Friday, March 9, 2018

Percutian Bajet Ke Brunei Darussalam Mac 2018

Assalamualaikum , Hi semua , Fuad baru 3 hari balik dari negara Brunei selama 2 hari 1 malam , percutian kali ini berbeza dari sebelum ini kerana Fuad pergi seorang diri tanpa keluarga mahupun kawan . Planning nak ke Brunei tak adalah lama , tahun lepas bulan 10 Airasia ada buat promo dapat lah tiket murah sikit , jadi fuad ambil kesempatan ini untuk ke Brunei , lagipun memang target nak habiskan negara sekitar asia . Jadi ini adalah langkah pertama sebelum fuad bercuti secara solo selepas ini ke negara lain . Kalau you guys nak tau Brunei adalah antara negara terkaya di dunia dengan hasil minyaknya . Top 5 .




SEBELUM BERLEPAS

Passport - Pastikan expired date masih berbaki lebih 6 bulan ke atas

Visa - Rakyat Malaysia tidak perlu visa untuk ke Brunei

Duit - Brunei menggunakan mata wang dollar , tapi orang Brunei panggil Ringgit.

Insurans - Ambil dengan Fuad dari Etiqa Takaful , one & only travel insurans terbaik menggunakan cashless payment tanpa sebarang bayaran jika dimasukkan ke dalam hospital ! Insurans lain menggunakan konsep pay & claim , kalau kena RM80 Ribu bil hospital , kita perlu guna duit sendiri , balik Malaysia baru boleh claim. Boleh buka web fuad disiniiii




PENGANGKUTAN DI BRUNEI

Teksi - Sejujurnya ketika fuad di sana sangat jarang untuk lihat teksi.

UBER / GRAB - Tiada di Brunei 

Dart - Di Brunei ada 1 apps yang sama seperti Uber/Grab , boleh download di app store atau play store , maklumat lanjut klik sini https://www.dartbrunei.com/taxitariff/



Bas 


Peta Laluan Bas sumber https://wikitravel.org/en/File:Brunei_public_bus_map.jpeg#/media/File:Brunei_public_bus_map.jpeg

Di Brunei saya boleh katakan pengangkutan utamanya adalah bas , harga tambang sehala flat rate 1 dollar , tapi bas di Brunei unik sikit sebab macam bas 80an gitu , tak ada loceng untuk tekan , pintu pun main pakai tarik tali je . Jadi bila naik bagitau nak ke mana , so nanti dia tau kita nak turun mana .








Tali untuk buka pintu bas


PENGINAPAN

Boleh book di AGODA KLIK SINI . Hotel serendah RM70 .



HARI PERTAMA

Flight dari KLIA2 pukul 6:20 pagi , jadi fuad just parking kereta di LRT Kg Baru ambil last train pukul 11:30 , sampai di KL Sentral fuad tunggu sehingga pukul 3 pagi sebab bas pertama ke KLIA2 pukul 3 pagi , sepanjang 3 jam menunggu banyak dihabiskan melayari internet , mujur Mcd buka 24 jam .



 Bas ke KLIA2









 Muka baru bangun tidur




 Rezeki 1 row tak ada orang , boleh lah meluruskan kaki 

 Iced Vietnam sedapp giler , nanti boleh cuba



Yeay selamat sampai di Brunei International Airport , saya rasa Penang Airport lebih besar dari Brunei Airport dan tidak sesibuk KLIA2 . Gate pun tidak banyak .






Sampai di airport ada beberapa cara untuk ke bandar , cara fuad pastinya penggangkutan awam iaitu bas , untuk menaiki bas keluar saja dari pintu arrival tu belok ke kiri terus dan akan nampak pintu Departure , kat sebelah situ akan nampak sign Bas Awam . Untuk tunggu bas tidak lah lama , waktu fuad sampai tu duduk dalam 5 minit dah sampai .







Jangan terkejut dan heran jika anda melihat bas di Brunei agak 80an , sejujurnya fuad tak pernah nampak bas begini di Malaysia , mungkin kerajaan Brunei ada konsep tesendiri . Waktu naik bagitau nak ke terminal bas . Tambang hanya 1 dollar sahaja.








Bangunan bangunan di Brunei memang tidak tinggi , paling tinggi rasanya Gadong Mall .




Dari airport ke bas terminal tidak jauh anggaran dalam 15 minit . Sampai ke bas terminal pun anda jangan terkejut juga melihat keadaannya







Untuk lawatan pertama kita akan ke Masjid Omar Ali Saifuddien , jalan kaki je dari bas terminal , boleh katakan semua tempat lawatan 1 tempat saja .









Boleh katakan semua tempat lawatan termasuk masjid tidak dibenarkan mengambil gambar ketika di dalam . Jadi kita ambil gambar di luar saja .










Lawatan kedua iaitu Muzium Kebesaran Diraja , muzium ini menempatkan semua hadiah dan barangan di raja . Dalam tidak boleh ambil gambar , masuk adalah percuma .




 Lawatan ketiga ke Galeri Pusat Sejarah Brunei , sini pun tak leh ambil gambar .




Apa yang fuad tau tiang jam ini dibina tanda keakraban negara Malaysia dan Brunei .


Padang ni fuad rasa lebih kurang macam padang acara ulang tahun majlis dan sebagainya


Waktu nak ke kampung ayer ada 1 pameran Brunei-Singapura .




Kampung Ayer ni menempatkan penempatan segelintir rakyat Brunei yang masih tinggal disini , ada pembawa boat caj 20 dollar seorang , dan ada juga caj 15 dollar seorang untuk pusing .Saya tak naik hihi . Tapi saya sarankan bagi anda yang baru datang ke sini untuk naik dan merasai sendiri . Boleh lihat Istana Nurul Iman dari jauh .
















Selepas puas pusing di bandar , terus ke terminal bas untuk ke Gadong Mall dan Pasar Gadong. Cara untuk naik , di setiap pintu ada papan route bus no berapa , kalau nak senang tanya je driver bas .






Waktu fuad pergi ni mall agak lenggang mungkin hari orang bekerja kan , sebenarnya masuk sini pasal nak tunggu masa pukul 4 , pasar gadong baru buka .






Jalan jalan tak tau nak buat apa mujur ada pawagam , fuad sempat tengok Greatest Showman , harga lebih kurang je di Malaysia RM12 , pawagam kecil .


Movie start pukul 2 petang , habis 3:50 memang ngam ngam , walaupun pawagam dia kecil tapi mampat , maksudnya hall kecil skrin besar , memang puas tengok sebab ada yang fuad pergi hall kecil skrin pun kecil . Ini kali kedua tengok wayang di luar negara , sebelum ini di Jeju .


Yeayy kelihatan makcik makcik sudah membuka gerai , tapi waktu fuad datang ni ada banyak gerai yang belum dibuka , kalau seronok datang malam lagi meriah tapi disebabkan fuad naik bas kena adjust masa sebab last bas ke tempat penginapan pukul 5 petang , malam dah tak ada .


Saya punya misi adalah mencari makanan yang saya tak pernah nampak dan dengar di Malaysia .




Saya beli 1 Nasi Katok , tanya katok tu apa akak tu cakap orang dulu dulu jual setiap rumah ketuk ketuk pintu , hehe . Dia ada nasi putih , ayam dan sambal . Saya beli satay 18 cocok 6 dollar dan 1 nasi lemak pusu , pusu tu ikan bilis . Yang lain tu lebih kurang sama je menu di Malaysia .



Habis je pusing pasar gadong terus naik bas ke tempat menginap , actually saya pun tak tau nak tunggu bas di mana sebab tak nampak bas stop , lihat di google map ada 1 bus stop depan pasar .



