sabun mandi,ubat gigi,charger phone ape semua tu kena declare x??
3)toilet kat sana tu mmg x de paip air ke dalam tandas termasuk tandas hotel @ hostel??
mohon pencerahan dari encik fuad..terima kasih
W`salam , saya cuba jawab apa yang saya tahu ya :)
Delete1. biskut & roti rasanya tiada masalah sebab tiada bahan 100% tenusu , senarai makanan yang dilarang boleh lihat sini http://www.agriculture.gov.au/travelling/arriving-in-australia#other-items
2. Tak perlu , hanya makanan dan barang2 tertentu sahaja .
3. Memang tiada paip hihi , even saya menyewa di rumah paip hanya di sinki , bath tab dan paip shower. Kalau di luar boleh bawa botol kecil , isi air di singki.
Sama sama :)
thanks tuan...atas perkongsian
ReplyDeleteur welcome ^_^
DeleteBoleh tahu nama homestay dan contact person. InsyaAllah bln 11 2018 ni nak pergi. Hari tu kita org ambik homestay ngan owner dari Malaysia. Kali rasa nak tukar suasana. Ni email saya zailynn77@yahoo.com
ReplyDeleteAssalamualaikum nak tanye nama homestay yg awak menginap haritu
ReplyDeleteAssamualaikum, sy berminat dgn rmh awk ddk tu. Sy masuk website airbnb and ada byk rmh. Sy nak menginap rmh yg awk ddk haritu. Apa nama homestay tu, sbb sy cari tak jumpa and brp aud per night?
ReplyDeletesaya book di airbnd sini https://www.airbnb.com/rooms/15017770 :)
Deletegood info..tQ
ReplyDeleteyour welcome :)
DeleteWahhh.. Good Info..tq
ReplyDeleteYour welcome ^_^
DeleteEmm.. Kalau pemakaian mcm mana pulak tuh en...? Sye pergi bulan 10 nii.. Baju kena tebal ke?
ReplyDelete12–16ºC , sejuk genting
DeleteSalam Fuad tak de cite pasal penggunaan internet, mcamana? Perlu cari sim kad ke?
ReplyDeleteAwesome! The view in Perth is very good and very amazing. Thank you for sharing your experiences and knowledge about holidays. impi.com
ReplyDeleteTerima kasih,panduan yangsangat berguna, saya nak tanya, boleh terangkan atau dapatkan alamat homestay yang saudara tinggal itu.
ReplyDeleteGreat post. Looking forward to reading more. Thanks for taking the time to write this.
ReplyDeletecloud disaster recovery service malaysia
data protection service
cloud endpoint backup