Sunday, February 18, 2018

Percutian Ke Singapore Edisi Bajet Februari 2018

Assalamualaikum buat pembaca blog fuadtravel , fuad baru saja balik dari Singapore semalam Sabtu  , actually fuad dah banyak kali pergi Singapore sebab mak asal orang sana dan relative pakcik makcik saudara mara banyak di Singapore , tapi selalunya datang mesti pakcik yang ambilkan tunggu di  Woodland Checkpoint , banyak melawat saudara mara , bukan untuk berjalan . Jadi memandangkan belum pernah explore Singapore fuad plan ke Singapore untuk 1 hari saja , cadangnya dah lama , kawan pula ada passport dan tiba2 mesej dia rabu , terus ajak pergi jumaat sebab off day . Satu lagi tujuan ke Singapore untuk bagitau kepada mereka yang teringin nak ke Singapore tapi takut dan tak cukup duit , jangan risau walaupun Singapore antara negara paling mahal di dunia tidak semestinya semua barangan mahal . Did you know how much I spend in Singapore ? 10 dollar only ! Boleh pergi banyak tempat .

BY THE WAY FUAD ADA BUAT PAKEJ SINGAPORE HANYA RM135 SAJA , KLIK SINI



JIKA KORANG NAK BELI TIKET UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE , BOLEH BELI DISINI



Travel Insurans boleh  ambil dengan Fuad dari Etiqa Takaful , one & only travel insurans terbaik menggunakan cashless payment tanpa sebarang bayaran jika dimasukkan ke dalam hospital ! Insurans lain menggunakan konsep pay & claim , kalau kena RM80 Ribu bil hospital , kita perlu guna duit sendiri , balik Malaysia baru boleh claim. Boleh buka web fuad disiniiii





PENGANGKUTAN
Untuk ke Johor atau Singapore anda boleh booking bas di EASYBOOK.COM



TIKET & LAWATAN MENARIK DI SINGAPORE TERBAIK ! 

FUAD DAH LISTKAN . BOLEH KLIK DI BAWAH .





HARI PERTAMA

 Dalam LRT ke TBS




Fuad akan ceritakan A-Z okey dan memandangkan ini adalah percutian edisi bajet pastinya fuad tidak masuk ke tempat berbayar , yang penting untuk menikmati dan rasai pengalaman . Memandangkan masa tidak banyak , hari khamis tulah baru nak beli tiket bas  dan buat itinerary sepanjang perjalanan . Pada mulanya nak drive tapi fikir2 macam penat pula , lagipun pergi 2 orang je kalau ramai2 rasa berbaloi boleh sharing duit minyak dan tol .



Dalam bas ke Larkin Terminal

Tiket bas beli secara online di easybook.com , banyak dah sold out sebenarnya sempena raya cina , dapat pergi balik RM70 , ini adalah kali pertama beli tiket bas menerusi online , sangat mudah , tiba di TBS hanya print tiket saja . Bas bertolak jam 12:55am Jumaat , saya dan kawan sampai pukul 12 di TBS . Macam  biasa bas delay 30 minit hehe .









Bas sampai di Terminal Bas Larkin jam 6:30 pagi , di sini ada sediakan tandas untuk mandi , selepas subuh dan sarapan tiba masa untuk ke Singapore dengan menaiki bas SBS170 ke Queen Street . Bas ni memang dari Larkin Terminal ke Queen Street Singapore , tambang hanya RM2.20 ke MRT Kranji , guna duit Malaysia saja . Perjalanan dalam 20 minit . First bas akan lalu di imigresen Malaysia dan semua kena turun bawa beg sekali , selesai imigresen Malaysia turun ke platform bas untuk naik bas tadi 170 . Tiba di imigresen Singapore pula cari kad warna putih dan isikan , di slip putih tersebut di bahagian vehicle no letak no bas SBS170 , address Singapore City Hall , no hp letak no kita , First and last city letak Johor Bahru .  Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar .










Lepas keluar dari kastam Singapore turun tangga ke bawah ada bas disitu , jangan lupa tunjukkan tiket beli tadi , bagitau tadi beli dari Larkin Terminal nak ke MRT Kranji . Kalau dah nampak macam station tu tekan loceng berhenti .



Suka fuad ingatkan bagi pengguna hotlink prepaid ada pass internet RM10/day 1GB , sampai di Singapore just on roaming data nanti dia siap2 tolak dari baki topup . Internet ni sangat lah penting waktu disana .


Tiba di MRT Kranji pergi di kaunter servis bagitau nak beli Singapore Tourist Pass berharga 10 sing dollar dan 10 dollar deposit , waktu return nanti dia akan pulangkan 10 dollar , pass ini adalah unlimited boleh naik MRT dan bas kecuali Express Sentosa . Rupanya MRT Kranji kaunter jualan tiket hanya tutup pada hari jumaat , sabtu dan ahad , jadinya kita terpaksa ke MRT Woodland , 2 station saja , tambang 1.5 Sgd .  Lepas beli Singapore Tourist Pass di MRT Woodland . Teruskan dengan aktiviti pertama ke Marina Bay , dari MRT Woodland turun MRT Bayfront , cari signboard ke Garden by the bay .


Singapore Tourist Pass

Dari MRT Kranji turun MRT Woodland

Pertukaran line




Masuk adalah percuma kecuali kalau nak naik shuttle dan jambatan di atas tree , waktu malam lagii cantik dengan lampu .


Marina Bay Sand Hotel


Obike


Singapore Flyers

Selepas bergambar di hotel marina , the tree & Singapore Flyers , lawatan keempat ke Art Science Musuem , sekadar melawat dan bergambar saja .








Lawatan kelima ke Esplanade .Struktur  Esplanade ni diinspirasikan oleh buah durian , tempat ini lebih kurang seperi istana budaya menempatkan seni persembahan orkestra , nyanyian , teater dan musical , dan paling bestnya Esplanade menawarkan persembahan secara PERCUMA . Tapi sayangnya waktu saya pergi no free show . Sebab itu sebelum pergi buka websitenya untuk melihat free show pada hari apa , rugi kalau tak tengok .







Lawatan ke keenam adalah tempat yang paling wajib untuk bergambar iaitu Merlion , iconic of Singapore . Ada sejarah dan kisah mengenai binatang ini . Boleh google ya.





Lawatan ketujuh ke Fortune Of Wealth , The Fountain of Wealth was constructed in 1995, together with the main Suntec City development. A symbol of wealth and life, the Fountain of Wealth is recognised since 1998 by the Guinness Book of World Records as the World's Largest Fountain. Semua jalan kaki je sebab jarak tidaklah jauh sangat , yang penting ada google map so senang nak tau jalan ke mana . Sini hotspot untuk bergambar , malam lagi cantik .








Lawatan kelapan ke Masjid Sultan , dan waktu ni pula hari jumaat jadi boleh solat jumaat disini terus . Selepas solat jumaat syukur Alhamdulillah ada orang sedekah nasi briani daging lembu , siap dapat susu kotak lagi hihi , jimat duit untuk lunch , actually sebelum masuk Singapore saya dah bawa 4 botol air mineral dan tapau nasi bungkus di Larkin . Memang tak nak beli apa2 di Singapore . Kita orang makan di bas stop .





Lawatan kesembilan ke Chinatown , dari Masjid Sultan cari signboard ke MRT Bugis . Turun station Chinatown , Exit A. Disini banyak tshirt Singapore , sourvenir dijual dengan kadar harga yang murah dan juga boleh tawar menawar . Disini ada PRC ( Permanent Resident China) bila kita tanya dia cakap dengar cara kasar ' I dont know English ' . Lebih afdal tanya Uncle tua sah orang Singaporean , jawab pertanyaan pun very helpful .









Lawatan ke10 ke temple Buddha Tooth Relic Temple and Museum , dari money changer Chinatown ni belok ke kanan terus belah kiri nampak Chinatown Complex haa boleh nampak belakang tu tokong .








Lawatan ke 11 ke Orchard Road , dari MRT Chinatown turun ke MRT Orchard , sini lebih kurang seperti Bukit Bintang banyak butik butik mewah dan kawasan membeli belah . Jika anda spend 20 dollar di ION Orchard , anda layak menaiki Sky Ion tingkat 56 , dapat melihat pemandangan Singapore .









Dan lawatan terakhir ke Sentosa Island , untuk ke sini dari MRT Orchard turun ke MRT Harbourfront , untuk ke Sentosa pula ada 3 cara , pertama naik monorail 4 dollar , kedua RWS Bus 1 dollar dan ketiga jalan kaki menerusi Sentosa Boarwalk , memandangkan edisi bajet pastinya pilihan ketiga.










Ingat nak makan di pantai Palawan tapi jauh pula , so kita makan nasi yang kita tapau dari Johor di Sentosa Waterfront.

 Ini adalah Crane Dance , kalau datang pukul 8 malam dapat lah tengok persmebahan percuma disini.






Lepas makan cadangnya nak tengok Spctra di Marina Bay , setiap jumaat sabtu dan ahad akan di pasang lampu2 diiringi music , jika ada yang pernah pergi Hong Kong pasti tau , tapi saya bagitau Amir tak sempat nak tengok sebab dari marina bay ke MRT Kranji dekat 1 jam , bas dari Larkin Terminal 10:15 , jadinya terus balik saja . Nanti tahun baru 2019 nak datang sini lagi untuk celebrate happy new year .

Card Singapore Tourist Pass boleh serah kat kakak kaunter , nanti dia akan bagi duit refund 10 dollar , diingatkan ya untuk menaiki bas dari MRT Kranji ke Larkin Terminal kena sediakan duit kecil , kalau tiada duit kecil minta tukar kat akak tu , driver bas memang tidak bagi balance .

Tunggu bas di seberang , naik jejantas .

MRT Kranji

 Dalam bas ke Woodland Checkpoint




Alhamdulillah bas bertolak dari Larkin Terminal jam 10:15 , sampai di TBS jam 2 pagi . Maka tamat sudah trip ke Singapore Edisi Bajet . Suka fuad untuk list berapa fuad habiskan secara ringkas keseluruhan trip ke Singapore.

BAS KL-JOHOR : RM70
NASI BUNGKUS : RM6
BREAKFAST NASI AYAM : RM7
SINGAPORE TOURIST PASS : RM29.80
AIR MINERAL : RM2.98
INTERNET : RM10

JUMLAH RM125.78 !

Kalau pergi naik kerete ramai2 , share duit minyak dan tol , anggaran bawah RM100 je . So you guys boleh lah plan lepas ni dengan kawan2 , byeee 


UNTUK SENARAI PERCUTIAN KLIK SINI