Tuesday, June 28, 2022

Cara Membuat Belanjawan Percutian

Assalamualaikum , Hai semua , untuk posting kali ni fuad akan bagitau bagaimana untuk membuat belanjawan percutian supaya awak boleh bajetkan kewangan bagi setiap percutian supaya mudah untuk awak tau kos sebenar dengan mengikut bajet yang awak ada dan juga tidak over bajet .

Bagi percutian luar negara kos paling utama adalah tambang tiket penerbangan dan juga hotel . Jika awak boleh dapat tiket flight dan hotel murah maka kos segala percutian awak akan jadi murah . Ini adalah 10 senarai utama yang awak perlu fokus .

CHECK LIST
1. Destinasi
2. Tiket Flight
3. Bilik Penginapan
4. Travel Insurans
5. Pengangkutan
6. Tiket Lawatan
7. Data Internet
8. Duit Makan
9. Duit Shopping
10. Money Changer


1. DESTINASI

Destinasi yang awak nak pergi sangat penting , kalau awak ada bajet yang kecil maka destinasi pilihan pastinya negara yang menawarkan kos yang ekonomi dan juga tiada sekatan seperti visa dan covid pre test , contoh seperti Indonesia dan Thailand . Lagi bagus kosnya sama je seperti di Malaysia atau murah lagi . Let say awak teringin nak pergi Krabi Thailand , sebab situ kan cantik dengan pantai yang cukup indah , air laut yang jernih dan pemandangan yang cukup memukau , tambahan kos pun tidak mahal .


2. TIKET PENERBANGAN

Untuk tau dan semak berapa harga tambang penerbangan , boleh buka Google Flight . Dekat sini kita boleh lihat berapa harga tambang paling termurah ditawarkan bagi setiap syarikat penerbangan lain , harga tambang telah dipaparkan bagi setiap hari , awak hanya pilih sahaja yang mana murah .

Kalau kita lihat disini Airasia menawarkan harga tambang paling termurah , 


Boleh survey harga bagi setiap bulan , ambil date yang murah .


Harga berbeza sedikit di web Airasia sebab ada website lain yang memberikan diskaun , nasihat fuad jangan sesekali booking tiket flight di situ , kena booking di website rasmi mereka , kalau airasia buka airasia.com , kalau Malaysia Airlines bukan web MAB


Buka web rasmi Airasia , tadi kita dah tau tarikh , just pilih saja tarikh itu .


So harga rasmi untuk ke Krabi pergi balik menaiki Airasia RM277 . So settle bab tiket , kalau awak tanya fuad murah ke tu ? For me murahlah , even kita boleh dapat harga lebih murah dari yang tu ketika promo Free Seat tapi disebabkan industri penerbangan tengah baru nak naik after pendemik agak sukar sebenarnya .



3. BILIK HOTEL

Untuk bilik hotel pula boleh buka AGODA atau Airbnd . Fuad selalu buka Agoda je unless kalau agoda terlalu mahal baru check di Airbnd .

Buka website AGODA .


Senarai penginapan akan disenarikan 


Klik Lowest Price First dan hotel paling murah akan letakkan paling atas , dengan cara ini kita boleh memilih hotel mengikut bajet kita , kalau di Krabi paling murah boleh dapat RM28/night tidak termasuk tax . 


Agoda selalu bagi diskaun , macam hotel ni serious cantik , 1 malam RM59 sajooo , aish aku tgk aku pulak yang gilerrr , kalau pergi berdua , sorang jatuh RM30 !



4. TRAVEL INSURANS

Kenapa fuad letak nombor 3 ? Sebab ini adalah penting , nak cuti ke apa insurans wajib ambil dan bukan setakat ambil yang murah janji ada saja , tidak . Perlu ambil cashless payment bukan pay & claim , so far yang cashless adalah Etiqa Takaful . Senang kalau kemalangan atau sakit masuk hospital Etiqa dah bayarkan tak yah nak keluar duit sendiri . Bukan itu saja kalau delay ke cancel ke barang hilanh pun Etiqa cover , kalau meninggal kat sana nak bawa jenazah pulang Malaysia pun dia cover . Web Etiqa .


Untuk ke Krabi atau senarai negara Asia paling murah RM26.05 termasuk tax .



5. PENGANGKUTAN

Awak boleh search di Google transportation in Krabi atau buka wesbite pengangkutan contoh Rapidkl . Usually Thailand guna Tuk Tuk dan Grab . Harga pun tak mahal. Kalau 3-4 orang boleh share naik Grab . Bagi negara lain pula contoh seperti Singapore ada menawarkan Unlimited Tourist Pass . Which is awak bayar pass SGD20 untuk sehari awak boleh naik unlimited MRT & LRT .


6. TIKET LAWATAN

Untuk senarai lawatan boleh buka KLOOK , kat sini semuaaaa ada dan boleh dipercayai siap ada review lagi . Buka KLOOK . Klik Explore Destination , akan dipaparkan senarai tempat . So nak pergi Krabi klik Krabi .


Akan keluar semuaa pakej pakej lawatan , memang rambang mata .



Ni paling murah island tour RM113 saja .



7. DATA INTERNET

Haa ini paling penting kalau tengah cuti , asyik asyik mesti nak update gambar dalam Instagram dan FB kan . Ada 2 tempat yang awak boleh beli , di Klook atau telco di Malaysia .

Di Klook tick bahagian kiri Wifi & Simcard . Akan dipaparkan plan data .


Yang selalu fuad beli data roaming dari telco Malaysia , contoh Umobile hanya RM10 saja sehari dan unlimited , beli simcard umobile baru , masukkan ke hp 1 lagi , sampai sana langgan , boleh hotspot lagi tau , lagi satu kelebihan guna telco dari Malaysia kita boleh access mana mana website yang di ban negara tersebut , contoh China kita tak boleh buka FB , IG , Whatsapp tapi dengan guna simcard dari Malaysia kita boleh buka . Mudah kan .




8. DUIT MAKAN

Untuk duit makan tak perlu risau sangat kalau awak pergi negara yang ekonomi seperti Thailand dan Indonesia , tak mahal mana pun . Mungkin boleh bajet sehari RM40 atau kurang dari itu , kalau pergi negara lain yang mahal contoh Korea , 1 meal saja dah RM50 so nak jimat boleh bawa makanan dalam tin dari Malaysia.

9. DUIT SHOPPING

Ini adalah subjektif , macam fuad sejujurnya fuad shopping barang souvenir saja macam tshirt untuk my family , other than that memang taklah , lagi pun kat Malaysia pun jarang shopping . So kalau awak nak beli souvenir let say keychain ke kan baru berapa , boleh bajetkan RM50 atau kalau tak nak shopping lagi bagus dah boleh cut cost dari sini .

10. MONEY CHANGER

Okey ini adalah paling akhir , kat Malaysia setiap money changer harga yang mereka jual dan beli berbeza beza , so far tempat yang fuad selalu tukar di ANTARADUIT Jalan Tun Razak , dekat bangunan kampus Unirazak . Dia ada 3 cawangan , HQ , Avenue K dan Shah Alam , sini harga dia jual dan beli memang murah ! Kalau sekitar KL awak boleh cuba survey2 di mall ke selalunya ada , jangan sesekali tukar kat airport memang mahal giler .




Okey jom kita kira berapa anggaran kos ke Krabi Thailand bagi 3 hari 2 malam .

. Tiket Flight - RM277 Return
. Bilik Penginapan 4 Star - RM125 (2 malam) / RM62.50 (bahagi 2 org)
. Travel Insurans - RM25.06
. Pengangkutan - RM50
. Tiket Lawatan - RM200
. Data Internet - RM30 (Umobile) / RM15 bahagi 2
. Duit Makan - RM120
. Duit Shopping - RM50

JUMLAH - RM800 , kita genapkan RM1000 pasti akan ada kos tambahan di sana nanti . See dengan hanya bajet RM1000 awak boleh dapat percutian 3 hari 2 malam di Krabi dengan lengkap semuanya ! Seronok ke tidakkk hihi

Okeylah sekian saja , harap dengan sedikit info ini dapat membantu awak mengatur perjalanan dan belanjawan. Apa-apa boleh je komen kat bawah kalau ada soalan . Bye 

1 comment: