Thursday, June 4, 2015

Renew Passport Malaysia Di Seremban

Assalamualaikum semua , actually this is my first post hehe , so sya nak cerita sikit mengenai renew passport di Seremban , sebab utama renew kerana sya akan berangkat ke Hong Kong pada 25 May 2015 , memandangkan lagi seminggu je lagi dan web check in Airasia pun dah buka jadi cepat2 lah buat , so malam khamis 14 May tu dah decide esok pagi2 Jumaat nak keluar buat passport , ingat nak buat di Pejabat Imigresen Daerah Port Dickson saja tapi tempoh siap 3 hari baik pergi Seremban terus dapat pun masa tu juga hehe.

Okey bagi mereka yang tak tau di mana lokasi Pejabat Imigresen Seremban , ni alamat dan peta sekali bagi memudahkan korang untuk cari

Jabatan Imigresen Negeri Sembilan
Tingkat 2 dan 4
Wisma Persekutuan
Jalan Dato' Abdul Kadir
70000 Seremban
Tel : 06-7620000
Faks : 06-7632491






Ini kali kedua saya datang ke sini , korang boleh ikut laluan menuju ke Masjid Negeri , sampai di roundbout , ambil kiri , terus sikit akan nampak Wisma Persekutuan belah kanan , tak silap saya belah kiri pusat kraftangan , parking disini jangan cakap lah memang penuh kot , lagi2 waktu bekerjakan . Untuk makluman bangunan Wisma Persekutuan ini menempatkan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan .



Okey sampai di Wisma , saya naik tingkat 2 ke 4 saya pun ingat2 lupa , tau pun lepas tanya mak guard kt bawah , naik lif belok kanan haaa dah jumpa Pejabat Imigresen , waktu saya datang jam 9:45 pagi macam tu , orang pun dah ramai ingat datang hari biasa orang tak ramai haha :D 

Untuk renew korang perlu bawa passport lama , IC dannn sudah tentu duit hehe


No giliran 1102 , no sekarang 1084 , so far okeylah tak lama sangat tunggu , dalam 30 minit macam tu no dipanggil , sebelum saya datang ke sini ada lah juga buat research di google , katanya tak perlu bawa gambar , yess memang betul setiap kaunter sekarang ada tempat mengambil gambar jadi ia agak mudah tak perlu lah kita nak tercari cari kedai gambar ya  , bila saya bandingkan gambar passport lama dan baru ternyata tiada lagi warna putih di muka , mungkin ini sebab kenapa pihak imigresen membuat sedemikian.

Lepas no dipanggil saya pun menyerahkan passport lama dan ic , dan beliau minta saya duduk untuk menangkap gambar , kita ni senyum2 lah di camera last2 abg imigresen bgitau tak boleh buka mulut dan senyum , cuba bygkan time tu dengan buat muka serious , bila tengok balik gmbr macam muka wanted hahaha hadoii , okeylah semua dah selesai skrg kena pergi kaunter pembayaran pula , haa nak bagitau ni sekarang tempoh mati passport dah tak ada 2 tahun , sekarang semua 5 tahun , bayaran pula hanya RM200 , kira okeylah kan dalam tempoh 5 tahun tu tak payah nak duk fikir `eh passport mati bila ya ` hihi , mungkin pihak kerajaan pun nak menyenangkan rakyatnya , tak adalah lepas ni ramai yang nak renew dalam tempoh 5 tahun , pejabat imigresen pun tak ramai orang lagi macam sekarang hehe 

Waktu collect 11:30 pagi , 1 jam proses , sementara nak menunggu tu pergi makan jap , jalan2 kat mall saja nak cukupkan masa , pukul 11:30 pergi balik imigresen untuk collect passport , bagi resit kat akak yang jaga kaunter depan tu dan beliau bgi no giliran .. haa kena tunggu lagi keee , herm nasib baik cepat dalam 5 minit macam tu nama pun dipanggil , yeayy dah dapat passport baru hihi , lega urusan dah selesai , tamat mati Nov 2020 , saya nak ingatkan bila renew passport no passport pun baru tau , no lama tu dah tak guna , sebab macam saya konon2 nak check in Airasia letak no passport lama dengan harapan bila passport baru no passport dikekalkan , rupanya tak , nasib baik saya tak check in kalau tak tak pasal2 tak dapat masuk pesawat sebab no passport berbeza dengan yang kita key in tu hehe , okey ini saja untuk post pertama , post kedua saya akn cerita percutian saya ke Hong Kong pula , byee

UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE 

4 comments: