Saturday, January 12, 2019

Percutian Ke Cameron Highland Januari 2019

Assalamualaikum & Hai semua , lama naaa ceq tak update blog dekat setahun rasanya . So posting kali ni berbeza sedikit dari posting sebelum ni , yang sebelum ni semua obersea hat ni kita story dalam Malaysia je ye hihi . Memang fokus sekarang dalam Malaysia saja dan bulan 3 ada plan nak buat Asean Tour 5-6 negara , nanti dah pi kita story dalam ni . (If jadi)

Actually tahun 2018 memang tiada apa2 plan percutian memandangkan 2017 & 2018 tahun kegawatan ekonomi tambahan pula 2018 sibuk dengan wedding kakak , Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar . End up kesian pula dekat mak kalau tidak setiap tahun ada je nak merayap ke luar negara , jadinya ayah mesej suruh book hotel pergi Cameron Highland . My mom memang suka giler lah bila tau hehe .

Saja nak bagi tips , jika tempahan hotel di buat di agoda then nak tukar tarikh perlu bayar RM100 untuk 1 bilik , 2 bilik RM200 tapi saya contact terus dengan owner hotel free tak perlu bayar apa apa.

Untuk pergi ke Cameron Highland boleh menaiki bas , kereta atau motor kalau berani . Bas boleh book menerusi EASYBOOK.COM , jika dilihat tiket bas boleh dibeli serendah RM25 termasuk fee dari Jalan Pekeliling Kuala Lumpur .





Insurans Perjalanan

Siapa yang tak ada ambil apa apa insurans kemalangan di Malaysia boleh ambil dengan Fuad dari Etiqa Takaful , one & only travel insurans terbaik menggunakan cashless payment tanpa sebarang bayaran jika dimasukkan ke dalam hospital ! Insurans lain menggunakan konsep pay & claim , kalau kemalangan kena RM10 Ribu bil hospital , kita perlu guna duit sendiri dan lepas tu baru boleh claim. Boleh buka web fuad disiniiii



BY THE WAY FUAD ADA BUAT PAKEJ KE CAMERON HANYA RM99 SAJA , BOLEH KLIK SINI




HARI PERTAMA

Actually hari nak bertolak ni sangat mengantuk pasal tidur semalam 3 jam je sebab nak siapkan kerja sebelum pergi tambahan memang tak suka drive jauh (siapa sama angkat kaki hihi) . Pagi mula2 ambil ibu di Bangi sebab ibu duduk dengan abg , then ambil ayah di TBS sebab baru habis guiding (my dad tourist guide berlesen di bawah KPM) then pergi rumah kakak di Pandan pasal ibu semalam dah request kakak buat cream puff dan kek batik buat kudupan dalam kereta . Then tengah hari baru ambil abg di Kg Baru , so pergi bereempat je .



Perjalanan dari KL ke Cameron melalui highway mengambil masa lebih kurang 3 jam 20 minit  dan kadar tol RM23 kalau tak silap. Laluan nak ke Cameron nak lagi jimat ikut jalan lama atau jalan nak ke Raub akan lalu Bentung , Bilut .


Hati2 dengan AES , ada 2 kali jika saya tak silap.




Kalau dah mengantuk ubat dia minum kopi yeah , sejujurnya saya tak minum kopi tapi nak buat macam mana kan terpaksa untuk menyegarkan mata .




Ada 2 Exit nak ke Cameron , 1 exit tol Tapah dan satu lagi exit Tol Simpang Pulai . Kalau exit Tol Tapah akan jumpa Lata Iskandar , Ringlet dulu , kalau exit Tol Simpang Pulai pula akan jumpa Tringkap , Brinchang . Ayah fuad suruh exit Simpang Pulai katanya jalan baru dan dekat , sekali jauh sikit haha . Ada hikmah sebenarnya sebab waktu naik tu ada kawan tag kat FB jalan nak ke Cameron dari Tapah ada tanah runtuh .





Waktu naik ni hujan selebat lebatnya tambahan ketika ni tengah cemas pasal minyak dah nak habis , masa nak naik tu memang ada 1 station minyak petronas tapi ramai pula mengisi . Jadi bila fikir mungkin sepanjang naik tu ada pam minyak , sekali tak ada haha .



Meter minyak dah bip bip ada balance 5km je lagi , tup tup ada satu pam minyak BHPetrol fuhh legaa !



Sampai di Brinchang kita makan dulu sebelum check in hotel , dekat town ni selekoh bomba ada satu kedai makan melayu , okeylah not bad , harga pun tak mahal . Sekarang Cameron tidak sesejuk dulu tapii kalau waktu angin datang tu huhh terasa sampai ke tulang hehe





Saya booking di Sam Jade Hotel melalui agoda.com , betul betul di bandar Brinchang . Harga pun murah tak lah mahal , 1 malam RM100 , 3 hari 2 malam RM200 1 bilik . Setiap floor ada wifi laju dan seterika tapi sayangnya hotel ni tak ada lif , nasib waktu ni hari biasa orang pun tak ada jadi bilik dapat bawah sekali .










Hari pertama tiada aktiviti , just berehat dibilik saja.



HARI KEDUA 


Pagi pagi dah bangun excited nak mulakan aktiviti untuk hari kedua , sebelum datang sini dah buat list kemana tempat nak pergi . Semua ada 5 tempat yang wajib dikunjungi .



Haa kita breakfast nasi lemak dulu di medan selera Brinchang .




Waktu ni tengah musim durian RM8/kg.





Tempat pertama kita adalah Muzium Time Tunnel , bayaran dikenakan RM6 seorang , tempoh masa lawatan dalam 30 minit . Disini menempakkan barangan antik dan nostalgia , memang sesuai untuk mengamit memori dan bergambar .









 Ubat gigi zaiton patut ada












Dah puas bergambar semua kita menuju ke destinasi kedua iaitu EE Feng Gu honey bee farm . first nak beli sarang lebah , kan sekarang duk viral dalam ig makan sarang lebih , nampak sedap je kan . So dekat sini ada 4 jenis bekas , yang bekas kecil RM5 kot , bekas sedang RM17 , bekas medium RM40 dan yang besar sekali kalau tak silap lah RM60 . Saya beli yang bekas medium , memang sedapp weyy , kalau datang sini kena lah cuba rasa , for me beli yang size kecil pun boleh tapi kalau ramai baik ambil yang besar boleh share2 . Dia punya sarang rasa kenyal orang cakap bukan untuk dimakan , lepas dah kunyah kunyah tu buang sarang dia .





yang ni bekas sedang RM17

 yang saya beli bekas medium RM40



Lepas habis sarang lebah , destinasi kita yang ketiga adalah tak lain tak bukan tempat yang paling wajib dikunjungi iaitu BOH Tea Sungei Palas . Okey di Cameron ni ada 3 tempat minum sebegini , 1 di Sungai Palas , 1 di Ringlet dan 1 lagi di tepi jalan iaitu Cameron Valley . Ketiga tiganya best , kalau nak lebih mudah minum je di Cameron Valley sebab mudah di tepi jalan saja tak perlu masuk jalan berliku liku seperti di BOH Sungei Palas.










Saya order Carrot Cheese Cake perghh sedap giler , one of the best Carrot Cake yang pernah saya makan . 1 slice RM12 rasanya  .

Mujur dapat tepi sekali hihi , sangat relaxing menikmati pemandangan hijau saujana











Sebelum pulang kita ambil gambar dulu dengan papan BOH , rasanya ni dia baru pacak , sebab sebelum sebelum ni datang tak ada lagi .



Destinasi lawatan yang keempat ke Cameron Lavender , sini penuh di tanam pokok Lavender dan pelbagai bunga , sesuai untuk bergambar , tapi nak masuk sini seorang dikenakan caj RM10 untuk dewasa .










Jangan lupa beli ais krim lavender , sesuatu yang baru yang belum pernah di rasai , sedap !



Destinasi kita yang terakhir adalah Kea Farm Brinchang , pasar ni sangat popular disini , pelbagai hasil tanaman di Cameron di jual disini , seperti strawberry , jagung , keledek & sayur sayuran dan tidak lupa juga cenderahati . Waktu datang kesini tak semeriah , kedai pun ada yang tak buka , mungkin barang kali hari biasa kan , kempunan nak beli yang goreng2 tu huhu .







Kita beli starawberry size besar 3 pack RM20 , diingatkan kalau nak makan basuh dulu nanti sakit perut .


Jagung Mutiara katanya RM15 untuk 2 plastik beg



Tea Cameron wajib dibeli , pelbagai perisa ada , yang ni 4 kotak RM29 (kalau tak silap lah ya , maaf lupa) . Hari pun dah petang , sebelum balik hotel kita mengisi perut dulu terus untuk makan malam , nanti tak perlu keluar lagi.



Tengah tengah sejuk ni faham faham jelah mesti nak mengunyah je mulut ni , mujur ada maggi hihi .






HARI KETIGA


Harini tiba untuk balik ke KL , herm rasa macam tak cukup 3 harikan , tak apa lain kali boleh datang sini lagi . Pagi ni lepas breakfast kita akan singgh ke destinasi terakhir iaitu Big Red Strawberry Farm , betul betul dekat dengan hotel . Datang sini mesti nak pekena waffle strawberry ice cream . Disini juga boleh petik buah strawberry juga .






Pelbagai menu disediakan sampai tak tau nak pilih yang mana 1 , pastikan anda decide dulu yang mana dan baru beratur .



dappp , rasa tak cukupp 1


Waktu balik ni kita ikut jalan nak ke Raub , disajikan keindahan tanaman sayuran yang di tanam lereng lereng bukit .








Sampai di Raub akan nampak deretan jalan ada gerai menjual durian , harga yang dijual tidak lah mahal .






Seriouss sedap , katanya durian IOI lebih kurang macam musang king , kecik kecik cili api , sangat power , padu , terasa lemaknya . Selalu makan tak cukup cukup , yang ni makan 2 biji dah surrender . Puas dan berbaloi sangat !


Hari sudah senja , perjalan diteruskan ke KL . Percutian kali ini sangat menyeronokkan walaupun 3 hari saja , dan berharap akan dapat peluang sebegini di masa akan datang ...




UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE