Wednesday, February 26, 2020

Kedai 1 Dollar Singapore Buat Anda Jadi Gila

Posting ini sambungan dari trip Percutian ke Batam Indonesia . 

Percutian Bajet ke Singapore klik sini

Korang tau tak ada kedai murah di Singapore yang menawarkan harga serendah $0.40 untuk satu barang . Kalau di Malaysia kita ada kedai RM2 tapi di Singapore ada kedai 1 dollar , kalau korang pergi sini memang menggila , semua benda nak beli . Borong borong borong hehe .

So far yang fuad tau ada 2 kedai , Value Dollar Store ( ada banyak cawangan ) dan satu lagi ABC yang terletak di Bugis . So fuad pergi yang di Bugis sebab waktu ni nak pergi Zam Zam Restoran nak perkena murtabak , terlanjur tu kita survey sini dulu .


Nah belanja gambar 




















Amacam gila tak ? Memang gila dan rugi tak pergi kedai 1 dollar , waktu ni pun orang ramai , kalau tengok ada rack yang dah kosong . Yang tak tahan tu pelembut pakaian pun 1 dollar , boleh lah bagi mak hihi .


UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE 

Tuesday, February 25, 2020

Murtabak Singapore Zam Zam Restoran Yang Sangat Popular

Ini adalah sambungan trip ke Batam Indonesia . Fuad juga ada titipkan Percutian Bajet ke Singapore .

Kalau datang ke Singapore tak sah kalau tak makan murtabak , sup tulang merah , briyani dan macam macam lagi , salah satu restoran paling famous iaitu Zam Zam yang terletak berhampiran dengan Masjid Sultan . Kalau naik MRT boleh turun station Bugis dan jalan sikit dalam 6 minit .

Waktu datang ni pun dah ramai orang , mujur restoran ni dua tingkat , kalau tingkat atas ada aircond . Restoran Zam Zam dibuka dari 7 pagi sehingga 11 malam , setiap hari .


Murtabak Singapore Zam Zam Restoran menyajikan murtabak dengan tiga jenis size S M L dan ketiganya mempunyai harga yang berbeza , boleh lihat gambar di bawah .


Bukan murtabak saja , pelbagai menu juga disajikan .





Untuk lebih selesa boleh naik atas , ada aircond .




Harus diingat bila makan di Singapore pastinya harga tiga kali ganda dari harga Malaysia . Teh O saja dah RM3.60 .


Fuad order Murtabak Daging size M RM21 ($7) , nampak kecil kan ? tidak sebenarnya , murtabak tu dia lipat dua . Orang cakap kalau size M boleh makan dua tiga orang , bagi fuad sorang pun belum tentu cukup bergantung size perut masing masing hihi , tapi kalau korang order size L lagi besar boleh share ramai ramai .


Ini murtabak ayam size S


Jumlah keseluruhan untuk dua orang RM84 ($28) , overall bagi fuad okeylah , nak kata sedap sangat pun tak , nak kata tak sedap pun tak , just biasa saja average 2.9/5 , you guys boleh cuba , lain orang lain lidah hehe .



UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE 

Cara Pergi ke Jewel Changi Singapore Yang Mengagumkan

Assalamualaikum , Hai Guys , posting ini sambungan dari posting percutian ke Batam Indonesia

Fuad ada titipkan Percutian Bajet ke Singapore klik sini .

Untuk ke JEWEL Changi Singapore ada tiga cara .

Pertama dari Changi Airport , khususnya mereka yang mendarat dan berlepas boleh ke Terminal 1

Kedua dari bandar Singapore , boleh ambil MRT turun MRT Changi , perjalanan mengambil masa satu jam . Ambil Skytrain ke Terminal 1 .

Ketiga , kalau korang dari Batam boleh turun di Jetty Tanah Merah yang mana berdekatan dengan Changi Airport .




Dari Jetty Tanah Merah boleh naik shuttle bas ke Changi Airport Terminal 1 , boleh beli secara online disini EASYBOOK . Tambang sehala RM9.50 , first bus jam 8 pagi dan last bus 9 malam , kekerapan setiap 30 minit .






Kena keluar dan nampk ada garisan petak kuning besar tulis shuttle bus .



Perjalanan dalam 10 minit


Sampai saja di Terminal 1 , cari sign ke JEWEL


Kalau tak jumpa tanya je cleaner kat situ Jewel waterfall .



Wow so nice , Jewel ni setiap tingkat boleh nampak . Gabungan artistry and nature di dalam satu `rumah` dikelilingi 2000 pokok , pelawat dapat melihat 40 meter high rain vortex dinobatkan sebagai the world largest indoor waterfall .



Tempat menarik di Jewel ni kita boleh masuk Canopy Park RM13.49 , Canopy Bridge (Glass) RM21.59 , boleh beli online je disini KLOOK . Untuk naik semua ni kena naik tingkat atas , fuad tak sure pula tapi paling atas .


Tiket yang dibeli secara online tak perlu redeem di kaunter , hanya bawa salinan atau tunjuk dalam phone ke gate .



Di setiap gate masuk ada orang jaga , disini dia akan check tiket . Fuad ambil Canopy Bridge . Hanya boleh masuk sekali sahaja , kalau dah keluar tiket dah tak valid , so kalau korang nak lama lama kat sini sampai malam pun tak apa , asalkan jangan keluar dari gate , macam fuad lepas ambil gambar terus keluar je . Untuk Canopy Walk ada banyak lawatan di situ berbanding Canopy Bridge .



seriousss memang gayat , kalau lah cermin ni pecah fuh . Siapa kaki gayat tidak di cadangkan untuk naik ni okey .







Waktu paling nice kalau dapat ambil background sewaktu train tengah lalu .


Toilet Changi Aiport memang terbaik , nampak 6 star hotel , memang tidak dinafikan lagi dinobat sebagai World Best Aiport .




Lepas tour Jewel kita ke bandar untuk makan murtabak Singapore . Boleh ambil Skytrain ke Terminal 3 , sebab dari terminal 1 tak ada MRT .



Ikut je sign ke Skytrain





UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE