Pertama
Pilih negara yang anda teringin untuk bercuti. Penting untuk lihat dari segi beberapa faktor seperti keadaan keselamatan , komunikasi , cuaca dan musim . Elakkan pergi negara yang sedang dalam musibah , bencana atau rusuhan . Perlu tahu bahasa perantaraan yang digunakan contoh di Jepun , Korea dan China mereka tidak tau berbahasa english , amatlah dicadangkan untuk simpan gambar tempat lawatan/hotel/makanan/sign dan alamat dalam tulisan mereka , anything just tunjuk saja , ia lebih mudah untuk difahami . Jika ingin pergi pada musim sejuk pastikan beli pakaian yang tebal , jacket , stokin , muffler scarf , glove dan thermal wear . Selalunya di Uniqlo banyak atau kalau nak murah beli di Daiso atau nak murah lagi beli je kat bundle 1 jacket boleh dapat RM10 , bukan orang tau pun .
Kedua
Passport Malaysia antara terkuat di dunia , kita boleh masuk banyak negara tanpa perlukan visa . Antara negara yang perlu visa seperti Saudi Arabia , Myanmar , India , China dan lain lain negara .Lihat sama ada negara yang anda kunjungi perlu buat visa atau tidak disini . Tujuan check supaya jangan nanti dah beli tiket flight tengok tengok eh kena buat visa pula , dah lari bajet sebab visa bukanya murah , contoh visa India dekat RM300 lebih . Jangan tujam nak pergi lagi 2-3 hari tujam tulah baru nak check , saya cakap perkara betul sebab saya adalah agen bagi visa China , dah lebih 500 passport saya submit , ada tu yang nak fly esok , harini baru nak buat , bila ditanya kenapa tak buat awal , tak tau katanya . Jika nak saya uruskan visa China boleh buka web saya disini .
Ketiga
Booking flight tiket , rajin rajin buka web airlines seperti Airasia dan MAB , katakan u dah ada planning nak pergi ke Seoul untuk musim winter akhir tahun ni , so hari hari buka check , jangan tunggu waktu promo pula , sebab kadang kala harga tambang lebih murah dari harga waktu promo . Dan jangan fikir hanya AA saja yang menawarkan harga yang murah , ada premium airlines lain menawarkan harga sama dengan Airasia , contoh Vietnam Airlines menawarkann harga tambang RM1000 return dan Airasia juga , jadi lebih baik ambil Vietnam Airlines sebab premium airlines harga termasuk bagasi & makanan , malah tv entertainment juga disediakan , cuma kena stop transit dahulu berbanding AA direct .
Keempat
Booking hotel , saya selalu booking melui Airbnb.com lebih murah dan sangat berbaloi, lagi lagi jika pergi bercuti bersama kelurga yang mana perlukan lebih dari 1 bilik dan juga dapur untuk memasak . Pilih lokasi di bandar , tidak jauh dari airport dan penting dekat dengan pengangkutan seperti train.
Kelima
Simpan emergency contact seperti nombor kedutaan Malaysia di tempat yang kita akan kunjungi . So apa apa hal boleh minta bantuan dengan pejabat perwakilan Malaysia di sana , contoh seperti hilang passport dan sebagainya .
Keenam
Ambil insurans travel , ini ramai yang skip dan ada yang ambil ketika waktu beli tiket flight tapi hanya sekadar lepas syarat , tak tengok berapa banyak jumlah manfaat yang diberikan . Insurans travel sangat penting sebab bila kita melancong ke negara orang pastinya keadaan sudah berbeza ketika berada di negara sendiri , tambahan pula kadar caj perubatan di sana lebih mahal dari Malaysia . Malang tidak berbau guys , sediakan payung sebelum hujan . Jangan jadikan percutian anda satu percutian yang menyedihkan . Memandangkan Fuad adalah agent sah Etiqa Takaful , ambil dengan Etiqa sangat berbaloi , boleh beli dan buka web disini .
Ketujuh
Cari tempat lawatan yang ingin dikunjungi dan banyak membaca pengalaman blogger blogger lain yang pernah bercuti disana , macam Fuad tidak terlalu ikut sangat itinerary dari blog blog lain sebab ada tempat sepatutnya yang harus kita kunjungi tapi tidak sebab kita tak tau kewujudanya . Jadi pertama search di google `Attraction place in Seoul` nanti akan keluar semua list , copy dan paste di nota dan juga buka website ministry of tourism , akan ada senarai tempat lawatan yang dicadangkan untuk anda kunjungi , gabungkan kesemuanya dan search satu persatu setiap tempat lawatan, lihat dari segi harga masuk , jarak jauh dan lokasi , bila anda rasa okey dan teruja masukkan dalam bucket list . Untuk hari pertama buat dalam 3 tempat lawatan , pastikan ketiganya berdekatan dan tidak terlalu jauh .
Kelapan
Kaedah pengangkutan sangat penting , jika anda bercuti ke negara yang memiliki sistem pengangkutan subway/train yang efeksyen anda perlu tahu , belajar dan hafal selok belok laluan . Nak naik train apa , nombor apa , warna apa dan exit apa. Jangan risau sekarang semuanya di hujung jari . Pertama pastinya kita perlu tau dari airport nak ke bandar nak naik apa , anda boleh buka website rasmi lapangan terbang mereka , disitu ada di bahagian Getting Here ditunjukan peta laluan dan no train dan bas yang perlu anda naiki untuk ke bandar . Anda juga boleh buka wesbite MRT mereka , ala seperti kita guna website Rapid Kl , kan di bahagian Plan My Journey kita hanya perlu meletakkan nama jalan dan tempat , skrin akan paparkan aggaran waktu , harga dan station yang perlu anda naik dan turun atau boleh juga menggunakan navigation Google Maps , hanya perlu point from dan point to , pilih public transport dan paparan akan ditunjukan . Mudah kan ! Bagi kita rakyat Malaysia yang sudah mempunyai LRT/MRT/Komuter ia bukan satu masalah yang besar , sistem tak jauh beza lebih kurang sama saja hanya kita yang merumitkan . Trust me.
Tapi ini cerita jika negara itu mempunyai pengangkutan yang efeksyen , bagaimana pula jika kita melancong ke negara yang mundur , okey senang saja , hanya search di google `How to go to .....` nanti akan keluar senarai website seperti lonelyplanet , tripadvisor dan lain lain website boleh ambil rujukan disitu , kalau tak faham boleh tanya mereka .
Atau paling mudah naik je Uber / Grab , cuma kalau naik seorang tak berbaloi , kalau ramai ramai boleh kongsi tambang.
Kesembilan
Sebagai orang islam amat di titik beratkan untuk makan dan cari makanan yang halal . Suka untuk saya kongsikan bahawa restoran halal di negara majoriti bukan orang islam ada menjual arak contoh seperti di Beijing China , walau bagaimanapun jangan kuatir tidak semestinya arak itu disajikan dengan masakan , hanya botol tin saja yang dijual , di Malaysia pun ada je restoran yang jual wine tapi tukang masak dan bahan yang digunakan dari sumber yang halal , yang penting kena yakin dan jangan terlalu was was , kadang kala masyarakat kita ni bila terlalu was was nanti makanan yang halal pun boleh jadi haram . Macam saya memang bawa makanan dalam tin , lebih mudah dan jimat , bayangkan ketika di Seoul hanya nampak makanan halal di Itaewon saja yang mana disitu majoriti beragama islam , takkan lah setiap kali nak makan nak pi sana , lain lah seperti di Malaysia buka pintu je depan tu kedai tomyam kedai paprik kedai mamak , order je hehe . Tambahan pula harga bukan murni seperti di Malaysia harga disana dah jadi harga firaun , 1 meal untuk sorang je dah RM50 , kalau bawa 1 family 5 orang sekali makan RM250 , takkan nak makan sekali sehari saja lagi lagi musim sejuk memang cepat lapar , kalau 3 kali sehari dah RM750 kali dengan 5 hari disana RM3750 pergh tak berbaloi langsung . Baik masak je jah !
Harus diingatkan juga jangan bawa makanan sebarangan dari Malaysia , makanan yang bakal di rampas adalah fresh fruit dan fresh vegetable , macam korang bawa kobis ke , ikan bilis ke haa mmg kena rampas lah , so far saya bawa makanan dalam tin tak pernah kena rampas , yang pasti declare sebelum tiba di airport sana. Beras better beli kat sana , buat berat beg je.
Kesepuluh
Untuk yang terakhir perlu senaraikan apa yang perlu di bawa ke sana seperti wang ringgit , international adapter plug bagi negara yang menggunakan 2 pin seperti di China , powerbank dan yang paling penting pengunaan internet di sana , kebanyakkanya ramai yang beli sim card baru , macam saya hanya beli plan data internet yang ditawarkan oleh telco di Malaysia , contoh maxis RM10/1GB untuk negara Asean atau RM10 Unlimited Social pass on Facebook , Twitter , Whatsapp dan free 500mb . Untuk pengetahuan di China tak boleh buka google , instagram , youtube , facebook , whatsapp dan sebagainya , jadi memang tiada point jika beli sim card baru , kalau nak buka boleh ada 2 cara pertama guna data plan telco Malaysia atau VPN Mobile boleh download di apps .
Mudah kan ! Yang tinggal sekarang hanya keyakinan dan keberanian anda saja . Saya harap dengan sedikit tips dan perkongsian ini dapat memudahkan segala urusan anda semua ketika bercuti disana nanti .
UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE
Untuk internet saya lebih suka sewa pocket wifi... ada built in VPN... internet pun lancar walau kat ceruk mana..
ReplyDeleteyeahh thats good too, tapi bagi mereka yang nak berjimat mungkin ia bukan satu pilihan yang baik , agak mahal sedikit kalau nak bandingkan beli internet telco Malaysia , if Cik ada suggest pocket wifi yang murah boleh di share kan disini, mungkin pembaca boleh boleh dapat info yang baru :)
DeletePocket wifi tu macam mana yer?
Deleteseperti broadband boleh bawa ke mana saja , serach di google akan kleuar banyak syarikat provided
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSalam,saye nak tanye,saye ade cek tadi negara yg kite boleh pigi tanpa menggunakan visa.contoh indonesia.dia bolehkan kite stay sane selama 30 hari je.katakan saye nak stay sana melebihi mase itu.apa perlu saye ambik visa atau cam mneh?
ReplyDeleteW`salam , untuk melebihi 30 hari perlu buat visa di kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur :)
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteKalau nk ke thailand... Apa dokumen yg diperlukan sblum berlepas ke sana??? . Sy first time nk travel ke luar negara...
ReplyDeletepassport dan duit :D
DeleteKalau nk ke thailand... Apa dokumen yg diperlukan sblum berlepas ke sana??? . Sy first time nk travel ke luar negara...
ReplyDeleteSelamat malam.Bulan September 2019 ni,saya mahu ke Solo Indonesia.Mahu tanya,insurans tu,sekali bayaran saja ka.
ReplyDeleteSelamat Malam , ya sekali bayaran :)
Deleteassalamualaikum. kalau kita beli fresh fruit dr oversea boleh x bawak balik malaysia?
ReplyDeleteW`salam , boleh tapi Fresh fruits like mangoes, mangosteens, bananas, as well as citrus fruits like oranges, limes, and lemons are not permitted unless you have an import permit and phytosanitary certificate.
Deletebest ya bercuti
ReplyDeletemuhammad izzat
farikhresoucerse.com
salam. nak tanya. sebenarnya kan. yg jadik tour guide tu semua. dorang buat duit mcm mana eh? apa yg mereka caj lebih?mcm kita byr kadar harga hotel yg lagi mahal ke kalau pakai tour guide? dorang caj based on apa?
ReplyDeleteagak curious.
okay thanks :)
base on tour , usually harga pakej tak masuk dgn tipping tour guide , sometime mereka caj RM12 X pax x hari , ni tip saja , yang dari travel agency bagi lagi pun ada , contoh jadi TG ke Korea dapt RM500 , bergantung setiap syarikat
DeleteAssalamualaikum…
ReplyDeleteNice entry!!!
.Mohon izin tuan tanah untuk promote service kami..
Kami menawarkan pelbagai pakej menarik ke Medan, Bukittinggi Padang,Pekanbaru,Bandung,Bali,Lombok,Aceh, dan lain2 destinasi popular untuk anda.Semua urusan kami lakukan.Dari urusan tiket kapalterbang,hotel,transport,makan dan pemandu pelancong semua kami sediakan untuk anda.Untuk group yang besar di alu alukan.Harga menarik menanti anda.Harga ground arrangement yang paling minima dan service yang tip top!!
Tak perlu bersusah payah menguruskan group anda.Berikan senarai nama peserta dan tarikh perjalanan dan semua kami uruskan.Urusan di lakukan di Malaysia.Mudah dan selamat.Temujanji untuk urusan group yang besar juga boleh diatur.Semua urusan di lakukan di Malaysia sahaja.Minima berdua sahaja pun boleh!! JAMINAN KEPUASAN UNTUK ANDA!!!
Hubungi saya di talian 0126665436 atau lihat di blog saya untuk maklumat lanjut.Banyak maklumat berguna untuk panduan anda.
http://freelancetour.blogspot.com
Saya juga mengamalkan tips yang anda berikan apabila berkunjung ke luar negara. Btw, jemput lawat blog saya ya.
ReplyDeleteRasanya boleh tak tinggal di luar negara lema sikit
ReplyDeleteboleh , dlm 3 bulan (social visa) , bergantung kepada negara yg kita lawati
Delete