Saturday, April 25, 2020

Industri Pelancongan Malaysia Rugi Lebih RM9 Billion

Assalamualaikum , Hi guys  apa khabar ? Harap semuanya dalam keadaan yang sihat bersama orang tersayang .

Tahun 2020 pastinya tahun yang agak sukar dan mencabar buat kita semua akibat Covid-19 yang melanda seluruh dunia . Dulu kita fikir tahun 2020 ada kereta terbang , tapi sekarang pesawat pun tak boleh terbang hehe. Apa yang fuad boleh nasihatkan perlu banyak bersabar dan berdoa , pasti ada hikmah disebalik ujian yang melanda , bukan industri pelancongan saja yang mengalami kerugian malah semua industri juga turut terjejas , tambahan sekarang waktu Perintah Kawalan Pergerakan lagilah semua kedai perlu ditutup , hanya kedai keperluan asas saja dibuka . Cuba bayangkan peniaga besar mahupun kecil terpaksa menanggung kerugian daripada kos bulanan yang harus dibayar , tapi jualan tiada . Ini belum lagi pekerja yang menerima gaji harian , jika mereka ada duit simpanan Alhamdulillah , jika tiada bagaimana pula , apa mereka nak makan , kesian sungguh nasib mereka lagi lagi yang ada tanggungan .

Mujur kerajaan Malaysia sangat prihatin dan bermurah hati dengan memberikan Bantuan Prihatin Nasional kepada semua orang yang layak , no left behind bak kata PM kita . Tidak dilupakan juga ada rakyat Malaysia yang memhulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan . Kalau kita tengok yang susah itu bukannya dari kategori miskin tegar , bukannya penerima zakat , bukannya homeless tapi mereka ini yang ada pekerjaan, tapi disebabkan ujian yang menimpa , mereka dalam kesusahan .

Kalau u guys nak tau industri pelancongan Malaysia telah mengalami kerugian sejak January sehingga sekarang April lebih RM9.9 billion ! Ia angka yang cukup besar buat mereka yang berada dalam indsutri ini . Syarikat penerbangan tak boleh beroperasi sepenuhnya , hotel juga terpaksa ditutup , malah mereka perlu kembalikan wang pelanggan yang sudah membuat tempahan , tidak dilupakan juga aktiviti water sport , boat pelancongan , tourist guide , agensi pelancongan , semuanya terkesan !

Harapan fuad hanya satu saja , sebolehnya kita sebagai rakyat Malaysia sama sama bantu untuk menaikkan balik our ekonomi , naikkan balik industri pelancongan yang paling terjejas teruk . Fuad tau ada yang rindu nak bercuti oversea , nak cuti oversea pun nak kemana awak ? Semua negara terkesan dengan Covid-19 , takkan disebabkan awak punya rindu sanggup bergadai nyawa dengan bercuti di negara yang sudah terang terangan ada virus , lepas tu balik Malaysia gov kena tanggung pula semua makan minum kuarantin . Kan lebih baik dan cantik kalau kita bercuti di negara sendiri , if we as Malaysia sayang dan cintakan so please .. Kalau tidak siapa lagi ? Pelancong luar ? Mereka sendiri pun lagi terkesan , tengok saja negara eropah dan US paling banyak dijangkiti virus . Dan ia satu proses yang agak lama untuk pulih , mungkin akhir tahun 2021 agaknya baru boleh terbang seperti biasa , selagi vaksin belum dijumpai selagi itulah kita harus dan perlu menjalani norma seperti ini .

Contoh orang Kuala Lumpur Selangor boleh bercuti ke Port Dickson , beli barangan disitu terutamanya peniaga peniaga kecil yang berniaga di tepi pantai , bermain water sport , banana boat , jet ski , kan seronok . Kita sama sama naikkan balik jualan dan pendapatan mereka . Inilah dia dipanggil kitaran belian , ada permintaan ada pengeluaran , pengeluar untung , peruncit untung pembeli pun untung . Kita mengimarakkan lagi , bantu membantu . Banyak sebenarnya tempat yang menarik di Malaysia ni , fuad percaya ada ramai lagi yang belum habis pusing . Malah kalau kita sebut nama tempat tertentu pun ada yang tak tahu dan tak pernah dengar .

Tengoklah usaha Kementerian Pelancongan yang telah dibuat seperti tahun lepas , panggil beberapa blogger termasuk fuad untuk mempromosikan tempat pelancongan di Malaysia , dan usaha itu berjaya , sampaikan ada pembaca bagitau fuad tak sabar nak pergi kesitu after dia baca my posting . Tidak dilupakan juga syarikat penerbangan , hotel dan syarikat yang taja , pastinya jumlah yang cukup besar bukan sikit . Tambahan bila berlaku Covid-19 lagi besar belanjawan yang akan dikeluarkan .

 Labuan Medai Fam Trip



Fuad sangat bersyukur kebanyakkanya posting masuk first page google , ini menyebabkan pelawat yang masuk ke blog ni pun ramai , sebulan 30-40 ribu . Sekurangnya dapatlah juga mempromosikan destinasi di Malaysia dan juga beberapa syarikat pelancongan. Kalau nak tau hasil jualan dari blog fuadtravel sebulan lebih RM10 ribu , ini adalah jualan bagi salah satu syarikat pelancongan di Hong Kong yang menjual pelbagai tiket .


Okeylah tu je nak bebel , sebab fuad sayangkan industri pelancongan , kalau boleh nak kembali seperti dulu . Kalau u guys nak sharing something pasal terkesan Covid-19 bolehlah komen di bawah , fuad baca je komen2 korang .



UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE 

1 comment: