Friday, August 14, 2015

Hong Kong Disneyland May 2015 Part 2

Ya Allah , rupanya tak habis2 lagi cerita pasal Hong Kong ni hahaha , nampak sangat tak minat menulis , takpe kan ku gagahkan juga

Okey Hari keduanya pula kami menuruskan aktiviti ke Disneyland , haaa dah sampai Hong Kong wajib datang ke sini walaupun orang cakap mainan kat sini lebih kepada budak2 , saya tak rasa begitu , Disneyland ni sesuai untuk semua golongan umur cuma permainannya tidak lah se extreme seperti di Ocean Park , lebih kepada fantasi , dah kata Disneyland kan hehe.

Untuk ke Disneyland anda boleh menggunakan perkhidmatan MRT lebih cepat dan murah , pengangkutan lain seperti bas saya tak sure sangat , for me naik train lagi senang. Yang bestnya hotel di Chungkin Mansion ni tempat dia sangat strategik , MTR Tsim Sha Tsui betul2 seberang jalan tak perlu nak jalan jauh2 naik bas semua ke apa untuk ke MTR , jadi sangat syorkan tinggal disini jika anda seorang yang tidak kisah mengenai bintang hotel .



The first thing yang u kena tau bila naik MTR Hong Kong adalah nama line & nama stesen , penting sangat , sebab kalau u tak tau line apa kemungkinan boleh masuk platform lain , kalau tak tau rajin2 tanya orang di situ , orang2 di Hong Kong semuanya okey . Kenapa saya cakap penting sebab bila u kena tukar train , katakan dari stesen Jordan nak ke stesen Kennedy Town ,  stesen Jordan line Tsuen Wan manakala Kennedy Town line Island , 2 line berbeza , jadi dari stesen Jodan perlu stop di stesen Admiralty dan tukar train ke line Island , dari stesen Admiralty (line Island) turun ke stesen Kenedy Town (line island) , bunyi macam rumitkan sebenarnya tak pun memang mudah sangat kalau kita tau nama line & stesen. Maklumat lanjut mengenai train boleh klik sini  .

Panduan Ke Disneyland

Dari stesen Tsim Sha Tsui (line Tsuen Wan) turun stesen Lai King , keluar je masuk train sebelah ke Sunny Bay (line Tung Chung ) , turun dari Sunny Bay ambil train ke Disneyland ( line Disneyland Resort ) , kena sentiasa tengok papan perhentian di pintu train.







Setiap nama stesen ada di papan pintu utama

Hujann


Station Sunny Bay nak ke Disneyland


train dah sampaii


wahh dalam train pun penuh gambar2 mickey mouse

Station Disneyland Resort


Im hereee



Security check


Sampai saja di Disneyland jangan lupa untuk bergambar di hadapan gerbang masuk tu , kalau korang nak tau di gate pintu masuk ada security yang akan check beg kita , makanan memang tak boleh bawa masuk , kalau ada kena habiskan atau beg simpan di locker , bukan free ya tapi berbayar RM20 kalau tak silap . 

So dalam disneyland ni terbahagi kepada 7 bahagian , Adventureland , Fantasyland , Grizzly Gulch , Main Street, U.S.A , Mystic Point , Tomorrowland , Toy Story Land . Boleh ambil map di kaunter senang sikit bila nak jalan nanti , dan diingatkan juga cuaca kat Hong Kong ni tak menentu , standby rain coat atau boleh beli payung , untuk permainan di luar jika hujan memang tak boleh naik atas faktor keselamatan.

Layan gambar dulu ..





seriouss ni bestt saya naik 3 kali







Nak bergambar kena beratur , sampai turn Minie Mouse tak sabar2 terus tarik






semua menunggu untuk masuk ke hall tayangan 3D







ni best ...







rasanya naik 3 kali . memang thorbaikk 




ni pun best




frozen buat lawak pula ..


Lepas puas main permainan di situ perut pun dah lapar jadi cari restoran halal kat sini hanya 1 sahaja iaitu Tahitian Cafe di bahagian Adventureland , kalau datang sini kena siap duit sebab 1 meal tu pun 100HKD bersamaan RM50 jadi kita orang tak makan situ sebab Faez nak terus balik . Bagi mereka yang nak solat boleh ke City Hall Main Street USA berdekatan dengan pintu utama masuk , cakap nak solat memang dia orang sediakan bilik khas.


Sampai di hotel kami pun berehat rehat , aktiviti malam tu pula saya dan faez bercadang untuk jalan2 sekitar Victoria Harbour ambil angin laut sambil melihat live busker













Bersambung entry ke 3 ....



Part 3 - Hong Kong Ocean Park May 2015

Part 4 - Hong Kong Victoria Peak May 2015