Sunday, April 7, 2019

Percutian Ke Port Dickson Negeri Sembilan 2019

Salam Hi Guys ! Mungkin ada yang tak tau yang fuad pernah menetap dan tinggal di Port Dickson selama hampir 5 tahun selepas ayah fuad bersara dari kerajaan , jadinya kami kena keluar dari rumah kuaters . Itu yang pindah ke sini , tambahan pula rumah berdepan dengan pantai sangat nyaman dan tenang berbanding KL . Kini fuad telah kembali tinggal di Ampang , agak rindu juga sebenarnya tapi setiap perancangan telah diatur oleh Ilahi kan . 



So selama 5 tahun ni banyak perkara dan tempat lawatan yang boleh fuad kongsi dan cadangkan kepada anda yang ingin bercuti di Port Dickson . Sedia kita maklum mengikut statitik pelancong yang datang ke Port Dickson lebih ramai dari Pulau Langkawi . Port Dickson terkenal dengan pantainya yang agak bersih dan paling dekat dengan Kuala Lumpur , boleh katakan pengunjung yang datang dari KL , Selangor dan Melaka . Jangan tak tau setiap minggu PD dah macam Bukit Bintang , jem ! Sebab itu fuad sabtu ahad memang tak keluar hehe .


TEMPAT LAWATAN YANG MENARIK

BANDAR DATARAN SEGAR

Bandar Dataran Segar terletak di Lukut , dan tempat ni pun baru je dibuka , sederet sini ada Burger King , Alive 3D Art Gallery dan Wild West Cowboy . Untuk kesini , jika melalui highway Port Dickson EXIT ke Lukut . Kalau jumpa Giant disebelah kiri bermaksud dah betul tu .

HARGA MASUK ALIVE 3D
Dewasa RM20
Kanak2 RM15

HARGA MASUK WILE WEST COWBOY THEME PARK
Dewasa RM34 (Online Offer)
Kanak2 RM25 (Online Offer)

Untuk pembelian tiket boleh klik sini








PD WATERFRONT

Dulu waktu pindah kesini masih dalam pembinaan , selepas je siap inilah tempat yang selalu fuad kunjungi , disini lebih kurang antara bandar PD yang lama dan yang baru . Disini kalau malam memang meriah , banyak restorang yang dibuka disini seperti Pappa Rich , Domino Pizza , Pak Hailam Kopitiam , Kenny Rogers , Starbucks , Mcdonald dan beberapa lagi . 








MUZIUM TENTERA DARAT
Muzium ini terletak di Kem Sirusa , kalau anda melalui highway Port Dickson pasti akan jumpa muzium ini sebelah kiri . Ramai pengunjung tidak melepaskan peluang untuk berkunjung dan melihat sejarah , pameran , pengangkutan tentera yang diletakkan . Masuk pula percuma !



















PUSAT IKAN HIASAN PORT DICKSON
Pusat ini terletak di Teluk Kemang , clue dia sebelum masuk ke lorong pasti akan nampak signboard Cendol Bakar . Fuad boleh katakan kalau datang PD tapi tak singgah sini memang rugi , best tengok pameran ikan , penyu yang mana sebelum ni kita tak pernah tengok , malah masuk adalah percuma !













HUTAN REKREASI TANJUNG TUAN
Haa tempat ini sangat lah sesuai bagi mereka yang sukakan alam semulajadi dan juga jungle trekking . Disini terdapatnya Rumah Api Tanjung Tuan , tapi untuk sampai ke situ anda perlu menapak ke atas . Ada 2 jalan , 1 jalan hutan dan 1 lagi jalan tar , jika ikut jalan hutan trek disediakan , yang bestnya di pertenggahan jalan akan jumpa pantai dan juga perigi , fuad nasihatkan datang dengan kawan . Kadar bayaran seorang hanya RM1.






PANTAI CERMIN

Pantai ini terletak sederet dengan Hutan Tanjung Tuan , memang akan nampak pantai ni dulu , sini pun ada Blue Lagoon untuk bermain jet ski , banana boat dan sebagainya . Di PD ada tujuh pantai , yang paling famous di Teluk Kemang , tapi jika anda bukanlah seorang yang sukakan kesesakan boleh datang je ke sini , orang tak ramai cuma tak meriah je .




KOMPLEKS BAITUL HILAL BALAI CERAP TELUK KEMANG
Anda sukakan sains dan ingin tahu mengenai bulan , bintang dan matahari memang wajib datang ke sini . Memang pengalaman yang sangat mengujakan . Nak datang sini baik pada waktu malam , di buka jam10:30-12:00am , untuk lebih lanjut boleh hubungi no ini 066487888.









RUMAH TERBALIK UPSIDE DOWN TELUK KEMANG
Inginkan sesuatu keseronokan boleh datang ke sini , anak anak pasti teruju eh mak bapak pun skali haha , boleh lah bergambar dengan barang barang seolah olah anda nampak di atas siling . Harga tiket seorang RM20 , kanak2 RM15 dibuka jam 10 pagi hingga 8 malam isnin-jumaat.









WINDMILL PD FARM TELUK KEMANG
Tempat ni tidak jauh dari rumah terbalik , yang bestnya disini digabungkan 4 tempat menjadi 1 , ada farm , ghost house , garden & barangan antik, Harga boleh dibawah.







PD OSTRICH FARM TELUK KEMANG
Tempat ni sangat lama , sebelum ada tempat2 lain , inilah tempat paling ramai pengunjung datang . Mesti ada yang tak pernah dan teringin nak pegang burung unta dan merasai menunggangnya . Boleh lah datang kesini harga masuk RM15 dewasa dan RM10 kanak2 , buka jam 9:30 pagi sehingga 6 petang , isnin - jumaat .








bersambung ....



UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE 


7 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. ZAMAN BELAJA DULU RAJIN LEPAK STARBUCK DENGAN KAWAN2 DEKAT PD WATERFRONT
    https://vigourmarine.com.my/boat-charter

    ReplyDelete
  3. Macam mana nak pergi tempat ni semua guna public transport?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh naik bas cityliner warna merah , deretan jalan ada bus stop atau boleh naik teksi sapu .

      Delete
  4. Boleh suggest hotel atau penginapan disana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yang terbaik hotel lexis , ni mmg popular , banyak jenis kat sana , kalau yang sedang2 tu hotel corus , hotel biasa seri malaysia , hotel bajet pun ada , boleh check di agoda :)

      Delete