Monday, May 29, 2023

Percutian Ke Kundasang Sabah 2023

HARI PERTAMA

Assalamualaikum Hi semua . Apa khabar ! Sudah lama fuad tak update blog ni , bila nak menulis tu kena tunggu mood mari dulu barulah boleh buat kerja , untuk posting kali ini fuad bercuti ke Kundasang Sabah pada Januari 2023, which is dah 5 bulan peram haha serious lama , sebelum ni balik je terus update . Percutian ni memang dah plan sejak 2022 khasnya untuk my mom , selalunya akan bawa cuti oversea tapi disebabkan covid so fuad rancang bawa dalam Malaysia saja , tambahan mom lama gila tak pergi Sabah , last tahun 2006 itupun waktu ayah bawa kami . Bila fuad bagitau je ibu she so excited hihi . 

Okey flight kami pagi pukul 8 pagi kalau tak silap , 3:30 pagi dah keluar rumah terus ke TBS sebab fuad akan parking kereta kat sini , kalau korang nak tau parking di tempat kereta bertingkat LRT Salak Selatan hanya RM4 sahaja ! Dan dari TBS korang boleh naik bas ke KLIA dengan tambang RM12 seorang . Boleh book kat sini easybook , sign up first okey disini .




Sampai di TBS jangan lupa untuk ke kaunter ambil tiket yang sudah dibeli

Okey dah sampai KLIA Terminal 2

pantang nampak cermin kan hihi


memandangkan ada masa lagi kita solat subuh dahulu kat tingkat 1 , bila fuad tengok dari atas rasa seronok sangat apabila industri pelancongan sudah mula rancak .


siapa yang selalu fly dari KLIA 2 pasti tau yang gate dia jauh jauh , mom pula lutut tak kuat , sian dia nak jalan jauh , then waktu turun eskalator tu nampak abg buggy ni , i told mom , ibu kita boleh naik ni tau tapi ibu kena cakap kt abg tu , setahu ad buggy ni untuk keutaaman orang saja , memandangkan mom tahun ni dah masuk 60 kira warga emas so dapatlah kami naik , kami bertiga sahaja dengan abang haha seronok , maklumlah first time , rupanya gate betul betul hujung sekali .



it time to boarding darling ..







buku yang wajib untuk dilihat


makanan kat air asia ni semuaaa sedap , so fuad book bukhara chicken biryani


lepas makan nasi pekena sup cendawan dan milo pula , hehe that why i love low cost airlines sebab kita boleh order macam macam instead premium airlines kena terima je apa yang dia orang sediakan lepas tu tak boleh nak tambah .



cantik air laut di Sabah


yeayy sudah sampai di Kota Kinabalu Airport


Untuk kereta sewa fuad book dekat easybook , klik sini sign up dulu tau. Amat digalakkan untuk menyewa kereta supaya mudah untuk ke mana saja , fuad check dari airport ke Kundasang naik Grab dalam RM100 lebih tapi yang susahnya sampai kat Kundasang tak pasti sama ada , ada Grab atau tak . Untuk 4 hari kereta Axia RM400 but gladly fuad dapat myvi . Sewaktu keluar dari airport abg ni memang dah ada tunggu . Terbaik servis .



Perut pun dah lapar , on the way nak ke Kundasang kita singgah The Warung , sini special ada nasi kuning ayam dan pelbagai menu lagi . Tapi hampa nasi kuning ayam sudah habis .




Fuad order nasi goreng lalap , sebenarnya ia lebih kurang kita makan nasi ayam penyet , haa sebiji lahtu dengan sambal gesek dia tu , the taste so so jelah hehe 


Perut dah kenyang ayuh kita teruskan ke destinasi

Sepanjang perjalanan u guys akan nampak banyak gereja  , ia benda yang lain kalau orang semenanjung datang sini 


kabussss




Okeyy dah sampai tempat penginapan kami di Strawberry Garden Kundasang . Betul betul berhadapan dengan gunung (bukan gunung kinabalu)



Nilah view dari bilik , nicekann


Bilik memang sangat puas hati , triple bed . Besar , ada balcony lagi .


Okey ini tips dari fuad , dekat Kundasang ada banyak tempat penginapan , kalau korang nak cari penginapan yang mengadap Gunung Kinabalu , korang kena pilih penginapan area Kundasang Point View , search kat google map Kundasang Point View . Macam strawberry garden area ranau so memang tak nampak Gunung Kinabalu.



Bila malam masing2 dah penat so fuad keluar just tapau bawa balik , agak seram juga dengan lampu jalan tak ada .


Tempat fuad tinggal ni memang dekat betul dengan 99Speed Mart


Tengoklah roti semua dah kembung akibat berada di tanah tinggi



Selepas kedai speed mart akan jumpa 2-3 kedai makan , fuad tapau kuew taw je , nasib lah pinggan tak ada kita makan dalam plastik jelah ya hehe


Goodnight ..


HARI KEDUA

Morninggg , seronoknya bangun bangun fuh sejukkk rasa seperti di Cameron Highland .


Disebabkan tak ada jual maggi cup terpaksalah berinovasi sikit , kita potong botol belah jadi 2 untuk dijadikan mangkuk haha .


yeayy enjoyyy the vieww , sambil menikmati maggi , nikmatttt



i really loveee this ubat , ubat ni Antihistamines untuk mereka yang ada alergic rhinitis , yang mana sangat sensitif dengan persekitaran , pengudaraan , debu , hama dan macam lagi , nanti karang dia akan selsema teruk . So bila dah selsema habis lah mood cuti kan , usually fuad akan selsema dan gatal tekak bila bangun pagi , but when i take this selama cuti tak selsema langsung , gatal pun tak , mmg bestt , kalau korang nak ambil minta pandangan doktor dulu k .


Untuk lawatan hari kedua kita akan ke Hidden Hill Homestay yang mana tempat penginapan ini di buat style ala Jepun . Menarik bukan .




Yang paling menariknya dekat sini kita boleh sewa kostum kimono full set lagi , rambang mata nak pilih sebab banyak jenis .




haa tudiaa pahlawan jepun sudah marii hahahha , oh ya sewa kostum kat sini harga RM38 tapi kalau korang tak nak sewa kostum nak ambil gambar kat sini saja pun boleh tapi harga RM5 .










Cantik sungguh tempat ini , memang sangat recommended untuk datang kat sini , tak rugi okey !




Maybe one day nak cuba menginap kat sini , nampak menarik sangat 















Habis sahaja kita puas bergambar kat Hidden Hill jam pun sudah masuk waktu zohor , so kita solat dan makan dulu baru ke destinasi seterusnya .




Dekat Masjid Jamek Kundasang ni ada 1 cafe kecil , Ya Allah , i tell u ya masakan dia sedappp , memang puas hati gila lah , so kalau datang Kundasang tolonglah makan kat sini , memang takkan menyesal . Mungkin ada yang tak tau makanan kat sini bukan macam kat semenanjang yang korang boleh order tomyam lah , paprik lah , ikan bakar lah , nasi kerabu semua nooo . Sini cara orang sini masak , tak sama kat semenanjung , sebab itu bila fuad makan kat kedai ni , i feel serious inilah antara kedai makan sedap kat Kundasang .




Untuk lawatan kedua kita akan ke Desa Dairy Farm , masuk sini tak boleh walk in , mesti booking secara online kat sini https://farmbooking.desaplus.com , tiket bayaran masuk untuk dewasa RM5 dan kanak kanak RM4 .










Dekat sini kita boleh melihat cara proses susu lembu


Pelbagai susu dan yogurt boleh didapati





my godd sedapp gilaa flavour yang fuad pilih ni , tak silap mix fruit erggh miss it !



Herm apa lagi pose lah haha





Fuad sangat galakkan kalau korang nak datang sini , datang waktu pagi sebab bila masuk tgh hari awan dah mula menutupi gunung kinabalu tambahan dengan cuaca mendung nak hujan .








Untuk lawatan ketiga kita akan Apaca Club , tempat dia just nearby je , 1 hala jalan waktu balik dari Desa Farm , untuk masuk sini sorang dalam RM15 dewasa .


Aww soo cute , actually inilah kali pertama fuad dapat pegang Apaca . Binatang ni sangat sensitif dengan bunyi , so kena cakap slow slow kalau tak nanti dia akan toleh dan ludah haha .







Ayuh kita pulang

Tiba tiba ada nampak pula kat tepi jalan dia orang macam ada buat tempat ambil gambar , haa apa lagi bukan selalu datangkan , masuk RM5 tak silap







Sebelum pulang ke bilik kita nak pekena some drink , konon hi tea lah , then ada nampak satu cafe ni kat tepi jalan soooo nice , konsep english cottage . Fuad sangat suka konsep kedai dia , dengan cuaca yang sangattt mendamaikan , sejukk lagii fuh .





Sini Sabah pukul 6 dah gelap 



Gladly kat kedai tu dia jual maggi cup , yeahh boleh makan maggi tomyam 



HARI KETIGA

Morningg , untuk hari ketiga kita akan ke Kinabalu Park , boleh katakan siapa yang datang ke Kundasang wajib pergi sini . 




Dekat Kinabalu Park , the main attraction adalah hot spring atau kolam air panas . Tapi kami datang kat sini bukan sebab nak berendam tapi nak naik Canopy Walk .



Untuk bayaran masuk seorang hanya RM10 . Dibuka setiap hari 8 pagi sampai 5 petang tapi last masuk jam 3 ptg .



Tengoklah ada banyak tempat yang kita boleh lawati seperti butterfly farm, bat cave , air terjun dan banyak lagi .









Dekat bahagian hot spring ni disediakan kolam terbuka dan tertutup , jadi bagi mereka yang nak privacy lagi lagi yang pakai tudung tapi nak buka boleh ambil kolam yang tertutup , dia macam bath tab






Okey dah sampai di Titian Kanopi , firstly ingat macam masuk je sini dah nampak canopy walk rupanya taknya , you guys perlu jungle tracking ! dan jalan menuju ke canopy walk bukan mendatar tapi kena mendaki haha , lebih kurang macam korang pergi hiking ke puncak , haa macm tulah gambaran dia , sila standby kasut dan pakaian yang sesuai , nanti tengok kat bawah fuad ada ambil gambar , so this time terkejut lah , me and brother tak kisah sebab lutut masih kuat tapi ibu ni haa mcm mana ni , so we ask ibu , kalau boleh kita proceed kalau tak , tak payah naik karang satu hal lah pula , coz ibu yang beria ia yang nak naik . Atas semangat yang berkobar kobar ibu cakap nak , but at the same time mestilah kita rasa risau , so me and abg sentiasa awasi langkah ibu , kalau kena mendaki tu kita orang akan papah , jadi lutut tak lah beri tekanan .


Untuk bayaran masuk hanya RM5 seorang 



But the good thing is jalan di dalam hutan telah di papan kan , siap ada pemegang lagi  


haa bab yang sakit nilah , tangga mendaki , tinggi u !



apa apa pun enjoyyy


okey dah sampai titian kanopi , perjalanan dari pintu masuk nak ke sini dalam 1 jam lebih kalau bawa warga emas , kalau yang muda muda ni jalan laju sekejap je sampai .

Aduhai nak naik tangga ni pun menjunam .



OMG best gilaaaa erghhh tak menyesalll , dah lah kali pertama naik , memang berbaloi sangatt , kalau datang Kundasang silalah datang sini untuk merasai pengalaman baharu . Tapi awas bagi mereka yang gayat tak digalakkan , ada 1 couple tu dia siap patah balik ya sebab tak berani naik haha and surprisely ibu dan abg pun gayat juga , laju je mereka jalan yang fuad pula dah duk gelak gelak sambil goyang jambatan , jahat kan haha adoii , they said ni first and last naik 



posing duluu







okeyy selesai sudah merentasi titian kanopi , seronokkk



lawatan seterusnya kita akan ke Sabah Tea , pada awalnya macam tak nak pergi sebab bila fuad check dekat google Sabah Tea ni tak lah besar mana dan tak semeriah macam kat cameron highland , so cam penat je nanti tapi kenapa tidak kalau kita nak tengok tengok apa yang ada kat sini kan . So tekaan fuad tepat tempat ni ibarat segan mati hidup tak mau haha , boleh lah kalau nak santai santai minum , nasib ada cafe boleh lepak .









HARI KEEMPAT

Mat Pagii , hermm sekejapnya masa berlalu kan , pejam celik pejam celik eh dah nak balik dah 


kita orang check out awal sebab kita orang nak shopping di Kota Kinabalu tambahan pula flight  petang . Waktu nak balik tu sudah nampak gunung kinabalu , we are so excited sebab selama kat sini tidak kelihatan sebab dilitupi dengan awan , then kita decide untuk patah balik ke Kundasang View Point , sebab sini betul betul landmark untuk ambil gambar Gunung Kinabalu yang paling cun !



erghhh puas hatii sangatt , so korang kalau nak ambil gambar gunung kinabalu silalah keluar awal pagi macam pukul 9 begitu , that time awan tak tutup lagi .




okey sampai sudah di bandar Kota Kinabalu , tempat yang kita tuju ialah Handicraft Market , sini terdapat pelbagi barangan cenderamata 





serious rambang mata dah lah setiap lot kedai jual barangan yang sama then blur tak tau nak pilih kedai mana satu 




you ols tau tak 1 bekas kerongsang mutiara ni berapa ? RM10 ! murahhkannn , so memang borong lahh , design pula cantik cantik






habis dah menyopping kita cari makan pula , sebelum datang Sabah dah target nak cari ambuyat , Alhamdulillah dapat juga rasa , memang sedapp , nama cafe ni Asiarasa Cafe Citarasa Kampung . mmg recomended .


okey sudah tiba pulang ke KL 



oh im gonna miss it



bye bye Sabah sampai kita ketemu lagi .