Wednesday, March 27, 2019

Percutian Dan Tempat Menarik Di Melaka Mac 2019 Mesti Tengok

Assalamualaikum Guys , buat apa ? oh pastinya sedang mencari tempat menarik di Melaka kan , kalau tak takkan datang ke sini hehe . Okey trip ke Melaka ni sebenarnya dah lama planning tapi sampai berjanggut asyik postpone je tambahan sekarang memang sibuk giler dengan kerja . 

So 1 Mac, hari jumaat pukul 11 malam secara tiba tiba rasa nak pergi Melaka esok , lagipun minggu tu tak ada appointment dengan client , inilah masanya . Terus whatsap ajak kawan , mujur kawan saya waktu tu masih cuti sem . Dia pun okey je ,  memang boleh sangat ! Time tu juga booking hotel . Selalunya orang cakap planning last minute terasa lebih exciting . Yes ! memang betul , malam tu susah nak tido sibuk buat itinerary untuk esok . Trip ni combine dengan Port Dickson sekali , boleh lihat disini . Dah alang2kan , PD dengan Melaka bukan jauh . 



PENGANGKUTAN
Untuk ke Melaka anda boleh menaiki bas hanya RM10 saja sehala di EASYBOOK




PENGINAPAN

Boleh booking di AGODA KLIK SINI . Hotel serendah RM36 .




TIKET & TEMPAT LAWATAN DI MELAKA . KLIK LINK DIBAWAH .



HARI PERTAMA

Pagi lepas subuh dah siap kemas beg dan bertolak ke Mantin , sebab kawan tinggal disini . Lepas ambil kawan terus ke Port Dickson dulu , kita pergi dalam 4-5 tempat saja. Tak lama pun then ke Melaka .




Tempat jajahan pertama pastinya Coconut Shake Original Klebang , ini kali kedua kesini , macam biasa orang sangat ramai , nasib kami berdua saja jadi ada juga meja kosong . Tau tau lah hujung minggukan . Oh ya bagi mereka yang pertama kali datang kesini , konsep mereka order dan bayar dulu baru bawa resit beratur untuk collect minuman .



Disini bukan saja jual coconut shake malah makanan dan kuih muih juga dijual , kena layan diri .Harga bagi coconut special ada aiskrim berapa ya haha , tak silap RM2.50 , saya order 4 , kawan 2 saya 2 .


Kalau orang tanya saya macam mana rasa sedap tak ? for me okey , not bad still sama rasa seperti dulu cuma kalau nak dibandingkan dengan coconut shake yang dijual di kedai lain , so far Warung Kita paling terbaik ! Sebenarnya kawasan Klebang ni banyak deretan gerai yang jual , lagi lagi di dataran Klebang , jadi jika anda yang tak suka kesesakan boleh je minum disitu , mungkin rasa lebih sedap , who know .



Bagi mereka yang nak bungkus , ada kawasan yang disediakan dibahagian luar pintu masuk utama . Waktu ni ramai orang beratur . Dekat kawasan Klebang ni boleh lah you guys ronda ronda , ada Muzium Kapal Selam , dan pasir yang selalu port orang ambil gambar tu , tapi pusing pusing tak jumpa pula . Baca kat blog blog lain jalan nak ke situ tak boleh masuk kereta , kena jalan kaki .


Habis cerita pasal Klebang , jam pula dah lewat petang ni , sepatunya harini ada city tour , kita tukar pada esok pagi , sekarang menuju ke hostel untuk check in . Ambil bilik katil twin bed tapi rezeki dapat triple bed wuhuu . Dekat Melaka terlalu banyak hotel , hostel , guesthouse semua cantik cantik , harga pula tidak mahal , sangat berpatutan .




Lepas Isyak tu kita keluar ronda ronda , kat Melaka ni malam sangat hidup ! Disebabkan dah pernah naik Melaka River Cruise so kali ni kita jalan jalan sepanjang sungai saja . Malam ni hanya pergi ke Jonker Street dan makan Asam Pedas Claypot .





Jonker Street ni macam pasar malam tapi lebih meriah dan pelbagai barangan jual disini dan juga cenderamata , bukan setakat makanan saja . Kebanyakkannya semua peniaga cina , jadi makanan sudah pasti tidak halal , ada satu gerai tu jual Dumpling Goreng RM5 sebekas , nasib baik melayu , sedapp !










Cuba teka barangan apa yang fuad beli di Jonker Street ? Tadaaaaa seliper urut haha , dah lama cari wehh . Ingat nak beli kat China tup tup ada pula kat sini hanya RM10 saja , bagus untuk melancarkan darah . Tapak kaki kan titik permulaan . Sebab itu jika ada yang berpenyakit bila pijak rasa bisa dan sakit , tu bermaksud you ada masalah organ dalaman .

                                        


Lepas puas jalan di Jonker Street , tengok map eh tak jauh ni dengan Asam Pedas Claypot , sebab mula ingat nak naik Grab je . Bila sampai sini kan akan nampak deretan kedai makan yang menyediakan menu asam pedas , yang paling famous pastinya Asam Pedas Claypot Kota Laksamana 1 . Memandangkan ramai orang jadi kita cuba kedai di seberang , tapi sedihnya pesanan makanan kami tidak sampai dekat 1 jam , bila bagitau abg yang ambil order tu tak tau lah sama ada dia check atau tidak , mungkin tercicir lah tu , saya bagitau kawan kita bayar air je , tak apalah kita anggap tiada rezeki . Demi tidak menghampakan perut yang teringin nak makan asam pedas , kita pergi ke Asam Pedas Claypot Kota Laksamana , sangat terkejut pesanan kami sampai dalam tempoh 10 minit saja ! Walaupun ramai orang , memang terbaik .


                           


Saya order asam pedas daging tetel , sedapp kauu , daging pun tak liat lembut saja . Disajikan sekali dengan telur masin dan sayur kobis . Harga pun tidak mahal , boleh liha menu di atas.



Lepas melantak asam pedas , perut pun dah kenyang tapi badan rasa macam nak enjoy , nampak pula spotlight fun fair , aish apa lagi jom lah kita berfun fair ewahh .





Kita main satu permainan saja , tak taulah apa nama dia , yang pasti best dan nak muntah haha .


HARI KEDUA

Pagi ni bermulah aktiviti mejelajah bandar sejarah Melaka , tapi sebelum ni breakfast dulu , mujur hostel ni ada bagi sekali . Walaupun roti dan jem .





waktu ke kerete tu nak simpan barang , ronda jalan kaki je sebab dekat tapi dapat hadiah pulak , betul betul sakit hati , rupanya kereta yang saya parking tu port burung membuang aduh , nampak sangat lah benci kat kita , ini bukan mak burung tapi segala atok nenek berjemaah sekali haha .





Kita lupakan kisah burung membuang tak makan saman tu , sekarang mulakan perjalanan lokasi pertama iaitu St Francis Xavier’s Church , dibina zaman portugis lagi pada tahun 1856 . Waktu ni ada majlis kahwin .



Jikalau nak ronda ronda bandar Melaka , jalan kaki je boleh , semua tempat dekat dekat , atau boleh beca .


Bermacam macam jenis beca yang di hiaskan , sangat kreatif , inilah salah satu cara untuk menarik minat pelancong dan menjadi ikonik Melaka . Kita orang tak naik .




Ini adalah Quuen Victoria`s Fountain dibina pada tahun 1901 oleh pihak British dan masih berdiri teguh dan cantik , walaupun sudah 118 tahun ! Ia melambangkan hari kejayaan penjajahan British di Malaysia pada zaman dahulu kala . Jikalau lihat di kolam ada beberapa duit syiling yang orang campak , katanya membawa tuah herm entah lah .




Sebelah fountain ni Melaka Clock Tower yang dibina pada tahun 1886 dari keluarga cina jutawan iaitu Mr Tan Jiak Kim dan diserahkan kepada pihak kerajaan Melaka .


                                         

Stadthuys bermaksud dewan bandaraya dalam bahasa belanda yang dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi gabenor belanda dan timbalannya . The Stadthuys sebuah kompleks besar besaran bukan hanya sekadar penempatan gabenor malah menjadi tempat urusan rasmi dan mempunyai fasiliti yang cukup seperti ruang makan , ruang solat , ruang tetamu dan sebagainya. Nak masuk sini seorang dewasa RM5 dan manakala kanak kanak RM2 .




Haa ini pula Windmill Dutch Square Melaka ala ala bergambar di belanda .


Dekat sini ada 1 gerai cendol famous namanya Cendol Jam Besar , memang wajib pekena , bermacam jenis cendol disediakan , pilih pilih . Fuad order cendol durian aiskrim hanya RM6.50 , yang bagusnya mamak ni hanya frozen kan isi durian saja , biji tiada , memang puas makan . nyummmyy .









syok pekena cendol sebelah sungai



Lepas pekena cendol kita menuju ke kota A Famosa , jangan tak tau ya A Famosa ni bahasa Portugis , dalam bahasa Malaysia nya ` Yang Termasyur ` telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511 . Disini juga terletak Gereja St Paul yang telah dibina oleh kapten Portugis  Duarte Coelho pada tahun 1521 . Gereja ini yang tertua di Malaysa dan tertua di asia tenggara .

                            



Dalam Gereja




Tinggalan pintu Kota A Famosa yang dipanggil Porta de Santiago . Dijadikan sebagai tembok pertahanan dan dimusnahkan oleh pihak Inggeris pada tahun 1807.


Sebenarnya di sini banyak sangat muzium , kalau anda rajin boleh masuk semua dan kadar bayaran juga dikenakan , dalam RM5 untuk dewasa .






Dah puas pusing 1 Melaka , sudah tiba untuk balik . Tapi sebelum tu kita singgah port orang selalu ambil gambar , nampak kt insta ramai datang ke sini . Encore Melaka ni lebih kurang seperti Istana Budaya untuk pertunjukkan pentas teater atau sebarang persembahan . Sangat international ! Nak masuk ke sini ada waktu waktunya , tiket seorang dalam RM100 jika beli di Klook.com . Jikalau waktu malam  lagi cantik dengan cahaya lampu yang di pasang sekitar sini . Disebabkan matahari sangat terik semua gambar yang di ambil tak menjadi haha .





Sebelum memasuki highway mestilah kena minum Avocado Shake dulu . Nasib waktu datang tak ramai pun beratur , tengok video perghh ramai giler beratur . Bersebelahan sini Kuih Keria Antarabangsa Melaka , waktu ni kueh keria habis , ramai yang duduk menunggu sampai .


Konsep disini beratur , pesan dan bayar .


Haa pilih pilih bermacam jenis disediakan , fuad ambil yang biasa je no 1 .



Selepas bayar perlu duduk dan tunggu seketika sementara kakak di dapur menyiapkan minuman anda . Bersiap sedia untuk nama di panggil .





tadaa , fuad punya dah siap !


okey rasa dia sedap tambahan dia letak ais cream dan sedikit gula melaka di bawah but not the best , sebab fuad pernah rasa avocado yang di kedai indon atau gerai ayam penyet . Walaubagaimana pun must try okey jika sampai ke sini . Byeee .





UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE