Friday, March 15, 2019

Tips & Cara Drive Sendiri Dari JB Ke Singapore Sangat Mudah Mac 2019

Hai guys , Fuad akan story bagaimana nak pergi ke Singapore dengan cara drive sendiri . Actually kita ada banyak cara  , antaranya menaiki bas , train , flight dan memandu . Antara ke empat ini memandu menjadi pilihan disebabkan kos yang agak rendah , contoh jika menaiki bas seorang pergi balik RM70 , kalau 1 keluarga 5 orang  dah RM350 , ikutkan duit minyak kereta dan tol tidak lah sehingga itu , malah jika bawa masuk kereta  agak mudah untuk kemana saja .


Fuad seorang yang sangat takut bila nak drive ke kota singa , walaupun dah banyak negara pergi . Tambahan bermacam procedur , kena ada itu ini so leceh . Selalunya setiap kali nak ke sana , naik bas je atau kereta parking di JB Sental , sampai Singapore naik je Grab . Tapi kali ini bawa parents dan nenek untuk menghadiri kenduri kahwin saudara . Mula mula tu fikir nak ambil teksi dari Johor Bahru terus masuk ke SG , tapi rasa macam membazir lah pula . Last sekali bawa juga kereta masuk ke SG . Kita tawakal je , moga semuanya dipermudahkan .

TRUST ME , SEKALI YOU DAH DRIVE , YOU DAH TAK TAKUT LAGI UNTUK DRIVE PADA MASA AKAN DATANG ! KALAU TAK HARINI BILA LAGI KAN .

UNTUK PERCUTIAN BAJET KE SINGAPORE KLIK SINI

TIKET & LAWATAN MENARIK DI SINGAPORE . BOLEH KLIK DI BAWAH .

FUAD DAH LISTKAN . 



PERTAMA

Sebelum nak ke SG , check dulu road tax dan insurans kereta masih hidup atau tidak . Hubungi pihak insurans untuk make sure sama ada dilindungi atau tidak jika berlaku sebarang kemalangan . Macam Fuad ambil Takaful Malaysia cover untuk Malaysia , Singapore dan Brunei . Jadi ia bukanlah menjadi satu kerisauan disana nanti .Malah untuk pihak ketiga insurans cover RM3 Juta . Oh ya cover note insurans tak perlu bawa , pihak imigresen tak minta pun .


KEDUA

Sebelum masuk pastinya tukar duit dulu untuk standby , mana lah tau jika diperlukan dikala kecemasan dan duit ini juga digunakan untuk pembayaran tol , coupon parking , VEP (Vehicle Entry Permit ) , Reciprocal Road Charge (RRC) dan pembelian Autopass card . Harus diingatkan caj caj ini hanya dikenakan untuk hari dan waktu tertentu sahaja .





**VEP (Vehicle Entry Permit )
Hari : Isnin - Jumaat
Waktu : 2am - 5pm
Kereta : S$35 Per Day
Motor : S$4 Per Day

Mondays – Fridays
(5pm – 2am*),
Saturdays, Sundays and Singapore Public Holidays TIADA CAJ DIKENAKAN


**TOLL (All Day)
Kereta : S$1.00


**RRC (Reciprocal Road Charge) (All Day)
Kereta : S$6.40 Pergi , Waktu balik pula kalau tak silap S$7 .


**ERP ( Eletronic Road Pricing)
Ketika anda drive ke Singapura , anda akan nampak banyak ERP , ada dalam 93 . ERP lebih kurang seperti tol di Malaysia , bezanya sini auto deduct bila kita melaluinya seperti SMART TAG dan tiada palang . Caj bagi setiap ERP adalah berbeza mengikut hari dan waktu , untuk kenderaan Malaysia jangan risau sebab ERP akan dicaj flat rate iaitu S$5 akan ditolak dari Autopass Card waktu di imigresen .


**AUTOPASS CARD



Autopass card ni sangat lah penting bagi setiap kenderaan yang memasuki ke Singapura , WAJIB ADA , ia lebih kurang seperti kad TnG dan ID bagi setiap kereta , boleh bayar untuk toll , parking dan sebagainya . Autopass card tidak boleh dipindah milik , setiap satu kereta ada 1 Autopass , jika hilang perlu buat laporan polis . Harga untuk 1 card S$10 , $6 fee $4 baki kad . Boleh didapati di office VEP di pejabat imigresen Singapura . Untuk topup boleh pergi ke 7-Eleven dan beberapa kiosk .

Di Singapore semuanya berbayar walaupun parking di rumah , KECUALI SETIAP HARI AHAD TIADA CAJ DIKENAKAN TERMASUK ERP . Mujur waktu fuad pergi ni pada hari ahad , jadinya hanya bayar toll dan RRC saja .

CARA UNTUK APPLY AUTOPASS ONLINE

UPDATE APRIL 2022 CARA APPLY AUTO PASS klik SINI




DOKUMEN DIPERLUKAN
- Gambar Ic depan belakang pemohon
- Sijil pemilikan kenderaan


- Insurance kereta yang lengkap




1. BUKA  https://onemotoring.lta.gov.sg/content/onemotoring/home/digitalservices.html

2. Pilih APPLY FOR VEP/AUTOPASS CARD

3. Then akan masuk Q




4. Masukkan email , Continue

5. Pilih kereta atau motosikal



6. Isi butiran pemohon



7. Upload ic , sijil pemilikan kenderaan dan sijil insurance



8. Continue dan SUBMIT

Pengesahan permohonan akan di hantar ke email dan mengambil masa beberapa jam , jika terima email Unsuccessful Autopass Card Application bermaksud ada kesilapan di situ , selalunya sijil insurance tidak lengkap . Jika Approval for Autopass Card Application bermaksud permohonan  anda telah berjaya , hanya perlu bawa salinan email dan ic dan duit ke pejabat LTA yang berada di Woodland Checkpoint (imigresen Singapore) atau TUAS .

Disebabkan ramai yang bertanya waktu operasi VEP Office , fuad ada email pada LTA Singapore , jawapanya YES VEP OFFICE OPEN 24 HOUR , so tak ada masalah kalau nak collect auto pass pukul 3 pagi pun hehe .




KETIGA

Data internet roaming perlu ada untuk kegunaan waze atau google maps , jika postpaid perlu call centre dulu untuk aktifkan roaming , jika prepaid automatik roaming . Macam fuad guna maxis hanya RM10 untuk 1GB data per day .


KEEMPAT

Memahami highway di Singapura . Di Malaysia kita ada PLUS , MEX , DUKE , AKLEH dan banyak lagi , so sama juga di Singapura . Antara highway utama di Singapura seperti BKE , SLE , TPE , PIE , ECP , CTE . Contoh macam fuad nak pergi ke Tampines , jadi akan lalui 3 highway , BKE (Bukit Time Expressway) - SLE (Seletar Expressway) - TPE (Tampines Expressway) . Kenapa perlu tau sebab utamanya jika kita terputus dari internet connection maka waze dan google maps tidak dapat berfungsi lagi kecuali jika ada GPS atau download offline maps . Ini terjadi pada fuad ketika ingin balik ke JB suddenly data terus tiada , mujur fuad ingat nama highway yang dilalui ketika datang ke sini , so just ikut je signboard and i cannot believe it tanpa guna maps fuad berjaya keluar dari Singapura wuhuuu , what the great achievement haha . Itulah orang cakap selagi kita tak tempoh selagi itu kita tak tau kan . So lepas ni kalau nak pergi Tampines tak yah guna maps pun fuad dah boleh sampai (action sikit) .




KELIMA



Suka fuad nak ingatkan , bila drive ke sini jangan pula drive seperti di Malaysia , tolonglah alert had kelajuan kenderaan ditetapkan, mostly 80/KM  , adakala 110/KM , camera penangkap laju sentiasa ada , biar lambat asalkan tak kena saman , waktu ni fuad drive lane paling kiri sekali hihi



Okey bermulalah perjalanan ke Singapura , actually dah sampai JB semalam ,  pagi baru gerak masuk SG . Sebelum tu kita cari dulu car wash kasi kilat .




Selepas basuh kereta terus menuju ke Woodland , waktu ni rasa berdebar juga , mana taknya inilah pertama kalinya masuk seorang diri , kalau dulu tu masuk dengan abang , so ikut je belakang kereta dia . Atau ada pakcik yang guidekan .


Pastikan lorong kenderaan anda betul , jangan masuk lorong bas pula , waktu ni ahad jadi tak sesak sangat .


Ini adalah Kompleks Sultan Iskandar atau CIQ Johor Bahru , waktu masuk tak perlu bayar , hanya keluar Singapura nanti kena guna kad TnG RM6.80 untuk memasuki Malaysia . Di imigresen Malaysia sangat lancar , hanya berikan passport saja . Maaf gambar tak boleh ambil .



Yeah sekarang kita telah melalui tambak johor munuju ke Singapura .


Seperti biasa , pastikan lorong kenderaan anda betul . Sebelum sampai ke imigresen , anda harus buka bonet kereta untuk pemeriksaan . Sampai saja di kaunter bagitau pegawai situ bahawasanya anda tak ada White Card . White Card harus disini setiap seorang , so make sure standby pen dalam 3-4 bagi melancarkan proses pengisian .




Jika anda kali pertama drive ke Singapura bagitau pegawai tersebut yang anda tiada AUTOPASS CARD . So nanti dia akan tunjuk arah ke pejabat VEP , senang je , lepas melepasi palang tu akan ada tunjuk papan ke VEP OFFICE . Macam fuad memang dah ada , jadi datang ke office juga untuk update road tax , meaning setiap tahun anda perlu update sekali . Autopass ni seperti road tax kereta anda atau kad pengenalan bagi setiap kereta , yang mana setiap kali renew road tax , nak masuk Singapura wajib pergi office untuk update .

Disini ada parking disediakan dan jangan lupa untuk snap gambar road tax . Di depan tu akan kelihatan 2 kakak yang sedang duduk , haa bagitau dia nanti dia akan guide .


Done update , selesai saja hari terus riang ria bagai suasana di hari raya ewahh , senang kan ? tak susah pun , yang penting kena ada keyakinan okey .


okey itu saja untuk posting kali ini , jika ada pertanyaa boleh komen di bawah , In sya Allah fuad akan balas . Bye bye

UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE 

BY THE WAY FUAD ADA BUAT PAKEJ SEHARI KE SINGAPORE HANYA RM135 SAHAJA , BOLEH KLIK SINI


190 comments:

  1. Assalam encik..boleh ke nk ulang alik masuk singapore dlm 2 ari berturut2 sbb nk bermalam di jb..prosedure same jgk ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh , tiada masalah , saya pernah beraya 3 hari di SG tapi ulang alik JB , duduk di homestay , prosedur sama , cumanya kena bayar duit toll dan caj setiap kali masuk SG

      Delete
    2. as salam tuan.. RRC dn VEP dia autodebit dari Autopass ke.. first time masuk bawa kereta ni... autopass boleh beli secara walk in kan.. tq

      Delete
    3. W`salam , bukan autodebit , nanti kena touch autopass waktu di imigresen , kalau tak touch nanti kena denda , mereka takkan bagitau . Tahun 2020 dah tak ada walk in , buat secara online seperti mana yang saya tunjukkan arahan di posting . sama sama

      Delete
    4. VEP utk 10 hari tak kena tu. Yg kena tolak dari autopass ialah RRC & ERP. Dia tak tolak on the spot tapi tolak masa balik nanti. Pastikan value cukup.

      Delete
  2. Assalaamu'alaikum bang, blog abg amat membantu & mempermudahkan urusan saya. Semoga Allah yang dapat membalas kebaikan dari abg. Semoga abg menguatkan lagi usaha abg untuk memberikn info-info yang berguna & berkongsi pengalaman dengan orang lain. Terima kasih banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , Alhamdulillah , ameen , Terima Kasih juga Abg :)

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum,
    ok, balik pulak macam mana ada apa2 process tak atau kena chas tol yng lain ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik , caj kena bayar di imigresen SG dalam 7 dollar , di imigresen malaysia dalam RM6 rasanya

      Delete
    2. bayar guna autopass , tng imi malaysia

      Delete
  5. Salam bang... white card tu ape yer? I from Indonesia kene ada whitecard? Beli kat mane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam , nanti sampi imigresen SG minta white card dan isi

      Delete
    2. Charge kete 35$ sehari, ada yg kata foc 10 days foe the first timer kete masuk spore

      Delete
  6. salam bro..saya nak gi rivervale..masuk hari jumaat dan keluar dari singapore pun pada hari yang sama..Bape agak-agak nak top up autopass card tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , kalau first time buat autopass dapat free VEP 10 days , jadi hari jumaat tu hanya bayar duit RRC $14 & ERP $5

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Salam, autopass ada expired date ke ea? Sebab saya pernah masuk tapi lebih kurang 2 tahun lepas. N cadang nak masuk hari ahad, so VEP dah x free tapi sebab hari ahad nak masuk so no charge for VEP la kan?. Btw tq for the info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , tiada expired date cuma , setiap tahun kena update , nnti kt imigresen bgitau nk update autopass , lps palang akan nmpk VEP Office kt belah kiri , kena drive slow2 , takut terlepas nnti , yup ahad free , just bayar RRC , Your welcome

      Delete
  9. salam tuan..pemohon kena sama ke dgn owner kereta maksud kalau pemohon abang tetapi membawa kereta nama adik boleh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , untuk apply autopass card ke ? Adik boleh datang collect tiada masalah , nnti di email ada borang yang perlu sign bagi mewakilkan dan juga kalau kereta owner lain driver pun lain tiada masalah juga .

      Delete
  10. Kalau nak bawak masuk kereta selama sebulan, mcm mana procedure dan cal dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi , untuk tujuan apa ya ? kerja ke ? yang ni saya tak sure , kalau stay dengan kawan atau family di Singapore cuba tanya dia , atau boleh hubungi jabatan pengangkutan Singapore , rasanya tak ada masalah kot tapi anything kena check dulu dgn mereka okey

      Delete
  11. Assalamualaikum, kalau masuk hari ahad, just bayar RRC dan ERP saja kan? untuk parking mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , RRC saja , parking pun free TAPI ada kawasan perumahan sunday pun kena bayar juga but few je tak semua

      Delete
  12. Hi, nak tanya , VEP tu kena bayar ikut berapa hari kita tinggal di SG atau per entry je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai , betul , tapi jika dalam setahun pertama kali masuk dapat free selama 10 hari , untuk kemasukan seterusnya kena bayar $35 per day , dan caj ini tertaluk pada hari biasa waktu bekerja dari jam 2 pagi sehingga 5 petang isnin-jumaat ,untuk Mondays – Fridays (5pm – 2am) Saturdays, Sundays and Singapore Public Holidays , NO VEP FEE

      Delete
  13. Salam en fuad, klau kita pertama kali masuk singapore masa nk apply auto pass tu, kita kena bawak geran kereta ka sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam ,tak perlu , butiran semua kita dah bagi ketika register online autopass

      Delete
  14. Salam sejahtera...nak tanya kalau kita nak masuk singapore first time dan kita hanya bawa geran kereta...sedangkan saudara saya yang punya kereta tu x ikut...apakah boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang hanya perlu daftar online sahaja , nanti sampi imigresen singapore masuk ke VEP ofis , bawa surat dari email , surat tersebut telah di sign oleh pemilik kereta tersebut , boleh rujuk posting saya di atas cara daftar online

      Delete
  15. Nak masuk SG skrg mmg kena guna pasport ke? tak ada cara lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singapore is country , wajib ada passport

      Delete
    2. Mase saye kecik2 dulu bapak saye keje kat SG.. xpyh passport. Sbb mase tu SG masih dlm Tanah Melayu… wakakaka.. Wajib la kena ada Passport

      Delete
    3. dulu tahun 70an ada paspot terhad utk singapore saja. skrg dah dimansuhkan. kena pakai paspot antarabangsa mcm gi negara lain.

      Delete
  16. Salam encik Fuad utk ERP kita wajib ke pasang mcm alat smart tag tu utuk laluan yg ada ERP?

    ReplyDelete
  17. ASSALAMUALAIKUM EN FUAD. SAYA FIRST TIME NAK PEGI SINGAPORE. SAYA NAK BAWA KERETA KAKAK SAYA. TAPI KAKAK SAYA TAK IKUT. TAK ADA MASALAH KAN. SAYA MASUK SINGAPORE PADA SABTU PAGI. ADER KENE BAYARAN APA2 KE SEPANJANG DISANA. KAWASAN JOHOR YG MANE BERDEKATAN DENGAN SEMPADAN SINGAPORE, SEBAB KAMI NAK BERMALAM DI JOHOR. MAAF MENYUSAHKAN EN FUAD

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , tak perlu tapi pastikan untuk collect autopass telah disign oleh kakak , ada di email . Hanya bayar RRC & Tol . Kalau hotel berdekatan JB Sentral banyak .

      Delete
  18. Assalam bang..boleh ke apply autopass jika kenderaan bukan atas nama kita?dn jika sy x buat online application tu, kne bawa sijil pemilikan n insurans ke bila tiba di sg nti utk urusan autopass tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika sy apply online hnya bg gmbr road tax blh ke?atau mmg nk surat pemilikan kenderaan tu jgk

      Delete
    2. sy rasa lebih selamat apply dulu online sebab kalau dia tak approve pun kita boleh tau awal & betulkan apa2 maklumat. nanti dah sampai sana kena reject lagi payah hehe. sy dah buat online & dlm masa 6 jam dia dah reply approve. dlm email dia bagi sekali statement utk owner kereta sign. kena print email tu, owner sign & tunjuk masa masuk spore nanti beserta dgn potostat IC owner sekali.

      Delete
  19. Klu tengah malam buka ke office VEP tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurang pasti pula , tapi yang VEP Johor buka 9 pagi smpi 9 malam , mungkin boleh email LTA Singapore https://www.lta.gov.sg/content/ltagov/en/contact_us.html#contact_form

      Delete
    2. fuad baru dapat email dari LTA Singapore , office VEP buka 24 jam , jadi tiada masalah jika nak collect tengah malam ^_^

      Delete
  20. hi salam,

    saya nak tanya kalau taknak apply autopas online terus beli dekat imigresen blh tak? lepas tu imigresen die 24 jam kan? sbb sy google yg tu tak jumpa. takut nak keluar tengah malam sabtu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi , untuk autopass kena ambil / beli di VEP Imigresen Singapore , bukan di kaunter imigresen :)

      Delete
    2. fuad baru dapat email dari LTA Singapore , office VEP buka 24 jam , jadi tiada masalah jika nak collect tengah malam ^_^

      Delete
  21. Salam, kalau saya bawa kereta, ada 5 org dewasa dan seorang kanak2, boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je kot hihi , sebab banyak kali masuk tak adalah pula pegawai tu duk kira dlm tu berapa dewasa dan kanak2, yang dia buat panggil nama dan tgk muka

      Delete
  22. Sangat bermanfaat info En. Fyad ni. Tqvm

    ReplyDelete
  23. Hi Fuad,
    Nak double confirm berapa kena cas :
    1. Autopass $20
    2. RRP $6.4
    3. Toll $1 (Woodlands)
    4. VEP (flat rate) $5

    lagi ape dorang cas ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi , so far itu saja , ini untuk caj sabtu ahad dan public holiday :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. autopass $20 tu ada cash value $14. dari $14 tu akan tolak RRC, toll & VEP tu. so kalau VEP cuma 1 hari saja ($5), cukup dah beli autopass $20 tu. ini yg sy faham la hehe

      Delete
  24. Salam En Fuad, maaf saya nak tanya pasal autopass. Saya masih tak jelas. Autopass wajib kena register online atau register online adalah optional? Kalau tak register online, boleh terus beli di VEP counter?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , boleh beli terus di sana TAPI start 2020 semua menurusi secara online , tiada lagi belian di kaunter , bagi saya apply thru online sangat mudah since saya pernah apply menurusi kaunter dan juga online

      Delete
    2. ya.. saya cadangkan anda buat saja online sebab mudah saja. cuma perlu scan IC, geran & ada pdf copy of insurance certificate. sekurang2nya kita tahu samada ada masalah atau tak dgn document kita tu. bila dah approve, anda cuma perlu print email & bawa ke kaunter.

      Delete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum en, saya first time nak pegi singapore. Saya nak naik bas sahaja, apa yg persiapan yg saya perlukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , jika naik bas , tiada masalah sangat , cuma nanti bawa pen dan cuba minta driver bas kalau dia ada white card , tapi boleh je isi waktu di imigration singapore cumanya kadang kala habis kena minta dengan pegawai situ . Bawa duit , data internet dan boleh buka posting saya satu lagi https://fuadtravel.blogspot.com/2018/02/percutian-ke-singapore-edisi-bajet.html

      Delete
  27. Camne nk check kalau² kita dh ada autopass tp hilang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah hilang terus kena buat laporan polis , dan nnti waktu sampai di imigresen perlu tunjuk laporan tersebut , perlu beli card Autopass yang baru bernilai SGD10

      Delete
  28. Assalam Fuad,
    Saya nak tanya, ada had ker kereta berapa tahun bolih masuk Singapore?

    ReplyDelete
    Replies
    1. as long as ada valid road tax malaysia, patutnya tak kira berapa tahun usia kereta.

      Delete
  29. good article. sgt bermanfaat utk sy yg tgh plan nak masuk spore ni hehe. sy ada baca tetang RRC tu.. nmpk mcm dia caj sekali je bila masuk. bila keluar kena caj juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak silap, dia tulis charge "per entry". kat autopass, dia akan tolak masa keluar nanti (sekali je). correct me if i am wrong.)

      Delete
  30. Assalamualaikum en. fuad,

    kalau ke singapore dgn kenderaan sendiri... and bawa kanak2 umur around 3year and baby 3months. kids wajib kena duduk dalam carseat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , kurang pasti mengenai carseat tapi macam tak kisah je , kalau nak lebih confirm email MOT SG mot@mot.gov.sg

      Delete
  31. sy dah cuba guna link ni utk kira berapa caj :
    https://www.onemotoring.com.sg/content/onemotoring/home/driving/entering_and_exiting_singapore/foreign-vehicles-not-registered-in-malaysia.html#calculator

    cuma dia assume VEP 10 hari tu dah diguna. jika belum guna, just tolak je caj VEP tu.

    ReplyDelete
  32. Salam bro nk tnye kalo yg nubies mcm sy ni berapa bajet yg sedang elok kalo nk ade dlm autopass card tu?Plan ke Spore Jan thn depan attend kenduri kazen kt Punggol.Kalo g mane2 parking kt sane hari Ahad kena caj ke?Bajet nk g hari Ahad.Nasihat diperlukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , ahad parking free

      1. Autopass $20
      2. RRP $6.4
      3. Toll $1 (Woodlands)

      Saya pergi SG waktu dtg kenduri kahwin hanya spend duit 3 ni saja

      Delete
  33. salam tuan saya nak tanya untuk parking kereta di orchard road, bugis street, uss atau semua tempat attraction di singapore tu semua ada tempat parking ke? berapa caj parking ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat mcm saya.. cari hotel yg ada parking free, pas tu jln2 naik MRT je senang hehe

      Delete
    2. W`salam , adaa , semua tmpt ada , mungkin boleh tgk disini senarai parking murah https://blog.moneysmart.sg/transportation/cheapest-parking-orchard-road/

      Delete
  34. salam encik fuad. kalau saya nak ulang alik jb-singapore tiap hari dengan kereta, pukul berapa last untuk keluar dari singapore?

    ReplyDelete
  35. As salam tuan, bila se elok nya kita apply.online utk Autopass ni. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok sekurang2nya 1 minggu sebelum bertolak sebab lepas apply tu dia email kata akan notify dlm masa 1 minggu. dlm kes sy baru2 ni, dpt email approval dlm masa 6 jam. pastikan perjalanan dlm masa 6 bulan selepas dpt approval sebab lepas tu tak valid lagi.

      Delete
  36. Salam fuad..Sy nk ke SG berdua dgn anak. Klu tak bermlm di SG,Jam brp perlu keluar dr SG ye.
    Tpi keesokan hari nye perlu ke SG semula utk hari kedua jdi semasa di kaunter sy perlu bagitahu pass kereta utk 2hari ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. border crossing buka 24 jam. tiap2 kali masuk kena lalui proses yg sama (paspot/white card/car check). cuma autopass tu la tak yah apply lagi sebab dah ada kan. perlu topup saja le.

      Delete
  37. Oh ye ke .Terima kasih ajay..
    So andai kata dlm autopass masih ade baki tak perlu topup la ye?
    Dan misalkata klu sy topup byk ke bila dah keluar dr SG nnt masa serahkan semula kad tu baki mereka akan bagi semula ke atau burn?

    Jalan2 nnt tak perlu risau dah kan..sbb dorg dah siap2 potong duit dr dlm autopass kan utk pelancong? Betul ke?

    Klu masuk hari sabtu/ahad atau pun kenderaan yg beru pertama kali ke SG VEP tak perlu bayar ye?
    Betul kan ye klu sy tersilap..Risau jgk ni bila sendiri berjalan.😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk refund boleh tapi agak rumit sedikit bukan dapat cash on the spot , perlu isi borang di pejabat LTA , 2 cara sama ada dia bgi cek dan send ke alamat rumah atau akaun bank Singapore . Fuad sarankan tak perlu refund , esok2 kalau nak masuk Singapore senang tak perlu top up , kat sana pun nak top up pun tempt terpilih , tambahan Autopass boleh guna untuk kebanyakan pembayaran

      Betul tak perlu risau

      Untuk setaip 10 hari bagi setiap tahun kemasukan ke singapore , 10 har free tak kisah weekdays atau weekend , tapi lps 10 hari kena bayar $35 per day KECUALI Mondays – Fridays (5pm – 2am),
      Saturdays, Sundays and Singapore Public Holidays

      Delete
    2. dia kan tolak semasa kita balik nanti. so, kena pastikan autopass cukup value utk cover toll, RRC & ERP (jika ada) sebelum balik.

      guna link ni utk kira :
      https://www.onemotoring.com.sg/content/onemotoring/home/driving/entering_and_exiting_singapore/foreign-vehicles-not-registered-in-malaysia.html#calculator

      Delete
  38. Ohh bermakna Autopass tu tak perlu dipulangkan pun takpe la ye..Blh guna semula bila2 masa saja setiap kali dtg SG ye.

    Alhamdulillah terima kasih fuad..Bantuan maklumat awak sgt membantu..
    Semoga bertambah murah rezeki. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis tak perlu pulangkan , tapi setiap tahun bila dah renew roadtax kereta dan jika masuk ke SG jangan lupa untuk update kad autopass di VEP Office imigration Singapore .


      Sama sama sis , ameen , Terima Kasih juga sudi baca :)

      Delete
  39. Salam Fuad, package awak ke Sg tu ada x bulam 12? berapa minimum and max pax satu trip? naik bas ke? atau kereta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , bulan 12 ada , min 2 je , 1 bas 40 orang , naik bas rombongan :)

      Delete
  40. Assalammualaikum... Say macam pening sedikit. Saya rancang nak masuk singapore hari sabtu pagi dan bermalam di sana ahad tengah malam baru balik. Tetap kena cas EVP Satu Hari atau Dua?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud tuan ERP atau VEP?
      ERP sabtu saja. Ahad xde ERP. VEP free first 10 days.

      Delete
  41. saya baru balik dari singapore semalam (28/10), masuk pada hari sabtu 26/10 kena turun dari kereta & parking 2x. sekali utk isi white card di office, sekali utk dapatkan autopass. tunjuk email printout saja. masa balik tu sy dah prepare $17 value dlm autopass tp rupanya dia caj $9 saja. sy rasa tol off-peak tuas $1.30 x2 & RRC $6.40. pelik juga ERP hari sabtu tak kena deduct pulak hehe. autopass to boleh guna utk tiket MRT & bas. ada discount lagi dlm 40% banding jika kita beli tiket kat mesin. & juga boleh beli barang2 di kedai yg ada NETSpay. kedai mamak pun boleh guna hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ERP akan ditolak selepas depart from Singapore , Encik keluar semalam 28/10 kan ? Hri Deepavali cuti umum dan ahad tiada ERP dikenakan .

      Delete
  42. Ya.. ahad & isnin xde ERP tp sabtu ada. Sy dah cek, rupanya laluan yg sy ikut tu mmg ada ERP tp caj masa tu kosong (dlm kul 12tghri). Padan le hehe

    ReplyDelete
  43. Kaunter autopass buke 24jam ke..cz sy nk masuk sgp guna kenderaan sndri pd pukul 5 or 6 pg

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum bang fuad.. Sye ni first time nak msok sg gune motor.. Yg tntng autopass tu sye da paham dengn jelasan awk dkt ats tu.. Tpi meter kelabu tu mcm mne nk dptkan ye? One more thing 1 motor tpi brdua jadi masalah tak?

    ReplyDelete
  45. Salam en fuad, sy pertama kali nk msuk SG. Sy nk mintak pendapat cik brpe perlu sy kena topapkan? Sy nk masuk pagi, keluar mlm boleh kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgk pada hari juga.
      RRC $6.40 (utk sekali masuk)
      ERP $5.00 sehari (isnin hingga sabtu)
      Tol $2.50x2 (pergi-balik tuas). Woodland murah lagi.

      Delete
  46. nak masuk singapore kena pakai passport ke? maksudnya passport buku hijau or merah tu... kalau masuk singapore tanpa pakai buku tu boleh ke? x silap saya dulu saya pernah masuk singapore tanpa pakai pssport buku tu..tpi sekrng x tahu boleh lagi ke tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib ada passport , merah individu , yang hijau berkumpulan

      Delete
  47. Askom Cik fuad....jikalau sy first time masuk sg..cth sy masuk ari isnin pagi..sy kena la kan caj 35sd tu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , setiap tahun bagi kemasukan 10 hari adalah free , tapi kalau tahun ni dah masuk , free 10 hari dah tak valid , mmg kena bayar $35 kecuali masuk pukul 5 petang smpi 2 pagi

      Delete
    2. Terime kasih di atas pencerahan en.fuad...😀

      Delete
    3. first time masuk free lagi. kalau dah 10 kali masuk, yg ke 11 tu kena le $35

      Delete
  48. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  49. Assalam..tq info, cuma ada sikit lagi perkara yg saya nak tahu..

    1. Jika stay sana 3 hari/bawa masuk kereta. Apa yg perlu saya buat ?

    2. Jika ada anak kecil umur bawah 5 tahun. Kereta perlu ada carseat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. masa masuk kena ada paspot, geran & insuran cert kereta utk autopass (atau email print out, jika dah apply autopass). first check paspot dulu, isi borang white form utk setiap org, then drive gi ke autopass registration office, park kat situ. bila dah dpt autopass then boleh drive masuk s'pore. masa nak balik ke malaysia, pastikan baki value dlm autpass tu mencukupi utk tolak tol, ERP & RRC.
      2. undang2 spore wajib pakai child seat utk yg tinggi 1.35m ke bawah. utk 1.35m ke atas wajib pakai seat belt.

      Delete
  50. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  51. Assalam En Fuad.
    Saya cadang nak masuk SG Isnin, 25 Nov ni. Berapa kos yang saya perlu sediakan untuk VEP, ERP dan RRC. TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya maklumat sebelum ni dah lengkap. ini sebagai ulngan saja :

      VEP free utk 10 hari pertama dalam tahun semasa.
      ERP $5 setiap hari (isnin ~ sabtu) jika hari itu lalu gantry ERP yg beroperasi.
      RRC $6.40 utk sekali masuk.
      Tol antara $1 ~ 2.50 masuk & keluar samada masuk ikut woodland/tuas/peak/off peak.

      kesemuanya akan di caj semasa keluar dari singapore nanti. jadi, kena pastikan value dlm autopass card mencukupi.

      utk lebih info, boleh pergi ke website kat bawah ni. ada disediakan jadual caj yg lebih detail. dia ada juga online calculator kat bawah tu. masukkan jenis kenderaan, tarikh & masa masuk/keluar, entry point (tuas atau woodland).

      https://www.onemotoring.com.sg/content/onemotoring/home/driving/entering_and_exiting_singapore/cars-and-motorcycles-registered-in-malaysia.html

      Delete
    2. jgn lupa sediakan cash sing dollar masa kat check point utk bayar autopass tu ($10 atau $20) & seeloknya buat online application utk autopass lebih memudahkan

      Delete
    3. Ok, terimakasih banyak,atas info...

      Delete
  52. Salam En Fuad, terima kasih info yang sangat berguna. :)Nak tanya sikit. Saya akan masuk singapore khamis sampai ahad. So, untuk ERP tu saya kena bayar S$5.00/day masa nak keluar singapore. Maknanya samada saya lalu atau tak ERP tu memang kena bayar flat rate tu, betul tak? So bayaran ni guna kad autopass je dah cukup kan. Tak wajib untuk saya install atau rent device IU tu? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak. Kalau hari tu langsung tak lalu gantri erp yg beroperasi, tak kena caj $5 utk hari tu. Kalau lalu sekali je akan kena caj $5 flat rate utk hari tu.

      Delete
    2. Tambahan... erp tak beroperasi pada hari ahad, & hanya certain erp yg beroperasi pada sabtu. Boleh cek website erp tu tgk laluan mana yg beroperasi.

      Delete
    3. semua bayaran (ERP, RRC, tol...) akan tolak dari autopass card semasa keluar dari spore nanti. masa di kaunter serah paspot tu, kena masukkan card kat mesin (slot in). pastikan baki card mencukupi utk tolak semua caj.

      Delete
  53. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  54. Assalam en fuad....klu nk msk Singapore pg n keluar mlm... Cukup ke beli autopass yg 20 tu je..@ plu topup lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baki ada $14
      Rrc 6.40
      Erp 5
      Tol woodland 1
      Jumlah 12.40 = cukup.

      Tp kalu lalu tuas peak hours 2.50x2
      Jumlah jadi 16.40 - tak cukup

      Delete
  55. Assalam en fuad,

    1. Saya cuma nak bertanya, kenapa org prefer ulang alik sg visit, balik jb tidur, esok masuk semula sg. Instead menetap di hotel sg? Saya tgk ada je hotel tak mahal sgt.
    2. Contoh kalau esok nak pergi, better beli autopass di imigr sana saja kan?

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam ,

      1. Hotel ada yang murah tapi tak semurah di JB, kebanyakkannya yang datang dari keluarga yang ramai pastinya menginap homestay di JB pilihan terbaik , malahan bukan itu saja dari segi kos makan juga amat dititikberatkan bagi belanjawan sebuah keluarga . Jadi jika menginap di jb , makan pun di jb pastinya kos banyak dapat dikurangkan .

      2. Autopass boleh daftar online terus , lepas dapat confirmation email tu , just print dan tunjuk je kt VEP Office di immigration singapore . Bayar terus disitu .

      Sama sama ^_^

      Delete
  56. Assalamualaikum, Saya nak tanya Kalau kita aktifkan data roaming, kita boleh share hotspot tk dengan phone lain?

    ReplyDelete
  57. Salam, saya nak bertanya pasal insurance kereta. Perlu ambil tambahan ke untuk ke sana? maksudnya insurance khas untuk ke singapore ke.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tanya agent yg keluarkan insuran. tu hari agent sy suh amik tambahan legal liability to/for passengers. dlm RM50. kalau ikut geographical area coverage mmg dah termasuk spore.

      Delete
  58. Assalam tuan Fuad.. white card tu boleh dapat kat mana ye selain kat emergresen.. samada ada website ke yg boleh print white card tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg dah ada apps sg arrival card. Boleh cari kat play store. Baru lagi dilancarkan. Boleh cuba.

      Delete
    2. sudi2lah tuan share di sini bila balik nanti apa proses yg tuan hadapi masa di imigresen ya? :)

      Delete
    3. Terima Kasih banyak2 , semoga pembaca dapat manfaat atas perkongsian Encik Ajay , saya pun baru tau ,

      https://www.ica.gov.sg/enteringanddeparting/entry_requirements/e-arrival-card

      Delete
  59. Insha Allah.. boleh share nnti.. white card isi guna online lg senang.. Electronic Arrival Card (Beta)- ICA..

    ReplyDelete
  60. Satu lagi.. mcm mn ye nak check balance autopass tu.. berapa ye yg kena ada sebelum keluar balik dari SG..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh install flashpay nets apps tp fon kena ada NFC. tab je fon pada card tu dia akan tunjuk baki. satu lagi leh cek & top up kat 7-11. paling senang gi stesen MRT ada mesin top up. card tu boleh guna utk bayar tiket MRT & bas juga. berapa kena ada tu cuba baca jawapan sy kat atas sebelum ni. byk kali juga sy tunjuk contoh kiraan.

      Delete
  61. Salam..nak tnya..bayaran parking boleh pakai kad autopass tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. boleh tapi tak semua parking kompleks boleh guna. kena survey dulu tempat tu

      Delete
    2. W`salam , bayaran parking tertakluk bagi setiap tempat , untuk malumat lebih detail boleh lihat disini

      https://www.onemotoring.com.sg/content/onemotoring/home/owning/ongoing-car-costs/parking/parking_rates.1.html

      Delete
  62. Assalamualaikum. Kereta saya pernah masuk ke Singapore 3 tahun lepas guna autopass. Saya bercadang utk masuk ke sana lagi dgn kereta yg sama pd ahad hingga isnin depan. Adakah kereta saya masih layak dpt VEP percuma 10 hari tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vep 10 hari percuma utk setiap tahun. Bermakna lepas 3 tahun mmg layak la 10 hari percuma tu.

      Delete
    2. layak , dan pastikan bagitau pegawai imigresen Singapore bahawa autopass dah tak guna 3 tahun sebab card autopass perlu update setiap kali kita renew roadtax kereta, dan nanti kena pergi ke VEP office untuk update . dan pastikan juga kereta yang di bawa adalah kereta yang berdaftar dengan autopass

      Delete
  63. Assalam..
    Untuk permohonan autopass online memang perlu Salinan asal Geran kenderaan ke atau boleh sahaja Salinan fotokopi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg nak kena scan juga geran tu dlm bentuk jpg atau pdf. So sy rasa tak ada beza pun scan dari ori atau scan dari fotokopi, kan?

      Delete
  64. Kalau kereta ada saman.. Boleh masuk Singapore x?

    ReplyDelete
  65. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  66. As salam tuan. Nak tanya sebelah cek point malaysia tu kita kena caj tol tak guna tng tu. Kalau ada berapa ringgit yee. Tqvm tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu ikut linkedua, Kat tanjung kupang rm4. Kat lima kedai rm3.90

      Delete
  67. Tak mahal, kalau kat woodland bawah rm 7.00

    ReplyDelete
  68. Assalamualaikum saya nak bertanya,perlukan geran kereta dan cover note insuran untuk masuk ke singapore... terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. utk apply autopass online kena upload geran & polisi insuran. mulai januari dah kena apply online, no ore walk in kat kaunter.

      Delete
  69. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  70. Kalau insuran Tak Ada boleh Tak.. salinan geran saja ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk apply autopass online tu perlu upload 3 dokumen: ic, geran & insuran. Insuran mmg patut ada pun bila kita renew road tax. Minta agen hantar softcopy.

      Delete
    2. macam mana tak ada insurans kereta boleh jalan ? roadtax kereta tak boleh renew kalau tak renew insurans . Nak buat roadtax JPJ terus reject . Buat insurans dulu baru boleh renew roadtax

      Delete
  71. Bang fuad, sye nak tanya, kad autopass ni mcm kad smart tag ye??..sye pun first time nak ke sg. Sbb nk try cari job disana. Kalo saya register online daripada skrng..mcm mana ya??..saya blum tau lagi bila nk msk sg. Pastu kalo dkt online da success, kita perlu ke imigresen sg ke utk dapatkan kad auto pass tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm touchngo, boleh bayar mrt, bus & beli kat outlets yg ada tanda NETS. Kedai mamak pun boleh bayar :).
      Boleh apply autocard 6 bulan sebelum masuk spore. Card tu nanti selepas urusan paspot gi parking kat office dia utk bayar & collect.. kat kawasan imigresen tu juga.

      Delete
  72. Salam En Fuad , saya nak masuk Singapore guna kereta sepupu . Geran kereta atas nama sepupu . Untuk permohonan VEP tu Nama pemohon dan IC perlu nama pemilik kenderaan ke ? sedangkan pemilik kenderaan tidak pergi ? Minta penjelasan Tuan .Atau boleh nama pemohon dan ic atas nama saya ? hanya attach geran atas nama sepupu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak apply guna IC tuan punya kereta. print email. ada ruang utk tuan punya sign authorise tuan utk collect autopass tu. bawa printout tu & potostat IC tuan punya kereta semasa collect card.

      Delete
    2. empunya kereta tak pergi tak apa , asalkan waktu daftar autopass info pemilik kenderaan mesti kena sama dengan kenderaan , betul mcm Ajay cakap waktu dapat email ada bahagian pemilik kenderaan perlu sign bagi wakil yang ambilkan nanti

      Delete
  73. Assalamualaikum tuan saya dah daftar online submission successful tapi dah 24 hrs xde reply kat email. Macam mana tu ade info x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap dia ada bgtau akan reply dlm masa 1 mggu kan? Kena tunggu dulu. Ada yg dpt cepat.

      Delete
    2. Proses dalam 1 minggu Tuan , tapi ada saja yang dapat cepat , macam saya sehari 2 dah dapat email

      Delete
  74. Salam en fuad..maaf ganggu,info terbaik..sy nak masuk kesana dgn 4x4 dan ada barang yg perlu dihantar ke sana,mcm mn caranye ye,sbb pening gak pikir..terima kasih atas info tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , setiap kereta akan di check satu persatu oleh imigresen Singapore , kena buka bonet .

      Delete
    2. anything boleh email feedback@lta.gov.sg if ada barang yang kurang pasti boleh bawa masuk atau pun tidak , sama sama :)

      Delete
  75. Salam tuan. tq ngan blog yg informative. kalau nak park tanpa IU kad mcm mana ye? mesin tu minta scan atau insert parking auto pass. tapi khuatir ditelannye kad tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , tiada masalah kalau tiada IU , kalau parking just touch autopass saja seperti touch in go

      Delete
  76. Assalamualaikum..en.. nak tumpang tnye... klu kita keluar dari singapore ..keratan kad putih tu mmg xdiambik ke..dan passport x dicop keluar ke..

    ReplyDelete
  77. Assalamualaikum..en.. nak tumpang tnye... klu kita keluar dari singapore ..keratan kad putih tu mmg xdiambik ke..dan passport x dicop keluar ke..

    ReplyDelete
  78. Salam cik fuad. ..nak masuk Singapore mmg betul2 wajib ade ke booster seat utk Kanak2 atau pon x perlu pon xpe?mohon pencerahan ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spore dah buat mcm malaysia baru nak buat tu. Kat imigresen tak check tapi on the road la kut kena. Baik prepare & jgn amik risiko.

      Delete
    2. below 1.35m kena , kalau tak kena denda SGD120

      Delete
  79. Salam cik fuad.nak tanya jika geran motor dan insurans atas nama abang saya tetapi semasa daftar online bagi autopass tu perlu menggunakan salinan IC pemilik kenderaan atau salinan IC saya? Ini kerana saya yang akan pakai kenderaan tersebut untuk harian kerja keluar masuk sinapore..mohon pencerahan tuan fuad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. soalan yg sama seperti sebelum ni. boleh rujuk balik. apply online kena guna IC pemilik. pastu, bila approve akan terima email. dlm email tu disediakan ruangan utk pemilik sign & bagi kebenaran org lain utk amik autocard. nanti bawa print out email dgn signature abg tu masa amik autocard

      Delete
  80. Assalam.. Bang nak tanya. Autopass sekarang memang kena buat online siap2 ke?

    ReplyDelete
  81. kalau updated access card pn online jgk?

    ReplyDelete
  82. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete