Monday, February 4, 2019

Tips Bercuti Ke Luar Negara Tanpa Menggunakan Travel Agensi Atau Tour Guide Februari 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,  untuk posting kali  ini saya akan beri tips dan cara bagaimana bercuti ke luar negara tanpa menggunakan sebarang travel agensi atau pun tour guide , rata rata yang saya tanya semua tak berani , rasa takut kalau berlaku apa-apa dan tak tau kemana hala tuju nak pergi . Tahukah anda dengan pergi bercuti secara sendiri boleh jimat 50% , ya memang banyak . Contoh jika ambil pakej rombongan ke Seoul RM3000 , dengan pergi sendiri hanya RM1500 sahaja tetapi bergantung pada tambang tiket kapal terbang , makin murah tiket makin murah kos perbelanjaan .







Pertama
Pilih negara yang anda teringin untuk bercuti. Penting untuk lihat dari segi beberapa faktor seperti keadaan keselamatan , komunikasi , cuaca dan musim . Elakkan pergi negara yang sedang dalam musibah , bencana atau rusuhan . Perlu tahu bahasa perantaraan yang digunakan contoh di Jepun , Korea dan China mereka tidak tau berbahasa english , amatlah dicadangkan untuk simpan gambar tempat lawatan/hotel/makanan/sign dan alamat dalam tulisan mereka , anything just tunjuk saja , ia lebih mudah untuk difahami . Jika ingin pergi pada musim sejuk pastikan beli pakaian yang tebal , jacket , stokin , muffler scarf , glove dan thermal wear . Selalunya di Uniqlo banyak atau kalau nak murah beli di Daiso atau nak murah lagi beli je kat bundle 1 jacket boleh dapat RM10 , bukan orang tau pun .





Kedua
Passport Malaysia antara terkuat di dunia , kita boleh masuk banyak negara tanpa perlukan visa . Antara negara yang perlu visa seperti Saudi Arabia , Myanmar , India , China dan lain lain negara .Lihat sama ada negara yang anda kunjungi perlu buat visa atau tidak disini . Tujuan check supaya jangan nanti dah beli tiket flight tengok tengok eh kena buat visa pula , dah lari bajet sebab visa bukanya murah , contoh visa India dekat RM300 lebih .  Jangan tujam nak pergi lagi 2-3 hari tujam tulah baru nak check , saya cakap perkara betul sebab saya adalah agen bagi visa China , dah lebih 500 passport saya submit , ada tu yang nak fly esok , harini baru nak buat , bila ditanya kenapa tak buat awal , tak tau katanya . Jika nak saya uruskan visa China boleh buka web saya disini .






Ketiga
Booking flight tiket , rajin rajin buka web airlines seperti Airasia dan MAB  , katakan u dah ada planning nak pergi ke Seoul untuk musim winter akhir tahun ni , so hari hari buka check , jangan tunggu waktu promo pula , sebab kadang kala harga tambang lebih murah dari harga waktu promo . Dan jangan fikir hanya AA saja yang menawarkan harga yang murah , ada premium airlines lain menawarkan harga sama dengan Airasia , contoh Vietnam Airlines menawarkann harga tambang RM1000 return dan Airasia juga , jadi lebih baik ambil Vietnam Airlines sebab premium airlines harga termasuk bagasi & makanan , malah tv entertainment juga disediakan , cuma kena stop transit dahulu berbanding AA direct .




Keempat
Booking hotel , saya selalu booking melui Airbnb.com lebih murah dan sangat berbaloi, lagi lagi jika pergi bercuti bersama kelurga yang mana perlukan lebih dari 1 bilik dan juga dapur untuk memasak . Pilih lokasi di bandar , tidak jauh dari airport dan penting dekat dengan pengangkutan seperti train.






Kelima
Simpan emergency contact seperti nombor kedutaan Malaysia di tempat yang kita akan kunjungi . So apa apa hal boleh minta bantuan dengan pejabat perwakilan Malaysia di sana , contoh seperti hilang passport dan sebagainya .






Keenam
Ambil insurans travel , ini ramai yang skip dan ada yang ambil ketika waktu beli tiket flight tapi hanya sekadar lepas syarat , tak tengok berapa banyak jumlah manfaat yang diberikan . Insurans travel sangat penting sebab bila kita melancong ke negara orang pastinya keadaan sudah berbeza ketika berada di negara sendiri , tambahan pula kadar caj perubatan di sana lebih mahal dari Malaysia . Malang tidak berbau guys , sediakan payung sebelum hujan . Jangan jadikan percutian anda satu percutian yang menyedihkan . Memandangkan Fuad adalah agent sah Etiqa Takaful , ambil dengan Etiqa sangat berbaloi , boleh beli dan buka web disini .



Ketujuh
Cari tempat lawatan yang ingin dikunjungi dan banyak membaca pengalaman blogger blogger lain yang pernah bercuti disana ,  macam Fuad tidak terlalu ikut sangat itinerary dari blog blog lain sebab ada tempat sepatutnya yang harus kita kunjungi tapi tidak sebab kita tak tau kewujudanya . Jadi pertama search di google `Attraction place in Seoul` nanti akan keluar semua list , copy dan paste di nota dan juga buka website ministry of tourism , akan ada senarai tempat lawatan yang dicadangkan untuk anda kunjungi  , gabungkan kesemuanya dan search satu persatu setiap tempat lawatan, lihat dari segi harga masuk , jarak jauh dan lokasi , bila anda rasa okey dan teruja masukkan dalam bucket list . Untuk hari pertama buat dalam 3 tempat lawatan , pastikan ketiganya berdekatan dan tidak terlalu jauh .






Kelapan
Kaedah pengangkutan sangat penting , jika anda bercuti ke negara yang memiliki sistem pengangkutan subway/train yang efeksyen anda perlu tahu , belajar dan hafal selok belok laluan . Nak naik train apa , nombor apa , warna apa dan exit apa. Jangan risau sekarang semuanya di hujung jari . Pertama pastinya kita perlu tau dari airport nak ke bandar nak naik apa , anda boleh buka website rasmi lapangan terbang mereka , disitu ada di bahagian Getting Here ditunjukan peta laluan dan no train dan bas yang perlu anda naiki untuk ke bandar . Anda juga boleh buka wesbite MRT mereka , ala seperti kita guna website Rapid Kl , kan di bahagian Plan My Journey kita hanya perlu meletakkan nama jalan dan tempat , skrin akan paparkan aggaran waktu , harga dan station yang perlu anda naik dan turun atau boleh juga menggunakan navigation Google Maps , hanya perlu point from dan point to , pilih public transport dan paparan akan ditunjukan . Mudah kan ! Bagi kita rakyat Malaysia yang sudah mempunyai LRT/MRT/Komuter ia bukan satu masalah yang besar , sistem tak jauh beza lebih kurang sama saja hanya kita yang merumitkan . Trust me.

Tapi ini cerita jika negara itu mempunyai pengangkutan yang efeksyen , bagaimana pula jika kita melancong ke negara yang mundur , okey senang saja , hanya search di google `How to go to .....` nanti akan keluar senarai website seperti lonelyplanet , tripadvisor dan lain lain website boleh ambil rujukan disitu , kalau tak faham boleh tanya mereka  .

Atau paling mudah naik je Uber / Grab , cuma kalau naik seorang tak berbaloi , kalau ramai ramai boleh kongsi tambang.










Kesembilan
Sebagai orang islam amat di titik beratkan untuk makan dan cari makanan yang halal . Suka untuk saya kongsikan bahawa restoran halal di negara majoriti bukan orang islam ada menjual arak contoh seperti di Beijing China , walau bagaimanapun jangan kuatir tidak semestinya arak itu disajikan dengan masakan , hanya botol tin saja yang dijual , di Malaysia pun ada je restoran yang jual wine tapi tukang masak dan bahan yang digunakan dari sumber yang halal , yang penting kena yakin dan jangan terlalu was was , kadang kala masyarakat kita ni bila terlalu was was nanti makanan yang halal pun boleh jadi haram . Macam saya memang bawa makanan dalam tin , lebih mudah dan jimat , bayangkan ketika di Seoul hanya nampak makanan halal di Itaewon saja yang mana disitu majoriti beragama islam , takkan lah setiap kali nak makan nak pi sana , lain lah seperti di Malaysia buka pintu je depan tu kedai tomyam kedai paprik kedai mamak , order je hehe . Tambahan pula harga bukan murni seperti di Malaysia harga disana dah jadi harga firaun , 1 meal untuk sorang je dah RM50 , kalau bawa 1 family 5 orang sekali makan RM250 , takkan nak makan sekali sehari saja lagi lagi musim sejuk memang cepat lapar , kalau 3 kali sehari dah RM750 kali dengan 5 hari disana RM3750 pergh tak berbaloi langsung . Baik masak je jah !







Harus diingatkan juga jangan bawa makanan sebarangan dari Malaysia , makanan yang bakal di rampas adalah fresh fruit dan fresh vegetable , macam korang bawa kobis ke , ikan bilis ke haa mmg kena rampas lah , so far saya bawa makanan dalam tin tak pernah kena rampas , yang pasti declare sebelum tiba di airport sana. Beras better beli kat sana , buat berat beg je.





Kesepuluh
Untuk yang terakhir perlu senaraikan apa yang perlu di bawa ke sana seperti wang ringgit , international adapter plug bagi negara yang menggunakan 2 pin seperti di China , powerbank dan yang paling penting pengunaan internet di sana , kebanyakkanya ramai yang beli sim card baru , macam saya hanya beli plan data internet yang ditawarkan oleh telco di Malaysia , contoh maxis RM10/1GB untuk negara Asean atau RM10 Unlimited Social pass on Facebook , Twitter , Whatsapp dan free 500mb . Untuk pengetahuan di China tak boleh buka google , instagram , youtube , facebook , whatsapp dan sebagainya , jadi memang tiada point jika beli sim card baru , kalau nak buka boleh ada 2 cara pertama guna data plan telco Malaysia atau VPN Mobile boleh download di apps .


Mudah kan ! Yang tinggal sekarang hanya keyakinan dan keberanian anda saja . Saya harap dengan sedikit tips dan perkongsian ini dapat memudahkan segala urusan anda semua ketika bercuti disana nanti .




UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE