Tuesday, July 30, 2019

Percutian Bajet Ke Genting Highlands Hanya Kurang RM49

Halloo , Assalamualaikum guys , so trip kali ini fuad akan share dengan korang trip bajet ke Genting Highlands dengan hanya kurang RM50 korang boleh enjoyy . Actually tak plan pun , fuad ni jenis macam sukar untuk dijangka , kadang kadang tukan tengah2 malam buta tengok tiket bas pukul 3 pagi haha , gila , mentang mentang rumah tak jauh dengan TBS tapi belum pernah lagi dibuat begitu , mungkin suatu hari nanti . Best pe tujam nak pergi tujam tu juga booking . Waktu plan nak ke genting ni pukul 3:30 pagi hari jumaat 26 julai 2019 , orang kata kalau nak tu mesti kena teruskan jangan bertangguh , sementara ada mood ni , so terus lah book tiket cable car & theme park . Lagipun hari jumaat urusan jumpa client sampai tengah hari saja . Kalau hari lain tak tau bila , asyik sibuk je kan .


Semenjak dah ada Awana Bus terminal banyak syarikat bas yang menawarkan perjalanan ke Genting Highlands , bas boleh beli di EASYBOOK COM , bukan setakat di Kuala Lumpur malah mana yang duduk luar KL pun boleh contoh dari Penang serendah RM35 , Melaka RM40 , Johor RM55 & Kedah RM45 .


Kalau yang dari KL atau Selangor boleh pilih sama ada nak naik bas  Genting Express atau bas lain . Bezanya bas Genting Express selalu kehabisan tiket , kalau harini nak pergi harini nak beli memang kirim salam jawabnya , saya pernah lalui dulu dengan kawan kawan datang pagi ke Kl Sentral tup tup tiket habis , at last kita orang naik teksi je share 3 orang . Tambahan bas Genting Express tak boleh beli menerusi online . Harga tambang dalam RM4.90 , jika sekali dengan cable car RM13.90 . Maklumat lanjut boleh klik sini

Untuk bas lain kita boleh beli menerusi EASYBOOK.COM , tambang sehala RM10 dari jalan pekeliling . Tiket selalu sold out , boleh booking awal .


Untuk cable car jika beli online boleh beli melalui KLOOK hanya RM9 bagi normal gondola . Jika beli di kaunter return boleh dapat RM16 , beza RM2 jika beli online .



PENGINAPAN
Boleh booking di AGODA KLIK SINI . Harga serendah RM70 .




HARI PERGI

Ni nak cerita pasal nasi lemak , pukul 4:30 pagi duk mengidam , nasib bahan ada cuma timun ngan ikan bilis je tak ada , tak apalah asalkan ada santan jadilah juga nasi lemak teruna ewah . Konon nak makan sarapan tapi tak sempat kesuntukan masa , jadi kita bawa bekal makan tengah hari dalam kereta .


Selepas saja solat jumaat terus bergerak menuju ke Genting Highlands , pada awalnya nak naik bas tapi bas pula ikut jadual , so memang tak sempat , better naik je kereta , fuad pergi sorang diri tanpa sesiapa . Minyak isi RM20 , tu pun ada lebih lagi , kalau nak naik kereta bawalah kawan kawan sekali , boleh share sorang RM5 , tol gombak pula hanya RM6 ketika pergi .




Sebelum sampai ke puncak genting akan jumpa Gohtong Jaya , sini lebih kurang seperti pekan kecil dan juga terletaknya Strawberry Farm , haa ingat cameron je ke ada , genting pun ada . Kalau berminat nak masuk boleh lah pergi , dalam pun besar , ada cafe strawberry , boleh petik.





Disini juga ada Ladang Lebah dan Taman Rama Rama , kalau nak pergi sini waktu balik sebab taman ni disebelah kanan jalan , bukan laluan sama nak ke strawberry farm . Kadar bayaran masuk RM16 .


Untuk menaiki kereta cable , perlu menuju ke Awana Sky Central , disini juga terletaknya Genting Highlands Premium Outlet , memang sebelah sebelah , kalau naik kereta kena parking kat sini , kadar bayaran agak mahal sejam RM3 weekdays RM4 weekends max sehari RM18 . Jika naik bas , bas akan berhenti disini dan you guys perlu naik cable car untuk ke puncak . Actually boleh je kalau nak drive sampai atas tapi disebabkan nak merasa naik cable car why not kan .






Bagi belian cable car melalui KLOOK anda hanya perlu scan QR code di gate dari voucher yang diberi menerusi hp , mudahkan .


Sekarang semua senang guna QR code saja .


Kalau pergi hari biasa korang akan menempuh dengan pelancong pelancong dari China , rasanya kat sini pelancong melayu hanya fuad je kot , memang tak nampak yang lain , tambahan hari biasa kan orang koje .


Waktu nak naik ni kan kita bagitau lah kat akak yang jaga ni boleh tak 1 gondola hanya saya sorang saja haha , kau ingat kau vvip adoii . Akak tu gelak je , memandangkan ramai so kena lah berkongsi juga dengan pelancong China . Tapi kalau anda datang dalam 5 orang atau 1 family  bagitau je kat pekerja situ nak 1 gondola kita kita je tak nak campur . Kalau boleh lah dia kasi je .


Nyamannya , melihat kehijauan saujana mata memandang , so relaxing . Dengan hanya RM9 dapat merasai pengalaman begini sangat sangat berbaloi , perjalanan mengambil masa 10-15 minit . Duduk dalam ni jangan habiskan waktu berborak rugi , nanti tengok eh dah sampai dah tak sempat nak menikmati .






Cable car ada 3 station , awana - chin swee caves temple - sky avenue , untuk lawatan pertama Chin Swee Caves Temple turun di station Chin Swee Caves , jangan risau kita boleh guna tiket tadi untuk naik balik .





Orang akan cakap nak buat apa kat sini , actually fuad punya tanggapan pun begitu juga tapi why not kita jalan jalan tengok temple paling famous dan juga top attraction jika anda datang ke Genting . Temple ni ada banyak bahagian , boleh lihat di bawah .


Famous Pagoda








Dekat sini view cantik , nak ambil gambar pun boleh , lagi satu kalau ada yang berminat untuk bawa bekal , kat sini ada tempat duduk boleh lah sambil makan sambil menikmati udara segar .






Lepas kita dah round 1 temple tu kita naik balik menuju ke punjak pula .





Mungkin akan ada yang bertanya `what happen 21st century fox theme park genting` kalau ikutkan tahun 2019 opening tapi disebabkan ada isu dengan Disney , why disney ? sebab disney dah beli 21st century fox , disney tak nak terpalit dengan perniagaan judi , as we know disney kan more to kids , fairy tale and so on , so nampaknya perkara ini menjadi isu besar , theme park pun almost 90% siap , papan tanda pun dah letak , baru baru ni berita jika tak silap dia orang dah dapat persetujuan , genting perlu tukar nama lain dan boleh dibenarkan mengguna certain part of 21st century fox , contoh design dan sebagainya . Alah dulu pun outdoor theme park genting tak yah collaborate still ramai giler orang datang , ternyata genting mempunyai tarikan tersendiri .










Lawatan kedua adalah bermain indoor theme park , ini hanyalah optional saja , tak nak main pun tak apa , macam fuad nak masuk sebab nak buat review . Tiket jika beli di KLOOK RM60 , kalau ambil pakej sekali dengan cable car RM64 . Unlimited ride , dari jam 10 pagi sehingga 10 malam . Untuk tiket pay per ride weekdays RM10 , weekends RM15 . Boleh beli disini .








Jika anda beli secara online tak perlu beratur dan masuk lane biasa , just pergi ke kaunter online ticket dan tunjuk QR code .


yeahh dah dapat , tiket gelang ni ada QR code tau , so nanti nak main just scan saja , indoor ni tempat dia terbuka , semua orang boleh masuk , sebab itu setiap permainan ada mesin pegimbas untuk memastikan anda pemegang tiket sah.


Permainan pertama DISCO , siapa pernah pergi MAPS Ipoh mesti tau benda alah ni , dikategorikan sebagai high thrill tapi bagi fuad biasa je , fun mmg fun tapi tak takut pun mungkin sebab bila dah makin berusia ni semua benda jadi biasa , thats why i miss my childhood , kalau dulu pantang nampak benda ni mesti mengila.


 
Permainan kedua POWER SURGE , first nampak orang yang main semua duk jerit jerit , waktu naik ni terjumpa seorang lelaki dia cakap boleh duduk sebelah , eh boleh saja , sebab dia cakap kalau duduj sorang sorang takut , i dah main ni 3 kali dah yang ni paling takut , so fuad pun fikir mesti thrill , sekali dah mula dia pusing pusing 360 darjah bukan itu saja seat kita pun di pusing kiri kanan , its really really fun but not scare ! haha , eh ini bagi kita , kalau orang lain jerit jerit dah .



Bestnya pergi hari biasa tengok lah lane tak dak orang sangat pun , semua pakat tunggu bila sorang masuk lan semua sibuk nak masuk sekali haha , yerlah kalau kita sorang kat situ malu pula takkan kita sorang2 nak naik tak best lah .






Permainan ketiga SPIN CRAZY , lebih kurang macam tadi , tapi yang ini dah macam thor tengah pusing pusing dia punya hammer , memang nak termuntah , kalau baru makan tu tak yah lah karang ada yang berterabur kat lantai haha 


Permainan keempat BUMPER BOSS aka BUMPER CAR , ini paling fuad suka dari dulu sampai sekarang , its really really fun ! Memang puas hati bila dapat langgar budak budak ni haha 




Permainan kelima ROYAL CAROUSEL , dah beratur tapi rasa macam buang masa pula lebih kepada budak budak .



Permainan keenam MUSIC EXPRESS , ini pun lebih kurang macam kat Berjaya Times Square , kalau dengan kawan kawan memang gelak gelak tengok muka masing masing pening nak termuntah 



Permainan ketujuh TEA CUPS , rasanya semua oarng dah pernah naik benda alah ni 






Haa itu jelah yang main pun , for me not reallt exciting , tapi kalau budak yes mereka akan suka . Tambahan pula Skytropolis Indoor theme park ni masih dalam preview pass , tidak semua permainan dibuka untuk digunakan , ada dalam 2-3 kot salah satunya roller coaster , bila ditanya dengan stff situ dia pun tak sure . Then waktu datang ni ada pula permainan yang tidak beroperasi .









  Di atas pula ada BIGTOP GAMES , beli token dan main , setiap permainan mengikut jumlah token yang diperlukan








Disebelah sini pula terletaknya SNOW WOLRD , KARAOKE dan BOWLING BOWL .


Dulu pernah masuk ke sini jadi memang fuad tak masuk lagi , kalau anda nak masuk caj untuk dewasa RM40 , kanak kanak RM30 . Ia mengikut setiap sesi . 1 sesi tak silap 30 minit , dalam ni bukan setakat kita boleh merasai suasana musim salji malah tarikan terbaru di dalam snow world 3D Art juga mula dipasang so boleh lah nak ambil gambar cantik cantik , kalau dulu tu hanya boleh ambil gambar dinding yang bercorak kan ala ala europe je . Jangan berharap salji disini sama dengan salji asli , memang sangat beza , fuad pernah rasa salji asli sewaktu di SEOUL dan salji tiruan disini , salji asli sangat soft , salji buatan agak kasar sedikit tapi tak adalah kasar macam mamak buat abc tu hehe .






Genting Bowl agak berbeza sedikit dengan pusat bowling yang ada kat KL , sebab ini salah satunya pusat bowling bertemakan glow in the dark , malah lagu juga dipasang , sambil main sambil joget ewah , fuad pernah main dengan kawan kawan sebelum ni , memang fun sangat , harga pula tak mahal untuk 1 game baru RM8










Bersebelahan bowling ada pusat karaoke studio k , yang ni tak pernah masuk , so tak tau nak bagi review bagaimana sound mic dan speaker 



Disini terletaknya SKYSYMPHONY , tempat dan pentas persembahan , haritu event Batman Return pun buat kat sini , memang happening , untuk paparan tv akan dikeluarkan setiap jam boleh lihat disini , so boleh lah kalau anda nak tengok pertunjukkan , bergambar dan santai.




Di bahagian tingkat bawah ada HALAL Medan Selera , as we know harga makanan kat sini semua mahal mahal , even fast food pun harga akan meningkat dari harga biasa . Dulu fuad masih ingat lagi makan kat satu medan selera dekat dengan ripley believe it or not , nasi goreng RM20 tak masuk air , dah lah tak sedap . Tapi jangan risau disebabkan ini trip bajet fuad akan tunjukkan kat korang kedai makan mamak paling murah sebentar saja lagi .






1 floor dengan medan selera ada surau , nasib surau ni besar 



Bona Cinema baru dibuka di genting dulu dulu tak ada tau , harga pula jika tak silap yang biasa RM20 , lupa pula nak tanya dengan akak jaga kaunter tu . Waktu tayangan pula sehari dalam 4-5 kali , hall pawagam pula tidak lah sebesar tgv wangsa walk tu .






Okey sekarang kita akan menuju ke kedai mamak yang fuad cakap sebentar tadi , terletak di lot parking hotel Maxims , untuk ke sini cari signboard ke Genting Skyway , iaitu station cable car lama . Kena naik tingkat 4 atas sekali , sama floor dengan Awana Skyway bezanya yang ni Utara , genting skyway arah selatan , memang jauh juga lah nak menapak , kita pergi sini bukan semata mata nak makan je tapi nak tunjuk juga tempat baik punya untuk menikmati udara malam .



sepanjang perjalanan tu akan jumpa pentas 



Haa nampak tak tu signboard Genting Skyway dan Hotel Maxims , just terus je , sebelum nampak signboard ni akan jumpa Skyavenue Complex , kanan ada MCD , kiri ada KFC depan ada maybank , belok ke kiri tau .


Yeah dah jumpa , so terus je okey


akan nampak belah kanan ada lif dan juga tangga , turun ke B5 



waktu ni kita turun tangga je



lepas dah keluar lif belok kanan ada tangga dan akan jumpa signboard di bawah , kalau turun guna tangga memang akan nampak , Muhibah Kitchen ni salah satunya bagi fuad lah ya antara restoran termurah kat genting , dia ada 2 cawangan , satu kat atas , satu lagi kat Awana Sky Sentral , harga pun sama .



pelbagai sajian makanan yang disediakan harga pun tak mahal , base on menu yang tertera roti canai baru RM2.50 , mee goreng pula dalam RM5-RM6 , banyak pilihan yang boleh dipilih mengikut bajet anda .


kalau nak rasa angin sejuk malam meja diluar juga disediakan boleh lah makan kat sini , syokk , borak borak dengan kawan kan sambil pekena roti canai dengan teh tarik uummpp



Fuad makan nasi campur total dengan air dalam RM14.30 , okeylah kan takkan kita nak jangka RM8 pula , even kat KL pun RM10 


Lepas korang dah makan , kita pekena desert pula , tadikan ada nampak MCD , fuad beli aiskrim choco top RM3.50 



 jangan makan sekarang , bawa pi luar kita nak santai depan Hotel Maxims




Dekat water fountain ni kita boleh duduk lepak kat tepi batu 




memang heaven sangattt , menikmati ais krim dengan cuaca yang sejuk , we are so enjoying with friends or family , sebenarnya untuk create kegembiraan tak perlu benda yang mahal , tak perlu makan kat tempat fancy fancy , the most important is we grateful and enjoy every moment , tinggalkan segala masalah hidup dan masalah di tempat kerja seketika , this is our time , we deserve to be happy! Lepas tu sambil makan sambil gelak , we selfie together then upload kt ig fb , nanti lagi beberapa tahun kalau kalau you tengok balik gambar this is the best precious moment that you had 💓






Okey its time go back home , kembali balik ke Awana Skyway untuk turun , kalau anda tak beli lagi tiket boleh beli di kaunter atau self kiosk , RM9





sejukk




Okey dah sampai di Awana Skyway Sentral , kalau anda naik bas akan turn di bawah sekali



haa inilah restoran mamak yang fuad cakap tadi , cawangan kedua di sini


sebelum balik KL anda boleh lah melencong kejap kat Genting Preium Oulet , jalan jalan , window shopping  , mana tau kot ada sales boleh lah sambar .









Okey bye bye Genting see you next time , nasib Ampang dengan Genting tak jauh , tak smpi 1 jam pun so anytime boleh pergi lagi





Okey now tiba untuk kira total perbelanjaan

ni perbelanjaan untuk fuad sorang

Theme park & cable car pergi  - RM64
Cable car balik - RM9
Minyak - RM20
Tol - RM12
Makan - RM14.30
Ais cream - RM3.50
Parking - RM18

JUMLAH RM140.80


meh fuad tunjuk bajet untuk korang pula

Jika Naik Kereta Kongsi 5 Orang

Minyak & tol - RM6.40
Parking - RM3.6
Cable car return - RM16 (beli di kaunter)
Makan - RM15
Ais krim - RM3.50

JUMLAH RM44.50


Jika Naik Bas Genting Express Dari KL

Bas & cable car return - RM28.40
Makan - RM15
Ais krim - RM3.50

JUMLAH RM46.90

See dengan bajet yang ciput dapat jalan jalan di Genting , okeylahh kan hihi

Anything soalan boleh je tanya , komen kat bawah , nak tanya soalan banyak banyak pun boleh


UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE 



120 comments:

  1. Tq fuad. Bloq yg sgt berinfomatif siap dgn gambar yg byk. Sng nk visualize...hehe..Nk tya indoor tu mmg 5 games shj ke yg ok? Worth it tak kalau beli preview pass tu? Sb plan nk beli utk anak 3 org minggu dpn cuti sekolah, tp games mcm x byk je. Dlm web genting info ada 20 games...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama ^_^ , Terima Kasih juga baca blog kita,
      kalau bawa anak anak kecil memamng dia org suka cuma kalau yang dah besar tu takut dia org rasa tak seronok sebab yang thrill punya hanya 4-5 je , yang low dan medium mmg semua dibuka ,betul semua dlm tu ada 20 ride , cuma fuad tak snap mana yang tak naik , yang tak buka pun dlm 2 je , kalau kira berbaloi mmg berbaloi sebab kalau kita kira balik pay per ride , 1 permainan RM10 , main 6 permainan dah RM60 ,kalau preview pass tu unlimited nak main sampi pagi sampai malm pun boleh hehe , tambahan kawasan ni open , boleh main anytime pada hari tersebut :)

      Delete
    2. Ouhhh...ok baik👍👍👍 thx again fuad🌹

      Delete
  2. nak tanya, tiket bas tu harga dia pergi dan balik ye sekali dengan tiket cable cara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai , hanya bas GENTING sahaja yang boleh beli termasuk cable car tapi bas ni kena beli kat salah satu 4 kaunter tiket , Kl sentral , 1 utama , Pudu , LRT Gombak , so far tiada belian secara online , hanya bas syarikat lain saja boleh beli di easybook , maklumat lanjut tiket bas genting boleh lihat kt sini https://www.rwgenting.com/gettinghere/busterminal/

      Delete
  3. Nice boss.. Sentiasa lah update travel anda.. Sy suka baca.. Bnyak gambar.. Teruskn usaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi Terima Kasih , In sya Allah , 1 bulan 1 trip :D

      Delete
  4. banyak informasi dlm blog ini syabas tuan moga masa akan datang lebih banyak post tentang dalam malaysia semoga boleh promote tempat2 percutian di dalam negara...
    https://vigourmarine.com.my/fishing-at-redang-island

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak sewa hotel yg murah dekat mana

      Delete
    2. selalu airbnd banyak apartment murah untuk sewa tapi bukan atas puncak genting

      Delete
  5. Assalamualaikum , Encik Fuad . Saya dari Batu Pahat , Johor ingat 16hb 9 ni nak ke Genting Highlands nak jejalan dengan family and kawan . Kami naik kereta Starex . Agak-agak bape eh kos minyak , tol and makan yang perlu kami keluarkan . Lagi satu kami terfikir nak beli tiket online Preview Pass tapi just 6 orang je yang main yang purata umur kami 18/19 tahun (berbaloi tak ?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam ,
      1. Saya tak pasti kos minyak sebab saya tak guna Starex , kalau En pengguna Starex mesti boleh anggarkan berapa . Lagi 1 saya dari KL , mmg tak boleh estimate dari Batu Pahat ke Genting .
      2. Tol boleh buka di website kadartol.llm.gov.my
      3. Bab makan ni berbeza bagi setiap individu , ada yang kuat makan dan ada yang kurang , tapi boleh bajetkan sorang makan dalam RM20 jika makan di kedai mamak yang saya nyatakan di posting .
      4.Kalau ikut berbaloi , memang berbaloi dengan harga sebegitu dapat main unlimited lagi

      Delete
  6. Hai kalau nk stay kt genting, hotel ap yg dekat since kami x ad transport. Selain first world hotel, sebab hotel tu dh full booked huhu. Thanks 🙏🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai
      Theme Park Hotel
      Resort World
      Maxims
      Genting Grand
      Pangsapuria Ria

      Delete
  7. Haii nk tanya, tiket cable car boleh beli online ke? If boleh nk beli kt mane ye?

    ReplyDelete
  8. Salam tuan.. sy nk bertanya la..kalo nk purchase tiket cable car by klook tu utk return ada ke? Sbb bila sy bukak tgok ada tulis utk one way jek.. dan lg budak mcm mane kira ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Return tak ada ada , kena purchase 2 kali , harga budak sama dan dewasa :)

      Delete
  9. Salam. Kalau kite beli ticket cable car tu awal² utk turun dan naik, tapi mase turun tu kite gune ticket utk esok nye bole lagi ke, ? Ke patut beli time nak balik je ,??

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , boleh tak ada masalah , mmg Open Date Ticket valid 1 nov

      Delete
  10. salam

    nak tya..klu dr genting ke strawbery farm dkt x?dpt pki grab?sbb sya pergi ke genting pki bas..n stay d firstworld hotel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , herm nak kata dekat sangat tu tidak , tapi tak jauh pun Gohtong Jaya dgn First World , Grab juga banyak di genting , tambang dalam RM13 ke situ

      Delete
  11. assalamualaikum tuan. kalau indoor themepark tu kalau walk in bleh ke beli tiket tu. harga sama atau mcm mana.. 2. taman orkid tu brapa bayaran dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam ,boleh tapi harga berbeza RM4 dari online dan 1 lagi kena beratur , taman orkid RM8 dewasa / RM5 kanak2 :)

      Delete
  12. Salam Fuad..kami skeluarga enjoy baca vlog awk..nak tanya klu nak naik cable car beli tiket walk in masa pergi boleh x?..sbb xpndai nk booking online..tQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , boleh saja , cuma kena beratur di kaunter , jika online tak perlu beratur dan dapat harga murah sikit , terima kasih sudi baca ^_^

      Delete
    2. Salam fuad..yg muzium ripley's believe it or not brape tiket die?

      Delete
    3. W`salam ,

      Ripley's Believe It or Not!
      Adult - RM51
      Child - RM40

      Delete
  13. salam. macam yg bro tulis kat atas, maksudnya kalau beli di kaunter, harga cable car lagi murah ke? sbb jadi rm16 utk return. Kalau melalui klook rm9 pergi balik jadi rm18.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , ya betul lagi murah jika beli di kaunter if ambil return , mcm di Klook tak ada harga untuk return , cumanya beli di kaunter kena beratur

      Delete
    2. Encik fuad maksudnya kalau nk beli return tiket melalui klook tu contoh untuk 1 way kena beli 2?

      Delete
    3. tepat sekali , kt klook tak ada tiket return , hanya one way only , jadi kalau nk beli pergi dan balik kena beli 2 kali

      Delete
  14. salam.nk tnya harga tiket theme park utk kanank2 pn rm60 ke

    ReplyDelete
  15. Assalam Fuad,

    mmg terbaik lah..nak tanya beberapa soalan

    1) TIker RM64 tu sy tak reti nak beli..tu mmg Cabel car sekali indoor kan.
    2) Tiket balik pulak kita kene beli lain ya..tak jumpa yg tulis tiket return.

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam ,
      1. Tiket RM64 harga normal untuk masuk Indoor theme park , tidak termasuk cable car , yang termasuk tu kena beli kat Klook RM65 , saya ada letak link di atas

      2. Betul , untuk online tiada tiket return , kena beli seperate , pergi dan balik .

      Terima Kasih sudi baca , sama sama

      Delete
  16. Assalamualaikum ..
    Terima kasih info yang diberi,
    Nak tanya satu soalan, Indoor theme park rm60 utk kanak2 umur berapa ye. Kalau umur 2 tahun kena bayar juga ke.
    Kalau bayi kena bayar juga ke
    Warga emas harga sama ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , harga semua sama , indoor theme park genting konsep terbuka , semua orang boleh masuk , bayar bila nak main saja , pay per ride . Jadi memang tiada masalah jika 1 family nak masuk sekali untuk lihat di dalam , tidak mengenakan sebarang bayaran .

      Sama sama , thanks sudi baca

      Delete
  17. Ya allah... terima kasih banyak2.. sgt membantu.. rasa macam dh explore trs je bila tgk gmbr..details.. ini yg suka blog macam ni bermanfaat.. senang nak rancang percutian ke sini...

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  18. Salam, saya cuma nak beri galakan moral. Penulisan yang baik, siap dengan tolong kira budget umum.
    Cuma, kenapa harga makan cuma RM15. per person agaknya ya. (xlarat baca komen/respon orang lain)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , kenapa RM15 ? sebab makan di kedai mamak , kalau makan kt atas dalam mall genting mmg tak dapat harga begitu .

      Delete
  19. entri yang amat menarik... nak tanya kalau bawak anak kecil.. naik skyway tu boleh ke bawak stroler dik? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je sis hehe , usually akak yang jaga cable car tu dia akan control berapa org setiap gondola , kalau 1 family dgn stroller mungkin dia kasi 1 gondola , bergantung , lagipun gondola tu besar mmg fix for stroller , your welcome , thanks sudi baca

      Delete
  20. tq Fuad. Info yg sgt berguna utk budget traveller utk fmly sy. Akn ke genting soon. Cuma nk tanya. Ada tak apa2 tarikan yg baru kat genting?

    ReplyDelete
    Replies
    1. your welcome sis , terima kasih sudi baca . Tarikan yang terbaru so far tak ada , cuma short attraction je ada , Starlight Carnival sehingga 2 nov , https://www.rwgenting.com/Starlight-Carnival/

      Delete
  21. Tq saudara fuad.. Sangat detail informasi saudara..

    ReplyDelete
  22. salam.. saudara Fuad. saya nak tanya, kalau pergi ke skytropolis dengan menaiki kereta, di mana tempat parking yg sesuai? ada tak kawasan parking yang berdekatan skytropolis? dan kalau ada, berapa harga parking? terima kasih.. banyak info yang saya dapat. teruskan menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , boleh parking di first world hotel , bagi semua parking di semua resort di Genting rate Isnin-Jumaat setiap jam RM2 , max per day RM12 , Sabtu Ahad Cuti Umum setiap jam RM3 , max RM18 . Sama sama :)

      Delete
  23. Salam.. Info yg sgt membantu.. Terima kasih..
    Saya ada soalan,
    Mcm mana nk beli tiket express boarding? Dh try tgk online xde.. Kena brli dkt kaunter ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , express boarding untuk cable car ? betul kena beli kt kaunter , sama sama ^_^

      Delete
  24. salam cik fuad..nak tanya kiranya outdoor theme park kat genting highlands tak buka lagi lah ey..sebab plaining nak gi sana bulan february 2020..nak gi sana sbb nak main roller coaster

    ReplyDelete
  25. Salam nak tanya fuad saya bercadang nk pergi bawa baby 10bulan dgn anak umur 4tahun.hotel apa yang sesuai dekat dengan semua tempat dan harga murah.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , first world hotel , turun lobby semua ada , boleh check di agoda , kadang ada hotel lain lagi murah

      Delete
  26. Hotel di kuala lumpur mana yang terdekat kalau untuk ke genting.sebab saya fikir nak stay di kl dulu.esok tu terus je bertolak ke genting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh stay area Gombak , lagi dekat dengan Genting

      Delete
  27. Sangat detail..Tq sharing experience kami nak pergi weekdays cuti sekolah ni. Bagus penulisan Fuad, sangat membantu! Takde pulak butang 'Like' nak tekan hihi

    ReplyDelete
  28. Salam. Nak tanya kalau pi sana tak beli ticket utk mainan rm60+ tu boleh ke masuk kawasan mainan tu? Masuk tengok2 jer tak main.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , bolehhhh , sebab konsep indoor theme park ni Open Ride , semua boleh masuk , hanya kalau nak main je kena beli gelang yang dilengkapi QR code , siapa yang ada gelang tersebut je boleh main . mmg bagus genting buat mcm ni

      Delete
  29. salam fuad, kalau nak ke GPO pon kena naik cable car jugak lah kan. maksudnya park keta kat bawah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , tak perlu , GPO memang berjiran dengan Awana Cable Car , park je kt bawah , naik atas je lif dah jumpa GPO

      Delete
  30. Replies
    1. ada , tapi bas Go Genting tiada belian online , usually kalau nak pergi hari yang sama berkemungkinan besar tiket sudah habis , ada pun tiket yang lagi 3 jam , kalau online boleh naik dari Jalan Pekeliling dan TBS

      Delete
  31. Salam bang... Tq utk info berguna ni... Saya memang jenis yg teliti bab² nk p mana²..sblm p sy akan tgk review kebanyakkan dari blogger la... Cuma saya nk tny yg theme park tu utk kids 2y n 4y bukan semua bole masuk kan... Planning sabtu ni nk kesana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , betul , untuk anak 2 tahun tak banyak boleh main , tapi jangan risau permainan base on pay per ride , tempat ni terbuka , semua orang boleh masuk , mana yang kita suka boleh beli tiket di kaunter

      Delete
  32. salam..kalau saya nak beli tiket return naik cable car untuk dua orang di klook,saya kena beli 4kali ke?so lepas scan sekali,dia tinggal balance lagi 3?sorry kalau soalan agak pelik.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , tak ada pelik lah hehe , mungkin ada kemusykilan disitu , 1 ticket 1 QR Code , so nanti akan dapat 4 QR Code

      Delete
  33. Salam.. Tq so much Fuad! Byk info yg berguna.. Saya pun da berpuluh thn x pegi. Bole kasi nama IG. So that saya bole tanya lebih lanjut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , hehe Sama sama sis ! , takpe boleh je tanya kat sini , fuad hari2 baca komen dan reply :)

      Delete
  34. Assalam fuad,nk tnye mngenai tiket cable car tu:
    1)kat klook xde tiket return,so adkah sy kena bli 2 tiket utk seorang?dh baca kt atas still x faham😅
    2)tiket tu masih boleh guna if kita stop kat mana2 station dia kan?but valid smpai bila ye?
    Trima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam ,
      1) betul , kena beli asing2 , dia tak ada pakej return . Kecuali beli kt kaunter ada return tiket harga lagi murah kurang RM2 .
      2) kat sana ada 3 station saja , yes mmg valid kita boleh stop any station tapi once dah keluar station last mmg dah tak boleh guna lagi hehe

      sama smaa

      Delete
  35. Terima kasih banyak sebab sharing dengan detail. Saya pun akan pergi seorang, day trip. Nak overnight sorang diri memang taklah sebab takut hantu. Lol.

    Boleh tahu Sdr naik cable car pkl berapa pagi dan waktu berapa turun? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha , mana2 ada hantu :P , tapi kalu stay amber court tu jangan cari pasal hehe . actually naik waktu tgh hari then time ni hari biasa , banyak pelancong China je hehe

      Delete
  36. Salam fuad..
    Harga snow world tu still valid untuk 2020 ke? Saya hampir nak beli thru genting webaite,harga RM 55 ( xde dewasa or kanak2) mcm flat rate je...atau lebih baik saya beli kat Sana je.Klau tgk signboard yg fuad share nampak lebih murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , saya pun pelik kenapa di web lagi mahal , rasanya harga kt situ mmg standard price bukan promo , kalau nk beli kat sana pun boleh je tambahan kt snow world tu tak ramai org hehe

      Delete
  37. salam nak tanya, klu dr genting nak ke bukit tinggi ada x kemudahan awam yg boleh ke sana n berapa rm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , genting ke bukit tinggi tiada bas awam so far , yang ada pun van/bas shuttle dari berjaya times square ke bukit tinggi , ni pun under Berjaya punya , dalam RM66 , http://www.colmartropicale.com.my/contact-us/shuttle-service/

      Delete
  38. Salam,
    Satu perkongsian yang amat berguna.
    Saya nak tanya ada tak hotel untuk bermalam dikawasan GHPO

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , di GPO tiada hotel , yang berdekatan je ada , paling dekat Awana Hotel dan hotel2 di gohtong jaya . Cumanya kalau stay sini tidak sesejuk di atas :)

      Delete
  39. Salam encik fuad. Sy masih kurang faham tentang pembelian tiket klook. Purchase rm9 untuk one way. Jadi untuk return,kita boleh beli time bila ye? Masa nak turun ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , di klook tak ada harga return , hanya ada one way saja , mean kena beli 2 kali di klook , 1 ketika naik dan 1 lagi ketika turun :)

      Delete
  40. Wow wish I can achieve this short trip with this budget too ^^ Do you know how much to stay a night in this Genting accommodation?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahhh , you can ! As i know lot of apartment by owner in Genting can book thru airbnd.com , you can try tengok ^_^

      Delete
  41. salam tuan
    1) kat mana nak parking kereta...kat kereta cable atau kat gpo.? ade 2 tempat parking ke kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , Awana Skyway Cable Car & GPO tempat yang sama , beza bangunan saja , tempt parking hanya di bawah GPO

      Delete
  42. saya nak naiknke genting dulu pastu baru nak ke gpo....
    indor tu bukak pagi kul berapa...tq

    ReplyDelete
  43. As salam, wahhh nice laa blog. Tersusun rapi sangat 👍🏻

    Nak tanya kalau naik motor kena bayar park jugak ke? Boleh share link Klook tak yg ticket indoor and cable car? Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , Terima Kasih :)
      maaf untuk motor saya kurang pasti, mungkin tak kena bayar , di atas saya ada attach link , cuba scroll up balik :D

      Delete
  44. Assalamualaikum..saya ada anak istemewa...berkerusi roda.cara terbaik bawak kerete sampai atas atas Naik cable car yg mudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , cara terbaik naik kereta sampai atas :)

      Delete
  45. Salam, nak tanya. Esok saya ingin pergi ke genting untuk konsert. Dekat mana ya arena of star box office? Kalau utk pergi arena of star tu kena naik cable car ke atau boleh naik kereta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , dekat dengan Maxims Hotel , sampai di atas kena tanya sebab nanti sesat . Naik cable car boleh , kereta pun boleh , semua kat atas tu je

      Delete
  46. Hai nak tnya klau bawak kenderaan memang kena parking dekat tmpt parking tu je ye..ada tempat parking dekat hotel?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada , kalau yang nak naik cable car boleh parking situ tapi kalau tak naik cable car boleh parking kat atas , setiap hotel ada parking

      Delete
  47. Hai, nak tanya sebab saya kurang pasti.

    Harga bas express Rm13.90 tu.. inclusive of tambang bas pergi & balik + cable car NAIK sahaja ke? If yes, kita cuma perlu beli tiket cable car untuk turun sahaja ke nanti? Rm9 kan harga utk turun? Thank you in advance :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi , betul naik sahaja , dulu dia buat return skali , tapi tiket ni hanya boleh di beli di kaunter GoGenting saja , usually kalau nk beli dan pergi pada hari yg sama always sold out , kena beli on advance , kalau nk double confirm waktu beli cuba tanya tiket cable car hanya one way sahajakan , who know dia buat promo skali return ke waktu MCO hehe , if dia ckp one way sahaja , dont worry kt atas belambak kiosk beli tiket secara automatic , your welcome :)

      Delete
  48. Hye... thanks for the sharing experience... Nak Tanya lah... Mcm sy book hotel stay di Awana hotel... Nak ke cable car tu jauh x? Sebab Tak pernah sampai Sana Kan...so cannot imagine... Since bila anak dah besar Ni, barulah terfikir nak prg sn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye , mmg tak jauh sis , hotel awana dan cable car awana dekat situ je tapi still kena naik kete tak boleh jalan kaki , rasanya pihak hotel ada buat shuttle ke cable car

      Delete
  49. Then.. yang theme park tu... Kanak-kanak bayaran dia sama mcm dewasa ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul , harga sama , permainan base on pay per ride atau unlimited ride dan tempat ni terbuka , semua orang boleh masuk , mana yang kita suka boleh beli tiket di kaunter , ada permaianan yang budak2 tak boleh main sebab ukuran ketinggian :)

      Delete
  50. Salam Tuan.De surau ke dekat awana terminal tu

    ReplyDelete
  51. Hi assalam dik fuad..
    Akk plan 30/8 ni nk ke sana day trip by bus 5beranak.. 1st time nak ke sana.. nk book hotel full dah time ni �� nak tanya rm64 tu ticket indoor game + 1 way cable car for 1person je kan? Kalau utk kids hrga sama juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dan sehala saja , untuk return kena beli tiket lain , mean ada 2 tiket cable car pergi dan balik , kanak2 harga sama :)

      Delete
  52. Salam en fuad ..sy dr trganu nk pg genting stay kt grand Ion Delemen hotel..belum prnah pg lg ni first time just nk tnye better kne panjat bukit sampai pucak ke cmne ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam m better sampai ke puncak , sebab kt atas yang ada tarikan semua hehe

      Delete
  53. salam en fuad, thank you info yg sangat menarik.. saya nak tanya yg naik awana skyway terus ke indoor theme park ke...lepastu kan encik kata kalau beli tiket online one way sekali dengan theme park Rm 64, so kalau nk balik tu beli kat kaunter ke atau beli siap2 online tiket utk balik punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , betul , dari awana cable car terus naik ke bangunan SkyAvenue , bawah tu indoor theme park . Yang RM64 tu dah tak ada , kena beli asing2 ,theme park boleh beli di web https://www.rwgenting.com/Theme_Parks/Skytropolis/ , skrg ada promo RM55 . sama sama :)

      Delete
  54. Kalau macam orang Sarawak pergi genting agak brapa bajet kalau 1 dewasa & 1 Kanak?

    ReplyDelete