Waktu untuk berehat , flight esok pukul 9:20 pagi kena bangun pukul 5 pagi .



 Makanan yang fuad beli tadi for dinner 


HARI KEDUA

Pagi ni bangun duk fikir macam mana nak pergi airport sebab pada mulanya fikir nak guna apps Dart tambang dalam 18 dollar / RM54 perjalanan 12 minit for me agak pricely tapi tak kisah sangat asalkan sempat sampai ke airport cuma bila terbanding dengan bas baru 2 dollar hihi . Jadi saya buat keputusan untuk tunggu bas pukul 5:50 pagi sebab saya tau bas mula beroperasi pukul 6 pagi , agak mencabar sebenarnya sebab kawasan tempat saya menginap walaupun tidak jauh dari bandar tapi kawasan perkampungan jadi risau kalau tiada bas . Saya akan tunggu sampai pukul 7 pagi jika tiada bas baru book Dart , tunngu punya tunggu 6:40 tak ada bas dah risau terus book Dart tapi masalahnya teksi not available on my area aduhh , terus google teksi Brunei , ada jumpa 1 pakcik ni , whatsapp dia caj 20 dollar , tiba2 6:50 bas muncul fuh selamat . Maka beriang ria lah hati ketika dalam bas . Sampai di terminal baru naik bas 23 rasanya kalau tak silap , menuju ke airport .


 Kawasan tempat saya menginap







Sampai di airport kena varified dulu di kaunter Airasia.






Makanan waktu balik alwayss lasagna

Kesimpulan yang saya boleh berikan selama di Brunei , saya rasa bukan saya seorang mungkin orang lain juga dari negara lain sebelum datang ke Brunei dia punya tanggapan sangat tinggi sebab satu dunia sedia maklum Brunei antara negara terkaya di dunia dengan hasil minyaknya , malah saya memang tau bangunan di Brunei tidak tinggi tinggi , saya faham adakala sesebuah kerajaan tidak mahukan kemodenan tapi bila saya melihat bas yang agak lama dan terminal basnya seperti tidak di jaga , mungkin kerajaan Brunei ada sebab tertentu dan mungkin juga pembaca dari Brunei boleh memberikan sedikit penjelasan untuk mereka lebih memahami apa konsep yang cuba untuk diketengahkan oleh kerajaan negara Brunei Darussalam . Jujurnya saya sangat terkejut , sehingga saya balik Malaysia saya masih tak boleh move on , mungkin tanggapan saya tinggi . Jadi fuad sarankan kepada anda semua yang ingin ke Brunei , pertama kalau datang berkeluarga lebih bagus ambil pakej tour siap dengan pengangkutan atau boleh sewa kereta . Kedua , cari penginapan di bandar tapi kalau ada pengangkutan sendiri tiada masalah . Ketiga , negara Brunei lebih sesuai untuk bersantai dan merehatkan minda dari kesibukan ibu kota , jadi jika anda lebih suka kepada hiburan Brunei mungkin bukan sesuai untuk anda . Keempat , bas di Brunei beroperasi 6 pagi sehingga 8 malam , bergantung lalaun bas . Kelima , ada bas di sediakan dari Brunei ke Miri , mungkin anda boleh spend masa Miri & Brunei , dan ada juga ferry ke Labuan . Keenam , hasil carian saya di google ramai mengatakan tidak berbaloi datang ke Istana Nurul Iman sebab tidak dibenarkan masuk , yang saya tau istana hanya buka untuk orang awam pada hari raya , boleh naik boat di Kampung Ayer boleh nampak istana . Ketujuh , di Brunei tiada banyak tempat lawatan , rasanya 1 hari dah boleh cover semua . Okey itu saja cerita dari fuad untuk short trip kali ini , now nak fikir untuk destinasi seterusnya ke Indonesia , Vietnam , Myanmar , Cambodia , Laos , Sri Lanka . Bye bye ..


UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE