Tuesday, July 30, 2019

Percutian Bajet Ke Genting Highlands Hanya Kurang RM49

Halloo , Assalamualaikum guys , so trip kali ini fuad akan share dengan korang trip bajet ke Genting Highlands dengan hanya kurang RM50 korang boleh enjoyy . Actually tak plan pun , fuad ni jenis macam sukar untuk dijangka , kadang kadang tukan tengah2 malam buta tengok tiket bas pukul 3 pagi haha , gila , mentang mentang rumah tak jauh dengan TBS tapi belum pernah lagi dibuat begitu , mungkin suatu hari nanti . Best pe tujam nak pergi tujam tu juga booking . Waktu plan nak ke genting ni pukul 3:30 pagi hari jumaat 26 julai 2019 , orang kata kalau nak tu mesti kena teruskan jangan bertangguh , sementara ada mood ni , so terus lah book tiket cable car & theme park . Lagipun hari jumaat urusan jumpa client sampai tengah hari saja . Kalau hari lain tak tau bila , asyik sibuk je kan .


Semenjak dah ada Awana Bus terminal banyak syarikat bas yang menawarkan perjalanan ke Genting Highlands , bas boleh beli di EASYBOOK COM , bukan setakat di Kuala Lumpur malah mana yang duduk luar KL pun boleh contoh dari Penang serendah RM35 , Melaka RM40 , Johor RM55 & Kedah RM45 .


Kalau yang dari KL atau Selangor boleh pilih sama ada nak naik bas  Genting Express atau bas lain . Bezanya bas Genting Express selalu kehabisan tiket , kalau harini nak pergi harini nak beli memang kirim salam jawabnya , saya pernah lalui dulu dengan kawan kawan datang pagi ke Kl Sentral tup tup tiket habis , at last kita orang naik teksi je share 3 orang . Tambahan bas Genting Express tak boleh beli menerusi online . Harga tambang dalam RM4.90 , jika sekali dengan cable car RM13.90 . Maklumat lanjut boleh klik sini

Untuk bas lain kita boleh beli menerusi EASYBOOK.COM , tambang sehala RM10 dari jalan pekeliling . Tiket selalu sold out , boleh booking awal .


Untuk cable car jika beli online boleh beli melalui KLOOK hanya RM9 bagi normal gondola . Jika beli di kaunter return boleh dapat RM16 , beza RM2 jika beli online .



PENGINAPAN
Boleh booking di AGODA KLIK SINI . Harga serendah RM70 .




HARI PERGI

Ni nak cerita pasal nasi lemak , pukul 4:30 pagi duk mengidam , nasib bahan ada cuma timun ngan ikan bilis je tak ada , tak apalah asalkan ada santan jadilah juga nasi lemak teruna ewah . Konon nak makan sarapan tapi tak sempat kesuntukan masa , jadi kita bawa bekal makan tengah hari dalam kereta .


Selepas saja solat jumaat terus bergerak menuju ke Genting Highlands , pada awalnya nak naik bas tapi bas pula ikut jadual , so memang tak sempat , better naik je kereta , fuad pergi sorang diri tanpa sesiapa . Minyak isi RM20 , tu pun ada lebih lagi , kalau nak naik kereta bawalah kawan kawan sekali , boleh share sorang RM5 , tol gombak pula hanya RM6 ketika pergi .




Sebelum sampai ke puncak genting akan jumpa Gohtong Jaya , sini lebih kurang seperti pekan kecil dan juga terletaknya Strawberry Farm , haa ingat cameron je ke ada , genting pun ada . Kalau berminat nak masuk boleh lah pergi , dalam pun besar , ada cafe strawberry , boleh petik.





Disini juga ada Ladang Lebah dan Taman Rama Rama , kalau nak pergi sini waktu balik sebab taman ni disebelah kanan jalan , bukan laluan sama nak ke strawberry farm . Kadar bayaran masuk RM16 .


Untuk menaiki kereta cable , perlu menuju ke Awana Sky Central , disini juga terletaknya Genting Highlands Premium Outlet , memang sebelah sebelah , kalau naik kereta kena parking kat sini , kadar bayaran agak mahal sejam RM3 weekdays RM4 weekends max sehari RM18 . Jika naik bas , bas akan berhenti disini dan you guys perlu naik cable car untuk ke puncak . Actually boleh je kalau nak drive sampai atas tapi disebabkan nak merasa naik cable car why not kan .






Bagi belian cable car melalui KLOOK anda hanya perlu scan QR code di gate dari voucher yang diberi menerusi hp , mudahkan .


Sekarang semua senang guna QR code saja .


Kalau pergi hari biasa korang akan menempuh dengan pelancong pelancong dari China , rasanya kat sini pelancong melayu hanya fuad je kot , memang tak nampak yang lain , tambahan hari biasa kan orang koje .


Waktu nak naik ni kan kita bagitau lah kat akak yang jaga ni boleh tak 1 gondola hanya saya sorang saja haha , kau ingat kau vvip adoii . Akak tu gelak je , memandangkan ramai so kena lah berkongsi juga dengan pelancong China . Tapi kalau anda datang dalam 5 orang atau 1 family  bagitau je kat pekerja situ nak 1 gondola kita kita je tak nak campur . Kalau boleh lah dia kasi je .


Nyamannya , melihat kehijauan saujana mata memandang , so relaxing . Dengan hanya RM9 dapat merasai pengalaman begini sangat sangat berbaloi , perjalanan mengambil masa 10-15 minit . Duduk dalam ni jangan habiskan waktu berborak rugi , nanti tengok eh dah sampai dah tak sempat nak menikmati .






Cable car ada 3 station , awana - chin swee caves temple - sky avenue , untuk lawatan pertama Chin Swee Caves Temple turun di station Chin Swee Caves , jangan risau kita boleh guna tiket tadi untuk naik balik .





Orang akan cakap nak buat apa kat sini , actually fuad punya tanggapan pun begitu juga tapi why not kita jalan jalan tengok temple paling famous dan juga top attraction jika anda datang ke Genting . Temple ni ada banyak bahagian , boleh lihat di bawah .


Famous Pagoda








Dekat sini view cantik , nak ambil gambar pun boleh , lagi satu kalau ada yang berminat untuk bawa bekal , kat sini ada tempat duduk boleh lah sambil makan sambil menikmati udara segar .






Lepas kita dah round 1 temple tu kita naik balik menuju ke punjak pula .





Mungkin akan ada yang bertanya `what happen 21st century fox theme park genting` kalau ikutkan tahun 2019 opening tapi disebabkan ada isu dengan Disney , why disney ? sebab disney dah beli 21st century fox , disney tak nak terpalit dengan perniagaan judi , as we know disney kan more to kids , fairy tale and so on , so nampaknya perkara ini menjadi isu besar , theme park pun almost 90% siap , papan tanda pun dah letak , baru baru ni berita jika tak silap dia orang dah dapat persetujuan , genting perlu tukar nama lain dan boleh dibenarkan mengguna certain part of 21st century fox , contoh design dan sebagainya . Alah dulu pun outdoor theme park genting tak yah collaborate still ramai giler orang datang , ternyata genting mempunyai tarikan tersendiri .










Lawatan kedua adalah bermain indoor theme park , ini hanyalah optional saja , tak nak main pun tak apa , macam fuad nak masuk sebab nak buat review . Tiket jika beli di KLOOK RM60 , kalau ambil pakej sekali dengan cable car RM64 . Unlimited ride , dari jam 10 pagi sehingga 10 malam . Untuk tiket pay per ride weekdays RM10 , weekends RM15 . Boleh beli disini .








Jika anda beli secara online tak perlu beratur dan masuk lane biasa , just pergi ke kaunter online ticket dan tunjuk QR code .


yeahh dah dapat , tiket gelang ni ada QR code tau , so nanti nak main just scan saja , indoor ni tempat dia terbuka , semua orang boleh masuk , sebab itu setiap permainan ada mesin pegimbas untuk memastikan anda pemegang tiket sah.


Permainan pertama DISCO , siapa pernah pergi MAPS Ipoh mesti tau benda alah ni , dikategorikan sebagai high thrill tapi bagi fuad biasa je , fun mmg fun tapi tak takut pun mungkin sebab bila dah makin berusia ni semua benda jadi biasa , thats why i miss my childhood , kalau dulu pantang nampak benda ni mesti mengila.


 
Permainan kedua POWER SURGE , first nampak orang yang main semua duk jerit jerit , waktu naik ni terjumpa seorang lelaki dia cakap boleh duduk sebelah , eh boleh saja , sebab dia cakap kalau duduj sorang sorang takut , i dah main ni 3 kali dah yang ni paling takut , so fuad pun fikir mesti thrill , sekali dah mula dia pusing pusing 360 darjah bukan itu saja seat kita pun di pusing kiri kanan , its really really fun but not scare ! haha , eh ini bagi kita , kalau orang lain jerit jerit dah .



Bestnya pergi hari biasa tengok lah lane tak dak orang sangat pun , semua pakat tunggu bila sorang masuk lan semua sibuk nak masuk sekali haha , yerlah kalau kita sorang kat situ malu pula takkan kita sorang2 nak naik tak best lah .






Permainan ketiga SPIN CRAZY , lebih kurang macam tadi , tapi yang ini dah macam thor tengah pusing pusing dia punya hammer , memang nak termuntah , kalau baru makan tu tak yah lah karang ada yang berterabur kat lantai haha 


Permainan keempat BUMPER BOSS aka BUMPER CAR , ini paling fuad suka dari dulu sampai sekarang , its really really fun ! Memang puas hati bila dapat langgar budak budak ni haha 




Permainan kelima ROYAL CAROUSEL , dah beratur tapi rasa macam buang masa pula lebih kepada budak budak .



Permainan keenam MUSIC EXPRESS , ini pun lebih kurang macam kat Berjaya Times Square , kalau dengan kawan kawan memang gelak gelak tengok muka masing masing pening nak termuntah 



Permainan ketujuh TEA CUPS , rasanya semua oarng dah pernah naik benda alah ni 






Haa itu jelah yang main pun , for me not reallt exciting , tapi kalau budak yes mereka akan suka . Tambahan pula Skytropolis Indoor theme park ni masih dalam preview pass , tidak semua permainan dibuka untuk digunakan , ada dalam 2-3 kot salah satunya roller coaster , bila ditanya dengan stff situ dia pun tak sure . Then waktu datang ni ada pula permainan yang tidak beroperasi .









  Di atas pula ada BIGTOP GAMES , beli token dan main , setiap permainan mengikut jumlah token yang diperlukan








Disebelah sini pula terletaknya SNOW WOLRD , KARAOKE dan BOWLING BOWL .


Dulu pernah masuk ke sini jadi memang fuad tak masuk lagi , kalau anda nak masuk caj untuk dewasa RM40 , kanak kanak RM30 . Ia mengikut setiap sesi . 1 sesi tak silap 30 minit , dalam ni bukan setakat kita boleh merasai suasana musim salji malah tarikan terbaru di dalam snow world 3D Art juga mula dipasang so boleh lah nak ambil gambar cantik cantik , kalau dulu tu hanya boleh ambil gambar dinding yang bercorak kan ala ala europe je . Jangan berharap salji disini sama dengan salji asli , memang sangat beza , fuad pernah rasa salji asli sewaktu di SEOUL dan salji tiruan disini , salji asli sangat soft , salji buatan agak kasar sedikit tapi tak adalah kasar macam mamak buat abc tu hehe .






Genting Bowl agak berbeza sedikit dengan pusat bowling yang ada kat KL , sebab ini salah satunya pusat bowling bertemakan glow in the dark , malah lagu juga dipasang , sambil main sambil joget ewah , fuad pernah main dengan kawan kawan sebelum ni , memang fun sangat , harga pula tak mahal untuk 1 game baru RM8










Bersebelahan bowling ada pusat karaoke studio k , yang ni tak pernah masuk , so tak tau nak bagi review bagaimana sound mic dan speaker 



Disini terletaknya SKYSYMPHONY , tempat dan pentas persembahan , haritu event Batman Return pun buat kat sini , memang happening , untuk paparan tv akan dikeluarkan setiap jam boleh lihat disini , so boleh lah kalau anda nak tengok pertunjukkan , bergambar dan santai.




Di bahagian tingkat bawah ada HALAL Medan Selera , as we know harga makanan kat sini semua mahal mahal , even fast food pun harga akan meningkat dari harga biasa . Dulu fuad masih ingat lagi makan kat satu medan selera dekat dengan ripley believe it or not , nasi goreng RM20 tak masuk air , dah lah tak sedap . Tapi jangan risau disebabkan ini trip bajet fuad akan tunjukkan kat korang kedai makan mamak paling murah sebentar saja lagi .






1 floor dengan medan selera ada surau , nasib surau ni besar 



Bona Cinema baru dibuka di genting dulu dulu tak ada tau , harga pula jika tak silap yang biasa RM20 , lupa pula nak tanya dengan akak jaga kaunter tu . Waktu tayangan pula sehari dalam 4-5 kali , hall pawagam pula tidak lah sebesar tgv wangsa walk tu .






Okey sekarang kita akan menuju ke kedai mamak yang fuad cakap sebentar tadi , terletak di lot parking hotel Maxims , untuk ke sini cari signboard ke Genting Skyway , iaitu station cable car lama . Kena naik tingkat 4 atas sekali , sama floor dengan Awana Skyway bezanya yang ni Utara , genting skyway arah selatan , memang jauh juga lah nak menapak , kita pergi sini bukan semata mata nak makan je tapi nak tunjuk juga tempat baik punya untuk menikmati udara malam .



sepanjang perjalanan tu akan jumpa pentas 



Haa nampak tak tu signboard Genting Skyway dan Hotel Maxims , just terus je , sebelum nampak signboard ni akan jumpa Skyavenue Complex , kanan ada MCD , kiri ada KFC depan ada maybank , belok ke kiri tau .


Yeah dah jumpa , so terus je okey


akan nampak belah kanan ada lif dan juga tangga , turun ke B5 



waktu ni kita turun tangga je



lepas dah keluar lif belok kanan ada tangga dan akan jumpa signboard di bawah , kalau turun guna tangga memang akan nampak , Muhibah Kitchen ni salah satunya bagi fuad lah ya antara restoran termurah kat genting , dia ada 2 cawangan , satu kat atas , satu lagi kat Awana Sky Sentral , harga pun sama .



pelbagai sajian makanan yang disediakan harga pun tak mahal , base on menu yang tertera roti canai baru RM2.50 , mee goreng pula dalam RM5-RM6 , banyak pilihan yang boleh dipilih mengikut bajet anda .


kalau nak rasa angin sejuk malam meja diluar juga disediakan boleh lah makan kat sini , syokk , borak borak dengan kawan kan sambil pekena roti canai dengan teh tarik uummpp



Fuad makan nasi campur total dengan air dalam RM14.30 , okeylah kan takkan kita nak jangka RM8 pula , even kat KL pun RM10 


Lepas korang dah makan , kita pekena desert pula , tadikan ada nampak MCD , fuad beli aiskrim choco top RM3.50 



 jangan makan sekarang , bawa pi luar kita nak santai depan Hotel Maxims




Dekat water fountain ni kita boleh duduk lepak kat tepi batu 




memang heaven sangattt , menikmati ais krim dengan cuaca yang sejuk , we are so enjoying with friends or family , sebenarnya untuk create kegembiraan tak perlu benda yang mahal , tak perlu makan kat tempat fancy fancy , the most important is we grateful and enjoy every moment , tinggalkan segala masalah hidup dan masalah di tempat kerja seketika , this is our time , we deserve to be happy! Lepas tu sambil makan sambil gelak , we selfie together then upload kt ig fb , nanti lagi beberapa tahun kalau kalau you tengok balik gambar this is the best precious moment that you had 💓






Okey its time go back home , kembali balik ke Awana Skyway untuk turun , kalau anda tak beli lagi tiket boleh beli di kaunter atau self kiosk , RM9





sejukk




Okey dah sampai di Awana Skyway Sentral , kalau anda naik bas akan turn di bawah sekali



haa inilah restoran mamak yang fuad cakap tadi , cawangan kedua di sini


sebelum balik KL anda boleh lah melencong kejap kat Genting Preium Oulet , jalan jalan , window shopping  , mana tau kot ada sales boleh lah sambar .









Okey bye bye Genting see you next time , nasib Ampang dengan Genting tak jauh , tak smpi 1 jam pun so anytime boleh pergi lagi





Okey now tiba untuk kira total perbelanjaan

ni perbelanjaan untuk fuad sorang

Theme park & cable car pergi  - RM64
Cable car balik - RM9
Minyak - RM20
Tol - RM12
Makan - RM14.30
Ais cream - RM3.50
Parking - RM18

JUMLAH RM140.80


meh fuad tunjuk bajet untuk korang pula

Jika Naik Kereta Kongsi 5 Orang

Minyak & tol - RM6.40
Parking - RM3.6
Cable car return - RM16 (beli di kaunter)
Makan - RM15
Ais krim - RM3.50

JUMLAH RM44.50


Jika Naik Bas Genting Express Dari KL

Bas & cable car return - RM28.40
Makan - RM15
Ais krim - RM3.50

JUMLAH RM46.90

See dengan bajet yang ciput dapat jalan jalan di Genting , okeylahh kan hihi

Anything soalan boleh je tanya , komen kat bawah , nak tanya soalan banyak banyak pun boleh


UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE