Untuk destinasi kedua adalah VIENTIANE LAOS .
SEBELUM BERLEPAS
Passport - Pastikan expired date 6 bulan ke atas .
Visa - Rakyat Malaysia tidak perlu visa
Internet - Fuad menggunakan plan Roaming Asean RM10/1GB Hotlink (Prepaid Only) , tapi ketika ini line internet tak boleg guna .
Insurans - Insurans ni sangat penting dan wajib ambil untuk sepanjang trip ini
Travel Insurans boleh ambil dengan Fuad dari Etiqa Takaful , one & only travel insurans terbaik menggunakan cashless payment tanpa sebarang bayaran jika dimasukkan ke dalam hospital ! Insurans lain menggunakan konsep pay & claim , kalau kena RM80 Ribu bil hospital , kita perlu guna duit sendiri , balik Malaysia baru boleh claim. Tidak seperti Etiqa bayaran terus ke hospital .Boleh buka web fuad disiniiii
Matawang - Laos menggunakan Lao Kip . Duit Laos tidak berguna bila keluar dari negara tersebut , ia jadi seperti kertas biasa , tiada nilai . Sebab itu memang tiada mana mana money changer yang jual duit Laos ni . Tetapi jangan risau penggunaan duit Baht Thailand dan US sangat meluas disini . So anda bawa duit baht Thailand saja okey .
PENGINAPAN
Pengangkutan Di Vientiane
1. Tuk Tuk - Banyak di sekitar terminal bas .
2. LOCA - The only ride hailing . (Grab tiada)
Boleh download LOCA di Apps Store atau Play Store
25 APRIL 2019
Untuk hari kedua dan negara seterusnya adalah Laos , untuk kesini ada 3 cara pertama bas , kedua train dan ketiga flight . Pada awalnya waktu fuad planning semua ni , ingat nak naik bas atau train dari Bangkok sebab itulah antara pengangkutan yang agak murah tapi 9 jam dalam train , kena ambil sleep cabin . Bagi mereka yang sukakan pengalaman menaiki train boleh lah cuba , macam fuad ni kalau boleh nak cepat . Untuk bas pula perjalanan 11 jam , manakala menaiki flight pula 1 jam 10 minit . Akhirnya fuad ambil flight , sebenarnya pilihan untuk ambil flight ni memang dah reject awal awal sebab Bangkok to Laos mahal . Tapi rupanya di utara Thailand ada 1 airport , ala ala Alor Setar Airport . Darini sini just naik van shuttle ke border . Bila check harga wah lagi murah , cepat pula tu , terus booking .
Dont worry fuad akan explain ketiga tiga cara pengangkutan .
1. TRAIN
Naik train 9 jam 40 minit , boleh pilih seat atau berth , boleh booking di klik sini EASYBOOK
Pilih train . Tick round trip . Search Bangkok - Nong Khai . Listing akan di paparkan .
Tambang untuk SEAT sehala dalam RM77 / RM154 round
Tambang Untuk Berth (Katil) sehala RM136 / RM272
Sampai di Station Nong Khai nak ke Nongkhai Customs / Thai Immigration boleh naik Grab atau tuk tuk , paling selamat naik Grab je , kalau naik tuk tuk harga pelancong , kena pandai tawar dapatkan 60 baht ke bawah . Settle.
2. BAS
Perjalanan 11 jam 10 minit . Boleh booking di klik sini EASYBOOK
Tick Round Trip . Seach Bangkok to Nong Khai
Tambang sehala RM71 / RM142 round .
Sampai di Nong Khai Bus Terminal nak ke Nongkhai Custom boleh naik Grab atau tuk tuk , make sure dapat seorang 80 baht atau rendah .
3. FLIGHT
Dari Bangkok ke Udon Thani boleh naik Airasia . Atau boleh lihat airlines lain seperti Nok Air , Bangkok Airways dan Thai Smiles . Waktu fuad search Airasia paling murah hanya RM145 pergi dan balik . Perjalanan 1 jam 10 minit .
So antara ketiga ni , yang paling menang adalah menaiki flight , semuanya terpulang pada anda .
Kita sambung balik , waktu kat Malaysia dah fikir untuk penggunaan internet di sini, pada awalnya check dengan hotlink tiada RM10 sehari yang ada RM38 sehari , bila check celcom ada RM4 sehari , jadi kita pun beli sim celcom , sampai disana rupanya salah tengok plan , celcom pun sama RM38 sehari , bila fikir fikir balik macam tak berbaloi untuk seorang guna RM38 kalau ada kawan boleh share sama , at last malam semalam di hostel Bangkok cepat cepat download offline Google Maps , so sampai kat sana nanti tak perlu guna internet . Selesai masalah hihi .
Fuad bangun jam 4:30 pagi , nasib boleh bangun , sebab itu kena tidur awal . Menginap di dorm ni bila set alarm kena pakai headphone , nanti memekak je pagi pagi buta haha . Waktu tengah bersiap tu nampak pula mak saleh tengah tunggu kat pintu keluar , cakap dalam hati eh awal dia ni bangun tapi asal dari tadi diri je kat situ , rupanya bila fuad nak keluar dia nak ikut sekali pergi airport , heran juga selalunya mak saleh ni travel sorang sorang berani sejak bila pula takut . Sepanjang perjalanan tu nak borak dengan dia tapi english dia tidak berapa fasih yang tau dia dari Rusia .
Okey sampai di airport make sure pergi ke TERMINAL 2 untuk penerbangan domestik .
Bagusnya Don Mueng Airport ni sediakan ruang solat untuk orang islam , jadi kalau anda nak solat subuh dekat sini pun boleh , tiada masalah .
Oh ya fuad dah print boarding pass dari awal lagi , jadi tak perlu cari kaunter check in . Kalau anda belum boleh self check in .
Lepas je dari scan barang tu , kena tengok kat paparan tv flight gate berapa .
Duduk lama kat sini tak perasan pula sebelah seat ada tempat caj talifon .
Its time to boarding
Bagus Airasia sekarang buat zone bagi setiap seat , kalau tak dulu bila ada pengumuman untuk masuk masing masing mengelupur beratur walhal kan seat telah ditetapkan . Mula zone 1 beratur dulu , kedua zone2 dan diikuti zone 3 . Fuad zone 2.
Macam biasa fuad akan pre book meal 2 pek makanan , 1 untuk breakfast di flight dan 1 lagi untuk makan di Vientiane .
Welcome to Udon Thani International Airport , Utara Thailand
Dari airport nak ke border Thailand - Laos Friendship Bridge kena naik van shuttle berharga 200 baht , cari je kaunter satu satunya ada tulis LIMOUSINE .
Last van dari border ke airport jam 5:15 petang , make sure kena sampai sebelum waktu ni .
Perjalanan mengambil masa 1 jam dari airport ke border
Sampai saja di immigration Thailand agak lancar , hanya perlu beri passport dan stamp
Selepas selesai dan keluar saja dari pintu immigration akan ada kaunter kecil belah kanan , boleh beli tambang bas shuttle ke immigration Laos berjumlah 15 Baht .
Menunggu bas shuttle
Dari immigration Thailand nak ke Laos perlu melalui sungai Mekong
Welcome to Laos , kacau betul tiang tu haha
Sampai dekat sini , seperti biasa perlu tulis kertas putih departure dan arrival , kalau ada yang nak tukang isikan tu cakap its okey je , sebab itu semua driver tuk tuk nak membodet anda supaya naik tuk tuk dia pergi ke bandar Vientiane .
okey selepas melepasi immigration seperti biasa akan di kerungi dengan beberapa driver tuk tuk , just say its okey sambil senyum , jangan lah pula buat muka , mereka ini hanya sekadar mencari rezeki . Terus saja ke depan tu akan nampak bus stop di belah kanan .
Bus stop berdekatan dengan kedai2 runcit
Untuk ke bandar perlu naik bas no 14 ke CBS (Central Bus Station ) , waktu kat sini ada beberapa bas fuad check tak ada pula no 14 kat situ , jadi fuad snap gambar kat papan bawah ni tunjuk kat driver i wanna go here `CBS` , kalau anda cakap CBS memang dia orang tak faham , bila pi negara cakap macam ayam dan itik ni paling efeksyen dengan hanya tunjuk gambar . Tambang hanya 40 Baht . Fuad suka melihat uniform mereka , walaupun bas nan adoo tapi driver dan konduktor pakaian smart
Bila kita bagi duit baht , baki akan dipulang dengan duit mereka .
Bas akan berhenti di CBS 2 , ingat ya balik nanti nak naik bas pun tempat yang sama
Ini adalah Central Bus Station utama mereka , dari sini juga boleh naik bas ke Bangkok , Vietnam dan banyak lagi destinasi .
Lawatan pertama ke Morning Market , memang bersebelahan dengan terminal bas . Disini lebih kurang macam pasar dato keramat , bermacam barang yang dijual . Sorry gambar blur sebab tangkap curi hehe .
haa mesin basuh pun ada , manalah tau nak beli kat sini , adoii tak boleh bayang angkut mesin basuh naik tuk tuk
bersebelahan Morning Market ni Talat Sao Shopping Mall , sini pun menjual pelbagai barangan , tapi banyak pada pakaian dan silk , ia lebih kurang macam pasar lama dan baru .
lawatan kedua ke That Dam , actually semua tempat lawatan ni dekat dekat je tak perlu naik tuk tuk , tapi kalau rasa tak larat boleh je ambil tuk tuk tapi tulah fuad tengok macam tak meriah je kat sini , mean susah nak cari . Mesti ada yang fikir camner fuad dapat buka map tapi tak ada internet , kalau baca dari awal fuad ada download offline map , penggunaan offline map tidak perlukan data .
That Dam atau Black Stupa wujud pada abad ke 16 di tengah bandar Vientiane . Penduduk tempatan percaya bahawa suatu ketika dahulu ular naga air berkepala 7 tinggal disini untuk melindungi stupa yang pernah diliputi dengan emas asli . Semasa perang Siam-Laotian pada akhir 1820 an , emas telah dirampas dan di bawa ke Siam , kini Thailand . Yang tinggal kini hanya warisan sejarah Black Stupa.
Walaubagaimanapun , sehingga kini penduduk masih menganggap bahawa That Dam / Black Stupa mempunyai semangat yang kuat sebagai penjaga bandar .
Lawatan ketiga ke Masjid Jamia Vientiane , besar dan cantik .Laluan sekitar ke masjid terdapat pejabat pejabat kerajaan dan kedutaan . Boleh ziarah dan solat disini , waktu fuad datang hanya ada seorang dua saja kelihatan di dalam masjid . Rupanya 2 tingkat , fuad lupa nak naik atas , bila tengok kat youtube .
Lawatan ke empat Presidential Palace iaitu kediaman rasmi bagi President of Laos . Lebih kurang seperti Seri Perdana Putrajaya , tapi kita punya lagi besar . Dibuka secara rasmi pada tahun 1986 hanya untuk kegunaan rasmi majlis kerajaan dan keramaian , bermaksud ini bukanlah tempat penginapan presiden sekarang .
Lawatan kelima ke Wat Si Saket , dibuka setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 12 tgh hari dan pukul 1 hingga pukul 4 . Kadar bayaran 40 Baht . Wat Si Saket adalah satu-satunya kuil di Laos yang terselamat daripada pendudukan Siam, yang memusnahkan sebahagian besar ibu kota pada tahun 1828. Ia mempunyai lebih 10,000 patung Buddha dengan pelbagai saiz dan gaya. Candi ini juga mempunyai seni bina dan susun atur yang indah, dengan sejarah yang bermula pada tahun 1818.
Lawatan keenam Haw Phra Kaew Muzium . Kadar bayaran pun sama 40 baht . Ia dibina buat kali pertama pada tahun 1565 atas arahan Raja Setthathirath , rumah bagi Emerald Buddha . Dalam rumah ni terdapat banyak koleksi patung buddha , di dalam tidak dibernarkan mengambil gambar .
Lawatan yang ke tujuh dan terakhir Patuxai Monument kebanggaan warganegara Laos , yang bermaksud "Gate Victory" atau Gate of Triumph, dahulunya Tugu Anousavary atau Anosavari, di Perancis dkenali sebagai Monumen Aux Morts adalah monumen perang di pusat Vientiane, Laos, yang dibina antara 1957 dan 1968. Patuxai didedikasikan kepada mereka yang berjuang dalam perjuangan untuk kemerdekaan dari Perancis. Dalam memetik nama dari bahasa Laotian, ia diterjemahkan dengan pelbagai bahasa seperti Patuxai, Patuxay, Patousai dan Patusai. Ia juga dikenali sebagai Patuxai Arch atau Arc de Triomphe Vientiane kerana ia menyerupai Arc de Triomphe di Paris. Walau bagaimanapun, ia direka oleh Laotian .
Bahagian atas tu boleh naik tapi fuad dah tak larat , actually tempat ni jauh sedikit nak menapak , pada awalnya nak guna LOCA ke sini tapi dah internet tak ada lepas tu pula nak naik tuk tuk duit baht ngam ngam je tambang waktu balik nanti , yang ada US dollar dan note 1000 baht , kalau bayar 1000 baht nanti baki dia pulangkan dengan duit Laos yang mana tak laku dan tak boleh di tukar bila balik Malaysia nanti . Sebab itu fuad nasihatkan bawalah lebih duit baht ya.
Dekat bandar Vientiane ni hanya 1 bangunan ni je yang agak moden sikit . Waktu berjalan pulang balik ke terminal bas ya ampun dahaganyaa tak sabar nak masuk Thailand .
Ambil dan pergi ke tempat bas yang anda turun tadi , anything just tunjuk je peta pada awal posting fuad ada tempek , bagitau dan tunjuk nak pergi Friendship Bridge .
Selepas melepasi immigration Laos , akan ada kaunter di belah kiri untuk naik bus shuttle ke immigration Thailand , kadar tambang 20 baht .
bas sudah tiba
Luaran agak cantik tapi dalam ....
Tadaa , dah lama tak bergayut , masa pergi tadi dapat seat
Waktu di immigration Thailand ni tiba tiba pakcik pegawai tanya dari mana dan buat apa di Thailand dan tinggal di mana , kita pun bagitau lepas ni nak pergi ke aiport nak ke Bangkok , actually pegawai sini okey je tak adalah tanya serious sangat . Lepas keluar dari terminal tu , jalan terus akan nampak bangku kuning kat bawah ni . Disini tempat menunggu dan ambil penumpang yang nak ke airport ,tambang waktu balik 150 Baht , bayar kat pakcik driver .
Tengok jadual masa ada lagi 20 minit sempat lagi ni kalau nak pi cari air , serious waktu ni hauss ayaq liur pun dah tak dak ni haha . Mujur kat depan ada 7 eleven , malah kat sini ada 1 kedai arab tapi waktu fuad pergi tak buka , tapi tak taulah masih beroperasi ke atau tidak .
Uishh tengok tuuu heavenn sungguhh , kita rembat fanta oren ngan mineral water je . Harga lebih kurang je kat sini .
Luar 7-E ada pula kakak jual buah , kat Thailand kalau pi mana mana mesti ada je orang jual buah , ternyata orang Thai gemar memakan buah buahan tambahan di Thailand mempunyai tanah dan alam tropika . 1 plastik 20 Baht , buah pun besar besar .
1 plastik buah di beri sekali dengan asam dan cili kot , TAPI tetap tak boleh lawan asam Malaysia , memang torbaik . Jangan lah tanya halal ke tak , takkan lah asam nak letak oink oink pula , yang penting kena yakin .
Heading to airport , kita tidur je dalam van
Sampai je di airport , untuk Airasia di Terminal 6 , kena jalan depan lagi
Waktu ni pukul 5 , sebelum masuk balai pelepasan tu , fuad pergi kaunter self check in untuk print boarding pass dan makan meal yang dibeli dari Airasia . Airport Udon Thani ni tak lah besar masa , terminal 6 ni terbahagi kepada 2 gate untuk beberapa airlines agak sesak juga. Flight jam 7:30 tapi delay pula sebab kapal terbang dari Bangkok tu terpaksa tunda penerbangan gara gara ribut di Bangkok . Nasib delay 1 jam saja , ingat kalau delay lebih 2 jam dapat lah juga pampasan insurans hihi , tapi sebenarnya kalau boleh biar lah cepat take off , letih menunggu lama lama tambahan wifi tak ada kat sini , yang ada pun untuk member .
Time to boarding
Bye bye Udonthani
Alhamdulillah safety arrived . Sekarang menuju ke hostel
Hostel fuad booking terletak di Pratunam Market , memang dekat dengan semua tempat termasuk train malah restoran halal pun ada disini , kadar menginap 1 malam RM23.31 male dorm , ini yang termurah , bila travel bajet ni mesti cari yang termurah , kalau pergi berdua baik ambil private roam boleh share . Sebab utama pilih kawasan sini pasal esok pagi perlu naik van ke Cambodia , tempat menunggu di Pratunam Market . You guys boleh booking disini U HOSTEL DI AGODA
Hostel ni okey sikit dari segi privacy , katil besar lepas tu setiap katil ada bidai , lampu dan port plug.
Selesai sudah trip ke Laos , sekarang masa untuk berehat dan memikirkan perjalanan keesokan pula . Power bank dan hp wajib caj . Jika ada sebarang pertanyaan mengenai Laos boleh komen di bawah , fuad akan balas satu persatu . Jumpa di posting seterusnya perjalanan ke Cambodia DISINI , byee
SENARAI PERCUTIAN FUAD KLIK SINI
JUMLAH PERBELANJAAN
Flight Bangkok-Udonthani = RM145.09 Return
Meal = RM38
Van shuttle = RM45.50
Bas shuttle = RM4.55
Bas = RM10.40
Lawatan = RM10.40
Hostel = RM23.31
JUMLAH BESAR **RM277.25**
JOM TENGOK VIDEO
No comments:
Post a Comment