Sunday, February 18, 2018

Percutian Ke Singapore Edisi Bajet Februari 2018

Assalamualaikum buat pembaca blog fuadtravel , fuad baru saja balik dari Singapore semalam Sabtu  , actually fuad dah banyak kali pergi Singapore sebab mak asal orang sana dan relative pakcik makcik saudara mara banyak di Singapore , tapi selalunya datang mesti pakcik yang ambilkan tunggu di  Woodland Checkpoint , banyak melawat saudara mara , bukan untuk berjalan . Jadi memandangkan belum pernah explore Singapore fuad plan ke Singapore untuk 1 hari saja , cadangnya dah lama , kawan pula ada passport dan tiba2 mesej dia rabu , terus ajak pergi jumaat sebab off day . Satu lagi tujuan ke Singapore untuk bagitau kepada mereka yang teringin nak ke Singapore tapi takut dan tak cukup duit , jangan risau walaupun Singapore antara negara paling mahal di dunia tidak semestinya semua barangan mahal . Did you know how much I spend in Singapore ? 10 dollar only ! Boleh pergi banyak tempat .

BY THE WAY FUAD ADA BUAT PAKEJ SINGAPORE HANYA RM135 SAJA , KLIK SINI



JIKA KORANG NAK BELI TIKET UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE , BOLEH BELI DISINI



Travel Insurans boleh  ambil dengan Fuad dari Etiqa Takaful , one & only travel insurans terbaik menggunakan cashless payment tanpa sebarang bayaran jika dimasukkan ke dalam hospital ! Insurans lain menggunakan konsep pay & claim , kalau kena RM80 Ribu bil hospital , kita perlu guna duit sendiri , balik Malaysia baru boleh claim. Boleh buka web fuad disiniiii





PENGANGKUTAN
Untuk ke Johor atau Singapore anda boleh booking bas di EASYBOOK.COM



TIKET & LAWATAN MENARIK DI SINGAPORE TERBAIK ! 

FUAD DAH LISTKAN . BOLEH KLIK DI BAWAH .





HARI PERTAMA

 Dalam LRT ke TBS




Fuad akan ceritakan A-Z okey dan memandangkan ini adalah percutian edisi bajet pastinya fuad tidak masuk ke tempat berbayar , yang penting untuk menikmati dan rasai pengalaman . Memandangkan masa tidak banyak , hari khamis tulah baru nak beli tiket bas  dan buat itinerary sepanjang perjalanan . Pada mulanya nak drive tapi fikir2 macam penat pula , lagipun pergi 2 orang je kalau ramai2 rasa berbaloi boleh sharing duit minyak dan tol .



Dalam bas ke Larkin Terminal

Tiket bas beli secara online di easybook.com , banyak dah sold out sebenarnya sempena raya cina , dapat pergi balik RM70 , ini adalah kali pertama beli tiket bas menerusi online , sangat mudah , tiba di TBS hanya print tiket saja . Bas bertolak jam 12:55am Jumaat , saya dan kawan sampai pukul 12 di TBS . Macam  biasa bas delay 30 minit hehe .









Bas sampai di Terminal Bas Larkin jam 6:30 pagi , di sini ada sediakan tandas untuk mandi , selepas subuh dan sarapan tiba masa untuk ke Singapore dengan menaiki bas SBS170 ke Queen Street . Bas ni memang dari Larkin Terminal ke Queen Street Singapore , tambang hanya RM2.20 ke MRT Kranji , guna duit Malaysia saja . Perjalanan dalam 20 minit . First bas akan lalu di imigresen Malaysia dan semua kena turun bawa beg sekali , selesai imigresen Malaysia turun ke platform bas untuk naik bas tadi 170 . Tiba di imigresen Singapore pula cari kad warna putih dan isikan , di slip putih tersebut di bahagian vehicle no letak no bas SBS170 , address Singapore City Hall , no hp letak no kita , First and last city letak Johor Bahru .  Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar .










Lepas keluar dari kastam Singapore turun tangga ke bawah ada bas disitu , jangan lupa tunjukkan tiket beli tadi , bagitau tadi beli dari Larkin Terminal nak ke MRT Kranji . Kalau dah nampak macam station tu tekan loceng berhenti .



Suka fuad ingatkan bagi pengguna hotlink prepaid ada pass internet RM10/day 1GB , sampai di Singapore just on roaming data nanti dia siap2 tolak dari baki topup . Internet ni sangat lah penting waktu disana .


Tiba di MRT Kranji pergi di kaunter servis bagitau nak beli Singapore Tourist Pass berharga 10 sing dollar dan 10 dollar deposit , waktu return nanti dia akan pulangkan 10 dollar , pass ini adalah unlimited boleh naik MRT dan bas kecuali Express Sentosa . Rupanya MRT Kranji kaunter jualan tiket hanya tutup pada hari jumaat , sabtu dan ahad , jadinya kita terpaksa ke MRT Woodland , 2 station saja , tambang 1.5 Sgd .  Lepas beli Singapore Tourist Pass di MRT Woodland . Teruskan dengan aktiviti pertama ke Marina Bay , dari MRT Woodland turun MRT Bayfront , cari signboard ke Garden by the bay .


Singapore Tourist Pass

Dari MRT Kranji turun MRT Woodland

Pertukaran line




Masuk adalah percuma kecuali kalau nak naik shuttle dan jambatan di atas tree , waktu malam lagii cantik dengan lampu .


Marina Bay Sand Hotel


Obike


Singapore Flyers

Selepas bergambar di hotel marina , the tree & Singapore Flyers , lawatan keempat ke Art Science Musuem , sekadar melawat dan bergambar saja .








Lawatan kelima ke Esplanade .Struktur  Esplanade ni diinspirasikan oleh buah durian , tempat ini lebih kurang seperi istana budaya menempatkan seni persembahan orkestra , nyanyian , teater dan musical , dan paling bestnya Esplanade menawarkan persembahan secara PERCUMA . Tapi sayangnya waktu saya pergi no free show . Sebab itu sebelum pergi buka websitenya untuk melihat free show pada hari apa , rugi kalau tak tengok .







Lawatan ke keenam adalah tempat yang paling wajib untuk bergambar iaitu Merlion , iconic of Singapore . Ada sejarah dan kisah mengenai binatang ini . Boleh google ya.





Lawatan ketujuh ke Fortune Of Wealth , The Fountain of Wealth was constructed in 1995, together with the main Suntec City development. A symbol of wealth and life, the Fountain of Wealth is recognised since 1998 by the Guinness Book of World Records as the World's Largest Fountain. Semua jalan kaki je sebab jarak tidaklah jauh sangat , yang penting ada google map so senang nak tau jalan ke mana . Sini hotspot untuk bergambar , malam lagi cantik .








Lawatan kelapan ke Masjid Sultan , dan waktu ni pula hari jumaat jadi boleh solat jumaat disini terus . Selepas solat jumaat syukur Alhamdulillah ada orang sedekah nasi briani daging lembu , siap dapat susu kotak lagi hihi , jimat duit untuk lunch , actually sebelum masuk Singapore saya dah bawa 4 botol air mineral dan tapau nasi bungkus di Larkin . Memang tak nak beli apa2 di Singapore . Kita orang makan di bas stop .





Lawatan kesembilan ke Chinatown , dari Masjid Sultan cari signboard ke MRT Bugis . Turun station Chinatown , Exit A. Disini banyak tshirt Singapore , sourvenir dijual dengan kadar harga yang murah dan juga boleh tawar menawar . Disini ada PRC ( Permanent Resident China) bila kita tanya dia cakap dengar cara kasar ' I dont know English ' . Lebih afdal tanya Uncle tua sah orang Singaporean , jawab pertanyaan pun very helpful .









Lawatan ke10 ke temple Buddha Tooth Relic Temple and Museum , dari money changer Chinatown ni belok ke kanan terus belah kiri nampak Chinatown Complex haa boleh nampak belakang tu tokong .








Lawatan ke 11 ke Orchard Road , dari MRT Chinatown turun ke MRT Orchard , sini lebih kurang seperti Bukit Bintang banyak butik butik mewah dan kawasan membeli belah . Jika anda spend 20 dollar di ION Orchard , anda layak menaiki Sky Ion tingkat 56 , dapat melihat pemandangan Singapore .









Dan lawatan terakhir ke Sentosa Island , untuk ke sini dari MRT Orchard turun ke MRT Harbourfront , untuk ke Sentosa pula ada 3 cara , pertama naik monorail 4 dollar , kedua RWS Bus 1 dollar dan ketiga jalan kaki menerusi Sentosa Boarwalk , memandangkan edisi bajet pastinya pilihan ketiga.










Ingat nak makan di pantai Palawan tapi jauh pula , so kita makan nasi yang kita tapau dari Johor di Sentosa Waterfront.

 Ini adalah Crane Dance , kalau datang pukul 8 malam dapat lah tengok persmebahan percuma disini.






Lepas makan cadangnya nak tengok Spctra di Marina Bay , setiap jumaat sabtu dan ahad akan di pasang lampu2 diiringi music , jika ada yang pernah pergi Hong Kong pasti tau , tapi saya bagitau Amir tak sempat nak tengok sebab dari marina bay ke MRT Kranji dekat 1 jam , bas dari Larkin Terminal 10:15 , jadinya terus balik saja . Nanti tahun baru 2019 nak datang sini lagi untuk celebrate happy new year .

Card Singapore Tourist Pass boleh serah kat kakak kaunter , nanti dia akan bagi duit refund 10 dollar , diingatkan ya untuk menaiki bas dari MRT Kranji ke Larkin Terminal kena sediakan duit kecil , kalau tiada duit kecil minta tukar kat akak tu , driver bas memang tidak bagi balance .

Tunggu bas di seberang , naik jejantas .

MRT Kranji

 Dalam bas ke Woodland Checkpoint




Alhamdulillah bas bertolak dari Larkin Terminal jam 10:15 , sampai di TBS jam 2 pagi . Maka tamat sudah trip ke Singapore Edisi Bajet . Suka fuad untuk list berapa fuad habiskan secara ringkas keseluruhan trip ke Singapore.

BAS KL-JOHOR : RM70
NASI BUNGKUS : RM6
BREAKFAST NASI AYAM : RM7
SINGAPORE TOURIST PASS : RM29.80
AIR MINERAL : RM2.98
INTERNET : RM10

JUMLAH RM125.78 !

Kalau pergi naik kerete ramai2 , share duit minyak dan tol , anggaran bawah RM100 je . So you guys boleh lah plan lepas ni dengan kawan2 , byeee 


UNTUK SENARAI PERCUTIAN KLIK SINI


105 comments:

  1. wow...sangat best baca entry ni
    terima kasih perkongsian info

    ReplyDelete
  2. Really helpful... Share lagi ya! Thanks. :)

    ReplyDelete
  3. Imigresen tu 24 hours ke? Sebab ingat nak stay Johor malam tu.

    ReplyDelete
  4. hai. nk tanya untuk singapore tourist pass tu kan kalau beli dekat station mrt lain boleh jugak ke pulangkan kad tu semula dekat station lain..dan satu lagi nak tanya kaunter dekat mrt kranji tu kalau weekend kan tutup untuk jualan tapi untuk pulangkan kad dy tak tutup erh? sorry banyak tanya hihi first time nak pegi singapore tu yang noob tuh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senarai Station
      http://thesingaporetouristpass.com.sg/where-to-buy/

      Delete
  5. salam..nk tau..apa yang diperiksa semasa di imigresen Malaysia dan Singapore semasa pergi...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam taiada jika naik bas kecuali kalau bawa kereta kena buka bonet

      Delete
  6. Good info. Dok plan nk ke sana jgk tp nk bermlm sehari

    ReplyDelete
  7. Saya dapat lagi tips baru. Sebelum ni pernah redah saja. Tapi kali ni lebih menarik dan teruja pula. Terima kasih untuk ilmu perkongsian ini. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  8. Dr stesen bas Larkin tu memang da ada bas masuk ke woodland,Singapore eh ?

    ReplyDelete
  9. Nak tanya imigresen bukak 24 jam ke ??? Yng untuk jb dengan singapore?

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. dari woodlands station, ad ke bas ke larkin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rasanya , need to ask staff kt kaunter MRT Station :)

      Delete
  12. blh x abg kasi tau mcm mana nak pergi k johor-singapore dr bukit bintang??..sbb ni 1st time nak g johor-singapore dr kuala lumpur..kita org dr brunei..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh , ada 2 bas sehari , boleh buka booking melalui https://www.easybook.com/en-my/bus/booking/bukitbintang-to-singapore

      Delete
  13. Sgt2 bguna wak punya information. Tq. Tapi saya nak pg 3 tempat sahaja. Uss/singa kuar air tu//marina bay sand. Still boleh naik. Mrt ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ,
      - USS turun MRT Harbourfront , untuk ke Sentosa pula ada 3 cara , pertama naik monorail 4 dollar , kedua RWS Bus 1 dollar dan ketiga jalan kaki menerusi Sentosa Boarwalk

      - Merlion (Singa) / Marina Bay , turun MRT Bayfront

      Your Welcome ^_^

      Delete
  14. salam bas dri terminal ke mrt kanji tu pling awal jam brape??

    ReplyDelete
  15. Salam.
    Ada pas lawatankah utk ke singapore?sebab saya x ada pasport.saya nak guna pas lawatan ja pergi balik jb singapore.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , bole guna dokumen perjalanan min 5 org http://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-utama/dokumen-perjalanan/dokumen-perjalanan-kumpulan.html

      Delete
  16. Saya dr sabah.
    Saya mahu ke singapore pergi balik saja .nak sewa kereta 4 penumpang je(bezzakah camry kah dll)
    Mesti ada pasportkah@ saya boleh guna pas lawatan sahaja?tq.pertama kali ke johor.tq

    ReplyDelete
  17. bila lg nk buat trip ke singapore ni fuad? boleh sis join.hehe :)

    ReplyDelete
  18. Assalam En Fuad,
    Kalau day trip kena bawak passport ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , warganegara Malaysia yang ingin memasuki kemana mana negara wajib ada passport , jika tidak imigresen tak lepas hehe

      Delete
  19. En. Fuad,
    Ok ker pergi masa CNY ?. Crowded sgt tak ? harga overated tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je , tapi kalau pgi USS tu mmg crowded hehe

      Delete
  20. Naik kete bwh rm100 tu mksudnye pergi ke tmpt yg fuad ckp tadila ke. Parking cas ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh tu harga minyak je tak masuk duit parking sana hehe

      Delete
  21. Terbaekklah blog Fuad ni dengan info2 yang sesuai dengan bajet yang rendah..blh sy guna utk rujukan masa akan datang..tq2

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  24. fuad pulangkn tourist pass kat station mana tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kt MRT Woodland rasanya , boleh pulangkan any station

      Delete
  25. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  26. kalau kanak2 2thn ..tiketbas sama ke?n blh x suggestkan hotel yg berdekatan..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama rasanya , boleh tanya dengan driver bas , cik boleh buka agoda dan lihat di peta hotel yang terdekat :)

      Delete
  27. kalo kite da beli tourist pass tu mmg naik mrt sume xyah bayar ke

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  30. Fuad, dari setiap stesen mrt ke mrt lain tu memang tak kena bayar ke? Hahah curious

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa , unlimited , sbb dah beli Tourist Pass tu hihi

      Delete
  31. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  32. Salam tuan.. Nk tanya kalo naik bas awal pagi tu, dekat imigresen senang x nk cari surau sbb nk solat subuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam surau ada , tapi saya sarankan solat kt terminal bas

      Delete
  33. Hai salam bro. Boleh tahu bas dari woodland ke Larkin last pukul berapa ye? Sebab nak amik bas Larkin-TBS kul 1 am

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh silap2.. Dari kranji ke Larkin*

      Delete
    2. Hi W`salam ,

      Jadual Bas
      Dari LARKIN - MRT KRANJI = First Bus 4 pagi & Last Bus 11 malam , Fare RM1.90
      Dari MRT KRANJI - LARKIN = First Bus 4 pagi & Last Bus 11 malam , Fare $1.90

      Delete
  34. salam bro ,

    terima kasih atas perkongsian .

    Ada plan gak nak kesana .. Ada maklumat ni boleh saya gunakan .

    :)

    ReplyDelete
  35. Salam tuan. Sangat2 bermanfaat info ni.

    Saya nak tanya, kalau ingin terus kd Pulau Sentosa dari KL macam mana ye?

    Boleh ceritakan step2 pit stop dia?. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , untuk ke Pulau Sentosa perlu memasuki Singapore dulu , kalau En baca perenggan terakhir ke Pulau Sentosa tu , saya ada ceritakan bagaimana untuk ke sana :)

      Delete
  36. Salam bro, nak balik JB naik bas apa dari kranji?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , 170 atau boleh lihat di paparan skrin depan bas jika ada tulis ke larkin

      Delete
  37. Salam, boleh tahu last bas dr woodland ke larkin pkul brp? Sbb plan nak balik jb lps tgk light show dkt garden bay tu & nk return tourist pass dkt woodland.@ encik Ada cadangan lain?

    ReplyDelete
  38. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  39. Terima kasih perkongsian Fuad, nak tanya Fuad, kalau saya nak bawa isteri dan anak2 kecil saya 4 orang, adakah sesuai naik pengangkutan awam Di Singapore?

    Perjalanan Fuad betul2 menarik sebab boleh cover banyak tempat dalam 1 hari, bajet pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama :)

      Boleh tak ada masalah cumanya kadang kala anak anak kecil ni cepat rimas bila banyak sangat program dan memang kena banyak berjalan tambahan dalam 1 hari banyak tempat yang akan dipergi dan cuaca agak panas hehe

      Delete
  40. good info...tak sabar nak ke Spore july nnti

    ReplyDelete
  41. Nak ke masjid Singapore tolong ajar

    Dua orang Tua suami isteri

    Budi Baik Tuan Allah.

    ReplyDelete
  42. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  43. salam. nak tanya, kalau nak balik ke jb, naik bas yang sama kan SBS170 ? bas ni tunggu di mrt kanji ke ? dan pukul berapa last bas ni bertolak ke jb semula ye. harap boleh reply asap . terima kasih banyak banyak ! 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , betul bas yang sama atau bas lain pun boleh asalkan ada tulis woodland , bila naik tu tanya driver dulu , ini pgi woodland dan larkin kan , kalau tak silap before 12 malam :)

      Delete
  44. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  45. Salam. Nak tanya bas sbs170 dari larkin tu awak beli online atau on the spot

    ReplyDelete
  46. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  47. hai nak tanya kalau balik hari, adress dalam embarkation form tu, kene letak singapore city hall je ke?

    ReplyDelete
  48. hai, nak tanya. kalau nak keluar dari singapore berapa lama masa yg di amik di singapore checkpoint untuk ke stesen bas larkin?

    ReplyDelete
  49. assalamualaikum.

    kalau nak ke mrt kranji or mrt woodlands boleh ke ambil bas dari JB Sentral dan adakah nombor bas yang sama?

    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , boleh , ya no yang sama , lps keluar imgrsen singapore turun tangga dan ambil no bas yang sama

      Delete
  50. Assalamualaikum.

    Maaf boleh saya nak tahu, klu nak beli bas dari larkin ke singapore mmg beli walk in ke mcm mne dan bas tu dkt bahagian mne ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. W`salam , bas tu mmg dalam terminal bas larkin , nanti sis memang akan nampak bas tu , sewaktu naik bas beli kat driver dan dpt tiket waktu tu juga :)

      Delete
  51. Assalamualaikum, masa anggaran nak lepas imigresen johor & singapore tu berapa lama ye?

    ReplyDelete
  52. Plan nak pergi pulau sentosa by bas aje dari larkin.. boleh bantu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai , sama saja di atas , saya ada cerita dari larkin ke singapore

      Delete
  53. Salam,kalau nak masuk singapore untuk 2D1N, agak agak wajib ke kena guna simcard?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , boleh je guna telco yang guna skrg , mcm maxis ada asean pass hanya RM10 sehari hehe

      Delete