Wednesday, January 25, 2017

Percutian Ke Seoul Korea Musim Winter Januari 2017

Assalamualaikum and Hi semua , saya baru balik dari Korea rabu minggu lepas , pergi 11 Januari balik 18 Januari , 8 hari 7 malam . Plan ke Korea ni actually dah lama tapi kali ni baru jadi , asyik tangguh je . First sebab nak rasa salji sebab tu booking bulan januari , rata2 orang cakap januari salji dah lebat , salji ni pun macam hujan kejap turun kejap tak turun, semuanya ikut rezeki masing2 memang susah untuk dijangka, yang penting kena banyak berdoa . Agak sedih juga sebab tak dapat harga promo Airasia :( , setahun tu check2 tapi tak dapat RM500 lebih pergi balik , last2 saya book bulan november 2016 melalui travel agent dapat murah sikit , sikit je tak banyak pun tapi lain pula cerita yang jadi haha , bayangkan bulan november booking tiket , lagi 7 jam nak berlepas baru dapat booking no , memang betul2 nightmare , saya dah bayangkan kalau kat aiport masih tak dapat mesti mak ayah dan kakak saya frust , pada mulanya saya rahsia kan , lepas dah dapat booking no baru saya cerita , mesti dia orang pelik sebab saya tak book meal , kalau tak 2 minggu check in dah buka mmg saya dah siap beli meal dan bagasi , yang geramnya seat dapat jauh2 last2 kena beli seat baru , janji sebulan sebelum berlepas dapat then ckp sebelum 2 minggu pula , dah 4 hari tak dapat saya dah risau , saya bayar untuk 4 orang bukan sikit duit , dah terbayang bayang kes yang jemaah umrah terkandas di airport gara2 travel agent tipu . Last lepas saya desak bos dia , email dan whatsapp baru dapat , alasan dia bulan december haritu ramai sangat yang booking , ini first and last saya beli , kalau beli pun next time make sure dapat booking no time tu jugak . Okey kita tutup cerita tu sambung cerita pasal Korea hehe





SEBELUM BERLEPAS

Passport - Pastikan expired date masih berbaki lebih 6 bulan ke atas

Visa - Rakyat Malaysia tidak perlu visa untuk ke Korea

Duit - Korea menggunakan mata wang won , saya tukar haritu 1000 won RM3.88




INTERNATIONAL ADAPTER JANGAN LUPA !



Mini warmer , boleh dapatkan di farmasi , ni saya dapat kat sana , boleh letak dalam glove , dalam stokin



Travel Insurans - Ambil dengan Fuad dari Etiqa Takaful , one & only travel insurans terbaik menggunakan cashless payment tanpa sebarang bayaran jika dimasukkan ke dalam hospital ! Insurans lain menggunakan konsep pay & claim , kalau kena RM80 Ribu bil hospital , kita perlu guna duit sendiri , balik Malaysia baru boleh claim. Boleh buka web fuad disiniiii




PENGANGKUTAN DI SEOUL

MRT


Line train terbahagi kepada line 1,2,3,4,5,6,7,8 , dan 9 line lagi , memang banyak , saya kat sana pun tak dapat nak hafal , anything pasal line boleh klik link dan boleh download apps seoul mrt .


T-Money - Card T-Money sama macam touch n go , boleh guna untuk semua , boleh dapatkan di mana2 kedai serbaneka seperti 7-Eleven dan kedai lain yg ada logo T . Yang ni saya beli di kedai buku kat airport , dalam card ada 4000 won , saya topup lagi 20000 won setiap 1 , cukup untuk 7 hari perjalanan . Card ni nanti masa balik kat airport boleh refund duit dalam tu , boleh refund di 7-Eleven dan card ni boleh simpan , jadi nanti next time kalau pergi Korea boleh guna balik


BAS

Yang ni saya tak pasti , sorry :(


TEKSI


Di Seoul ada 3 teksi dan lain warna , hitam , oren dan putih . Lain warna lain harga . Teksi hitam paling mahal , saya naik 1km dia caj RM30 . Teksi oren dan putih harga start 3000 won , kalau teksi putih yang buruk sikit bermula 2800 won .


UBER

Saya sekali je guna Uber lepas tu tahan teksi , Uber kat sana dia org guna teksi hitam , memang mahal tu yg saya kena caj 1km RM30 .


PENGINAPAN

Saya book melalui airbnd.com , 1 rumah ada 2 bilik



Boleh book di AGODA KLIK SINI , serendah RM50 .



MAKANAN

Saya di Seoul bawa makanan dalam tin dari Malaysia , hanya beras dan telur je beli kat sini . Dekat sini harga beras bukan main murah lagi 3kg kampit RM44 haha bukan itu saja telur 15 biji RM20 , Australia tu beras basmati 5kg saya beli baru AUD9.99 , telur pun baru AUD 2.99 , bila saya check rupanya Korea world most expensive grocery




TIKET & SENARAI LAWATAN MENARIK DI SEOUL (KLIK LINK DIBAWAH)

1. Everland Ticket - RM107.69
2. Lotte World 1 Day Pass - RM111.15
3. Lotte World Tower Seoul Sky - RM83.39
4. N Seoul Tower Ticket - RM20.15
5. Nami Island Skyline ZipWire - RM154.39
6. Running Man Thematic Experience - RM50
7. CHEF Show - the next generation of BIBAP! - RM121
8. Teseum Teddy Bear Theme Park - RM37.29
9. JUMP SHOW - RM90.35
10. MBC World Admission Ticket - RM55.25
11. THE PAINTERS: Show in Seoul - RM94.65
12. Coex Aquarium Admission - RM75.75
13. Jisan Forest Ski Resort with Everland Ticket - RM205
14. SMTOWN THEATRE Admission Ticket - RM58.15
15. Nanta Show Ticket in Seoul - RM106.49

FULL LIST KLIK SINI




HARI PERTAMA

Perjalanan mengambil masa 6 jam 30 minit kot , flight jam 7.30 pagi smpai pukul 2 petang . Saya gerak pukul 3 pagi terus ke ERL Salak Tinggi parking kereta di situ . Parking sehari RM3 . Waktu jam Malaysia dengan Korea , Korea cepat satu jam.







 Yeayy dah sampaii Incheon International airport , tak silap world best airport 2016 kan . Urusan imigresen semua smooth , secara jujurnya saya sangat hargai pihak tourism Korea meletakkan bahasa kebangsaan Malaysia di screen tv pintu masuk dan 1 lagi masa urusan imigresen tu mesin pun berbahasa Malaysia . I feel so welcoming , thank you tourism Korea. Hari pertama ni mcm biasa tiada aktiviti , selepas keluar balai ketibaan tu cari card T-Money.

Ada beberapa cara untuk ke bandar Seoul , salah satunya adalah train , dari airport turun tingkat bawah atau pun follow je signboard train , then u akan nampak ada 2 pintu masuk train , kiri dan kanan , masuk yang kiri , kt airport ada 2 jenis train 1 express dan 1 lagi AREX , AREX lebih murah sikit , nak naik express pun boleh je bezanya AREX ni ada berhenti2 , lebih kurang KLIA Express dan KLIA Transit , kalau naik AREX dia akan stop stesen yang mana stesen tu boleh buat pertukaran ke line lain mcm KLIA Transit boleh turun stesen Bandar Tasik Selatan pertukaran ke komuter .






HARI KEDUA

Aktiviti hari kedua kita akan ke Namsan Tower , untuk pergi ke sini kena turun Station Myeong-dong Exit 4 boleh ambil taxi ke cable car . Untuk ke Namsan Tower ni ada 2 cara , pertama boleh mendaki jalan kaki ke atas atau naik cable car






Tambang sorang cable car untuk naik ke atas 8500 won









Saya tak lama pun kat atas ni , just banyak bergambar then balik ke destinasi seterusya , actually kt atas ni ada 1 kiosk yang jual goreng2 , bauuu mmg mengodakan , nmpk dia jual potato goreng so sebelum beli tu tunjuk gambar vavi dia cakap no no only potato , so kita pun order 1 , rupanyaa tak perasan sebelah potato tu hotdog , bila tunjuk gambar vavi balik dia ckp yes haha , mean minyak tu digoreng dgn hotdog vavi , so lps dh dpt potato tu kita kasi je kt orang korea kt situ hihi

Destinasi seterusnya kita akan ke Namsangol Hanok Village , dari sini saya ambil teksi melalui apps Uber , tempat tak jauh pun tapi caj kena dalam RM28 . Kalau naik train kena turun Station Chungmuro , betul2 kat depan pintu masuk village ni. Nak masuk sini FREE


tasik dan beku







Lepas dah puas pusing taman ni kita terus ke Bukchon Hanok Village , dimana tempat ni masih menngekalkan rumah korea di bandar Seoul , lebih kurang macam kg baru. Untuk ke sini dari Station Chungmuro turun Station Angguk Exit 2 , keluar je terussss , then belah kiri akan nampak signboard ke Bukchon Hanok Village , kena menapak nak naik sini , kalau petang2 boleh nampak matahari terbenam.









Lepas selesai melawat perkampungan sini masing2 dah kepenatan mendaki hihi , jadi saya tahan teksi dan berhenti di Station Angguk , tambang 3000 won . Dari station sini balik terus ke rumah , sambung aktiviti esok




HARI KETIGA

Rutin saya pagi2 lepas subuh saya akan prepare breakfast , masak nasi , panaskan lauk dalam tin then sambung kerja mengadap laptop , tengok forecast di hp pukul 8 snow akan turun smpi pukul 11 pagi , saya buat tak tau je sebab forecast kadang2 bukan betul then hati ni tergerak nak buka pintu, tengok luar tup tup snow dah turun rupanya , saya pun mula jerit mcm org gila  panggil mak ayah akak snow dah turun , cepat2 masing bawa hp ambil gambar ambil video haha












Syukur Alhamdulillah di pagi jumaat yang indah , u know what saya plan ke Korea sebab saya nak sangat rasa salji , 2013 pergi Beijing tak dapat snow , 2015 pgi Hokkaido Japan hanya renyai dalam berapa saat saja , kali ni baru dapat betul2 , memang tak sangka pun sebab kat forecast tak tunjuk hari jumaat akan snow , saya tunggu saat ini selama 8 tahun sejak umur saya 15 tahun , hasil duit business saya dapat capai impian2 saya dan dapat bawa sekali mak ayah akak saya . Rasanya kalau pagi tu saya tak check kat luar mesti rasa hampa tak dapat rasa salji turun , ini semua rezeki kan , selama 8 hari kat sini , pagi ni saja yang snow.

Selepas dah puas main salji kita teruskan aktiviti pada harini , sepatutnya akan ke KBS dan Han River Cruise , tapi disebabkan dah lambat sibuk main salji jadinya pergi Han River Cruise saja . Kalau korang kaki RM mesti tau dia org ada buat show kat sini yang dia org kena seberang sungai han . Cara nak pergi sini turun Station Yeouinaru Exit 3 , keluar je dari situ terusss je then belah kiri akan nampak port ferry.



Han River Cruise ni ada waktu-waktunya , boleh klik web , saya naik pukul 5 ptg , harga seorang 15000 won , kalau night cruise tak silap 25000 dapat meal ngan wine haha




















Memang best sangat naik cruise ni dengan orang tak ramai , kalau malam lagi nice dapat tengok bangunan bercahaya , untuk musim winter tidak lalu binpo rainbow bridge , hanya ada march hingga ogos tak silap ni staff situ yang cakap . Kalau datang sini wajib naik cruise ni , memang tak rugi , sangat berbaloi .





HARI KEEMPAT

Aktiviti harini kita akan ke KBS , Masjid Seoul dan Namdaemun Market . Mungkin orang tertanya tanya apa itu KBS , KBS singkatan bagi Korea Broadcasting System lebih kurang macam RTM , di sini kita boleh lihat pameran dan mencuba sendiri jadi pembaca berita hihi.

Untuk ke sini turun Station National Assembly , saya lupa exit berapa tapi masa keluar train tu ada signboard tulis KBS , masa nak ke Station National Assembly ni agak keliru sebab saya tranfer Station Yeouido untuk pertukaran line , rupanya sini ada 2 train , 1 biasa dan 1 lagi express , yang express dia tak berhenti kt station national assembly , jadinya kalau u ternaik express cpt2 turun station seterusnya dan naik platform sebelah , kena dengar betul2 annoucement , kalau dia cakap express jangan naik ya,




Keluar je akan nampak signboard ni just teruss je akan nampak simpang empat tak silap , belok kanan


Lepas belok kanan akan nampak bangunan ni dan belok kiri





dah sampai , masuk FREE

konti radio , kalau ada artis mmg boleh tengok


drama ni yang engkorang tergila gila tukan










masa ni ada live


rasa jadi pembaca berita kejap



Lepas ke KBS kita ke Masjid Seoul di Itaewan untuk solat dan merasai makan halal korea . Untuk ke sini kena turun Station Itaewan Exit 3 , keluar just straight akan nampak simpang 4 melintas dan belok kanan terus akan nampak simpang masuk kiri , akan nampak deretan kedai runcit dan kedai makan halal. Nak pergi sini kena mendaki sikit sebab masjid ni kat atas bukit , saya naik teksi sebab bawa family kan , tambang 3000 won . 







Ni tempat wuduk lelaki , lepas ambil tu cepat2 lari masuk dalam kesejukan hihi



Lepas solat kami makan di MAKAN RESTAURANT , keluar je dari masjid jalan sikit akan nampak restoran ni , memang puas hati sangat , semuanya sedap2 , chef orang muslim korea . harga per meal average 8000-10000 won .






Lepas makan kita ke Namdaemun Market , kat sini khas untuk shopping , nak beli baju ke , keychain semua ada kat sini , masa datang sini dah malam jadi banyak kedai dah tutup tapi dapat beli semua . Cara pergi sini turun Station Hoehyeon Exit 5 , keluar je belok kanan itulah marketnya , kalau nk beli brooch boleh beli di bangunan hijau di belah kanan , sorry gambar tak ada pasal kesejukan teramat lps beli terus cepat2 balik ke station hihi




HARI KELIMA

Harini kita akan ke Gyeongbokgung Palace dan Cheonggyecheon Stream . Palace ni adalah istana lama yang telah di ambil alih oleh kerajaan dan dijadikatan tempat lawatan . Bayaran masuk sorang 3000 won . Untuk pergi ke sini turun Station Gwanghwamunn Exit 9 , akan nampak tugu King Sejong , king nilah yang buat tulisan Korea kalau tak sampai sekarang orang Korea masih mengamalkan tulisan China.



 King Sejong



Ketika ini ada pertunjukkan pertukaran guard





Di sini kita boleh merasai pengalaman memakai kostum pakaian pengawal istana , ada 4 design boleh pilih , dia ada masa2 tertentu , nasib baik masa masuk tu baru buka sesi baru , kami orang yang pertama , yang kelakarnya dia pakaikan semua hihi

anak pengawal haha












Cheonggyecheon Stream adalah sungai yang telah dibaik pulih oleh kerajaan , kalau dulunya sungai ni kotor , boleh tengok di google dulu dan sekarang memang jauh beza , sungai ni memang dekat je dengan palace tadi , bila dah keluar dari pintu palace tu , terussss je nmpk simpang4 teruss je sampai jumpa tiang MRT Exit 5 ni kedepan sikit haa dah jumpa belah kiri.











HARI KEENAM

Untuk harini kita akan ke Nami Island dan Pettite France , cara nak pergi sini banyak cara dan cara saya pastinya yang termurah lahkan hihi . Turun Station Gapyeong , sampai sini ada shuttle bas warna purple kadar tambang sorang RM19 rasanya , boleh naik banyak kali , tiket boleh simpan. Tapi saya tak naik shuttle bas , saya naik teksi tambang lbh kurang 8000 won . Nak ke Nami ke naik ferry , sorang 8500 won. Kalau banyak duit boleh naik Zip Wire sorang RM50 kot tak pasti pula.



Station  Gapyeong









Jarak nak ke Nami tu dekat sangat2 , saya ingat kan mcm nak ke situ dalam 30 minit rupanya dalam 10 minit




Ini adalah air pancut yang telah beku


Tasik sudah membeku 







Ini buka salji betul tapi salji tiruan

Malaysia

Winter Sonata


Salji buatan manusia 

Disini ada tempat solat dan restoran halal , 1 meal 10000 won , rasa dia not bad . Lepas dah puas jalan kita balik ke Pettite France pula , Jarak dengan Nami tidak jauh sangat area situ juga dalam 12km . Boleh naik bas shuttle tadi , saya naik teksi tambang 19000 won . Pettite ni lebih kurang macam Bukit Tinggi Colmar Tropicale . Nak masuk sini bayaran sorang 8000 won.



 Drama korea yang buat pengambaran disini termasuk RM

 Waktu persembahan















Dekat sini ada guest house boleh menginap , harga saya tak pasti pula . Lepas dah puas meneroka sini kita balik ke Station terdekat , kalau naik bas tunggu dekat tempat korang turun tadi , saya naik teksi tambang 18000 won turun Station Gapyeong,




HARI KETUJUH

Untuk aktiviti yang terakhir kita akan ke Yongpyong Ski Resort bukan untuk bermain ski tapi untuk bermain salji dan menaiki gondola . Dulu masa pergi Beijing dah puas main ski , tu first and last lah kot haha , janji dah rasa cukup . Actually saya ada banyak plan pada asalnya yang saya dah pilih , first gunung soraksan , kedua yongpyong dan ketiga pulau ullengdu , ketiga tiga ni tempat di mana menerima salji yang banyak . Last2 saya pilih Yongpyong , tempat ni di daerah Gangwon , luar dari Seoul dan memakan masa 2 jam 30 minit menaiki bas . Cara nak pergi ke sini turun Station Gangbyeon Exit 4 , melintas jalan haa tulah Dong Seoul Bus Terminal . Tambang bas sehala 14500 won seorang .

Terminal Bas

Lepas dah masuk dalam terminal , akan nampak kiri dan kanan kaunter tiket , bagitau kat kaunter tu nak pergi Hoinggye atau lebih mudah tunjuk je tiket ni kat dia . Lepas tu nanti dia kasi tau pukul berapa then kita cakap yes so dia book , lps dapat tiket tengok platfor berapa dan cari platfor tersebut kt situ juga , jangan lambat ya , kalau pukul 9:50 , tepat 9:50 dia gerak.


Setiap tiket seat bernombor , memang selasa sangat2 , selama 2 jam 30 minit saya tidur je . Sepanjang ke sini bas ada berhenti dalam 2-3 bus stop , jangan turun pula . Kita punya terminal bas yang terakhir. Sampai saja kat terminal (sorry gmbr tak ada lupa nk ambil) , tanya orang tu bas shuttle to yongpyong pukul berapa , bas dia warna purple free je tapi ikut masa , macam saya naik teksi putih tambang 3800 won kalau tak silap , tak jauh pun . Kalau naik teksi bagitau nk pergi yongpyong ski GONDOLA CABLE CAR , sebab tempat dia luas , so teksi akan turunkan di tempat naik gondola.




Tempat naik gondola

Pintu masuk



Tiket gondola boleh beli di tingkat atas , naik eskalator toleh kanan dah nampak , sorang 15000 won , perjalanan 40 minit. Last close 4:30 ptg



























Kat sini boleh minum2

Masa nak balik tu memang susah nak cari teksi , last2 tanya dengan pengawal dia suruh turun bawah sikit akan nampak bas banyak2 macam ni , ni saya naik pukul 5 petang . Sampai di terminal bas saya beli tiket balik ke terminal bas yang mula2 tu , just tunjuk je nama terminal kt tiket tu lebih mudah dan faham , harga sama macam tadi .


 On the way balik , first time naik bas macam ni waktu dah nak malam , memang sesuatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.




HARI KELAPAN

Sudah tiba pulang ke Malaysia




Secara keseluruhannya percutian kali ini menyingkap seribu satu pengalaman yang baru di bumi Korea . Semua orang pun happy dapat rasa salji . Actually saya agak terkejut tengok rupa orang2 korea terutamanya lelaki type body dah jenis west country , tinggi2 semua memang berbeza dengan orang China dan Jepun . Manalah tau kot2 hehe .... mcm my mom cakap `ad org korea hensem2 ya ` then sya ckp `mommyyy ` `owhh lupa lupa ` hehe ingatkan wanita je . Dan lagi satu orang korea ni memang suka berlari lari kejar train , lepas tu suka tolak2 , mcm kita kan selalunya akan ckp tompang lalu or excuse me , memang panasss je bila kena tolak2 tu haha , my sis in law cakap dia org mcm begitu . So kalau korang pergi nnti jangan rasa terkejut pula . Okey itu saja percutian kali ni , have a nice day bye bye :)


UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE 

63 comments:

  1. hi...berapa jumlah kerugian kesana ye hahaa..sy plan nk kesana januari 2018..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semuanya bergantung pada tiket flight , kalau dapat RM500-RM600 return tu mmg nice sangt , total habis dalam RM8400 , sorang lebih kurang RM2100 , sebenarnya korea ni sorang RM1500 je kalau tak pergi ski resort , tak naik river cruise , tak makan luar , tak naik teksi , dan kurangkan tempt lawatan . Semeuanya bergantung pada bajet masing2 , kalau Cik Sarah ada bajet lebih apa salahnyakan pergi ke semua tempat , inilah masanya hehe

      Delete
  2. Salam. Berapa harga tiket masuk yongpyong ski resort utk seorang. Klu kita xnk main ski atau xnk sewa ape2 peralatan, maksudnya just nk aktiviti bebas kt dlm tu (saya bwk anak kecil) kn byr brape ye? Atau bayar naik gondola tu je ke utk masuk ke dalam?

    Tq 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , untuk masuk saja tiada apa2 bayaran dikenakan , dalam bangunan Yongpyong Ski Resort ni ada tempat makan , cafe , shop , toilet , boleh santai2 sambil melihat orang main ski , dalam ni agak ramai juga dari berbagai negara , hanya kalau nak naik gondola saja kena bayaran :)

      Delete
  3. Salam.. i nk ke korea pd 19th feb 2018.. still bolh rasa salji ke..
    Bulan 1 tu temperature berapa ek?
    thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam , salji seperti hujan , susah nak jangka , walaupun musim winter tidak semestinya sepanjang musim itu salji akan turun , adakala salji turun hanya beberapa kali saja dalam tempoh tersebut , berdoa supaya dapat ya hehe , suhu 0 celcius , boleh lihat di ramalan cuaca

      Delete
  4. Salam Tuan, di Yongpyong kat mana boleh dapat makanan halal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena bawa bekal hehe , saya tak nampak gerai muslim , tapi kalau non muslim jual tidak semestinya tidak halal , yang pasti kena tahu bahan yang di gunakan , kt sini ada jual mcm pancake , coffee , yang ringgan2 , makanan berat tak ada .

      Delete
  5. entry yang lengkap. dapat membantu saya membuat itinerary �� In Sha Allah, saya pergi korea bulan 3/2018 nanti

    ReplyDelete
  6. Saya koNpidn tiket awak is tiket staff sbb tu la..kitorg mmg xleh beli 24jam sblm. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulakan , baru2 ni dengar company tu dah tutup , semua agent2 dia mengalami kerugian gara2 tokey dia tak dpt adakan tiket , tak taulah duit tu kemana , nasib lah waktu saya dapat juga walaupun lagi beberapa jam sebelum fly , dari yg lain dah smpi airport tiket masih belum dapat :(

      Delete
  7. Assalamualaikum. Temperature masa tu ada cecah minus degrees kan? Parents awak boleh tahan sejuk x? Dorang still boleh jalan2 as usual, x cepat penat whatsoever? Sebab nnt sya akan bawak parents, risau jugak la kita.

    And, usually awak akan keluar jalan2 and balik ke guesthouse at what time? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam ,
      betul , waktu tu suhu 0 dan minus , saya lihat suhu tahun ni agak sejukk , sehingga minus 12 . Mak saya tahan tapi ayah tak hehe , ayah mmg pakai berlapis lapis , dari segi jalan tu so far okey walaupun mak ada asthma , lagipun parents ligat bab2 pgi cuti ni terus kuat hehe . Usually akan keluar pagi dalam pukul 10 , paling lewa pukul 11 , sebab musim winter pukul 5:15 matahari dah terbenam , jadinya kita keluar awal balik sebelum pukul 4-5 mcm tu . Sama sama :)

      Delete
  8. Assalamualaikum , nak tanya perbelanjaan awak(sorang) kat sana berapa eh termasuk tiket flight sekurangkurangnya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , seorang dalam RM2100 , semuanya bergantung pada tiket flight dan juga tempat lawatan , kalau dapat RM600 return tu mmg nice tapi sekarang mmg susah betul nak dapat harga promo . Tempat lawatan pun boleh minimumkan dengan bajet kita :)

      Delete
  9. Berapa agak2 bajet habis utk 8 hari tu? Saya cuma nak tahu sbb nnt nak pegi dh tau. Bajet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi , actually untuk ke seoul ni RM1500 include semua mmg dah cukup TAPI bergantung pada harga tiket flight dan juga tempat lawatan yang kita pergi . Macam saya tiket flight sorang saja dah RM1K , total untuk seorang habis RM2100 termasuk semua

      Delete
  10. berapa harga tiket klu utk main ski ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lihat disini https://www.yongpyong.co.kr/eng/skiNboard/utilizationFee/rental.do

      Delete
  11. hi Salam Alaik, Dalam bulan November suhu dah mula sejukkan? Sebab sy plan nk pergi dalam bulan november.

    ReplyDelete
  12. Salam..sy bercadang nak ke jeju bln 3 ni.rata2 blog banyak yg suggest utk sewa kereta..
    Tapi lepas baca blog ni pasal bas rasa mcm xsusah sgt nak kemane2 naik bas.
    Boleh x sy tau main prob kalau naik bas.
    Tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , betul , bas di jeju bagi saya sangat efeksyen , problemnya kena buat itinerary dengan detail , seperti ambil no bas apa , turun di mana , dan waktu bas sampai dan waktu bas tiba di distinasi bagi memudahkan perjalanan , cara menaiki bas di Jeju boleh klik sini https://jejutourism.wordpress.com/2015/11/12/how-to-take-the-bus-around-jeju/

      Delete
  13. Assalamualaikum, sy akan ke korea 3-7 may 2018, perlu ke sy membawak jaket tebal dan kasut mcm mna pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , bulan 5 musim bunga , sejuk seperti di genting , boleh pakai jacket biasa , kasut terpulang :)

      Delete
  14. salam..bulan 5/18 musim apa ye..sy plan nk ke sne awl bulan 5 nti

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , bulan 5 musim bunga , sejuk seperti di genting , boleh pakai jacket biasa , kasut terpulang :)

      Delete
  15. Assalamualaikum tumpang tanya ye
    kalau pertengahan bulan 6 2018 agak agak musim apa? mcm mana kita nak tau musim n suhu kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , boleh lihat disini https://en.wikipedia.org/wiki/Climate_of_Seoul

      Delete
  16. Wahhhhh completed 💯 terima kasih sebab kongsj pengalaman anda. Saya harap saya dapat tajuk perlancongan ke luar negara walaupun saya tk pernah menjejaki di sana🙏 :) thankyousomuch 🤗

    ReplyDelete
  17. Apa nama penginapan tuan di sana. Saya akan pergi ke seoul pada sept nanti cuti awal muharam. Masa tu musim apa sebenarnya. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketika itu baru nak masuk musim luruh , saya menginap di airbnd.com :)

      Delete
    2. very informative.syukran.Allah blessed u.
      i nk gi backpacking this dec .insha Allah.

      Delete
  18. salam. nak tanya, kalau ke korea kene beli travel insurance ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , mana2 negara kena beli travel insurans , boleh beli dengan fuad http://www.insuranskeretapro.com/p/insurans-travel-etiqa-takaful.html

      Delete
  19. Salam... Apartment nama ape ye kat airbnb.. N nk sng naik subway ptut dduk area seoul station ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , https://www.airbnb.com/rooms/8543825 , mana2 tempat boleh menginap asalakn dekat dengan station MRT

      Delete
  20. Salam.sy dah kali ke 4 dtng ke korea..blh ke sy nk prgi ke korea untk kali ke 5..lpas x

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , kenapa rasa tak lepas pula hihi , kalau tak pernah buat sebarang jenayah , tiada masalah untuk masuk lagi

      Delete
  21. Macam mana nak tahu tmpt menginap tu dekat dgn MRT? And how nk tahu airbnb tu muslim friendly?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ,
      1. Buka google maps ,search nama hotel dan lihat di peta , jika ada station MRT yang berdekatan , maka hotel sis dekat dengan MRT

      2. So far airbnb tiada filter untuk muslim friendly , saya cuba search airbnd muslim friendly Seoul ada satu 2 , rasanya tiada masalah jika stay rumah non muslim selagi kita rasa yakin dari unsur najis dan jangan terlalu was was .

      Delete
  22. assalamualaikum saya nak tanya kalau budget untuk ke korea dalam 10-15k cukup tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , wow untuk berapa orang tu sis? kalau seorang lebih pada cukup tu kecuali kalau sis kaki shopping hehe ^_^ , average one person include flight (RM1000) = RM2200 all cost . Mean kalau 15k , seperti kos untuk 6 orang .

      Delete
  23. terima kasih , coretan adik membantu akak dan keluarga pergi ke Yongpyong ski resort pd 13 Feb 2019... mmg best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama kak ^_^
      wahhh , suka saya mendengarnya , mesti seronok anak anak bermain ski hehe

      Delete
  24. kalau nak pergi yongpyong kena booking awal awal ke macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu booking awal , boleh beli tiket ke kaunter

      Delete
  25. ada wasap num utk beli insurans x? akn pegi ke korea jan nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh buka sini http://www.insuranskeretapro.com/p/insurans-travel-etiqa-takaful.html

      Delete
  26. FUad pernah ke Korea masa musim luruh...saya plan ke sana Nov 2019

    ReplyDelete
  27. Awesome! Lots of activities that can be done there, especially during winter. Thank you for sharing your experiences and knowledge about holidays. villakubu.com

    ReplyDelete
  28. Jom ke Seoul-Jeju cuti sekolah tahun 2020! Hanya RM3500/pax untuk 6H5M. Trip termasuk flight Kul-Jeju-Seoul-Kul, accomodation + tour guide + transport + breakfast + entrance fees + insurance. Untuk pertanyaan lanjut blh ws 018-9591995 atau email najwaakutravel@gmail.com.

    ReplyDelete
  29. Nicely done article and interesting information. Thanks for your hard work on such a topic.
    legal firm in kuala lumpur

    ReplyDelete