Friday, April 12, 2019

Percutian Bajet Ke Hat Yai Thailand Hanya RM200 April 2019

Salam Guys ! Untuk trip kali ini fuad pergi ke Hat Yai Thailand secara solo selama 2 hari dengan menaiki bas, sebenarnya dah pergi 6 tahun lepas, pada tahun 2013 tapi disebabkan permintaan yang tinggi jadi fuad plan untuk datang ke sini  balik khusus untuk update dalam blog dan memberi sedikit info bagi mereka yang sedang dan akan berkunjung ke Hat Yai , nampak tak betapa baiknya fuad :D



SEBELUM PERGI

Travel Insurans - Boleh ambil dengan Fuad dari Etiqa Takaful , one & only travel insurans terbaik menggunakan cashless payment tanpa sebarang bayaran jika dimasukkan ke dalam hospital ! Insurans lain menggunakan konsep pay & claim , kalau kena RM80 Ribu bil hospital , kita perlu guna duit sendiri , balik Malaysia baru boleh claim , tidak dengan Etiqa . Boleh buka web fuad disini



PASSPORT

DUIT THAILAND
- Fuad dapat 100 baht dalam RM13



VISA 
- Rakyat Malaysia tidak perlukan visa untuk memasuki Thailand .

PENGANGKUTAN
- Di Hat Yai pengangkutan utama adalah tuk tuk & bas tapi mujur Grab sudah ada disini.

PENGINAPAN
Boleh booking di AGODA KLIK SINI . Hotel serendah RM40



CARA PERGI
1. Menaiki kapal terbang
- Cepat
- Selesa
- Tambang mahal

2. Menaiki ETS KTM 
- Perjalanan 5jam45minit
- Perlu transit dari station Padang Besar ke Hat Yai menaiki train Thai 
- Tiket boleh beli di EASYBOOK berharga RM76 sehala .



3. Menaiki bas  
- Perjalanan mengambil masa 9 jam dari KL-Hat Yai
- Tempat duduk yang besar dan selesa , boleh turunkan .
- Harga tiket RM125 pergi balik boleh beli di EASYBOOK




Dari ketiga tiga cara , fuad pilih menaiki bas sebab pertama murah dan kedua straight forward tak perlu transit seperti train , dan disebabkan ini trip bajet fuad ambil bas pukul 11:59 malam , bermaksud fuad tak booking untuk penginapan , 1 malam tidur dalam bas . Pukul 10:30 dah gerak dari rumah menuju ke TBS dan parking kereta disni , kalau anda nak tau parking kat TBS murah , untuk 24 jam pertama RM10 , 24 jam seterusnya RM6 saja . Jadi boleh lah mana-mana yang duduk sekitar Ampang , Cheras dan BTS kalau nak bercuti parking je kat sini .




Sampai je TBS alamak jem pula, waktu ni dah pukul 11:15 , lupa pula harini jumaat ramai yang nak balik kampung . Walaupun jem majoriti semua nak ambil penumpang bukan untuk parking , jadi kesesakan beransur sedikit demi sedikit . Jadi anda kalau bas pukul 12 seeloknya datang lah lebih awal sejam 2 ke kan .


Ni fuad nak ingatkan bagi yang buat belian secara online perlu print out booking confirmation atau simpan no booking atau malas sangat tunjuk je email di kaunter untuk pengambilan pass tiket .


Waktu ni agak pelik sikit sebab dekat skrin tak tulis ke Hat Yai , jadi kita pun bertanya dengan abang kaunter tu , dia cakap aah nanti saya akan panggil , then bas pun sampai tengok balik kat skrin ke Changloon eh biar betul gate ni , rupanya 1 bas ni bukan ke Hat Yai sahaja tapi akan berhenti di Alor Setar , Changloon dan Hat Yai , boleh katakan 90% seat penuh . Bestnya bila booking online ni seat kita boleh pilih , pastinya fuad pilih bahagian tengah dan sebelah tingkap .


Tempat duduk yang agak besar , 1 row hanya 3 seat sahaja , malah boleh baringkan 150 darjah . Bas ni tiada tv atau usb plug . Memang beza betul 6 tahun lepas naik bas biasa yang yang 4 seat 1 row sampai sakit pinggang , sakit ponggong adoii . Kalau bas yang ini lebih 10 jam pun tak sakit .





Selepas saja masuk toll , bas akan berhenti di station shell , boleh lah siapa siapa nak membuang dulu , nanti karang tak adalah sibuk nak terkucil , bas pun bukannya berhenti selalu .


Wahh dah terang tak sangka pula sekejap sangat padahal membuta . Waktu ni tengok tinggal beberapa orang lagi dalam bas , sebelum mereka semua turun di Changloon , tinggal saya keseorangan , haa biar betul nikan , takkan nak pergi Hat Yai saya sorang dan tak kan lah pula pakcik bas ni kuasa nak hantar sorang masuk Thailand haha .



Guyss we are going to Hat Yai , please fasten your seat belt


Tapi sebelum tu bas akan berhenti dulu di CTC sebelum masuk ke imigresen , so dekat sini kalau nak mandi , makan , beli kudapan , insurans atau pun pertukaran duit ada disediakan . Waktu ni ada rombongan dari pelancong Thailand .







Pakcik bas minta passport untuk pengisian slip masuk immigresen Thailand . Kalau waktu masuk di Singapore kita kena tulis sendiri . Fuad tak pasti sama ada semua driver bas akan buatkan atau sesetengah .



Sekarang Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam ICQS dah cantik , dulu rasanya tak secantik sekarang . Kalau tak silap dari sempadan ni kalau naik van ke Hat Yai RM10 , Fuad ada pernah terbaca sesetengah bas tak masuk sampai Hat Yai , dia berhenti sampai sempadan saja dan kita kena naik van shuttle . Macam bas Sri Maju dan Konsortium memang sampai ke Hat Yai . Jadi sebelum nak booking tu klik detail di mana mereka drop off kita , kalau kosong tu kena call pihak bas untuk pengesahan .


Waktu ni bas akan berhenti dan semua penumpang akan turun untuk cop passport keluar dari Malaysia . Mujur waktu ni orang tak ramai sangat , semuanya berjalalan dengan lancar .



Sekarang masuk ke imigresen Thailand pula , sini memang ramai mana taknya kaunter yang dibuka dan sediakan pun dalam 4 saja berbanding Malaysia banyak .


Disebabkan ramai yang beratur , driver bas bawa fuad ke tempat cop khusus untuk pemandu bas saja , dan saya tak perlu beratur , hanya masuk di bilik disediakan , tak sampai 5 minit selesai , syukurrr .


Alhamdulillah sekarang dah masuk ke Thailand , belum sampai Hat Yai lagi tau , masih jauh perjalanan lagi .



Di Thailand ni salah satu uniknya kabel letrik mereka , berselerak , fuad fikir macam mana lah technician boleh tau kabel mana satu , kita tengok pun pening . Mungkin technician Malaysia boleh beri penjelasan kenapa kabel mereka begini hehe.


Driver bas berhentikan fuad di terminal bas Hat Yai , dekat sini nak pergi Bangkok ke , airport atau mana2 boleh .



Yang bagusnya ruang solat untuk muslim juga disediakan , tengok dalam bersih


Waktu turun dari bas tu , macam biasa driver tuk tuk dan seangkatanya telah memanggil manggil untuk naik , first fuad tanya driver motor berapa caj nak ke Wat Hat Yai Nai ada ke dia caj 100 baht ! Amboii , and actually sebelum datang sini fuad dah buat itinerary dan semak caj Grab hanya 100 baht saja . Apa lagi terus booking lah , oh ya lupa nak bagitau GrabPay di Thailand tidak menggunakan Wallet seperti di Malaysia kita perlu topup , malah duit wallet tidak boleh digunakan , bila masuk sini akan ditukar ke Grab Thailand . Pembayaran ada 2 cara , pertama cash dan kedua visa/mastercard , fuad pilih visa lebih mudah terus tolak dari akaun bank saja . Fuad sangat sarankan kalau datang sini naik je Grab , naik tuk tuk pun harga lebih kurang .


Grab disini semuanya kereta import , yang first Toyota Yaris . Perjalanan dari terminal bas ke Wat Hat Yai Nai dalam 15 minit . Driver kat sini tak fasih berbahasa english , jadi dalam kereta memang tidak berborak .




Salah satu tarikan utama di Hat Yai adalah Wat Hat Yai Nai , sleeping Budha yang panjangnya dalam 35 meter dan salah satu terbesar di dunia ! Untuk masuk ke sini tiada bayaran dikenakan . Disini juga terdapat gerai yang menjual air kelapa , jadi kalau rasa rasa nak lepak kejap boleh lah pekena ayaq kelapa .









Destinasi kedua Hat Yai Central Mosque caj Grab 90 Baht , kereta yang datang Mazda okeyy .




Sampai je fuad terkejut , eh ini ke masjidnya asal lain dari google , so puas lah fuad kehulur kehilir , tanya orang situ lagi lah dia orang tak tau , kalau anda search kat google akan keluar gambar di bawah

sumber goshoppingthailand.com



Tapi yang jumpa masjid dibawah ni , tengok kat map dah betul dah ni , aish ke mata teman yang tak nampak , so bila balik Malaysia fuad search balik , memang tak puas hati , rupanya yang gambar di atas tu Masjid Songkhla , aduh , ini boleh menyebabkan salah faham , masalahnya kat web lain pun tunjuk masjid ni , herm tak apalah tak ada rezeki , so guys kalau nak pergi search Masjid Songkhla okey .






Destinasi ketiga Hat Yai Plaza Trade Centre , untuk kesini fuad jalan kaki je sebab dekat dengan masjid tu , dalam 15 minit , akan menyusi lorong rumah orang .



Hat Yai Plaza Trade ni ada beberapa kompleks , rasanya 3 . Disini menempatkan bermacam jenis barang barangan . Nak beli baju ke , kasut ke , handbeg ke , atau apa sahaja ada disini . Harga yang di tawarkan tidak lah murah dan tidak lah mahal tapi boleh tawar menawar . Harus diingatkan jika berminat nak beli baru tanya , kalau tak tak payah tanya , nanti karang ada yang kena maki .









Destinasi yang ke empat Hat Yai Municipal Park , caj 130 baht . Kali ni yang datang Hond Brv , wah wah puasnya harini dapat merasa naik pelbagai kereta ya .






Hat Yai Park ni memang besar , selalunya orang berkunjung ke sini pasal nak naik cable car dan melihat patung patung budha disini , so kalau nak naik puncak waktu nak booking Grab tu kena pin cable car , sebab kalau pin Hat Yai Park saja nanti anda kena berjalan dan mendaki , memang sakit kaki , tapi kalau anda jenis sukakan berjalan dan ingin menguruskan berat memang sesuaiii sangat !







Disini ada 1 gerai makanan halal




Ini adalah King Rama V Monument , siapa dia ni ? Beliau adalah Raja Siam yang ke lima dan meninggal pada tahun 1910 , kalau nak tau kisahnya boleh google .




Di Hat Yai Park ni juga banyak gerai gerai dibuka , fuad tak pasti peniaga islam atau tidak . Kalau datang ke sini ramai yang bawa keluarga berkelah dan beriadah , ala ala tasik Titiwangsa .






Okey bila nampak je sigboard ni bererti anda perlu mendaki bukit untuk sampai ke puncak . Pernah tak pergi temple waktu nak naik Genting Highland atau temple kat Penang tu , haa lebih kurang macam ni je , tapi disebabkan kaki fuad dah tak larat nak jalan so memang tak naik ke puncak . Sebenarnya tak adalah jauh sangat pun . Mungkin dalam 8 minit . Gambar2 patung budha boleh je tengok kat google . Tapi yang fuad tau bila sampai disini cable car katanya dah tak buka , herm tak pasti pula . Lagipun rata rata blogger bagitau tak berbaloi langsung naik cable car , baik naik cable car Genting hehe .








Destinasi yang kelima Chang Puak Camp , pada asalnya fuad masuk dalam itinerary tapi bila fikir balik membazir pula sebab dah pergi 6 tahun lepas , so fuad payung gambar yang dah ada je okey . Untuk ke sini kalau naik Grab tambang dalam 180 baht (RM23) . Chang tu dalam bahasa Thai , dalam bahasa Malaysia iaitu gajah . Disini bukan saja gajah malah pelbagai aktiviti yang disediakan seperti pertunjukkan gajah , ATV , BB Gun , memanah , buaya dan menaiki gajah . Dibuka setiap hari dari jam 8 pagi sampai 5 petang .




Datang sini kalau tak nak naik gajah pun tak apa sebab harga untuk menunggang gajah 500baht bersamaan RM65 seorang , boleh je tukar ke aktiviti bagi gajah makan , seronok tau ,  kalau tak silap lah ya 1 bakul tu RM15 kot ke bawah RM10 . Sukanya dapat makan , mana lah tak nya setiap sorang bawa 1 bakul  .









Destinasi yang keenam dan yang terakhir , haa inilah yang dinanti nantikan para pengemar makanan , iaitu Hat Yai Floating Market , kalau sebut Hat Yai je wajib pergi sini , siapa tak pergi sini seolah olah anda tak pergi Hat Yai hehe . Harus diingatkan bahawa tempat ni hanya di buka jumaat sabtu ahad saja , dari jam 3 ptg sampai malam , waktu ni fuad datang pukul 2 peniaga sudah mula menjual walaupun bukan semua . Tambang Grab dari Hat Yai Park ke sini 120baht .










Disini pelbagai jualan seperti baju , cenderamata , bukan makanan saja tau . Yang bahagian atas ni dia campur dengan non halal , hanya yang di boat saja semua halal .





Okey untuk first round fuad beli air dalam buluh , ini harus . Boleh pilih dalam buluh atau dalam vas . Harga 25baht RM3.25 . Mee sup daging pula 40baht RM5.2 , sotong celup tepung dan udang tu 65baht RM8.45 . Harga disini okeylah tak adalah mahal sangat . Yang mee tu fuad tak berapa gemar , patut minta kuah tom yam mungkin lebih kick.


 uish sotong dan udang dia besar , memang puas makan aish waktu tulis ni pun masih terasa rasa lagi 



Round kedua pula beli Omelet Rice 30baht RM3.9 , hanya nasi kosong dan telur dadar je . Herm boleh lah lagi sedap telur dadar yang fuad buat



Round ketiga beli aiskrim pelbagai campuran di dalamnya , harga 20baht RM2.6 , ada cerbisan roti , kekacangan , jelly dan nata de coco , sedap ! Rasa macam tak cukup 1 . Sebenarnya kalau boleh nak sambar macam macam lagi tapi waktu ni dah kenyang , kalau ikutkan nak sambar rojak buah , pulut mangga , nasi goreng , potato twist , aishh semua lah yang ada kat situ , lain kali nak bawa kawan , beli semua share share ha barulah okey .


Fuad kasi belanja semua makanan yang dijual disini 









Lupa nak bagitau disini disediakan ruang solat , jadi tidak perlu risau okey




Waktu sudah 4 petang , bas fuad ke KL jam 6:30  , actually ada je masa lagi kalau nak merayap kat dalam mall , tapi letih pula adoii . Lagipun tak ada benda lagi nak dibelinya . Kali ni booking Grab naik pajero pula , puasnya harini naik bermacam jenis kereta , orang lain naik tuk tuk kita naik Grab , barangkali mereka tak tau atau dia orang rasa murah atau ingin merasai pengalaman .


Pejabat Pos

Hat Yai Clock Tower

Untuk waktu pulang fuad booking bas Sri Maju , di slip booking tertera nama travel agensi yang menguruskan iaitu David Tour . 



Setiap pengunjung diwajibkan untuk mengambil insurans dari Thailand yang berharga 100baht .


Bas pun sudah sampai , seat pun okey dan selesa


Di imigresen Thailand , mujur waktu begini orang tak ramai , proses cepat dan lancar





Waktu malam begini yang banyak masuk lori lori sebab itu dibuka 23 jam


Di Kompleks Imigesen Malaysia


Alhamdulillah sampai di TBS jam 5 pagi , sepatutnya tiba dalam pukul 7 , ni mesti bas pecut . Waktu wkatu begini pun TBS ramai orang , rasanya 24 jam sentiasa ramai . Fuad pun mula drive balik ke rumah .



Wow walaupun 2 hari tapi rasa seperti lama pergi , sebab itu kalau kita bercuti even sekejap saja tapi banyak aktiviti yang kita buat rasa seperti lama , kalau pergi bercuti 1 minggu sekalipun tapi banyak duduk di hotel memang rasa sekejap je waktu . eh rupanya dah nak balik dah hehe .

Hat Yai fuad boleh kategorikan sebagai percutian bajet bagi mereka yang ingin bercuti dan keluar negara dengan jumlah yang sangat minimum . Kalau book hotel pun tak mahal , boleh lah bawa 1 family jalan ke sini , tambahan Grab pun sudah ada , picit je di hujung jari dah sampai . Yang pasti floating market dan tempat gajah tu memang di cadangkan sangat untuk pergi .

Ini adalah jumlah duit yang fuad telah keluarkan

Bas return - RM125
Grab - RM76.46
Makan - RM23.40
Insurans - RM13

JUMLAH RM238

Ini jika seorang , bagaimana pula jika pergi 4 orang

Bas return - RM125
Grab - RM19.20 (RM76.46 bahagi 4 )
Makan - RM23.40
Insurans - RM13

JUMLAH RM180 SAJA !

Orang akan cakap itu tak termasuk duit yang dikeluarkan secara tidak sengaja , okey kalau kita letak RM200 pun still murah lagi kan , okeylah tu banyak tempat pergi . Sebab itu kalau pergi ajak lah kawan kawan dapat lah share mana yang patutkan . Okeylah itu saja untuk trip ini , jika ada sebarang pertanyaan jangan malu dan segan untuk komen di bawah , In sya Allah fuad akan balas . Bye bye ..


UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE