Saturday, May 4, 2019

Percutian Bajet Ke Bangkok Thailand Merentasi 5 Negara Malaysia Thailand Laos Cambodia Vietnam

Salam Guys ! Untuk trip kali ini agak berbeza sedikit dari trip sebelum ini sebab yang ini fuad gabungkan 4 negara dalam 1 trip . Dari Malaysia ke Thailand ke Laos ke Cambodia dan Vietnam selama 6 hari secara solo . Menarik bukan ? Fuad gelar sebagai Asean Tour , sepatutnya termasuk Myanmar tapi disebabkan rakyat Malaysia perlu ada visa untuk ke negara tersebut jadinya fuad tak masukkan dalam list , tambahan visa depa bukan murah hehe . So akan ada 4 posting bagi setiap satu negara yang fuad akan karang nanti .

Actually planning ni berlaku secara tidak sengaja bila fuad buka EASYBOOK , terpapar beberapa negara yang mana kita boleh booking bas , train dan ferry selain dari Malaysia . Oh ya waktu fuad titipkan dalam posting ini baru saja seminggu balik dari tour .


Jadi fuad cuba search ada ke bas dari  Thailand ke Laos , Cambodia & Vietnam , rupanya ada , wah ini sudah bagus satu pengalaman yang baru dan seharusnya cuba walaupun agak mencabar , malah harga bas juga lebih murah jika menaiki kapal terbang . Fuad mula buat research bagaimana laluan untuk ke border , naik bas atau train apa , berapa jam ke sana , costing nya lagi , segala perincian harus dibuat bagi memudahkan perjalanan ketika disana nanti .

Trip ini dah banyak kali tertangguh , mula nak pergi tahun 2018 , then awal 2019 pula then fikir nak pergi bulan 7 after raya , tapi rasa macam lama baik pergi sekarang , salah satunya sebab nak tunggu kekuatan dan keberanian tu datang , yerlah pergi seorang pula tu , yes seorang ! Berbeza jika pergi negara moden dengan negara yang sedikit mundur , mula rasa takut dan terbayang agaknya orang disana okey ke kan , tapi bila buat search di google semua negara antara selamat dikunjungi .

Untuk destinasi pertama adalah BANGKOK THAILAND .

SEBELUM BERLEPAS

Passport - Pastikan expired date 6 bulan ke atas .

Visa - Rakyat Malaysia tidak perlu visa

Socket - Di Thailand menggunakan plug 2 pin , di Malaysia kita guna 3 pin dan 2 pin , kalau plug anda 3 pin memang tak boleh guna , tambahan nak caj hp , so bawa plug yang 2 pin yang mata bulat saja .

Internet - Fuad menggunakan plan Roaming Asean RM10/1GB Hotlink (Prepaid Only)

Insurans - Insurans ni sangat penting dan wajib ambil untuk sepanjang trip ini

Travel Insurans boleh  ambil dengan Fuad dari Etiqa Takaful , one & only travel insurans terbaik menggunakan cashless payment tanpa sebarang bayaran jika dimasukkan ke dalam hospital ! Insurans lain menggunakan konsep pay & claim , kalau kena RM80 Ribu bil hospital , kita perlu guna duit sendiri , balik Malaysia baru boleh claim. Tidak seperti Etiqa bayaran terus ke hospital .Boleh buka web fuad disiniiii



PENGINAPAN
Boleh booking di AGODA KLIK SINI . Hotel serendah RM35



Pengangkutan Di Bangkok

Bangkok mempunyai pelbagai pilihan pengangkutan , seperti

1. Tuk Tuk

2. Grab Car / Grab Bike

3. Motor Teksi , lelaki yang pakai ves oren .

sorry blur zoom dari jauh haha

4. Bangkok BTS Skytrain , Bangkok MRT & Airport Rail Link

BTS Skytrain terbahagi kepada 2 line . Line pertama berwarna hijau cerah , Sukhumvit beroperasi bermula dari Station Mo Chit ke station akhir Kheha  . Line kedua pula berwarna hijau gelap , Silom beroperasi bermula dari Station Bang Wa ke station akhir National Stadium . Jika nak tukar dari line Sukhmvit ke line Silom perlu buat pertukaran di Station Siam .

Kalau nak lagi faham bayangkan je line Kelana Jaya dengan line  Ampang . Interchange pula di Station LRT Masjid Jamek .




Bangkok MRT juga terbahagi kepada 2 line (underground) . Line pertama berwarna Biru beroperasi bermula dari Station Tao Poon ke station akhir Hua Lamphong . Line kedua pula berwarna Purple , beroperasi bermula dari Station Tao Poon ke station akhir Khlong Bang Pai . Kedua line ini akan bertembung di Station Tao Poon (Interchange) .


Airport Rail Link hanya ada 1 line sahaja . Menghubungkan dari Lapangan Antarabangsa Suvarnabhumi ke bandar - Station BTS Phaya Thai . Airport ini khusus untuk penerbangan premium seperti Malaysia Ailines , Garuda Indonesia dan sebagainya , jika Airasia pula di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueng . Lebih kurang seperti KLIA dan KLIA2 , So jangan silap ya .





5. Boats & Ferries

Pengangkutan boat di Bangkok sangat menggalakkan dengan traffic jalan raya yang sangat sibuk , ia menjadi alternatif pengangkutan utama untuk menuju ke destinasi . Tambahan dengan harga tambang yang sangat murah serendah 10 baht sehala . Setiap boat mempunyai laluan dan warna bendera yang berbeza . No flag , biru , kuning , oren dan hijau . No flag merangkumi semua laluan , jika anda nak tau setiap laluan bagi setiap boat boleh lihat disini CHAO PHYRAYA ROUTE


 Jika anda lihat di Pier ada warna bendera ini bermaksud boat warna tersebut akan berhenti disini


Ini adalah boat bendera warna biru , lain sedikit dari boat biasa , namanya Chao Phraya Tourist Boat Hop On Hop Off , ala lebih kurang Bas Hop On Hop Off di Kuala Lumpur , bezanya yang ini boat . Khusus untuk laluan pelancong saja dan harga tambang terdiri kepada 2 , sehala 50 baht dan one day unlimited 180 baht , yang bestnya boat ni ada 2 deck , atas dan bawah , bahagian atas bumbung terbuka , so kalau petang2 nak tengok sunset memang nice sangat sangat . Tiket tambang boleh beli secara online atau setiap Pier ada kaunter . Maklumat lanjut boleh lihat sini CHAO TOURIST BOAT







TIKET & TEMPAT LAWATAN DI BANGKOK . KLIK LINK DIBAWAH.

1.SEA LIFE Bangkok Ocean World - RM86.10
2. Madame Tussauds Bangkok - RM86
3. Safari World Ticket - RM99.15
4. Dream World Theme Park - RM92.55
5. Mahanakhon SkyWalk Ticket - RM103.10
6. Siam Park City Theme Park - RM86
7. Muay Thai Match - RM119.05
8. Loy Nava Dinner Cruise - RM245.19
9. Scenical World Theme Park - RM103.79
10. Sompong Thai Cooking Class - RM116.35



24 APRIL 2019 RABU

Harini mula rasa agak excited dan cemas sebab harini jugalah baru nak pi tukar duit semua . Settlekan semua kerja pukul 2 pagi dah ambil Grab menuju ke Kl Sentral untuk ambil first bas ke KLIA2 pukul 3 pagi . Flight ke Bangkok jam 6:35 pagi , actually ini kali pertama pergi ke Bangkok , sebelum ni pi Hat Yai saja . Tambang bas booking online RM11 sehala , jika book return RM10 sehala di Skybus .



Tiba di KLIA2 jam 3:50 pagi , first kena pergi kaunter untuk verify pasal haritu waktu check in online boleh tersilap letak expired date , jika tidak tak perlu beratur hanya bawa saja boarding pass yang sudah di print.


 waktu begini pun ramai , kalau nak check in bagasi tu datang awal

 Pintu ni selalu orang berdebar debar pasal beg kena timbang , kalau lebih 7kg tu memang tak lepas , macam fuad bawa beg sandang je .



 Sangat bagus pihak MAB meletakkan charging station di sepanjang laluan ke gate 



Fuad ingatkan dah ramai rupanya baru beberapa orang berada disini , untuk menghabiskan masa yang ada kita layan youtube je .


 Its time to boarding




bye byee KL see you next week



 Memandangkan fuad malas nak cari halal food di Bangkok so fuad order 2 pek makanan , 1 makan dalam flight 1 lagi makan kat Bangkok nanti . Purchase thru online RM10. First time makan Korean Sweet And Spicy Chicken serious sedap ! Memang sangat berbaloi , nanti anda boleh lah cuba


 Perjalanan mengambil masa 1 jam 55 minit



Welcome To Thailand wuhuu .Haa fuad nak ingatkan sebelum datang sini tolong lah bawa pen ya , sebab nanti kena isi kad putih arrival dan departure tu , kalau tak jadi lah macam fuad kena meminta menagih simpati dengan abang thailand yang jaga kaunter money changer , nasib dia baik . Lepas tu kertas putih yang telah diselit dalam passport tu jangan lah pi gatai buang , nanti waktu balik sampai kat immigration dia check tak ada dah satu lagi masalah !


Segala proses immigration dan kastam sangat lancar , beg fuad pun tak kena geledah , alah lagipun bukan bawa fresh food . So lepas saja keluar dari balai ketibaan tu , misi untuk ke bandar , suka fuad ingatkan , dari Don Mueng International Aiport tiada train seperti KLIA Transit . So ada 2 cara , pertama naik teksi/grab dan cara kedua yang termurah pastinya bas hanya tambang 30 baht / RM3.9 , okey fuad akan ajar bagaimana untuk ke bandar .

Pertama tolong cari Pintu EXIT GATE  6


Kedua cari board ni , memang lepas je keluar dari EXIT GATE 6 memang akan nampak belah kanan , hanya ada 2 bas di tawarkan , untuk ke bandar naik BAS NO A1 . Bas ni akan berhenti kat Station Mo Chit .


 Ketiga bagitau kat akak cantik ni nak pergi Mo Chit


Keempat , bayar tambang 30 baht. Selesai !


So nanti bas akan berhenti kat tepi tangga tu , kalau nampak ada tangga berjalur oren gelap ni haa betul lah tu , tak pun nak lagi confirm cakap je kat akak tu `Mo Chit ?`



Okey cara beli tiket dia orang ni tak seperti kita , kalau RapidKl kan ada sediakan tiket machine , kat sini pun ada juga tapi masalahnya mesin dia orang hanya terima syiling sahaja . Kalau tak ada syiling kena beratur kat kaunter untuk tukar duit atau boleh beli terus , macam fuad beli terus je , senang kerja . Bagitau station apa dan dia akan bagitau berapa tambang , sebelum fuad datang ke sini fuad dah check setiap lokasi tambang berapa , anda boleh check kat sini BTS FARES





Untuk destinasi pertama kita akan ke Lumpini Park , dari Mo Chit beli tiket ke Station Sala Daeng dengan tambang 44 Baht . Pilih platform toward to Kheha , nanti kena buat pertukaran di Station Siam .



Keluar je train depan tu platform 3 toward to Bang Wa .




Lepas turun dari Station Sala Daeng ikut sign EXIT 5 Lumpini Park , just belok kanan dan terus .


Anda akan jumpa jambatan Thai - Japanese Bridge , jangan lupa selfie disini .





Di pintu masuk Lumpini Park ni terdapat tugu peringatan of King Rama VI , Raja Siam yang ke enam dibawah Chakri Dynasty . Lumpini Park ni taman di tengah tengah ibu kota Bangkok , lebih kurang taman tasik Titiwangsa . Dekat sini selalunya orang akan buat aktiviti bersenam , berkelah dan beriadah .



Tugu ini pula Chaipattana Water Aerator Memorial , dibuat bagi penghormatan kepada Raja Thai dan usahanya dalam membangunkan peranti penting ini bagi membersihkan perairan yang semakin tercemar di negaranya ketika tahun 1993 , kalau tengok kat tasik sini ada beberapa peranti ini .



Disini juga boleh lah kalau nak naik sampan angsa dengan harga 40 baht untuk setengah jam + 40 baht deposit , so total 80 baht . Kalau waktu petang okeylah kot , ini tengah hari buta memang masak dalam tu haha .



Destinasi kedua MASJID INDONESIA , masjid ini terletak di tengah bandar Bangkok , memang tak jauh pun dari Lumpini Park ni , di penghujung hanya perlu menaiki jejantas dan jalan terus akan jumpa suatu perkampungan .






Masjid ni bersih cantik dan tenang , so boleh lah nak singgah solat zohor kan . Disekitar sini fuad tak nampak kot kot lah ada stall halal ke kan , selalunya sekitar masjid ada orang islam berniaga .






Destinasi ketiga ke Wat Arun Ratchawararam , so dari masjid ni you guys boleh keluar balik ke jalan besar dan boleh booking Grab ke Sathon Pier Ferry atau kalau rajin pi naik balik BTS turun Saphan Taksin Station , macam fuad ada kes , kes internet tak boleh buka adoii , so nak tak nak kena lah patah balik ke station tadi .





Lepas je keluar dari Station Saphan Taksin akan nampak river kat depan tu dan akan nampak sign board begini di bawah , belok ke kiri okey .







Nanti anda akan jumpa beberapa orang memakai baju warna biru yang sibuk promote Chao Phraya Tourist Boat , mereka ni seboleh bolehnya nak kita naik boat dia orang , jangan ambil , cakap i want take normal boat , terus ke kaunter di bawah ni (bukan kaunter yang biru tu) , bagitau nak pi Wat Arun kadar tambang 15 baht saja berbanding ambil tourist boat 50 baht !




Lepas dah beli tiket boleh lah duduk beratur sambil menunggu boat sampai , tunggu tak lama pun kurang 10 minit







Setiap Pier akan ada tergantung bendera , bendera tu mewakili laluan boat


Sejujurnya fuad cakap kalau datang Bangkok tapi tak naik boat ni serious rugi giler , memang wajib naik , dengan kadar tambang yang murah , dapat merasai pengalaman yang baru , boleh melihat sekitar bandar Bangkok , eee so worth it lah ! Lepas tu nak bagitau cepat cepat masuk dalam boat kalau tak nanti tak dapat seat kena berdiri .






Setiap Pier/Station akan ada tukang cakap , bila dah nampak Wat Arun ni , standby untuk keluar nanti


Kadar bayaran masuk 50 baht . Wat Arun ni salah satu temple yang harus dilawati , kiranta top attraction di Bangkok . Kalau waktu malam lagi nice , dia orang ada pasang lampu sekitar temple . Tambahan naik boat lagi kan , mmg terbaik . Wat Arun ni temple yang dah lama dibina pada tahun 1768 , struktur dan design temple ni pun nampak gah unik dan cantik .






Sepatutnya kita boleh naik lagi tangga menuju ke puncak atas tapi dah tutup pula , fuad rasa confirm ada kes orang terjatuh sebab dia punya juram memang tinggi , seriauu pula nengok . Bagus lah pun dia tutup hehe .






Disini ada side corner orang jual air , buah dan sourvenir , kalau nak hilangkan rasa dahaga boleh lah pekena air kepala . Disebelah temple ni pula ada macam small temple dan taman . Disini boleh sewa untuk pemakaian diraja , fuad tak pasti pula berapa harga .








Waktu nak balik pula pergi ke Pier belah kiri , sebelah tempat kita turun tadi , bagitau nak pergi Sathon Pier , tambang 20 baht . Lain boat lain harga . Jangan naik tourist boat pula . Tak salah pun nak naik kalau rasa nak bayar lebih silakan hehe .





okey sebernanya last destinasi nak pi Asiatique Bangkok , tapi buka pukul 4 pula , nak tunggu rasa lambat , tambahan dekat sini panas terik , mmg dah tak tahan rasa nak balik hostel cepat . Planning dari Wat Arun ni nak naik Tourist Boat ke Asiatique dengan kadar tambang 50 baht , so boleh lah duduk deck atas tanpa bumbung , ambil video , selfie . sambil rasa angin sepoi sepoi bahasa , memang best kalau tengok kat youtube , Asiatique ni gabungan shopping , dinning , sightseeing , activities , performance dan event . Dibuka dari jam 4 sampai tengah malam . So kalau anda ada peluang tu datang sini okey .






Tempat lawatan cadangan lain THE GRAND PALACE iaitu kediaman rasmi Raja Siam sejak tahun 1782 , kira lebih kurang ISTANA NEGARA . Bagi warganegara Thailand tidak dikenakan sebarang bayaran , bagi pelancong pula bayaran masuk 500 baht lebih kurang RM65 . Dibuka jam 8:30 pagi sehingga 3:30 petang . Kalau anda ada duit lebih dan minatkan sejarah boleh lah masuk kesini .



Untuk lawatan terakhir di Pratunam Market (gambar ini diambil pagi ketika pulang dari Laos) , sini katanya memang murah harga kalau nak beli pakaian dan aksesori , malah kalau beli 3 ke atas dapat harga borong . Dibuka 24 jam . Cara untuk pergi ke sini turun Station Phaya Thai interchange ke Airport Rail Link , turun station Ratchaprarop . Paling senang lihat peta di Google Map .








Lepas habis semua lawatan , fuad terus ke hostel untuk check in dan makan . Menginap di ZLEEP63 HOSTEL hanya RM14.13 se malam . Sini pun ada warung halal tapi tutp pukul 8 . Actually inilah kali pertama dalam seumur hidup tidur dorm dan campur jantina  haha , reason why sebab hostel ni lah yang paling dekat dengan airport , so senang jalan kaki je ke airport sebab esok pagi pukul 7:30 flight ke utara Thailand untuk meneruskan misi trip ke Laos dengan menyeberangi border Thailand Laos . Jumpa di posting fuad seterusnya percutian ke Laos okey . Segala pertanyaan boleh komen di ruangan di bawah . Byee







SENARAI PERCUTIAN FUAD KLIK SINI

JUMLAH PERBELANJAAN
1. Flight AA KL - Bangkok = RM129
2. Bas ke KLIA2 = RM11
3. Hostel = RM14.15
4. Meal = RM20
5. Insurans = RM41
6. Internet = RM10
7. Pengangkutan = RM28
8. Lain lain = RM5

JUMLAH BESAR **RM260**

JOM TENGOK VIDEO









1 comment:

  1. Salam, Mohon izin share

    CUTI CUTI INDONESIA
    Supported by expert and professionals driver and tour leader.
    Pakej tour / Transport Yogyakarta, Surabaya, Bromo, Bandung, Karimunjawa.

    Yogyakarta 4D3N start from 500 MYR
    Surabaya Bromo Malang 4D3N Start from 550 MYR

    Instagram : cuticutiindonesia
    Facebook page : Cuti Cuti Indonesia
    Email : cuticuti.idn@gmail.com
    Harga dan Itinerary sila contact +6282250960004

    ReplyDelete