Thursday, October 27, 2016

Percutian Ke Guangzhou China Ogos 2016

Hai guys sudah lama saya tak update mengenai pecutian , okey kali ni saya nak menceritakan percutian saya ke Guangzhou China bulan ogos 2016 haritu selama 7h5m , sekarang baru ada masa nak update akibat kesibukan berbisnes hehe , actually saya tak ada plan nak pergi ke Guangzhou tahun ni then kawan sesama bisnes saya (sya panggil sis) ajak ke Guangzhou dan tengokkan tiket flight , so tiket di book bulan 4 sebelum puasa lagi . Selama 4 bulan tu saya banyak buat research tempat2 harus di lawati dan semestinya tempat2 tumpuan pusat borong . Actually ni kali kedua saya ke China , sebelum ini ke Beijing musim winter pada tahun 2013 .


Sebelum Berlepas

Passport - Pastikan expired date masih berbaki lebih 6 bulan ke atas

Visa - Untuk makluman semua rakyat Malaysia yang ingin ke China harus ada visa , saya juga menyediakan servis urusan visa China klik sini .

Insurans - Ambil dengan Fuad dari Etiqa Takaful , one & only travel insurans terbaik menggunakan cashless payment tanpa sebarang bayaran jika dimasukkan ke dalam hospital ! Insurans lain menggunakan konsep pay & claim , kalau kena RM80 Ribu bil hospital , kita perlu guna duit sendiri , balik Malaysia baru boleh claim. Boleh buka web fuad disiniiii





Duit - China menggunakan mata wang Renminbi , 100 yen bersamaan RM60.10 (kadar semasa)



INTERNATIONAL ADAPTER JANGAN LUPA

NOTA : DI CHINA TAK BOLEH BUKA FACEBOOK , YOUTUBE DAN GOOGLE , UNTUK MENGACCESS ADA 2 CARA , PERTAMA LANGGAN VPN MOBILE (ada di AppStore & PlayStore) SEBULAN RM40 TAPI MAKE SURE CONNECT DENGAN WIFI , saya ambil PureVpn , KEDUA KHAS UNTUK PREPAID MOBILE MAXIS BOLEH LANGGAN PAS TANPA HAD FACEBOOK RM10 SEHARI ATAU PAS SEHARI TANPA HAD RM38


Pengangkutan Di Guangzhou China

Metro Subway


Line subway terbahagi kepada line 1 , line 2 , line 3 , line 4 , line 5 , line 6 , line 8 , line APM dan GF . Saya sarankan u guys download apps di hp masing2 untuk memudahkan perjalanan di sana nanti . Kalau u guys nak tau tambang subway di sana sangat lah murah lebih kurang 1 stesen ke 1 stesen 50 sen - RM1 , contoh macam saya naik di station Airport South Line 3 turun di station Zhongshan Ba line 5 baru 7.3RMB bersamaan RM4.50 murahkan padahal airport ke bandar bukannya dekat. 




Yang Cheng Tong Smart Card -  Yang Cheng Tong Smard Card seperti card touch n go , Card ini boleh digunakan di subway , bus , teksi (bukan semua) dan ferryboat . Kalau nak guna card ni WAJIB save gambar card di hp , senang nak tunjuk kat amoi kaunter. Boleh dapatkan di 7-E kat airport nanti , just tunjuk gambar card ni je nanti dia org faham , deposit tak silap 20RMB dan baki dalam card 50RMB so total kena kasi dia 70RMB .

Teksi - Teksi disana pun tidak mahal saya tak pasti meter dikira macam mana tapi yang pasti setiap kali naik tambang pertama 10RMB , pastikan bagi nama tempat dalam tulisan cina atau tunjuk map tempat yang kita nak pergi ya . Kadang2 tu kita cakap pun dia still tak faham , kena cakap dengan lorat dia , contoh saya nak pergi ke stesen zhonshanba tapi dia tak tau , bila dah naik subway dengar suara mesin cakap `Next station zhonshan pa ` ohh baru tau `ba` tu 8 tapi disebut `pa` baru dia faham. Di Guangzhou juga ada teksi sapu , sya tak naik pun takutt haha , baik jangan naik . Sebelum naik pastikan ikut meter .


CHINA RAIL

China mempunyai sistem pengangkutan kereta api yang baik , ramai sebenarnya yang tour China hanya naik rail saja . Bayangkan dari Guangzhou kita boleh ke negeri negeri lain contoh Beijing RM269 bed coach , ke Hong Kong hanya 1 jam dan Shenzen 2 jam berharga RM12.75 . BOLEH BELI DISINI .




Penginapan

Saya book melalui klik sini AGODA , nama hotel Liwan Lake Garden tak jauh dari station subway Zhongshan Ba. Sesungguhnya hotel di China tidak mahal dan berpatutan , saya sangat berpuas hati dengan tempat hotel saya menginap dan palingg penting dekat area situ ada 1 kedai makanan HALAL yang betul2 tersorok kat situ.


Makanan

Saya di Guangzhou China semuanya makan luar tak bawa makanan dalam tin pun sebab saya sorangkan kalau pergi dengan keluarga pun saya makan luar lagipun makanan di sana agak murah juga , boleh katakan tidak susah nak cari makanan halal di sana cumanya biasalah kalau tempat grand harga pun grand kan hehe


Travel Insurans 

Ambil dengan Fuad dari Etiqa Takaful , one & only travel insurans terbaik menggunakan cashless payment tanpa sebarang bayaran jika dimasukkan ke dalam hospital ! Insurans lain menggunakan konsep pay & claim , kalau kena RM80 Ribu bil hospital , kita perlu guna duit sendiri , balik Malaysia baru boleh claim. Boleh buka web fuad disiniiii






HARI PERTAMA & KEDUA

Perjalanan mengambil masa 4 jam dari Senai Airport JB ke Baiyun International Airport Guangzhou , memang ambil dari JB sebab kawan saya tinggal di Johor . Flight jam 10 malam dan sampi jam 2 pagi , waktu di Guangzhou sama di Malaysia jadi tak perlu tukar apa2.

Kak Diana and her husband


Baiyun International Airport

Sampai airport dah lepas kastam semua ambil beg then merayap cari tempat , maklumlah sampai 2 pagi subway pun dah close haha . Jadinya sambil2 tu ternampak 7-E terus beli subway card , train beroperasi jam 5:50 pagi , disini security sangat ketat sebelum nak masuk tu ada amoi2 yang scan barang , bukan sahaja di airport malah di setiap pintu masuk stesen akan diletakkan 2 orang security untuk mengimbas beg masing2 , kalau ada barang terlarang dia akan ambil .




Dari airport nak ke hotel , first station Airport South interchange station Jiahewanggang Line 2 turun station Guangzhou Railway interchange Line 5 turun station Zhongshanba EXIT B , mula2 keluar dari station tu gagau juga mencari hotel tu tanya2 orang kat situ , peta dah print tapi still keliru , last2 naik je teksi hehe sampai juga , tak jauh pun sebenarnya boleh je jalan kaki. 


Hotel yang tiada pintu bilik air haha but nicee

Lepas urusan check in , masuk je bilik ambil2 gambar whatsapp kat family haha then teus tidooo kepenatan sampai lah bangun pun 11 perut pula dah lapar jadi merayap lah sorang2 kat bawah tu dengan harapan adalah warung halal , tengah jalan dalam hati minta2 lah ada tup tup terjumpa 1 kedai makan halal memang terpencil disitu teruss hati riang ria , keluar saja hotel belok kanan , terus dan akan nampak 1 jejantas dan jalan depan sikit pandang kanan memang dah nampak , landmark dia lepas kedai eletronik tv dan di seberang kiri jalan ada 7-E.

nasi goreng dapnyaa rinduu

Sebenarnya saya ambil kelas mandarin selama 3 bulan jadi dapat lah berkomunikasi sikit2 (bukan sebab nak pgi guangzhou) , macam nak order makanan ni pun tiada masalah . First saya jumpa apek tu cakap Ni (awak) yo (ada) choy fan (nasi goreng) ? then dia bawa masuk dalam tunjuk gambar2 menu makanan sambil tunjuk ada 2 jenis nasi goreng , 1 daging dan 1 lagi telur so saya pun kurang faham jadi saya tunjuk gambar ayam kt hp saya then dia angguk2 , masa duduk tu dia pi bawa telur ayam sambil tunjuk ni kan ? saya pun cakap toi toi (betul betul) padahal dalam hati aku nak ayam lah bukan telur ayam haha , bila dah sampai tu dah tak fikir ayam ke telur janjii kenyang . Saiz hidangan disini agak besar ya , 1 pinggan tu nampak mcm sikitkn padahal boleh makan 2 orang memang banyak , harga sepinggan nasi goreng ni tak silap saya 7RMB sekali sup dia tu , i lovee chinese food.


Perut pun udah berisi hati pun senang terus balik ke hotel then kawan saya whatsapp nak keluar cari baju , lepas zohor gitu kita keluar jalan2 area situ , rupanya baru tau kawasan ni pusat borong baju kanak2 . Dapatlah tengok2 survey harga , nama ni Zhongshan Ba Clothing , turun je station ni memang keluar je dah nampak 


                           

                           

                           

                           

                           

sejujurnya kain dia sangat sedap , bayangkan min 25 pcs , 1 pcs RM5 dengan kainnya berkualiti memang berbaloi baloi. Geram pula saya , nak je borong banyak2 jual kat insta ke kan mesti laku tak pun sewa 2 kedai penuh gantung baju budak2. Lepas selesai ronda2 balik ke hotel , malam tu pula keluar lagi nak pgi Beijing Lu , tapi sebelum tu isi perut dulu

ni nasi putih dan daging memang banyak gile

just tunjuk je apa yang kita nak

cakap macam ni , wo (saya) yau (mahu) chi ge (ini) atau tunjuk ngan jari then tunjuk jari 1 kalau nak 1 pinggan . Harga sepinggan 15RMB bersamaan RM7 mcm tu , memang berbaloi sangat dengan saiz hidangan dia yang banyak boleh share 2 orang.

Beijing Lu


Beijing Lu ni dia pusat beli belah yang famous kt Guangzhou seperti Bukit Bintang banyak kedai baju , aksesori semua lah , harga pun lebih kurang je kat sini.



HARI KETIGA

Hari ketiga kami ke pusat borong pakaian Liuhua Clothing Wholesale Market ,kawan ajak naik teksi . Untuk pergi ke sana melalui subway boleh turun di Guangzhou Railway Station Exit G , you will see Zhannan Road, turn left to see the Baima Garment Market and a crossing; after the crossing is the Guangzhou Liuhua Clothing Wholesale Market.








huh punya lah besar tak menyempat nak round 1 bangunan , so far design hermm okey kot tapi tidak menepati citarasa saya . Lepas habis ronda2 cari kedai makan halal , nasib baik ada 1 tapi bukan makanan cina , more to Indian dan harga agak mahal.


                           

                           
with Awish comel



balik nak ke hotel kami naik subway selepas cubaan mendapatkan teksi gagal haha











malam pula kita jalan lagi di Beijing Lu



terliur tengok jus mangga ni tapi takut ada letak wine


di Guangzhou delivery guna basikal 


Dinner




HARI KEEMPAT

Hari keempat kami menuju ke pusat borong eletronik iaitu Nanfang Mansion Electronic Center Guangzhou , dari hotel naik teksi kalau naik train turun Station Tawei Tukar line maroon turun Station Culture Park exit M , better tengok google map

so nice handmade casing handphone







dekat sini memang tumpuan untuk barangan eletronik , casing , spare part phone , glass , monopod , cctv , camera , smart watch lah apa2 lah berkaitan sewaktu dengannya ada kat sini , dia lain2 bangunan lain barang . Harga jangan cakap mmg terlalu murah sampaikan tinted glass phone tu dapat harga RM0.90 dengan kuantiti min 50 pcs jika tak silap , casing pula tengok lah tu boleh dapat RM0.60 no min order , sampaikan iphone 7 belum lancar pun dia dah jual casing haha , betapa advancenya China ni.

Lepas tu kami ke Shamian Island , naik subway turun Station Huangsha Get out from Exit F and walk through an overpass to the bridge to reach the Island.

EXIT F , kami seberang je jalan nak ke situ












anjing kat sini semua besar2

info mengenai Shamian Island ni boleh google ya , petang tu nak balik hotel punya la payah nak tahan teksi last2 naik subway je tu pun sebab nampak sign kat situ 



sebelum masuk hotel agenda wajib jangan lupa haha , saya order mee potato chicken kot dan dumpling sedapnyaa huh sambil tulis sambil boleh terasa rasa inti daging dalam tu , yang specialnya kat sini mee dia semua handmade , dia tak guna mee segera yang dah siap proses tu , mmg loikeee sangattt .


HARI KELIMA




Hari kelima kita ke Yuexie Park untuk bergambar dengan tugu Five Rams , maklumat lanjut boleh google mengenai sejarah binatang ni , cara pergi turun Guangzhou Railway Station Tukar dan ambil Line Biru (2) turun Station Yuexie Park, exit A , keluar saja belok kanan dan nampak macam ada park , untuk sampai ke sini memerlukan stamina ini kerana tugu ini di atas bukit , warga emas atau yang ada astma ke tak galakkan naik , kalau nak naik juga boleh tapi jalan perlahan2 ya 






Selepas sesi bergambar terus ke Pearl River untuk menaiki cruise , haaa yang ini memang WAJIB naik , cara untuk pergi turun Haizhu Square Station EXIT A , bila keluar tu nampak depan tu river dan belok ke kiri , jalan terus dan akan nampak terminal ferry di situ nama dia Tianzhi Wharf, better tengok google map ya . Nanti kat kaunter ada amoi tu kasi flyer merah untuk senarai pakej dan harga.
Saya ambil 1st Floor 80RMB ada set meal & tea , kena masuk di gate sebelum pukul 6:55 petang . Tiket boleh beli disini .



harga pakej





























setiap tiket ada no table masing2 , jadi jangan risau k , kami bertuah sebab dapat sebelah tingkap , sejurus cruise bermula kita boleh naik deck atas untuk mengambil gambar , untuk makanan yang dia bagi kita tak makan pun husband sis Diana kasi table sebelah , we just drink tea hihi walaubagaimana pun pengalaman naik cruise ni sangatttt menyeronokkan dan 1 pengalaman yang tak akan dilupakan.


HARI KEENAM & KETUJUH

Hari keenam pagi2 saya dah kemas beg dan letak di bilik sis Diana , sebab bilik saya check out hanya bilik sis extend untuk 1 hari sebab flight pukul 2 pagi esoknya . Saya menuju ke Masjid Saad Abi Waqqas , salah seorang sahabat Nabi , maklumat lanjut boleh google . Untuk pergi ke sini turun Station Yuexie Park, EXIT B2 terus dan akan nampak simpang 4 kot dan belok kiri ada taman orkid dan akan jumpa pintu masuk masjid. Boleh lihat google map . Orang China bukan sahaja di Guangzhou malah masa saya pergi ke Beijing pun dia orang akan berjemaah bila ramai orang , tidak seperti di Malaysia selepas azan mereka terus solat , contoh macam ni azan zohor pukul 12:35 tgh hari , waktu mula solat pukul 1:30 , mujur ketika saya datang ketika itu baru nak solat .









colok tetap ada , sya rasa ini sekadar tradisi orang cina saja

makam

masjid

tempat wuduk

bilik air

dewan utama solat



di sebelah pintu masuk ada kedai runcit halal , sya beli redbun dan air yogurt dapp

terminal bas

balik dari masjid saya terus menuju ke tempat cenderahati , actually saya dah cari dari hari mula2 sampai tapi tak jumpa jumpa tshirt guangzhou , hasil carian google saya dapat 1 tempat iaitu OneLink International Plaza , untuk pergi ke sini turun Station Haizhu Square EXIT B1 . Bila masuk je woww macam2 ada memang nakk gilaa , ini mau habis 4 jam betapa dalam tu . Tujuan utama nak beli tshirt , cari2 tak jumpa , keychain je yang banyak , last2 baru jumpa tersorok , kedai dia tingkat bawah GF hujungg sekali , kalau u guys tawaf 1 GF tu sure memang jumpa . Saya beli baju untuk family , beli keychain , beli kerongsang hihi , citer pasal kerongsang ni make sure round dulu , ada kedai jual terlalu mahal dan ada yg jual murah yang penting semuaa cantikk cantikk , gila kaww


                            
kalau masuk pintu ni teruss sampai penghujung akan nampak kedai yang jual tshirt , kedai tu selepas escalator





tiang subway



kalau malam2 akan nampak ramai peniaga bungkus untuk pos


lepas habis pusing2 sampai malam terus balik ke hotel tapi kita singgah makan dulu dan tapau untuk sis Diana sekeluarga untuk bawa ke airport .

dalam subway menuju ke airport







Flight jam 3 pagi sampai di JB jam 6:50 pagi , sepanjang perjalanan tu asyik berjaga je dek kerana plan bergegar gegar akibat cuaca yang tidak elok , mata tu dah ngantok sangat tapi tak boleh tido risau tak habis2 , bila bergegar kuat tu suara tiba2 terkuar dari mulut tak tau lah org sebelah dengar ke tak , tapi tengok masing2 tengah duk risau haha maklumlah kan sekarang banyak terjadi turbulence . Bila dah mendarat tu Alhamdulillah lega sangat . 

Kesimpulan yang boleh saya ringkaskan untuk percutian saya ke Guangzhou kali ini , secara jujurnya Guangzhou bukanlah 1 tempat pelancongan , mean kalau datang Guangzhou ni lebih untuk memborong , kalau nak bercuti boleh datang musim winter syok sikit dan sekuranya merasa lah juga musim winterkan cuma tiada salji . okey itu saja posting untuk kali ini bye bye ....