Salam Guys ! Untuk trip kali ini fuad pergi ke Hat Yai Thailand secara solo selama 2 hari dengan menaiki bas, sebenarnya dah pergi 6 tahun lepas, pada tahun 2013 tapi disebabkan permintaan yang tinggi jadi fuad plan untuk datang ke sini balik khusus untuk update dalam blog dan memberi sedikit info bagi mereka yang sedang dan akan berkunjung ke Hat Yai , nampak tak betapa baiknya fuad :D
SEBELUM PERGI
Travel Insurans - Boleh ambil dengan Fuad dari Etiqa Takaful , one & only travel insurans terbaik menggunakan cashless payment tanpa sebarang bayaran jika dimasukkan ke dalam hospital ! Insurans lain menggunakan konsep pay & claim , kalau kena RM80 Ribu bil hospital , kita perlu guna duit sendiri , balik Malaysia baru boleh claim , tidak dengan Etiqa . Boleh buka web fuad disini
PASSPORT
DUIT THAILAND
- Fuad dapat 100 baht dalam RM13
VISA
- Rakyat Malaysia tidak perlukan visa untuk memasuki Thailand .
PENGANGKUTAN
- Di Hat Yai pengangkutan utama adalah tuk tuk & bas tapi mujur Grab sudah ada disini.
PENGINAPAN
Boleh booking di AGODA KLIK SINI . Hotel serendah RM40
CARA PERGI
1. Menaiki kapal terbang
- Cepat
- Selesa
- Tambang mahal
2. Menaiki ETS KTM
- Perjalanan 5jam45minit
- Perlu transit dari station Padang Besar ke Hat Yai menaiki train Thai
- Tiket boleh beli di EASYBOOK berharga RM76 sehala .
3. Menaiki bas
- Perjalanan mengambil masa 9 jam dari KL-Hat Yai
- Tempat duduk yang besar dan selesa , boleh turunkan .
- Harga tiket RM125 pergi balik boleh beli di EASYBOOK
Dari ketiga tiga cara , fuad pilih menaiki bas sebab pertama murah dan kedua straight forward tak perlu transit seperti train , dan disebabkan ini trip bajet fuad ambil bas pukul 11:59 malam , bermaksud fuad tak booking untuk penginapan , 1 malam tidur dalam bas . Pukul 10:30 dah gerak dari rumah menuju ke TBS dan parking kereta disni , kalau anda nak tau parking kat TBS murah , untuk 24 jam pertama RM10 , 24 jam seterusnya RM6 saja . Jadi boleh lah mana-mana yang duduk sekitar Ampang , Cheras dan BTS kalau nak bercuti parking je kat sini .
Sampai je TBS alamak jem pula, waktu ni dah pukul 11:15 , lupa pula harini jumaat ramai yang nak balik kampung . Walaupun jem majoriti semua nak ambil penumpang bukan untuk parking , jadi kesesakan beransur sedikit demi sedikit . Jadi anda kalau bas pukul 12 seeloknya datang lah lebih awal sejam 2 ke kan .
Ni fuad nak ingatkan bagi yang buat belian secara online perlu print out booking confirmation atau simpan no booking atau malas sangat tunjuk je email di kaunter untuk pengambilan pass tiket .
Waktu ni agak pelik sikit sebab dekat skrin tak tulis ke Hat Yai , jadi kita pun bertanya dengan abang kaunter tu , dia cakap aah nanti saya akan panggil , then bas pun sampai tengok balik kat skrin ke Changloon eh biar betul gate ni , rupanya 1 bas ni bukan ke Hat Yai sahaja tapi akan berhenti di Alor Setar , Changloon dan Hat Yai , boleh katakan 90% seat penuh . Bestnya bila booking online ni seat kita boleh pilih , pastinya fuad pilih bahagian tengah dan sebelah tingkap .
Tempat duduk yang agak besar , 1 row hanya 3 seat sahaja , malah boleh baringkan 150 darjah . Bas ni tiada tv atau usb plug . Memang beza betul 6 tahun lepas naik bas biasa yang yang 4 seat 1 row sampai sakit pinggang , sakit ponggong adoii . Kalau bas yang ini lebih 10 jam pun tak sakit .
Selepas saja masuk toll , bas akan berhenti di station shell , boleh lah siapa siapa nak membuang dulu , nanti karang tak adalah sibuk nak terkucil , bas pun bukannya berhenti selalu .
Wahh dah terang tak sangka pula sekejap sangat
Guyss we are going to Hat Yai , please fasten your seat belt
Tapi sebelum tu bas akan berhenti dulu di CTC sebelum masuk ke imigresen , so dekat sini kalau nak mandi , makan , beli kudapan , insurans atau pun pertukaran duit ada disediakan . Waktu ni ada rombongan dari pelancong Thailand .
Pakcik bas minta passport untuk pengisian slip masuk immigresen Thailand . Kalau waktu masuk di Singapore kita kena tulis sendiri . Fuad tak pasti sama ada semua driver bas akan buatkan atau sesetengah .
Sekarang Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam ICQS dah cantik , dulu rasanya tak secantik sekarang . Kalau tak silap dari sempadan ni kalau naik van ke Hat Yai RM10 , Fuad ada pernah terbaca sesetengah bas tak masuk sampai Hat Yai , dia berhenti sampai sempadan saja dan kita kena naik van shuttle . Macam bas Sri Maju dan Konsortium memang sampai ke Hat Yai . Jadi sebelum nak booking tu klik detail di mana mereka drop off kita , kalau kosong tu kena call pihak bas untuk pengesahan .
Waktu ni bas akan berhenti dan semua penumpang akan turun untuk cop passport keluar dari Malaysia . Mujur waktu ni orang tak ramai sangat , semuanya berjalalan dengan lancar .
Sekarang masuk ke imigresen Thailand pula , sini memang ramai mana taknya kaunter yang dibuka dan sediakan pun dalam 4 saja berbanding Malaysia banyak .
Disebabkan ramai yang beratur , driver bas bawa fuad ke tempat cop khusus untuk pemandu bas saja , dan saya tak perlu beratur , hanya masuk di bilik disediakan , tak sampai 5 minit selesai , syukurrr .
Alhamdulillah sekarang dah masuk ke Thailand , belum sampai Hat Yai lagi tau , masih jauh perjalanan lagi .
Di Thailand ni salah satu uniknya kabel letrik mereka , berselerak , fuad fikir macam mana lah technician boleh tau kabel mana satu , kita tengok pun pening . Mungkin technician Malaysia boleh beri penjelasan kenapa kabel mereka begini hehe.
Driver bas berhentikan fuad di terminal bas Hat Yai , dekat sini nak pergi Bangkok ke , airport atau mana2 boleh .
Yang bagusnya ruang solat untuk muslim juga disediakan , tengok dalam bersih
Waktu turun dari bas tu , macam biasa driver tuk tuk dan seangkatanya telah memanggil manggil untuk naik , first fuad tanya driver motor berapa caj nak ke Wat Hat Yai Nai ada ke dia caj 100 baht ! Amboii , and actually sebelum datang sini fuad dah buat itinerary dan semak caj Grab hanya 100 baht saja . Apa lagi terus booking lah , oh ya lupa nak bagitau GrabPay di Thailand tidak menggunakan Wallet seperti di Malaysia kita perlu topup , malah duit wallet tidak boleh digunakan , bila masuk sini akan ditukar ke Grab Thailand . Pembayaran ada 2 cara , pertama cash dan kedua visa/mastercard , fuad pilih visa lebih mudah terus tolak dari akaun bank saja . Fuad sangat sarankan kalau datang sini naik je Grab , naik tuk tuk pun harga lebih kurang .
Grab disini semuanya kereta import , yang first Toyota Yaris . Perjalanan dari terminal bas ke Wat Hat Yai Nai dalam 15 minit . Driver kat sini tak fasih berbahasa english , jadi dalam kereta memang tidak berborak .
Salah satu tarikan utama di Hat Yai adalah Wat Hat Yai Nai , sleeping Budha yang panjangnya dalam 35 meter dan salah satu terbesar di dunia ! Untuk masuk ke sini tiada bayaran dikenakan . Disini juga terdapat gerai yang menjual air kelapa , jadi kalau rasa rasa nak lepak kejap boleh lah pekena ayaq kelapa .
Destinasi kedua Hat Yai Central Mosque caj Grab 90 Baht , kereta yang datang Mazda okeyy .
Sampai je fuad terkejut , eh ini ke masjidnya asal lain dari google , so puas lah fuad kehulur kehilir , tanya orang situ lagi lah dia orang tak tau , kalau anda search kat google akan keluar gambar di bawah
sumber goshoppingthailand.com
Destinasi ketiga Hat Yai Plaza Trade Centre , untuk kesini fuad jalan kaki je sebab dekat dengan masjid tu , dalam 15 minit , akan menyusi lorong rumah orang .
Hat Yai Plaza Trade ni ada beberapa kompleks , rasanya 3 . Disini menempatkan bermacam jenis barang barangan . Nak beli baju ke , kasut ke , handbeg ke , atau apa sahaja ada disini . Harga yang di tawarkan tidak lah murah dan tidak lah mahal tapi boleh tawar menawar . Harus diingatkan jika berminat nak beli baru tanya , kalau tak tak payah tanya , nanti karang ada yang kena maki .
Destinasi yang ke empat Hat Yai Municipal Park , caj 130 baht . Kali ni yang datang Hond Brv , wah wah puasnya harini dapat merasa naik pelbagai kereta ya .
Hat Yai Park ni memang besar , selalunya orang berkunjung ke sini pasal nak naik cable car dan melihat patung patung budha disini , so kalau nak naik puncak waktu nak booking Grab tu kena pin cable car , sebab kalau pin Hat Yai Park saja nanti anda kena berjalan dan mendaki , memang sakit kaki , tapi kalau anda jenis sukakan berjalan dan ingin menguruskan berat memang sesuaiii sangat !
Disini ada 1 gerai makanan halal
Ini adalah King Rama V Monument , siapa dia ni ? Beliau adalah Raja Siam yang ke lima dan meninggal pada tahun 1910 , kalau nak tau kisahnya boleh google .
Di Hat Yai Park ni juga banyak gerai gerai dibuka , fuad tak pasti peniaga islam atau tidak . Kalau datang ke sini ramai yang bawa keluarga berkelah dan beriadah , ala ala tasik Titiwangsa .
Okey bila nampak je sigboard ni bererti anda perlu mendaki bukit untuk sampai ke puncak . Pernah tak pergi temple waktu nak naik Genting Highland atau temple kat Penang tu , haa lebih kurang macam ni je , tapi disebabkan kaki fuad dah tak larat nak jalan so memang tak naik ke puncak . Sebenarnya tak adalah jauh sangat pun . Mungkin dalam 8 minit . Gambar2 patung budha boleh je tengok kat google . Tapi yang fuad tau bila sampai disini cable car katanya dah tak buka , herm tak pasti pula . Lagipun rata rata blogger bagitau tak berbaloi langsung naik cable car , baik naik cable car Genting hehe .
Destinasi yang kelima Chang Puak Camp , pada asalnya fuad masuk dalam itinerary tapi bila fikir balik membazir pula sebab dah pergi 6 tahun lepas , so fuad payung gambar yang dah ada je okey . Untuk ke sini kalau naik Grab tambang dalam 180 baht (RM23) . Chang tu dalam bahasa Thai , dalam bahasa Malaysia iaitu gajah . Disini bukan saja gajah malah pelbagai aktiviti yang disediakan seperti pertunjukkan gajah , ATV , BB Gun , memanah , buaya dan menaiki gajah . Dibuka setiap hari dari jam 8 pagi sampai 5 petang .
Datang sini kalau tak nak naik gajah pun tak apa sebab harga untuk menunggang gajah 500baht bersamaan RM65 seorang , boleh je tukar ke aktiviti bagi gajah makan , seronok tau , kalau tak silap lah ya 1 bakul tu RM15 kot ke bawah RM10 . Sukanya dapat makan , mana lah tak nya setiap sorang bawa 1 bakul .
Disini pelbagai jualan seperti baju , cenderamata , bukan makanan saja tau . Yang bahagian atas ni dia campur dengan non halal , hanya yang di boat saja semua halal .
Okey untuk first round fuad beli air dalam buluh , ini harus . Boleh pilih dalam buluh atau dalam vas . Harga 25baht RM3.25 . Mee sup daging pula 40baht RM5.2 , sotong celup tepung dan udang tu 65baht RM8.45 . Harga disini okeylah tak adalah mahal sangat . Yang mee tu fuad tak berapa gemar , patut minta kuah tom yam mungkin lebih kick.
uish sotong dan udang dia besar , memang puas makan aish waktu tulis ni pun masih terasa rasa lagi
Round kedua pula beli Omelet Rice 30baht RM3.9 , hanya nasi kosong dan telur dadar je . Herm boleh lah
Round ketiga beli aiskrim pelbagai campuran di dalamnya , harga 20baht RM2.6 , ada cerbisan roti , kekacangan , jelly dan nata de coco , sedap ! Rasa macam tak cukup 1 . Sebenarnya kalau boleh nak sambar macam macam lagi tapi waktu ni dah kenyang , kalau ikutkan nak sambar rojak buah , pulut mangga , nasi goreng , potato twist , aishh semua lah yang ada kat situ , lain kali nak bawa kawan , beli semua share share ha barulah okey .
Fuad kasi belanja semua makanan yang dijual disini
Lupa nak bagitau disini disediakan ruang solat , jadi tidak perlu risau okey
Waktu sudah 4 petang , bas fuad ke KL jam 6:30 , actually ada je masa lagi kalau nak merayap kat dalam mall , tapi letih pula adoii . Lagipun tak ada benda lagi nak dibelinya . Kali ni booking Grab naik pajero pula , puasnya harini naik bermacam jenis kereta , orang lain naik tuk tuk kita naik Grab , barangkali mereka tak tau atau dia orang rasa murah atau ingin merasai pengalaman .
Pejabat Pos
Hat Yai Clock Tower
Untuk waktu pulang fuad booking bas Sri Maju , di slip booking tertera nama travel agensi yang menguruskan iaitu David Tour .
Setiap pengunjung diwajibkan untuk mengambil insurans dari Thailand yang berharga 100baht .
Bas pun sudah sampai , seat pun okey dan selesa
Di imigresen Thailand , mujur waktu begini orang tak ramai , proses cepat dan lancar
Waktu malam begini yang banyak masuk lori lori sebab itu dibuka 23 jam
Di Kompleks Imigesen Malaysia
Alhamdulillah sampai di TBS jam 5 pagi , sepatutnya tiba dalam pukul 7 , ni mesti bas pecut . Waktu wkatu begini pun TBS ramai orang , rasanya 24 jam sentiasa ramai . Fuad pun mula drive balik ke rumah .
Wow walaupun 2 hari tapi rasa seperti lama pergi , sebab itu kalau kita bercuti even sekejap saja tapi banyak aktiviti yang kita buat rasa seperti lama , kalau pergi bercuti 1 minggu sekalipun tapi banyak duduk di hotel memang rasa sekejap je waktu . eh rupanya dah nak balik dah hehe .
Hat Yai fuad boleh kategorikan sebagai percutian bajet bagi mereka yang ingin bercuti dan keluar negara dengan jumlah yang sangat minimum . Kalau book hotel pun tak mahal , boleh lah bawa 1 family jalan ke sini , tambahan Grab pun sudah ada , picit je di hujung jari dah sampai . Yang pasti floating market dan tempat gajah tu memang di cadangkan sangat untuk pergi .
Ini adalah jumlah duit yang fuad telah keluarkan
Bas return - RM125
Grab - RM76.46
Makan - RM23.40
Insurans - RM13
JUMLAH RM238
Ini jika seorang , bagaimana pula jika pergi 4 orang
Bas return - RM125
Grab - RM19.20 (RM76.46 bahagi 4 )
Makan - RM23.40
Insurans - RM13
JUMLAH RM180 SAJA !
Orang akan cakap itu tak termasuk duit yang dikeluarkan secara tidak sengaja , okey kalau kita letak RM200 pun still murah lagi kan , okeylah tu banyak tempat pergi . Sebab itu kalau pergi ajak lah kawan kawan dapat lah share mana yang patutkan . Okeylah itu saja untuk trip ini , jika ada sebarang pertanyaan jangan malu dan segan untuk komen di bawah , In sya Allah fuad akan balas . Bye bye ..
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletehi Fuad nak tnya waktu balik dgn bas tu awak beli direct kt Hatyai tu ke? bus menunggu kt area mana?
ReplyDeleteHai , dah beli siap2 online , tunggu di travel agensi Davis Tour & Travel , boleh search guna apps Grab , travel agensi ni yang menguruskan bas Sri Maju ke KL :)
Deleteoh ye ke. so means kalau dh ada tix bus tu nnti kt sna waktu blik gi je kt opis agensi tu je la kan?
Deletebetul , just tunjuk je kt akak kaunter tu nnti dia akan bgi tiket dan kita kena bayar duit insurans perjalanan dalam RM10
Deleteok faham dh. terima kasih byk2 for the replies!
Deletesama sama ^_^
Deletebas ada wifi x ?
DeleteTelur dadar, fuad. Hehe✌️
ReplyDeleteHAHA ADOII , Thankss bagitau , dah edit :D
DeleteAs'salammualaikum fuad, nak ajk tunjukkan jalan cara pergi masjid songkhla dan konsul Malaysia blh x???
ReplyDeleteW`salam ,sis boleh search guna apps Grab .
DeleteHi Fuad, great blog. By the way, nk tye,
ReplyDelete1) masa imigresen cek up, kena bawa semua beg2 keluar dari bus ke ?
2) imigresen buka 23jam ke? Proses nk cop passport mkn masa berapa lama ye agak2 if time busy?
3) if naik train smpi ke pdg besar, jauh tak nk ke tmpt imigresen dan cri transport ke hatyai if dengan beg luggage bgai ? Or better naik bus?
Sorry byk question ..🤣
Hi ,
Delete1) Tak perlu , tapi kalau driver minta bawa jadi kita kena bawa sekali , waktu kat sini memang semua lenggang kangkung , masing2 hanya pegg passport saja
2) Haritu keluar berita start jan 2019 buka 24 jam , proses tu uish tak tau nak cakap , bayangkan kaunter buka dlm 4 je tapi ramai giler orang beratur sampai luar terminal , nasib waktu ni driver bawa fuad masuk kt tempat khas , mean tak perlu beratur
3) Untuk train memang kat station tu imigration padang besar , untuk ke Hat Yai pula , dari station padang besar naik train ke Hat Yai , beza dengan bas pula , dari KL terus ke Hat Yai , tak perlu tukar2 , kalau tanya fuad better naik bas , seat pun luas , boleh baring lagi hihi
ape pandangan fuad kalau perempuan nk pegi hatyai ikut cara fuad ? ade nasihat atau pape tak ?
ReplyDeleteokey je , boleh katakan Hatyai ni the safest place , org2 dia mcm kita je , tak rasa takut hehe , tapi kalau ada kawan lagi bagus buat teman
Deletehotel mne yg dkt dgn semua tmpt tu..plan trip nk n bln 8 ni bwk ank umo 6thun n 4tahun okey x first time bwk hsbnd n ank² luar mlysia..sllu dlm mlysia je nnluar mlysia g sndri
ReplyDeletesemua tempat tak jauh , tambahan naik Grab kan , nk book hotel kt bandar Hatyai pun okey , sesuai sanagt, sebab Hatyai ni mmg sangat okey bagi mereka yang first time keluar negara ^_^
Deletehi Fuad, nak tanya. kat hatyai tu mmg ada satu je ke terminal bas?
ReplyDeletehai , apa yang kita tau hanya ada satu saja
DeleteFuad lain kali ajak akak la.. Ha ha.. Akak suka backpackers.. Tq.. Info yg bagus dan berguna
ReplyDeletehihi , your welcome kak ^_^
DeleteHi En Fuad. Terima kasih diatas infonya. tak sabar pulak nk pergi ni. Tapi pergi sana naik kereta. apa2 pon terima kasih ya..
ReplyDeleteHai , yeahh , have fun sis , safe journey ^_^
Deletesama sama 🌹
DeleteTq fuad byk dapat info.next month ni pegi
ReplyDeleteYour welcome , have fun ^_^
DeleteTqvm fuad ats info ni.
ReplyDeleteAdo rezeki nak bawak famili
your welcome ^_^
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKalau kita dah beli travel insurans...perlu lagi ke beli insurans thailand?
ReplyDeletebergantung , mengikut rules dari gov Thailand kita kena beli insurans dari Thailand ketika di Thailand , tu yang waktu balik kena bayar dalam RM10 insurans kemalangan
DeleteAssalamualaikum Saudara Fuad, Saya nak Tanya Internet atau Sim card ketika di Thailand beli di Mana? Untuk access Internet..
ReplyDeleteW`salam , saya guna simcard maxis RM10 sehari data
DeleteAssalammualaikum En. Fuad... Kalau nak ke hatyai just guna local sim jer ker? I mean pakai sim card dri malaysia jer tak yah beli sim card (hatyai)
DeleteTerima kasih Encik Fuad atas perkongsian. Saya insyallah nak pergi September 2019. Nak ikut cara yang encik ajar.
ReplyDeletesama sama , semoga semuanya dipermudahkan
DeleteHai fuad sy nak ke thailand bln 9 ni bersama suami n 3 org anak,ank oling bsar 10thn,ke 2 7thn n ke 3 4thn,utk 3 ari 2 mlm kt sana utk blanja mkan sahaja dlm berapa ye,xpandai nak bajet bwa brapa..he3x,hotel n byran bas semua dh sttle pyment awl..
ReplyDeleteHai sis , fuad sukar untuk menbajetkan sebab fuad sendiri pun tak ada anak hihi jadi tak tau berapa kadar jumlah yang mereka makan , ada anak kuat makan , ada anak jenis makan sikit , apa yg fuad boleh cakp harga makanan kt sana ngan Malaysia lbh kurang saja , kalau disini sekali makan 1 family dalam RM70 , kat sana pun sama juga
DeleteAssalam en. Fuad, kalo nk book grab di hatyai guna app yg sama jgk ke mcm kt msia? Betul ke takbole gna ewallet?
ReplyDeleteW`salam , apps yang sama , betul tak boleh guna GrabPay dari Malaysia , boleh bayar guna credit/debit cardatau cash
DeleteAssalamualaikum fuad.. nak tnya.. mase pergi tu, ape nama hotel tu and brpe harga satu malam?
ReplyDeleteW`salam , kita tak tidur hotel , tidur dalam bas :D
DeleteHotel satu malam mahal tak Fuad ?
ReplyDeletetak mahal , bilik semua cantik acntik boleh dpt serendah RM40 di agoda.com
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Terima kasih share pjlnn di sne. Nk tnye.
ReplyDelete1) bulan 12 sesuai tak kalau nk prgi ke sne?
2) seeloknya book hotel walk in atau online?
3) bas yg fuad naik dri tbs ke hatyai ape dy? N ok tk klau nk beli tiket bas utk balik tu mse hri balik?
First time nk cuba prgi sndri. Tu agak2 tkot sikit. Tq
4)
W`salam ,
Delete1) sukar untuk dijawab , cuma kalau nak pergi bulan 12 disarangkan hari biasa bukan weekend dan kalau boleh ambil bas pukul 9-10 malam , jadi bila sampi di imigresen Thai tidak sesak , jika tidak cik akan menghadapi kesesakan melampau , beratur panjang sehingga berjam jam jam
2) 100% ONLINE
3) masa pergi ambil transnasional kalau tak silap dan balik tu sri maju , bukan tak boleh tapi dikuatiri tiada tiket , lagi susah , kena sentiasa check
In sya Allah semuanya okey , orang Hatyai baik baik saja :)
Hi fuad...klo dr hat yai terus nk ke krabi..mcmmna ya
ReplyDeleteHi ,boleh naik van , tambang 400 baht / rm54 , booking di https://www.busonlineticket.co.th/bus-from-hatyai-to-krabi
Deletehai .. nak tanya, kalau dari sempadan bukit kayu hitam tu ada bas atau van ke utk masuk hatyai.. plan nk drive dari putrajaya n nk park kat area bukit kayu hitam tu je..
ReplyDeleteHai , ada , malah waktu fuad kt sempadan banyak van / tuk tuk / motor duk angkut orang dari imigresen masuk thai
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHai fuad, nak tanya
ReplyDelete1) klu nak balik Dr hatyai-kl Bas apa okay?
2) bas tu direct atau kena tukar2 bas lain bila di sempadan utk cop?
3) Dr hotel area Pekan hat yai jauh tak utk ke terminal Bas (perlu Grab tak?klu perlu nak search apa) sbb sy plan pergi dgn ets dan balik dgn Bas.
This Is my 1st time. Tq
Hai
Delete1) Sri Maju
2) Direct ke Hatyai
3) Kalau ambil hotel dekt dgn Terminal tak jauh ,sbb terminal area town juga , search Hat Yai Bus Station
This comment has been removed by the author.
DeleteFuad nak tanya 1 lagi. Utk Grab sana, boleh guna debit card yg tolak direct dr acc tak? Atau kena guna credit card? Sbb baca dkt atas fuad guna visa/mastercard TP nak konfemkan samada debit/credit card. Nak pergi weekend ni.
Deletefuad guna debit card je , actually tak kisah credit card atau debit card as long ada logo Visa / Mastercard dah boleh :)
DeleteFuad..saya plan nk kesana bln 12...nk bw family.hari tu dh pergi dengan ejen.ingat nak pergi sendiri pulak dlm 20 orang ahlik keluarga...
ReplyDelete1.boleh ke pergi tak ambik tour guide?
2.mcmn proses nk buat insuran...online boleh ke?
Insuran kelompok ada ke...
Tq fuad atas perkongsian...
1. Bagi fuad tak ada masalah , tak perlu pakai tour guide.Terutama dari segi pengangkutan guna je Grab ^_^ . Just save semua nama tempt lawatan dan hotel , susun mengikut urutan base on map , search kt google map , mana yang dekat tu kita list
Delete2. Online boleh , berkelompok so far takaful ikhlas kembar
Your welcome , thanks sudi baca
Salam Fuad, saya nak tny...kalau akak park keta kt border then ambil van utk ke Hatyai agak2 brp caj/pax... then bila nak blk dr Hatyai ke border mcm mn plak nak amik van ke border...dorang ada centre X utk perkhidmatan van ke border dr Hatyai...plan nak pegi awal bln Nov ni.
ReplyDeleteW`salam , kt border mmg ada nampk beberapa van yang angkut masuk dalam , malah motor pun ada . Teksi ke Hatyai dalam RM75 .
DeleteInfo terbaik bang untuk yang suka jalan2 sambil makan ;-D
ReplyDeleteTerima Kasih sudi baca :)
DeleteHai. Kalau takde passport tkpe ke? Guna boarding pass? Boleh?
ReplyDeleteHai , boarding pass ? setau fuad ada pada flight je , nk masuk mana2 negara wajib ada passport :)
Deleteklau awk ic kedah, perak, kelantan(tapi tak semua boleh ya better check dgn imigresen) boleh guna border pass. tapi ada limit km dia. klau just hatyai boleh je guna border pass ni.
DeleteSalam Dik,
ReplyDeletePlan nk g cuti Kismas ni...mesti padat kn dekat imigresen
Akak nk tanya, kena tukar duit kt sini ker siap2? kt sana diorg terima tk note RM
W`salam , memang padatt kak , haritu yang 1 bulan cuti isnin 3 kali pun beratur sampai 4-5 jam , kalau boleh sampai kat border pagi2 , subuh boleh kt bukit kayu hitam , fuad sangat sarankan tukar duit Baht siap siap
Deletetqvm Dik
DeleteNaik bus dari hatyai ke kl kira2 berapa jam ye? Trmsuk stop kt immigresen, rnr, drop pssnger semua?
ReplyDeletebergantung pada kesesakan di imigresen , usually 7-8 jam
DeleteNk tanya fuad psl Float Market..btl ker waktu operasi Friday - Sunday
ReplyDeletebetul , buka 3 hari tu je
DeleteNice info. Thank you for your share 👍
ReplyDeleteyour welcome , terima kasih sudi baca :)
DeleteAssalam..nk tnye la..kalau nk amek van je dr Penang ke Hatyai tu ok x? Kami berempat dewasa and 1 kanak2 2thn..
ReplyDeleteThanks :)
W`salam , boleh je asalkan kena dengan bajet sis hehe :D
Deletehi nak tanya .. boleh tau masa/jadual train dari pdg besar ke hatyai? pukul berapa dan berapa bayaran yang akan dikenakan? ini kerana saya cadang nk naik ets pada mlm hari, klw di ikutkan jadual ktm.. depart:10.50pm, arrival at 4.35am.. yang jadual dr padang besar ke hatyai tu konfius tengok.
ReplyDeleteHi , base on research hanya 2 kali sehari tarin hatyai pdg besar , Train number 947 departs Hat Yai Junction Station at 07:30 arriving at Padang Besar Station in Malaysia at 08:25 (09:25 Malaysian time).
DeleteTrain number 949 departs Hat Yai Junction Station at 14:05 arriving at Padang Besar Station in Malaysia at 15:00 (16:00 Malaysian time).
Salam... En fuad... Sy nk tnye...
ReplyDeleteI.allah next year bulan 2 plan nk g hat yai ngan fmily... Ingt smpi ht yai nak hire tour guide... Ok ke? Or jalan sendri lebih ok? Grab sn ok x? Biase org g hat yai hotel yg dkat dgn tempt2 nk pg ap ye?
W`salam , bagi pendapat saya better pergi sendiri , Grab di sana sangat mudah untuk dapat , hanya listkan tempat lawatan yang ingin dikunjungi , lihat di google map lokasi setiap destinasi , listkan mengikut urutan jarak destinasi dan pin di apps Grab sangat mudah. Di agoda setiap hotel ada peta lokasi , ambil yang dekat dengan semua tempt lawatan
DeleteAssalam Fuad, nak tanya..
ReplyDelete1) KL-Hatyai kat mana nak solat subuh? kat border ke?
2) Hatyai-KL berapa jam? kalau tengok kat atas tu naik 6.30 ptg sampai KL 5 pagi?
3) Grab kat sana harga ikut trip macam kat Msia ke? atau ikut bilangan orang?
W`salam ,
Delete1)Kalau ambil bas waktu malam tanya driver nanti solat subuh dimana , sebab banyak R&R boleh berhenti , malah kt bukit kayu hitam pun ada
2) Kalau naik bas memang lama sikit sebab dia ada berhenti berhenti setiap negeri untuk turunkan penumpang dan ambil penumpang , ada yg turun Kedah , Ipoh . Kalau ikutkan 7-8 jam dh smpi
3) Ikut trip , sama je seperti Grab sini , cuma e-wallet sini tak boleh guna di Grab Thailand .
Assalamualaaikum en fuad nak tya kita pergi naik bus tour kan.. Mandi mcm mna?? Lama x diorang berhenti di rnr? 😅😅😅
ReplyDeleteW`salam , mandi boleh di CTC , lama juga berhenti :)
Deletesalam fuad nak tanya,sim kad ada dijual ke dekat terminal bas?
ReplyDeleteW`salam , sim card Thai ? tak ada rasanya , better guna internet dari Malaysia je , RM10 sehari
DeleteBulan 12 nie saya ke hatyai.
ReplyDelete13- 15 Dec 2019.
Harga hotel rm 80 - rm 120.walk in jer.
Jom sape nak join.
letk no , atau fb/ig ke nnti pembaca boleh contact u :)
DeleteTbaik info Tu
ReplyDeleteThank you sudi baca ^_^
DeleteWhatapps : 0195714363
ReplyDeleteAssalam Fuad. Nak tanya..check in hotel sana kul berapa? Depa blh accepted awal tak?..
ReplyDeleteW`salam , setiap hotel berbeza rules & regulation selalunya di agoda di bawah detail hotel ada dinyatakan waktu check in dan check out :)
DeleteAlamak, saya baru jumpa blog En. Fuad. Saya tak sempatlah nak ambil insurans perjalanan dengan En. Fuad sebab saya dah ke Selatan Thailand pada 25 Disember 2019 ini. Sempat kah? Adui
ReplyDeletetak apa , boleh beli secara online :)
DeleteSalam en fuad, sy baru terbaca.. 😂Wlpn lambat n dh laama post ni tp nk tya jgk.. Kat hatyai tu, byk hotel murah2 ke? Klau walk in xbook awl xpeke?
ReplyDeleteAnd also, dari hatyai ke samila beach jauh x?
W`salam , better book online , harga sememangnya murah dari walk in lagi satu tak pening kepala nak mencari kena sana ke sini hehe . Kalau naik Grab dari bandar dalam 40 minit
DeleteSalam, en fuad saya nk tnya, kalau mcm nak pergi ke hat yai naik bas, kemudian nak balik ke kl train tiada masalhkan..?
ReplyDeleteW`salam , boleh , tiada masalah , dari Station Hatyai turun Station Padang Besar .
DeleteAkak krismas tahun lepas p hatyai naik bas dr Kepong KL,bas ALISAN..sgt2 selesa..terus direct smpai Hatyai cuma kena bersesak skit utk chop passport di imigresen Thai...masa balik plak naik ETS..tp akak book van dr hotel ke padang besar dlm 160bath...pastu byr RM10 utk imigresen proses...if tanya pendapat akak..akak prefer lg naik bas..sbb naik ETS ke Sg Buloh sgt lama n berhenti2 setiap stesen..pastu seat nya sempit sakit badan...hehehe..kos pn lg tinggi if kita naik train..kalau bas senang kita tggu je kt office diorg di hatyai..kt situ nnt diver bas pick up kita
Deletebas alisan akan masuk terus ke hatyai...?? passport apa kita uruskan sendiri ke akk..??
DeleteYer..bas akan masuk terus ke Hatyai..nnt driver akan drop kita kt office diorg di Hatyai..Passport kena uruskan sendiri..bila smpai di imigresen Malaysia & Thailand, driver bas akan suruh kita turun untuk chop passport..time ni mmg ramai org kena 'q' panjang tp driver akan tunggu kita smpai semua penumpang selesai chop passport
DeleteAlisan ni yang bas suasana tony coach tu ke
DeleteMungkin kut hehe akak pn tk sure..tp bas dia selesa laa
Deleteakak mytasty creativeshope naik train dri hat yai pukul brp..? dan ambil ETS plak pukul brp..??
ReplyDeleteakak tk naik train dr hatyai..akak sewa van terus ke padang besar dlm kul 3ptg..ETS kul 5.30 ptg
Deletetq atas perkongsian
ReplyDeletesama sama :)
Delete