Tuesday, December 22, 2020

Lamb Shank IKEA Membuatkan Anda Mengigau

Assalamualaikum guys ! Selalunya kalau sebut pasal makanan ikea mesti orang akan ingat meatball dia yang sedap tukan , malah majoriti pi ikea pun sebab nak makan meatball je , tapi u guys tau tak kat ikea ada lamb shank ? haa actually fuad pun baru tau sebenarnya , saja lah belek belek menu , yerlah asyik makan meatball je nak rasa yang lain juga . Tengok video review perghh sedapnya , so juicy and lembutt ! So ajak lah ibu pi ikea ,  tengok lah 2 beranak melantak haha . Erghh dapnyaa , terasa rasa sambil menaip ni , rasa macam esok juga nak pi lagi .



dia punya kelembutan tu dengan sos blackpaper dia memang mantap


harga lamb shank dalam RM36



first time rasa almond cake dia sedapp , harga RM6


egg tart dia pun sedap , harga lupa lak


lasagna dia pun sedapp , harga RM10


ohh chicken wing honey ni boleh buat anda menjilat pinggan
harga RM16

Monday, December 21, 2020

Review Panas The Hulo Hotel + Gallery 2020

Assalamualaikum guys ! Kali ni fuad nak review satu hotel di tengah tengah bandar Kuala Lumpur iaitu The Hulo Hotel + Gallery . Actually fuad tau pasal hotel ni pun sebab tengah cari hotel untuk merehatkan minda seketika . Biasalah waktu PKPB mana boleh rentas negeri , nak cuti pun kat hotel jelah . Cari punya cari terjumpa hotel ni , paling mengejutkan semalam hanya RM47 sahaja di agoda (Klik) , pergh ini sudah baik . Tanpa melengahkan masa lagi terus lah book untuk menginap esok . 

Kalau nak tau hotel ni betul betul berdekatan dengan TRX Exchange , lokasi sangat strategik dan berdekatan dengan mall . Banyak je kedai , cuma terhad sikit nak cari kedai melayu sebab sini kawasan cina , kedai mamak pun ada .

Sebelah bangunan kedai ni ada parking , waktu fuad tanya dia cakap RM6 per entry , so 2 hari RM12, tapi bila esok nak balik ada sorang lagi datang dia cakap kena tambah lagi RM6 , pelik aku , apa apa hal korang tanya dulu berapa sebenarnya .

Sebelum itu nak bagitau , mana mana review adalah tidak berbayar , kalau hotel yang fuad menginap rasa okey , kita akan kongsikan . Bukan apa nanti u guys fikir alah fuad ni paid review mestilah semuanya okey hehe nolah .

So kita layan gambar dulu 


Waktu PKPB ni dia macam tak buka lampu pameran






Hotel ni ada lif


Setiap tingkat di pamerkan pelbagai potret gambar







Haa kalau nak view bangunan TRX sila ambil bilik nombor 107



Tengok dah lah katil king , bilik pun nice , ada toilet sekali . 


Tiga orang tidur pun muat 


Ada TV tapi keluar radio saja , tak pasti ada siaran ke tak



Disebalik cermin ni toilet


Nicee kann



apa lagiii pose lah haha





Sambil baring sambil tengok bangunan 



Jangan lupa dapatkan majalah yang akan keluar tak lama lagi haha , berangann




UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE