Monday, February 17, 2020

Percutian Bajet Ke Batam Indonesia 2020

Assalamualaikum , Hai guys ! Penutup Januari 2020 disudahi dengan percutian ke Batam Indonesia . Herm mungkin ramai yang tak tau Batam tu di mana . Actually fuad pun tak tau juga Batam tu kat mana pada awalnya . Batam berjiran dengan Singapore dan juga berdekatan dengan Johor . So bila fuad tau pasal Batam tiba tiba rasa keinginan nak ke sana , tambahan pula fuad tak pernah pergi lagi Indonesia , jadi my first place is Batam . Plan nak pergi secara solo then suddenly bila kawan tau dia pun nak join juga , then he request nak masuk Singapore sekali memandangkan berdekatan saja , so why not kan . Kalau nak tau rakyat Malaysia boleh melancong ke Indonesia melalui laut hanya dari Port Dickson ke Dumai dan juga dari Johor ke Batam . ( correct me if I`m wrong )



MATAWANG - Indonesia menggunatakan matawang Rupiah , waktu ni fuad tukar dapat 1 juta rupiah bersamaan RM290 ringgit .




PENGINAPAN - Boleh booking di AGODA KLIK SINI . Harga serendah RM18 . Kawasan paling bagus bagi fuad di Nagoya .




PENGANGKUTAN

Dari Malaysia

Untuk ke Batam khususnya dari Kuala Lumpur atau negeri lain boleh booking bas ke Larkin Johor . Booking di EASYBOOK Klik Sini . Jika dari KL tambang pergi balik RM60 .



Dari Johor boleh menaiki ferry ke Batam serendah RM120 pergi balik . Ada tiga jetty , iaitu di Stulang Laut  , Pelabuhan Pasir Gudang dan Puteri Harbour . Kadar tambang berbeza mengikut jetty . Boleh booking di EASYBOOK Klik Sini . Seaport Tax RM21 . Untuk jetty di Batam pula ada dua , iaitu Batam Center dan Harbour Bay , kalau menginap di Nagoya boleh ambil Harbour Bay , kalau menginap di bandar ambil Batam Center . Fuad ambil Batam Center walaupun stay di Nagoya sebab nak cover tempat tempat di Batam .



Di Batam Indonesia

Pengangkutan di Batam lebih kepada e-hailing , paling famous Grab dan juga Go Jek . Di Batam Grab menawarkan GrabBike untuk penunggang motor khusunya yang datang secara solo dan GrabCar , manakala Go Jek hanya untuk motor sahaja . Boleh download kedua apps dan bandingkan tambang .





HARI PERTAMA
SABTU 25 JAN

Seperi biasa kalau trip naik bas mesti akan ambil tengah malam , so fuad book pukul 12:45 pagi hari sabtu . Bertolak dari TBS ke Larkin Terminal . Fuad dari Ampang just parking di Ride N Park LRT BTS lagi murah parking sini berbanding dalam TBS. Kali ni booking bas mesti cari yang ada jenama , taubat nak ambil secara random kalau tak nanti dapat bas jenis masalah .



Oh ya untuk trip kali ini buat pertama kalinya bercuti dengan orang lain , selalunya akan bercuti secara solo atau dengan family dan sahabat saja , mean orang yang betul betul rapat dengan fuad . Tapi kali ni berbeza sedikit , bercuti dengan kawan media online iaitu Yus dari MyBuzz . Kami kenal pun baru saja dari trip Tourism Malaysia ke Labuan dan trip Tourism Malaysia ke Terengganu , kami menginap sebilik , its not easy for me untuk sebilik dengan orang , sebab semestinya rasa kekok dan pelik , dia kalau perempuan dengan perempuan even satu katil pun tak ada hal , tapi lelaki ni lain sikit , lagi lagi kita baru kenal dan tak rapat . Tambahan fuad tak pernah tidur asrama atau hostel waktu belajar dulu dan juga selama hidup tak pernah sebilik dengan mana mana lelaki kecuali family dan sahabat saja . So bila kita serasi dan selesa , Yus pula jenis sporting , berfikiran terbuka , we can talk anything include personal ,  boleh gila gila haha . So fuad pun bersetuju bila Yus kata nak ikut .


Perjalanan mengambil masa 4-5 jam , actually tak ingat sangat sebab tidur dalam tu , tau tau je dah sampai haha .



Bagusnya Plusliner seat dia besar dan setiap seat ada plug charge hand phone .


Sampai saja di Terminal Larkin , wah nampak sekarang dah baru , kali terakhir datang sini waktu buat trip bajet ke Singapore , that time nampak macam terminal lama , mungkin ketika itu dalam proses naik taraf . Kemudahan sini agak baik , kalau korang nak mandi sini pun boleh .


Cumanya dekat sini harga makanan je yang kurang baik , agak mahal , better makan di tempat lain .




So sekarang nak cari surau untuk solat subuh , waktu ni belum lagi azan sebab pukul 5 kan . Rupanya di aras atas terminal ada masjid , bukan sebuah masjid tu tapi hall bahagian atas memang dia buat masjid , so sangat mudah terutamnya jika solat jumaat .




Selepas saja solat subuh kami menuju ke jetty stulang laut , perjalanan dalam 20 minit begitu , naik Grab saja tambang RM20 . Actually tengah kejar masa sebab ferry berlepas jam 8 pagi , sekarang dah nak dekat pukul 7 , tiket pun belum ambil walaupun dah booking online .




Ferry terminal aras 2 , fuad pun pelik takkan jetty dalam bangunan , rupanya aras 2 pintu masuk saja then kita kena jalan lagi ke pintu lain .


Waktu sampai kat atas pergh ramai giler yang beratur nasib baik dah beli online , kadang kadang tu entahlah kenapa dia orang tak beli secara online ya , kan senang daripada nak beratur , lepas tu pula bila dah sampai kaunter tiket pula habis , betul betul menyukarkan .



Bila beli secara online , untuk collect tiket harus hubungi nombor yang tertera dalam booking form . Proses dia agak berbeza dengan kita beli tiket bas , yang mana boleh ambil di kaunter terminal , tidak disini , akan ada seorang dari wakil syarikat ferry atau agen yang uruskan pembelian secara online . Waktu dalam Grab lagi dia dah call untuk remind pasal tiket dan bagitau jangan beratur , nanti sampai jumpa dia saja . Fuad pun call , terlihat dia sudah ada di kaunter tiket , fuad dengan kawan hanya serah passport dan juga seaport tax RM21 seorang .



Haa inilah rupa tiketnya , make sure waktu booking online key in nama seperti di passport .


Selepas saja dapat tiket terus menuju ke Ferry Terminal . Actually kita orang tak sempat nak sarapan , ingat nak sarapan disini tapi semua kedai tutup belum dibuka lagi .


Herm waktu ni nak masuk balai perlepasan , kalau perasan ada tv kat dinding tu akan keluar nama destinasi dan waktu , jangan ingat yang beratur panjang ni mereka yang sama waktu dengan kita , tidak , ada yang nak pergi jetty lain . Kalau tak nanti sia sia je beratur , sampai je kat depan orang tu suruh keluar , dah kau kena beratur balik .



Selepas masuk Perlepasan akan jumpa imigresen Malaysia . Prosesnya pun agak lancar , make sure expired passport korang masih baki 6 bulan ke atas , kalau kurang memang dia dah tak bagi masuk . Waktu ni memang dilarang mengambil gambar . Selepas saja melepasi imigresen kita akan ke satu lagi ruang menunggu untuk tunggu panggilan masuk ke dalam ferry .




Its time to boarding , tiket jangan buang pula ya , waktu nk masuk ni dia nak tengok tiket .



Perjalanan mengambil masa satu jam 40 minit .


Waktu dalam ferry dengar abang indon ni cakap siapa nak beli maggi , fuad dah terbayang maggi goreng rupanya maggi cup , tau berapa harga ? RM5 , boleh lah dari tak ada , ini boleh beli 1 pek maggi hihi .




Okey udah sampe , wah sampai Indon terus ngomong Indon ya haha .


Ya ampunn punyalah ramai umat manusia , kebanyakkanya dari Indonesia , Malaysia dan juga Singapore , waktu nikan dah mula pasal coronavirus , risau juga lah , kalau nampak orang selsema bersin tu cepat cepat tiup fuh fuh fuh . Walaupun orang ramai tapi proses semua agak lancar mean tak adalah berdiri tunggu lama , dia jalan sikit sikit sampai ke imigresen .


Yeah welcome to Batam Indonesia . Kalau nak tau waktu jam kat sini lambat satu jam dari Malaysia .


Jetty Batam Center ni attach dengan mall .



Tempat pertama yang kita nak pergi Batam Mega Mall . Naik saja tingkat 2 akan nampak sign ke BMM


Akan lalu jejantas menghubungkan mall


Batam Mega Mall lebih kepada semi branded outled dan local , terdapat banyak kedai makan fast food , kelihatan orangnya tak ramai disini , kalau nak beli souvenir pun tiada .




Di tingkat bawah ada hypermart



Ayuh kita ke tempat kedua iaitu Grand Mosque Batam , kalau tengok di map tidak lah jauh tapi fuad suggestkan naik Grab okey , lagi lagi tengah panas tak sesuai nak jalan kaki , nanti ada pula yang pengsan .






Okey dah sampai Grand Mosque Batam , niat dihati nak solat zohor disini tapi belum masuk waktu . So kita snap di luar saja .


Tempat ketiga yang tidak jauh dari masjid , actually belakang je , tapi kena jalan sikit . Welcome To Batam Monument . Kalau korang tak bergambar disini macam rugi sebab sinilah dia punya signaturenya .



Kawasan disini agak lapang , waktu siang tutup , kalau datang pada waktu malam lagi meriah dengan pelbagai aktiviti dan jualan gerai makanan .


Tempat keempat Mega Wisata Coastarina Batam . Tempat rekreasi peranginan dan permainan . Dekat sini kereta Grab semua import , katanya sini murah sebab duty free seperti Langkawi .




Tiket masuk ke sini 25 ribu rupiah dan dapat kupon makanan seperti bakso , nasi goreng dan soto , lain kedai lain menu , tapi wajib kena beli air . Memandangkan kami belum makan , so we decide to eat here , fuad beli mineral water dan order nasi goreng  , tak sanggup nak snap nasi goreng letak kat sini , fuad boleh gelarkan Nasi Goreng Bodo , sebab nasi plain goreng dengan kicap , sayur apa semua tak dak , boleh lah untuk alas perut . Sini juga ada je menu lain seperti ayam penyet .


Ada lapan jenis permainan disini , menurut pemandu Grab sebelum ni ada banyak tapi bila tukar management baru , banyak yang dah tutup . Kat sini ramai yang berkelah dan sewa basikal .


Dalam banyak banyak permainan , fuad tertarik dengan Aerorail , basikal di atas rail . Tiket boleh beli di kaunter seorang 15 ribu rupiah .



1 deck boleh naik dua orang . Agak fun , korang boleh cuba .




Waktu datang sini kebanyakkanya ramai yang berkelah di bawah pokok , tambahan kat sini juga ada pantai .



Kalau waktu malam lagi nice dengan lampu , siang banyak permainan tak beroperasi .


Fuad suka view sini , berlatarkan ferris wheel .


Ada satu cafe Rumah Kopi Fatma Wati , nampak macam menarik , boleh cuba tengok .




Dekat sini memang best kalau lepak lepak dengan angin laut sambil menikmati some tidbits dan minuman .



Fuad order oreo ice blended , erghh dapnyaa , harga lebih kurang RM8 , standard lah harga cafe .


Ini pula bahagian dalam , dia dua tingkat sebernarnya , bahagian atas ada kawasan tertutup dan juga terbuka .


Tempat seterusnya ke hotel penginapan , acually kita akan ke tempat lain , malam baru check in hotel ,  tapi memandangkan kawan nak balik hotel dulu untuk mandi dan salin pakaian , then after that baru sambung lokasi seterusnya .


Fuad booking hotel di area Nagoya , sini memang best , dekat dengan mall , kedai 24 jam , kedai makan , memang sini kawasan hidup , so fuad suggestkan korang booking area sini . Tapi jangan booking hotel fuad ni haha .


Sementara tu merayap kejap keluar jalan jalan , pi mart . Alfamart ni boleh katakan famous kt sini , pergi mana mana je mesti ada , 7 e dan kk mart langsung tak ada .


Harga murah sikit dari Malaysia . Ada satu tu pisang salai made Indonesia boleh korang beli untuk ole ole , harga pun murah , lupa pula nak snap .





Okey 3:30 petang gerak untuk destinasi kelima iaitu Tebing Langit , sebenarnya fuad nak pergi Teluk Angin entah macam mana driver Grab ni bawa ke sini , tu yang macam pelik aik asal dalam google gambar lain sepatutnya ada pantai , bila tengok map aduh , tak apalah mungkin ada hikmahnya . For me Teluk Angin tu nampak lagi menarik then berdekatan dengan Pantai Dangas dan berdekatan tu juga ada Tangga 1000 Taman Habibie , memang famous tangga situ , view cantik nampak laut .




Tebing Langit , siapa lutut longgar tu tak suggest untuk naik . Bayaran masuk tak silap RM3 .


Nampak macam sedap je Jambu Bangkok ni beli lah sebiji dengan mangga , boleh lah rasa dia haha .





Orang Indon ni kreatif bab bab macam ni , ada je idea untuk buat tempat menarik , tengok lah siap ada hot ballon lagi tapi sorry ni jenis tak bergerak hanya untuk bergambar sahaja , hati hati bila naik tangga .


Konon nak duduk atas tu tapi tak sedar diri badan tu gemuk , last last hanya mampu snap di tangga saja haha





So far okeylah sini , banyak kawasan untuk ambil gambar , boleh lah buat kenangan .Cumanya kalau boleh datang awal sikit , sini pun dah spend lebih 1 jam .



Waktu ni dah nak pukul 5 , sunset pukul 6 lebih , so agak rushing sebab destinasi seterusnya ke Barelang Bridge , kalau sampai dah malam memang rugi sangat sebab inilah signature of Batam , mungkin ada hikmah kenapa driver Grab bawa ke sini kalau tak mesti tak sempat , sebab nak ke sini pun dalam 40 minit .



Sekitar sini ada banyak gerai jualan .


Finally wuhuu , so nice , ramai giler orang kat sini , semua tak lepaskan peluang bergambar . Waktu sunset memang cantik .






Driver Grab ni baik dia berhentikan kami di jambatan untuk bergambar





Habis saja bergambar maka habis sudah lawatan untuk harini walaupun ada beberapa tempat tak pergi disebabkan kekangan masa . Kita minta driver Grab hantar ke Nagoya Mall untuk meninjau lagi barangan yang dijual disitu dan makan nasi padang .


Nagoya Mall ni betul betul area hotel .



Dapnya roti yang dijual disini , fuad perasan orang Indon gemar letak cheese , tak kisah lah roti ke kek ke mesti nak ada cheese .




4 pcs RM3 okeylah tu



Actually kek kek ni pun sesuai juga untuk buat buah tangan , tapi make sure balik ke KL haritu juga , kalau balik esok takut kondisi kek dah tak elok kecuali ada peti ais di bilik hotel .




Dekat sini ada banyak barangan ole ole , baju , keychain , fridge magnet dan banyak lagi .



Dekat sini cukup famous Lamoist Kek , ramai yang beli untuk bawa pulang ke Malaysia , ia sejenis kek lapis , harga dalam RM30 lebih .




Tengok tu tshirt 5 pcs RM28 , mean 1 jatuh jadi RM5 perghh . Rugi kalau tak borong untuk keluarga .



Coklat coklat pun ada


Meriah sungguh Nagoya Mall kalau nak dibandingkan dengan Batam Mega Mall .






Actually masuk Nagoya Mall tak beli apa pun , saja cuci mata hehe . Di luar mall ada rumah makan yang menyediakan hidangan nasi padang .


Serious memang sedap , harga pun berpatutan , tidak mahal tidak murah , mengikut makanan apa yang kita ambil , sayur dia tak kira FOC . Fuad cakap kawan esok sebelum balik wajib singgah sini makan .


Jus Alpukat dia boleh lah , rasanya kat Malaysia yang fuad rasa ada lagi sedap .


Di depan Nagoya Mall ni juga terdapat deretan warong dan street food . Ada stall tu dia jual makanan bergoreng , 1 cocok berharga 1 ribu rupiah ( 30 sen ) . Ingat nak beli banyak tapi berminyak kan , beli lah sikit buat rasa .



Then fuad beli sate ayam dan daging 20 cocok , 1 lidi RM0.50 sen tak silap . Bayangkan tadi baru je belasah nasi , then beli lagi untuk makan di bilik pula , ala bukan selalu sekali sekala , esok dah nak balik dah bila lagi nak merasa , mungkin trip Batam ni pun pertama dan terakhir . ( sebab banyak lagi tempat nak pergi)



Sedapnyaaa , memang lain betul sate padang yang fuad beli kat Gombak . Korang harus try . Lepas makan terus tidur .



HARI KEDUA
AHAD 26 JANUARI

Sepatutnya harini kami balik ke KL tapi disebabkan kawan nak ke Singapore , so untuk program harini aktivi di Singapore , nak tengok The Jewel sebenarnya , kalau trip bajet Singapore tu fuad dah buat sebelum ni . Ferry ke Singapore jam 12 tengah hari , pukul 10 pagi dah check out dan paling penting kita makan lagi nasi padang tempat semalam .


Aishh tengok pun dah terliur , dah terasa rasa dah ni , yang piring kecil tu urat lembu masak lemak , sedap giler ! Erghh i misss nasi padang . Ni dalam RM20 kalau tak silap .


Naik Grab menuju ke Jetty Batam Center .




Waktu sampai sini make sure korang dah print booking atau bagi je nombor booking , dan cari kaunter ticketing untuk ambil tiket . Ramai juga orang beratur , kalau boleh datang awal , tidak seperti waktu kat JB agen tu sendiri yang collect kita tak perlu beratur . Mostly ferry ke Singapore dari company Singapore sendiri , jadi ferrynya agak cantik , besar dan selesa . Waktu booking di EASYBOOK , akan ada pilihan sama ada turun Harbour Front atau Tanah Merah , kedua jetty ni berbeza tempat , disebabkan fuad nak pergi Changi Airport untuk tengok Jewel so turun Tanah Merah , kalau korang nak ke bandar Singapore sila ambil Harbour Front ya .











Selesai saja collect tiket kena naik aras 1 ke 2 , tak apa ada sign kat situ .


Selepas selesai urusan imigresen akan turun escalator dan akan jumpa banyak gate , macam fuad ambil ferry company Majestic so dia dah tunjuk arrow untuk ruang menunggu . Satu lagi akan ada petugas bagitau laluan ke Malaysia dan Singapore , jangan masuk laluan ke Malaysia pula . Apa apa hal tengok di skrin dipaparkan setiap nama ferry , destinasi , waktu dan gate . Kegagalan memilih gate akan menyebabkan korang terlepas ferry .





Its time to boarding . wuhuu


Inilah rupa dalam ferry , memang tak ramai yang pergi ke Tanah Merah , perjalanan mengambil masa 40 minit rasanya .




Bagi fuad Batam sebuah pulau menarik khusus untuk mereka yang ingin beristirehat , sebab dekat sini tempat lawatan tak banyak yang menarik , kalau datang sini pun sebab nak massage , shopping dan makan makanan Indonesia saja . Satu hari pun sudah cukup untuk cover semua tempat , kecuali Pulau Bintan . Untung untuk orang Johor dan Singapore sebab dekat , kalau luar negeri kena naik bas . Fuad cadangkan kalau korang datang ke Singapore it will be nice pergi Batam sekali , dah jadi tour tiga negara . Sayang kalau tak pergi sebab dekat je kan . Dan kalau nak datang sini make sure dalam empat orang sebab boleh share duit tambang Grab , kat sini tambang dia orang memang murah bagi fuad . So kalau pergi ramai ramai lagi lah jimat . Kalau korang ada sebarang pertanyaan boleh komen di bawah , fuad hari hari check komen korang , okeylah itu saja , jumpa bulan april untuk negara seterusnya . Byeee ...


JUMLAH PERBELANJAAN 

Bas KL-JB = RM40 sehala / RM60 return .
Ferry JB-Batam = RM72.45 / RM120 return
Ferry Batam-Singapore = RM80.69
Hotel = RM30
Makan = RM40 
Grab = RM89 (total RM178 bahagi 2 , kalau pergi 4 orang , sorang RM44.50)

JUMLAH BESAR = RM353 , tak adalah murah sangat but okeylah for short trip . Kalau nak murah buat one day trip saja , malam tu balik KL tak perlu tidur sana .


UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE 

2 comments: