Assalamualaikum semua , trip bajet kali ini kita ke Pulau Pinan Penang , actually trip ni seminggu selepas dari trip ke Genting Highlands . Memang haritu plan nak pi Penang tapi tak pasti bila , then nampak di EASYBOOK bas Supernice ada buat discount 40% haa memang cantik lah kan , terus book tapi tengah duk excited book tu boleh pula tersilap pilih tarikh , bertolak sabtu 3 ogos , balik 10 ogos sabtu , nasib baik dengan EASYBOOK pertukaran tarikh sangat mudah dan lancar dapatlah tukar waktu balik tu 3 ogos . Tips untuk nak murah ambil bas waktu tengah malam , jadi malam tu akan bermalam di dalam bas , sampai pagi dah boleh buat tour , jimat duit hotel .
Guysss Fuad ada buat pakej trip ke Penang 2 hari 1 malam termasuk hotel , HANYA RM199 je , boleh klik sini
Untuk kadar tambang ETS pula serendah RM118 pergi balik , perjalanan mengambil masa 4 jam 26 minit .
Kalau anda nak booking hotel boleh booking di AGODA , selalu menawarkan harga rendah , paling murah hostel RM11 semalam , booking disini
Mungkin ada yang tak tau atau ada yang dah tau , Penang ni bukan hanya yang pulau tu saja , malah ia merangkumi di mainland , so dia ada dua bahagian , Penang dan Pulau Pinang , lihat peta di bawah
HARI PERTAMA
Sebelum ke TBS make sure urusan kerja dah selesai , lepas habis jumpa client terus gerak, waktu ni dah pukul 11 tak risau sangat sebenarnya sebab Ampang dgn Tbs bukan jauh pun tapi waktu dah nak sampai tu jem giler , ini confirm ramai nak balik kampung ke apa ntah tak taulah , so fuad ambil keputusan parking kat bandar tasik selatan sebelah station LRT , ni bukan dalam TBS tau , terminal ni dah lama wujud sebelum tbs lagi , memang disediakan bagi mereka yang bekerja boleh parking disini dan naik train . Kadar bayaran pun tak mahal hanya RM4.40 sehari kalau parking dalam TBS pula RM10 , so nak jimat baik parking sini je , fuad pun first time sebenarnya , kalau tak jem mungkin tak tau , dan kena berjalan sikit .
LRT BTS
Jambatan pejalan kaki ke TBS
Horeyy tiket sudah dapat
Mengikut pengalaman selama naik bas tak pernah on time , mesti delay dalam 20-30 minit , jadi kalau korang terlambat ke kan jangan risau okey
time to boarding
bagusnya bas ni setiap seat ada double port usb , haa memang ngam sangatlah kan kalau korang jenis suka dengar lagu tu , fuad caj hp ngan powerbank . Bas ni 1 row hanya 3 seat saja , memang besar dan selesa .
sedang dibuai mimpi 😙
bas akan berhenti beberapa terminal , jangan terus turun pula , kita punya terminal Penang Sentral
Alhamdulillah dah sampai , nampak macam baru terminal ni and its my first time here , selalunya datang naik kereta ngan flight je .
Sampai sini dah pukul 5 lebih dah nak subuh , so kita terus cari surau dulu
Lepas habis solat boleh lah kita mulakan perjalanan kita seterusnya , keluar surau tu belok je ke kanan akan nampak signboard ke Terminal Feri , oh ya kalau korang nak mandi ke kan boleh je mandi kat toilet sini depan surau . Sini ada 1 kedai makan je buka , disebabkan fuad dah set breakfast pagi ni kat mana so tak makan kat sini . Actually fuad bit excited nak naik ferry sebab dah lama giler tak naik , dulu adalah ayah bawa ketika umur 4-5 tahun kot .
Ferry Penang diuruskan oleh Rapid Penang . Beroperasi dari jam 5:20 pagi sehingga 12:40 tengah malam . Kadar tambang sangat lah murah hanya RM1.20 sehala .
Masa kekerapan ferry setiap 20 minit . Pada mulanya dia akan bagi motor dan kereta masuk dulu , ferry ni 2 deck , bawah kenderaan atas orang , tapi ada je ferry both atas bawah campur dengan orang .
Pagi pun ramai juga , walaupun hari sabtu
Seronoknyaaaa seriouss bestttt rasa macam naik ferry waktu cuti kat Hong Kong , dengan angin sepoi sepoi bahasa dan yang paling penting tambang RM1.20 sangat sangat berbaloi , so sesiapa datang Penang tu tolong lah naik ferry boleh merasai sendiri pengalamannya . You will not regret ! masukkan dalam whist list .
Turun je dari ferry perkara pertama nak buat mesti cari kedai makan dulu untuk sarapan , sebelum fuad ke sini dah buat research tempat makan yang menarik , katanya tempat yang fuad nak pergi ni menjual nasi lemak pedas dan ramai yang membelinya , jadi kita pun nak mencuba rasa , tidak jauh pun hanya jalan kaki saja , boleh search di google Ali Nasi Lemak Daun Pisang .
Tapi sayangnya waktu sampai bukan kata kedai si Ali ni tapi 1 food court tak buka , tengok kat google hari sabtu buka jam 7 pagi , tapi ni dah 7:05 orang pun tak ada , and this time juga ada nampak few malay girl mungkin dari KL juga macam tengah menunggu . Jadi kita tunggu tunggu herm ni macam tak buka , tapi tak apa nasib fuad ada list 1 lagi kedai makan iaitu Roti Canai Tranfer Road .
Fuad naik GRAB saja , driver ni cakap kenapa tak buka pasal sabtu orang tak kerja , usually food court tu buka time orang kerja je , herm entah lah haha
Sampai saja kat sini ya ampunnn semua meja dan kerusi penuh ! Semua dah standby nak makan . Waktu ni pun ada orang yang baru datang juga , so ingat nak blar dah , fuad terus terang cakap ya nak makan kena beratur atau sesak sesak atau berpusu pusu bukan budaya fuad , nak makan harus tenang then tiba tiba mamak tu panggil pergi sebelah sana memang dia orang ada buat extra place bagi menampung kapasiti pelanggannya yang ramai . Tak lah jauh , seberang jalan saja .
Paling penting fuad dah dapat meja , 1 table me only hihi . So ane tu pun tanyalah nak makan apa kita cakap roti canai , rupanya kat sini memang standard roti canai ayam atau roti canai daging , kalau roti canai saja kena request saya nak roti canai saja tak mo ayam ke daging ke , dekat sini juga ada serve roti bakar telur .
Tadaa fuad punya roti canai ayam dah sampai , teh tarik tu sebenarnya bukan fuad nak order tapi si ane ni dia bawa 1 dulang teh tarik , which siapa nak dia bagi je , disebabkan ramai orang dan tak kuasa nak memilih so kita ambil je teh tarik , okey je tak kisah pun , kita bukan jenis cerewet hehe .
Dekat sini konsep sebelum makan kena bayar dulu , did you know how much ? RM8 ! okey take a breath for a while , fuad sebenarnya tak kisah pasal harga makan cuma make sure ia berbaloi . Bukan nak kondem tapi roti canai dia rasa biasa saja nothing special . Cuma uniknya makan dengan ayam , okeylah kita boleh bagi credit ayam dia besar . Kedai warung kat rumah kita yang roti canai tak sampai RM2 tu pun lagi sedap dari yang ni . Fuad tak faham kenapa viral dan ramai suggestkan wajib makan kat sini. Mungkin sebab tempat ni dah beroperasi lama kot , but sorry to say fuad bukan jenis nak mengampu , review biar jujur , supaya orang dapat tau kebenarannya, tak nak nanti orang cakap apalah si fuad ni suggest makan kat sini bukan sedap mana punnn , dahh kita pula yang kena . Jadi pesanan fuad better pergi kedai mamak lain yang tak ramai orang , boleh makan dengan nyaman bersama anak isteri tapi kalau korang nak makan juga dan teringin nak cuba dipersilakan , fuad tak cakap tak sedap tau cuma rasa dia just average . Nanti boleh lah komen kat bawa kalau dah pergi boleh yang lain pun baca pandangan masing masing .
Destinasi seterusnya kedai makan Dim Sum Valet Penang , katanya kat sini famous dengan halal dim sum , kedainya buka 9 pagi , sebelum tu jalan jalan dulu , dari roti canai tranfer road nak ke sini pun tak jauh boleh jalan kaki .
Dekat Penang juga ada disedikan basikal dari Link Bike , kadar bayaran pun tak mahal , boleh lah kalau nak ronda ronda bandar .
Sepanjang perjalanan tu akan tempuh Jeruk Madu Pak Ali , kira famous dekat Penang , kalau korang pengemar jeruk boleh lah beli sini .
Okey kita dah sampai di DIMSUM VALET , waktu datang ni kedai baru je buka dan orang tak ada lagi , ketika ini dimsum masih dalam pengukus , tak apa kita tunggu dulu .
Kedai ini diusahakan oleh keluarga melayu dan disini juga bukan saja menu dimsum disediakan malah berbagai lagi seperti di menu .
Haa makcik dah panggil kita untuk pilih , 1 piring berharga RM4.60 , pau juga ada dijual . Fuad tak sure lah sama ada mahal atau murah sebab jarang sangat makan dimsum .
Fuad tak tau nak pilih mana satu , rambang mata sangat , so kita pilih 4 jenis ni , kalau ikutkan tak cukup sebenarnya 4 piring , kalau nak betul betul puas kena order 10 piring sorang tapi disebabkan fuad just nak rasa saja kita ambil ni je .
Dimsum boleh dimakan dengan begitu saja atau cicah dengan sos dia , rasa memang sedap , ikutkan hati nak tambah lagi 10 tapi mengenangkan banyak lagi tempat makan yang nak pergi , cukup cukup lah.
Alhamdulillah , lepas makan satukan senang dia nak angkat , total semua RM18.40 , air tak order pasal fuad ada air mineral
Destinasi seterusnya ke Bukit Bendera , nak pergi sini korang boleh naik Grab atau Bas , fuad sarankan bagi yang datang dalam 4 orang baik naik grab , tambang dalam RM10-RM12 , kalau bahagi 4 kira murah lah , tambang bas pula RM2 . Bukan apa kalau bas kena tunggu dalam 30-40 minit , kalau naik Grab terus je .
Untuk ke Bukit Bendera naik bas 204 , kalau nak tau bas apa dan tunggu di mana , buka google maps pilih direction bas , nanti dia akan keluar tunggu dan bas apa kena naik .
Penang juga ada Bas Hop On Hop Off , dan perkhidmatan ini ada 5 pakej . Bagi isnin hingga khamis hanya pakej Sightseeing Tour yang disediakan tiket berharga RM60 , tapi kalau korang beli kat KLOOK (klik sini) dapat diskaun RM5 , hanya RM55 saja , boleh pilih Sightseeing Tour atau Sunset Tour . Bagi hari jumaat hingga ahad dan termasuk cuti umum hanya pakej City Tour disediakan , tambang RM22 , 11 station . Kalau beli di KLOOK (klik sini) RM20 saja . Untuk Panoramic Bus Tour hanya RM23
Fuad naik bas rapid saja tambang RM2 perjalan 1 jam juga sebab berhenti berhentikan ,Rapid Penang tidak menyediakan pembayaran menggunakan TnG , so kena sediakan duit cukup cukup , tiada baki akan dipulangkan .
Okey dah sampai Penang Hill atau dikenali sebagai Bukit Bendera . Dibuka setiap hari dari jam 6:30 pagi sehingga 11 malam , sekarang ada sunrise & sunset promotion . Harga tiket RM12 return . Waktu sampai ni aduh ramainya , sebelum sebelum ni pergi tak ramai macam ni , bila tengok ramai rombongan sekolah , rombongan kak kiah , kak bedah , kak senah , rosemah eh semua lah .
Tengoklah ni , nak beli tiket pun beratur panjang , nasib baik fuad dah beli online kat sini . Sampai je fuad jumpa staff kat situ bagitau saya dah beli online sambil tunjuk tiket dalam hp . Terus dia buka palang `Encik boleh pergi terus ke kaunter `
See lane fuad ada sorang je tu pun hihi
yeah dah dapat , rasa macam vip pula , waktu nak tebus tiket pastikan ic dibawa dia orang nak check sebab harga tiket bagi Mykad dan pelancong berbeza . Setiap tiket akan ada Batch No , sistem train ni menggunakan cara group by group , kita tak boleh sewenangnya masauk , rasanya ni baru diperkenalkan lah dulu tak ada rasanya ke fuad tak perasan .
perhatikan di paparan skrin tengok di Panggilan , bila tiba saja no anda terus pergi kat situ , jangan ikut beratur pula , macam fuad memang tak tau mengenai no panggilan ni , jadi fuad pun duk ikut orang lain beratur panjang di gate masuk , mujur tergerak hati nak tanya kat staff situ , kalau tak sampai ke sudah berdiri kat situ .
jangan beratur kat sini , fuad tak tau pasai apa depa duk beratuq , agaknya depa pun mai join sekali kot . Ingat tau bila No Panggilan dah dipanggil terus pergi kat depan skrin tu ada staff jaga untuk masuk .
Ini no batch kumpulan fuad , setiap batch akan di letakan di senarai menunggu
Terbahagi pada 2 lane , normal dan fast , tengok yang beli fast semua foreign je tapi disebabkan ramai sangat fast lane pun macam tak ada point . Anggaran beratur sini je pun dah 40 minit .
Sepanjang beratur tu disajikan dengan pameran sejarah Bukit Bendera , sambil sambil tu boleh lah baca menimbu ilmu pengetahuan .
lepas saja laluan pameran ingat dah nak sampai rupanya baru nak scan tiket
yeah train dah sampai , waktu ni dalam hati tak payah lah nak berebut depan cermin , memang tak dapat punya , terima seadanya
okeylah still dapat tepi cermin pintu
Bila dah sampai atas lagi lah ramai haha , ni tiba tiba ada sekumpulan monyek , tak pasti jenis apa first time tengok jenis macam ni , seriau tengok takut dia lompat kat kita . They so cute .
Fuad sebenarnya kesuntukan masa , yerlah waktu ni dah pukul 1 , bas pula pukul 5:30 petang , ada banyak lagi tempat nak pergi , kita just snap snap gambar dan blar , memang tak ada masanya nak diri sambil menikmati panorama indah , kalau ikutkan fuad lebih suka malam sebab lagi sejuk dan pemandangn cantik .
Disini juga ada taman untuk bergambar
Di atas Astaka ni ada love lock , kalau korang nak kunci hatiku bersama pasanganku boleh lah . Bawah dia pula ada cafe , fuad memang dah set nak rasa air campur dia , berbeza dari tempat lain harga juga berbeza lebih kurang RM8 , tapi setibanya kat situ ramai lah pula kerusi pun tak ada so cancel terus .
atas bukit ni juga ada kuil dan masjid
Habis ronda tibanya untuk turun ke bawah , alamak ini mesti 1 jam juga ni nak tak nak kena beli fast lane tambah lagi RM20 , pandai betul depa buat duit . Bayangkan fuad jalan terus ke gate tanpa beratur , agaknya yang lane sebelah makan hati tak haha
Bukan itu saja malah fast lane di bawa bilik menunggu khas beraircond dan ada tv lagi . Bila train sampai kami di fast lane akan diberi keutamaan dulu untuk naik , haa inilah peluang daku untuk cop seat paling depan .
Terkenang dulu waktu belajar kat Petaling Jaya selalu naik komuter nak ke KL , begini lah sesaknya tapi tu lagi sardin , fuad nak tergelak sebab terbayang kalau train ni tiba tiba break mengejut tak ke naya drama yang akan berlaku
Lepas dari Bukit Bendera kita ke Kek Lok Si Temple dekat je dari situ dalam 8 minit , tak silap tambang Grab RM5-RM6
Dalam perjalanan ke sini abg driver ni cakap saya walaupun duduk sini tapi tak pernah pergi sini malah tak teringin pun adoii , bagi fuad macam nilah kita as muslim masuk batu caves bukannya kita nak pi sembah patung dalam tu tapi sebab ia sebagai satu tempat lawatan yang harus dikunjungi tak salah bukan , kita juga harus mengenal agama lain sebagai pengetahuan am . Kek Lok Si Temple ni adalah temple terbesar di Malaysia dan juga memainkan peranan penting sebagai pilgrimage centre for Buddhist from Hong Kong , Filipina , Singapore dan beberapa negara lagi . Ia dibina pada tahun 1890 dan siap pada tahun 1905 , wow sudah 114 tahun usia temple ini .
masuk dalam kedai cenderamata tu nampak batu kristal ni , harga dalam RM200-RM300 , kalau orang yang tak tau akan cakap tahyol dan syirik , ada ke batu kristal melindungi dari evil . Macam fuad memang percaya , kita kena buat research , batu kristal adalah dari sumber mineral alam semulajadi kandungan kristal sangat bagus dan mengeluarkan caj positif , dia buang aura dan caj negatif . Sama juga batu jade , kalau tengok orang cina suka letak di rumah atau pakai di tangan , kalau rumah tokey besar tu , besar dia letak depan pintu , bila banyaknya aura positif , In sya Allah kehidpuan kita pun akan lebih baik .
Yang istimewanya temple ni ada inclined lif , lif ni memang fuad tak pernah nampak di mana mana . Lif ini menghubungkan temple di bawah dan di atas , harga return hanya RM6
Dekat atas ni korang boleh lihat view , sebenarnya tengah panas ni hihi
Okey destinasi seterusnya apa lagi kalau tidak makan nasi kandar Penang , fuad ada search beberapa tempat , mana yang ramai review tu confirm beratur panjang , jadi fuad pilih tempat yang banyak review tapi kurang beratur iaitu Restoran Nasi Kandar Line Clear . Dari temple ke sini dalam RM13 , ikutkan hati nak naik bas tapi tak cukup masa .
Pastikan original !
Tengok macam panjangkan ? kira okeylah ni kalau kat tempat lain lagi panjang tapi mamak ni dia serve cepat , so tak adalah lama tunggu . Fuad ada shot video , nanti tengok okey .
Fuad order like usual nasi , sayur , ayam goreng , kuah campur dan teh o ais , tau tak berapa ? RM8 je nasi campur RM 6.50 + air RM1.50 , murah kan ? As we know nasi kandar Penangkan mahal sikit , kalau tanya bab rasa , rasa lebih kurang je macam makan mamak kat KL , tapi tak taulah dia punya lauk lauk yang lain macam kari kepala ikan , sotong , daging .
Tempat seterusnya haa ini orang kata must visit bila datang ke Penang , kat instagram tu asyik nampak je video pasal Ais Tingkap ni , dari Line Clear ke sini tak jauh jalan kaki saja . Bila datang seperti dijangka penuh , fuad just bungkus saja .
Banyak pilihan air disediakan , cendol , abc
Ais Tingkap ni kombinasi air kelapa , selasih , rose dan tak sure apa yang dia spray tu .
Serious sedap dan unik , inilah yang kita mahukan mencuba sesuatu benda yang tak pernah rasa , 1 bungkus ni RM3 berbaloi sangat , ada isi kelapa lagi , tambahan tengah penas terik . You guys must come & try okey .
Di sepanjang jalan ni , Medan Lebuh Campbell , ada banyak kedai yang menjual barangan cenderamata , baju , beg , dan harga pun tak mahal . So siapa nak shopping tu disarankan beli kat sini.
Tempat seterusnya nak pergi Street Art Penang , selalu nampak orang post kat ig kan . Actually banyak bahagian kat kawasan situ tapi fuad snap mana yang jumpa saja . Nak pergi sini herm jauh juga sebenarnya jalan kaki dalam 10 minit , tapi baguslah jalan kaki bakar balik kalori nasi kandar tu haha .
Jam sudah menunjukkan 4:30 moh lah kita pulang , banyak lagi nak pergi tapi tak sempat , ada dlm 3 tempat . Kita jalan kaki ke terminal ferry waktu kita turun pagi tadi .
Beca Penang dan beca Melaka , berbeza , ada orang cakap real beca yang Penang punya , yang Melaka tu lain sebab nampak macam basikal roda tiga , beca suppose basikal belakang bukan tepi , herm entah lahni fuad tengok kat tv , depa cakap , kalau salah tolong komen di bawah .
Waktu pergi pagi tadi kenderaan di bawah , orang kat atas , bila balik pula , keduanya atas dan bawah , kenderaan akan masuk dulu then baru orang . Tau tak waktu nak balik ke Penang tak perlu bayar .
Kalau orang tanya fuad kat Penang apa best ? of course ferry , you takkan dapat merasai pengalaman begini kat mana mana , seronok ! Sangat tenang dan mendamaikan .
Sampai je di Penang Sentral dah puku 5 , terus cari kaunter nak claim tiket , caj RM1 , beli jajan sikit untuk kudapan di dalam bas hehe , bye bye Penang see you again ! Jika anda ada soalan jangan email atau dm di instagram , boleh komen di bawah terus , fuad akan balas satu persatu okey .
TEMPAT TEMPAT LAWATAN MENARIK
Dapatkan harga istimewa di bawah dari KLOOK
Wonderfood Museum RM15
Glass Museum Penang RM15
Penang 3D Trick Art Museum RM13
Penang Gold Museum RM18
Penang House of Music RM20
Dark Mansion Museum RM11
TeddyVille Museum
Georgetown Scenic Night Tour RM139
Penang Hill and Temple Sightseeing
THE TOP Komtar Penang
Entopia Penang Butterfly Farm
Explore Georgetown
Tropical Spice Garden Experience
The Gravityz`s Obstacle Rope Course
ESCAPE Adventureplay Theme Park
The Habitat Penang Hill
JUMLAH PERBELANJAAN
Bas - RM54.26
Ferry - RM1.20
Grab - RM24
Bas Rapid - RM2
Train - RM12 + fastlane RM20
Lift - RM6
Roti Canai - RM8
Nasi kandar - RM8
Dimsum - RM18.4
Ais tingkap - RM3
Mineral - RM2
TOTAL = RM159
UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE
Guysss please subscribe youtube fuad okey
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE
Guysss please subscribe youtube fuad okey
Pernah pergi mkn kt nasi kandar line clear tu... Tikus besaq2 la lalu kot bawah meja.. Geli.. Xp dah..
ReplyDeletelahh yeke , waktu cheq pi tak nampak pula , sis pergi bila ? tapi tak dinafikan pun tempat dia kt tepi lorong kedai , memang tmpt laluan mak mentik hihi , tapi taktaulah kot kot dah buat pest control kekan hehe
DeleteDekt bukit bendara tu ada loker x?
ReplyDeletelocker herm , tak perasan pula rasanya ada waktu kat bawah sebelum naik , cuba call penang hill 1-300-88-1698
DeleteOwh ok tq 😊
DeleteDaripada airport ke bukit mertajam ambi mase brpe naik bas?
ReplyDeleteNaik Grab - 53 minit (RM60-RM80)
DeleteNaik bas - dekat 2 jam juga , perlu bertukar tukar bas
Kalau katakan kami berkumpulan nak pergi untuk travel photography kan, ada tahu tak mana2 rumah tumpangan yg bajet?
ReplyDeletebuka agoda.com , pilih tarikh , pilih Lowest Price First , nnti akan keluar penginapan paling termurah
DeleteAssalamualaikum fuad, Tiket penang hill tu beli online kena letak estimated redemption time. Mmg betul2 kena follow ke? Sbb xpasti nak naik sana tgahri/ptg. Klu kata x follow time estimated tu tiket burn ke cmne?
ReplyDeleteW`salam , actually fuad pun lupa pasal time tu haha , mmg pilih waktu lain datang kat kaunter pun wkatu lain , okey je , dia tak tanya pasal time tu , cuma dia nk tgk anggaran jam berapa kita masuk
DeleteW`salam , actually fuad pun lupa pasal time tu haha , mmg pilih waktu lain datang kat kaunter pun wkatu lain , okey je , dia tak tanya pasal time tu , cuma dia nk tgk anggaran jam berapa kita masuk
ReplyDeleteberapa harga tiket train naik bukit bendera sekarang ye?camna nak order online?
ReplyDeleteharga sama , just klik je link kt atas , saya ada letak :)
DeleteTq fuad. Sy dkt penang skrg. Esok baik penang hill
ReplyDeleteYour welcome , have fun
DeleteASsalam.. Fuad, ni fuad buat day trip kan ? thankyou2 , reference y best sbb nak ke penang bulan 12 ni inshaa allah..
ReplyDeleteW`salam , betul day trip je ^_^ , sama sama , terima kasih sudi baca
DeleteBeca berapa harga? Dia bwk jln smpai ke mne?
ReplyDeletealamak tak pasti pula , aggaran dalam RM15-RM30 sejam , boleh deal dgn abg beca
Deletemenginap dimana
ReplyDeletesaya tak menginap di Penang , overnight dalam bas hehe
DeleteHi, thanks for making solo trip with public transport look possible. Da lama teringin. Please share and post more trip like this. So inspirational.
ReplyDeleteHi , Thanks so much , Insyaallah akan ada banyak lagi trip 2020
ReplyDeleteHello, saya akan ke sana on this cny, okay tak sewa motor?, Saya disana nanti 2hari 1 malam. Saya rasa sewa moto lg jimat masa nk jalan kesana kesini kan
ReplyDeleteHello , okey je tapi tak sure tempt sewa motor kt mana, nanti cuba cari
Deletemasa fuad nak naik penang hill tu kan beli tiket online. beli normal ke fast lane, nk turun kena beli tiket lain plk ke?
ReplyDeletebeli normal je , cumanya siapa yang beli normal tak perlu beratur di kaunter tiket , hanya redeem saja di sana . Balik tu pula sebenarnya guna tiket yang dah beli online tapi disebabkan terlalu ramai dan nak kejar waktu bas balik terpaksa beli tiket baru di kaunter untuk lane express :)
DeleteEsok nak saya nak backpackers Penang tapi takda idea nak pergi mana haha. Thanks bro for sharing. Sangat membantu (Y)
ReplyDeleteHaha , Thanks u too , enjoy ur trip ! :)
Deletefuad dari terminal ferry tu...maksudnya dkt dgn komtar lah tu?
ReplyDeletekalau jalan kaki dalam 30 minit kalau naik grab dln RM8 :)
Deletebeca penang, medan lebuh ampang tu dekat dengan komtar kah?
ReplyDeletetak dekat sangat tapi still dalam city
Deletenice sharing.. tq
ReplyDeletesharing is caringg hihi , ur welcome ^_^
DeleteThank you Bro Fuad ... really appreciate it ... sangat membantu ...
ReplyDeleteNak pergi jalan2 hujung bulan nie ...
wahh enjoyy your holidayy , sama sama ^_^
DeleteFuad, saya konfius pasal nk beli tiket bas.saya kena beli tbs ke butterworth atau tbs ke penang? Tlg jawab ye soalan ni sgt penting
ReplyDeleteyang fuad punya TBS ke Butterworth dan kemudian naik ferry untuk ke pulau , kalau tak nak naik ferry mean nak ke pulau terus boleh ambil TBS ke Sungai Nibong Bayan Lepas , bas akan terus merentasi jambatan :)
Deletekalau naik flight ke penang, rekomen utk jalan2 penang sewa kereta atau naik grab ?
ReplyDeletebetter naik Grab , sangat mudah hehe
Delete