Saturday, October 5, 2019

Percutian Ke Labuan Anjuran Tourism Malaysia 2019

Assalamualaikum semua , fuad baru je balik dari Labuan . So percutian kali ini agak berbeza sedikit , usually `sendirian berhad` tapi kali ni buat pertama kalinya di sponsor oleh Tourism Malaysia bersempena Borneo Art Festival yang berlangsung pada 27-28 September . Trip ini dipanggil Labuan Media FAM Trip , fam singkatan bagi familiarization bermula 27-30 September 4 hari 3 malam bagi mempromosikan Labuan . Sebenarnya agak terkejut juga bila terima email ketika itu , memandangkan 2 minggu sebelum tu baru je tengok blogger lain join FAM trip dan tak jangka dapat jemputan sebegini , tambahan dari Tourism Malaysia , this is huge for me . Lagipun sekarang dalam mood Malaysia Tour memang pucuk dicita ulam mendatang lah .



Labuan bukanlah suatu nama yang familiar di kalangan penduduk di Semenanjung , kalau orang ajak pergi Labuan pun , kita akan cakap Labuan ada apa ya ? Best ke ? Kenapa tak pi Sabah je hehe . Fuad pun begitu juga , tau pun dari mak , she always and always story about Labuan . Sebab dulu sebelum she married , keluarganya menetap di sana selama 3 tahun because my late atok British Army . Bila dah sampai sini barulah kita tau gambaran sebenar rupanya Labuan ada tarikan yang tersendiri .

Bagi yang tak tau Labuan di bawah Wilayah Persekutuan bukan di dalam negeri Sabah ya . Boleh lihat gambar di bawah peta Labuan yang berhampiran dengan Sabah , Sarawak dan juga Brunei . Sangat strategik .



Kalau korang nak tau tambang flight ke Labuan boleh didapati serendah RM140 pergi balik bagi penerbangan tambang murah dan RM354 bagi Malaysia Airlines .


Terdapat beberapa pilihan pengangkutan di Labuan seperti bas , kereta sewa , GRAB dan juga ferry .

Sebelum ada orang tanya , fuad letak siap siap bagi mereka yang ingin ambil kereta sewa ( dapat dari Hotel Lazenda )



Yang bestnya kalau datang ke Labuan korang boleh pergi ke Sabah , Sarawak dan juga Brunei melalui ferry. Suatu yang menarik bukan . Harga pun tidak mahal .


Tambang Ferry Sehala

Labuan - Kota Kinabalu Sabah
Kelas Pertama RM39  RM19.50 / Kelas Ekonomi RM36 RM13
Durasi : 3 jam
Waktu Berlepas : 8 Pagi & 1 Petang

Labuan - Limbang Sarawak
Kelas Pertama RM31 RM15.50 / Kelas Ekonomi RM28 RM14
Durasi :

Labuan - Lawas Sarawak
Kelas Ekonomi RM33 RM16.50
Durasi :

Labuan - Menumbok Sabah
Kelas Perniagaan RM22 RM11 / Kelas Ekonomi RM12 RM6
Durasi :

Labuan - Sipitang Sabah (Speed Boat)
RM15 RM7.50
Durasi :

Labuan - Brunei
Kelas Perniagaan RM40 / Kelas Ekonomi RM35

Diskaun 50% diberikan oleh kerajaan bagi pemegang Mykad . Maklumat lebih lanjut boleh klik sini .


BAS


Bas Mini Labuan beroperasi dari 7 pagi sehingga 6 petang , terminal utama yang terletaknya berhampiran dengan UTC dan Plaza Sentral . Laluan bas terdiri dari 6 zone dengan kekerapan 15 minit - 30 minit waktu menungu . Kadar tambang dari RM1-RM3 sehala . Untuk lihat peta laluan boleh klik disini



HARI PERTAMA 
27 September 2019

Minggu ni minggu paling sibuk dengan urusan business sampaikan nak kemas beg pun pukul 3 pagi , 4:30 pagi baru bergerak ke ERL Salak Tinggi untuk parking kereta disana dengan kadar sehari RM5 . Memang tak tidur malam tu . Dari ERL Salak Tinggi turun KLIA . Sampai di KLIA jam 5:50 pagi terus ke kaunter check in .

Rombongan kami terdiri daripada Tourism Malaysia Tuan Abdul Ra`uf  dan Cik Wawa , pengamal media blogger dan vlogger 11 orang dari KL terdiri daripada ElanaKhong , MrJocko , BuzzingMalaysia , Rileklah , FaizalFredley , Sizzlingsuzai , Libur dan dari Sabah Elvin Romeo , Patrick Anohada , APY dan Sabah Bah Ini . Flight ke Labuan jam 8:35 pagi , perjalanan mengambil masa 2 jam 25 minit . Oh ya penerbangan kami di sponsor oleh Malaysia Airlines . Thanks MAB for your hospitality !




Alhamdulillah kami telah selamat mendarat di Labuan . Waktu ini hidung dah meragam dek kerana aircond dalam pesawat , herm kalau mula nak selsema itu menandakan tidak baik . Erghh flue .


Kami di sambut oleh Cik Yaya dari Labuan Tourism dan tour guide kami Mr Edward . Lawatan pertama kami ke Kg Air Patau-Patau .



Menurut Edward ini masjid yang tercantik di Labuan , Masjid Jamek An Nur , Masjid Negeri bagi Wilayah Persekutuan Labuan , bentuk design yang cantik dan unik gabungan elemen seni Melayu Brunei dan Turki , teringin nak masuk di dalam , kalau korang datang ke Labuan jangan lupa singgah disini hanya 4 minit dari airport .


Wah dah nampak dah perkampungan laut


Sudah sampai di Kg Patau Patau 2 , 9 minit dari airport dan 6 minit dari Masjid An Nur . Actually Kg Patau Patau ada 1 dan 2 , tapi yang paling cantik dan dekat dengan bandar Patau Patau 2 . Ini adalah perkampungan air homestay satu satunya di Malaysia , menurut sejarah awal kampung ini telah wujud sekitar tahun 1930 tapi sayangnya dimusnakan oleh bom Jepun ketika perang dunia kedua dan dibangunkan semula oleh penduduk desa . Struktur kampung ini berkait rapat dengan nenek moyang mereka di Brunei , kebanyakanya yang tinggal di sini berasal daripada keturunan Kedayan . Kalau korang pernah ke Brunei lebih kurang saja dengan Kampong Ayer .



Walaupun kampung atas air jangan ingat kampung mundur okey . Kalau korang nak tau Kg Patau Patau 2 dilengkapi dengan infrastruktur dan kemudahan yang lengkap seperti saluran air , elektrik , cable telefon , surau , kedai runcit , klinik dan sekolah . Fuad terbayang mengenai Pulau Ketam , lebih kurang sama begini kampung di atas air .




Tengok lahtu air laut sangat bersih dan jernih dan yang paling fuad respect tak ada sampah pun , orang kampung memang terbaik !


Kami dibawa ke Homestay Patau Patau 2 yang dimiliki oleh Tuan Hj Sulaiman dan Puan Sahadiah . Pelbagai aktiviti yang disediakan seperti memancing , menangkap ketam , mendayung sampan dan juga belajar tarian Brunei malah korang boleh menginap juga disini .





Apa yang diberitahu bilik ni muat untuk 2 orang sahaja , 2 hari 1 malam RM80 . Jika berminat boleh hubungi di talian 016 824 6193 atau 013 854 0217 . Orang yang duduk di bandar seperti KL memang sesuai sangat tinggal kat sini bangun pagi je tengok sunrise , petang tengok sunset . Nyamann 


Sewaktu sampai tuan rumah telah sediakan pelbagai jenis hidangan , pastinya makanan yang membuat fuad tertarik adalah ambuyat atau dikenali linut , selalu dengar tapi tak pernah merasainya . Ambuyat adalah makanan orang Brunei dan Bisaya . 2 bahan utama untuk membuat Ambuyat iaitu tepung sagu dan air panas . Pada ketika dahulu , kadang kala hasil tuaian padi tidak berapa bagus jadi mereka gantikan nasi dengan ambuyat . Kalau nak tau ambuyat ni pun ada pantang larang , bagi sesiapa yang kematian keluarga tidak dibenarkan makan selama 40 hari .




Menujukkan demo cara membuat ambuyat



Ambuyat boleh dimakan dengan apa jua seperti ikan bakar , ikan rebus dan ulam ulaman . Ni fuad makan dengan air asam , hermm rasanya boleh tahan juga , kalau korang nak cuba kenalah datang Labuan . Oh ya yang nampak macam copstick tu namanya candas , penyepit candas memudahkan untuk kita mengulung ambuyat , dulu mana ada sudu . (cara penggunaan candas dalam gambar adalah salah , sepatutnya dia punya gigi kat bawah untuk menyepit) .



Destinasi lawatan kedua ke Kg Bebuloh Laut untuk melihat sendiri pengusaha yang mengusahakan ikan bilis .  Perjalanan mengambil masa dalam 14 minit .



Kat Labuan ni cantik sungguh langit

 


Sememangnya ikan bilis amat digemari oleh rakyat Malaysia , contoh nasi lemak , wajib ada ikan bilis . Boleh juga dibuat sambal tumis ikan bilis petai , kerabu dan pelbagai lagi . Masyarakat di Labuan juga gemar makan ikan bilis goreng bersama pulut dan kopi ketika sarapan pagi .


Kalau korang nak tengok waktu mereka bawa ikan bilis didarat boleh datang jam 9 pagi . Ikan bilis yang dibawa naik akan dijemur sehingga kering , walaupun prosesnya agak mudah tetapi jika salah caranya ikan bilis boleh jadi hancur .


Selepas ikan bilis sudah kering akan dimasukkan ke dalam bakul dan proses seterusnya mengasingkan jenis ikan seperti ikan kekek dan ikan tamban . Jangan tak tau ikan bilis bersaiz kecil lebih mahal dari yang bersaiz besar .



Proses yang terakhir pembukusan bergantung kepada permintaan client , ada 5kg 10kg 20kg , pastinya harga lebih murah berbanding di Semenanjung . Sehari boleh pack dalam 100kg .



Mereka juga menjual pelbagai jenis sambal yang sudah di botolkan dan boleh terus dihidang begitu saja , Fuad beli sambal hijau mamit , ni yang paling sedap dan juga 1 pack ikan bilis untuk buah tangan .






 Tolong lah pose dekat sini , view memang cantik , tak tau lah kenapa time ni daku tak pose kat situ

 

Tempat lawatan yang ketiga COSEA Monument , Peace Park and Surrender Point . Pantai popular disini seperti Layang-Layangan , Pancur Hitam dan Batu Menikar . Ketiga tiga pantai ini telah dianugerahkan Clean Beach dari UNESCO pada tahun 2008 . Memang sesuai sangat jika korang ingin santai santai , berkelah dan melihat matahari terbenam .





Peace Park merupakan monumen penting yang terletak di Pulau Labuan. Ia dibina oleh orang Jepun kerana mereka menyesal dan bersalah atas dengan apa yang telah terjadi kepada nenek moyang mereka pada awal dahulu . Taman ini juga memberi penghormatan kepada mereka yang mengorbankan nyawa mereka dalam Perang Dunia II.






Berhampiran dengan Peace Park adalah Surrender Point Jepun di mana Jepun secara rasminya menyerahkan keputusan mereka ke Labuan kepada pihak berkuasa Australia. Leftenan Jeneral Masao Baba secara rasmi menyerahkan pedangnya sebagai tanda penyerahan kepada Ketua Jenderal George Wootten semasa upacara tersebut. Upacara ini menandakan berakhirnya Perang Dunia II di Borneo.



Yeahh waktu yang ditunggu tunggu sudah tiba ! Tempat yang seterusnya ke Palm Beach Resort & Spa , resort ini sponsor kami selama 2 hari 1 malam . Terletak di persisiran pantai , memang sangat terbaik bagi mereka yang inginkan ketenangan dan kedamaian yang jauh dari bandar .




Nah fuad payung jenis bilik terdapat di Palm Beach Resort & Spa , memang terbaik , harga pun tak mahal sayang , hanya serendah RM162 , boleh booking disini . Sesuai sangat bagi mereka yang nak honeymoon , buka langsir je wah pantai , wah sunset , wah sunrise , rasa tak nak balik . Rezeki fuad dapat bilik seorang hehe . Serious tak takut .







Rombongan kami di sajikan dengan Pizza yang di bakar mengunakan kaedah tradisional iaitu kayu api ke dalam oven batu , ini sesuatu yang unik dan harus dicuba .




Dah terbayang video kahwin disini , memang nice .



Duduk di depan pantai sambil minum air kelapa muda dengan pizza memang heaven guys



Untuk makan malam pula kami di bawa ke Mr Crab Seafood and Steamboat Restaurant dibuka dari 11 pagi sehingga 11 malam . 



Korang boleh pilih jenis ikan fresh lagi




Ya ampunn tengok lah tu hidangan dia banyak dan sunguh menyelerakan . Ada 7 jenis yang disajikan seperti ,

1. Asam Pedas White Fish
2. Kim Hion White Clam
3. Sotong goreng tepung
4. Salted egg silver fish
5. Indonesia chicken
6. Sayur belacan
7. Lotus pancake

Fuad tanya dengan tokey berapa anggaran untuk hidangan ini , katanya around RM150 wow murah tu , boleh makan 10 orang dengan hidangan macam ni memang terbaik . Datang Labuan jangan lupa singgah sini .








HARI KEDUA
28 Sepetember 2019

Hari kedua bangun 4 pagi , sini subuh awal 4:50 dah masuk waktu . Then boleh lah bersiap untuk keluar breakfast .

  

Waktu ni pukul 6 pagi , kelihatan MrJocko dan Tuan Abdul sudah ada di cafe menjamu selera . Kalau nak tau 6 pagi tu dah terang ya , bukan 6 pagi macam di semenanjung masih gelap . Pelbagai menu yang disediakan untuk sarapan , aish tak tau nak ambil yang mana satu dulu , dah lah tengah proses mengecilkan badan .






This is my table and view , sungguh nyaman sekali , sambil makan , santai santai , tengok pemandangan laut yang luas saujana mata memandang hilang semua masalah .


2 pilihan , nak mandi laut boleh , swimming pool boleh atau keduanya sekali . Ni nak story lah waktu dah habis makan yang lain pun baru sampai , so kita pun ambil lah gambar dulu dan balik ke bilik kejap , pasal cheq punya beg dalam bilik tak bawa turun sekali , bila dah bawa keluar tengok tengok bas dah berjalan , hp mula berdering , herm ni confirm dia orang dah naik , cepat giler rasanya dia orang tengah makan tadi , adoi berlari kita bawa beg masuk bas haha




Lawatan pertama untuk hari kedua ke Pulau Rusukan Besar , this is private island yang dikendalikan oleh Emma Glorious Travel & Tour , harga mengikut pakej . Bagi trip sehari RM190 min 2 pax , termasuk skipper & crew , meals & fruits (halal) , drinking water , snorkeling gear dan boat . Turut disediakan pakej menginap 2 hari 1 malam RM380.  Untuk segala pertanyaan dan booking boleh contact dengan Ms Nur 0178323229 / Ms Emma 0138653238 atau layari ig mereka @emmaglorious

 

Perjalanan boat dari Labuan Marina ke Pulau Rusukan Besar mengambil masa lebih kurang 25 minit . Labuan Marina belakang Kompleks Ujana Kewangan dekat dengan bandar . Senang untuk pergi .


Yeah sudah sampai ke Pulau Rusukan Besar , serious air laut dia cantik dan jernih , boleh nampak ikan di dasar laut . Tak sabar nak terokai . Disini terdapat Rusukan Besar dan Rusukan Kecil atau dikenali pulau mayat disebabkan bentuknya . Kedua pulau ini terletak di area Brunei Bay . Menurutnya pulau ni berharga sekitar 30 juta dan ada lot bahagian bagi setiap pemilik .


Bersama Yus dari MyBuzz


Yus & Cyrill dari MyBuzz

Dari kiri Yus , Suzai , Cyrill , Ida dan Yaya .




Welcome to Rusukan Island Labuan


 

Model Faizal Fredley

 


Aktiviti kita harini akan snorkeling , istimewanya pulau ini kaya dengan keindahan coral yang cantik dan juga berdekatan dengan 4 diving wrecks antara the best in South East Asia . Blue Water Wreck sedalam 35 meter , Cement Wreck sedalam 31 meter , American Wreck sedalam 30 meter .




Tips untuk mendapatkan coral yang cantik kena pi jauh sikit jangan dekat dengan persisiran pantai , haa nak ingatkan juga datang sini jangan lupa bawa waterproof phone case.


Ini contoh coral yang dirakamkan , nice kan . Gambar ihsan dari Cik Yaya .





Bilik penginapan boleh muat 2 orang . Disini juga ada bilik family .






Pek lunch dari Emma Glorious lengkap semua dengan kuih dan buah , kalau korang ambil pakej ini semua dah termasuk . Sangat berbaloi .


Masa untuk pulang ke Marina Labuan




Belakang ni salah satu keindahan alam semulajadi , digelar Kuraman Island , kalau boleh nampak ada benteng pasir yang panjang tapi sayangnya kami tak dapat turun , hanya bergambar saja .


Hotel kedua pada hari kedua di sponsor oleh Hotel Lazenda dan terletak di tengah bandar sangat strategik , dekat dengan kedai makan , bank , dobi dan banyak lagi , for your information Palm Beach Resort dan Lazenda owner yang sama . Kadar semalam hanya RM202 dan boleh booking disini . Untuk kali ini pun fuad satu bilik sorang hehe . Rezeki .






Seriously i will give 5 star for amenities , kalah hotel lima bintang ! Siap ada seterika dan papanya lagi , sajadah , selection coffee/tea and small bath kit . Kudos Lazenda Hotel . Semoga terus kekalkan begini .





Sampai bilik tak boleh tidur , nanti karang terlaqo sampai petang dah lah bilik seorang tak ada roommate yang boleh kejutkan . Kita nak siap siap untuk liputan ke Borneo Art Festival yang sedang berlangsung di Kompleks Ujana Kewangan .



Sebelum ke Borneo Art Festival kita singgah dahulu di Muzium Labuan yang hanya beberapa minit dari hotel .


Dahulu ketika jajahan Jepun , Labuan telah ditukar ke nama Pulau Maida sempena Marquis Toshinari Maeda, komander pertama tentera Jepun di Borneo utara. Australia telah melancarkan serangan disokong oleh pengeboman besar-besaran udara dan laut yang mengakibatkan penyerahan kalah Jepun. Labuan menggunakan nama yang dahulu dan berada di bawah pentadbiran tentera British bersama-sama dengan yang lain daripada Negeri-negeri Selat, kemudian bergabung dengan Tanah Jajahan Mahkota Borneo Utara, pada 15 Julai 1946  menjadi sebahagian daripada Malaysia sebagai negeri Sabah pada 16 September 1963.

Labuan kemudiannya dipisahkan dari Sabah, menjadi Wilayah Persekutuan, ditadbir oleh kerajaan persekutuan, pada 16 April 1984.




Bangunan Muzium Labuan terbahagi kepada 2 tingkat , tingkat bawah kebih kepada pameran bersejarah merangkumi era pra-sejarah Labuan, kesultanan Brunei, zaman kolonial British, Perang Dunia Kedua, Kemerdekaan, perisytiharan Labuan sebagai satu wilayah persekutuan sehingga penubuhan Perbadanan Labuan. Manakala pameran tingkat atasnya mempamerkan budaya dan evolusi ekonominya bagi enam kaum utama yakni Melayu Brunei Darussalam, Kedayan, Cina, Kadazandusun, India dan Sikh. Masuk adalah Percuma .








Selepas lawatan di Muzium Labuan kita ke Kompleks Ujana Kewangan venue of Borneo Arts Festival . Festival ini dianjurkan setiap tahun , untuk 2019 saja seramai 2000 peserta telah menyertainya pelbagai acara seperti kraftangan, makanan tradisional, muzik dan tarian kontemporari . Ini satu-satunya acara yang menghimpunkan hampir kesemua elemen budaya dan seni yang terdapat di Kepulauan Borneo.







Tarian mereka sangat amazing dan kreatif ! Terfikir juga kenapa tidak Perbadanan Putrajaya buat festival sebegini , kita di semenanjung ada banyak jenis , seperti gamelan , inai , mak inang , mak yong , canggung dan banyak lagi , Fuad percaya jika dibuat akan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan .


Lawatan seterusnya tidak jauh , hanya di bandar juga Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan . Tujun kesini bagi merasai pengalaman menaiki Perahu Larai .




Parahu Larai adalah pengangkutan laut yang digunakan suatu ketika dahulu oleh Brunei bagi menghubungkan Labuan dengan negara lain . Uniknya tidak menggunakan sebarang enjin , bergerak mengikut angin . Kadar bayaran hanya RM15 dewasa / RM7.50 kanak2 , dikendalikan oleh LDA Labuan Travel & Tours , untuk booking boleh email ke ldah_tnt@yahoo.com atau call terus 087413155 .

 

Parahu Larai boleh menampung seramai 8 orang sekali naik , durasi selama 30 minit . Waktu yang terbaik untuk menaikinya ketika pagi atau lewat petang , kalau tengah hari dah panas .

 


Selepas mencuba Perahu Larai kami menuju ke Hotel Dorsett Grand Labuan , dinner bersama CEO Perbadanan Labuan Dr Fary Akmal Osman .




Menu untuk malam ni , makan dan makan hehe


Selepas saja dinner , kami menuju balik ke Borneo Art Festival , untuk malam ni ada 3 jenis pertandingan , henna , mukun dan tarian kreatif Borneo . Sementara itu , kita singgah dulu gerai jualan yang dibuka di luar kompleks , ternyata harga harga agak murah sedikit dari semenanjung , fuad beli apam balik kawan beli goreng pisang , dapp .





Malam ni kita orang plan nak pi karaoke , memandangkan berdekatan dengan hotel , jadi kenapa tidak . Turut serta Cik Wawa dari Tourism Malaysia . Kami karok selama 2 jam , masing masing menunjukkan bakat yang tersendiri, wow semuanya power power . Kami terhibur dan yang paling mengkecohkan suasana apabila bil diberi RM160++  . Waktu datang tu nampak flyer yang ditampal kat dinding , macam mana boleh jadi sampai RM160++ ,  then Cyrill keluar RM100 dan lagi RM60 siapa ya , Epul kot , ke Cyrill bayarkan semua dulu (tak suree) . Kira kira seorang kena bayar dalam RM20++ . Maka bermulah drama Cik Wawa dengan pekerja situ , katanya RM160 termasuk dengan tisu basah RM25 , wow pastinya tisu tersebut boleh menghakis segala dosa  . Takpelah kita anggap je sebagai pengalaman okey .


HARI KETIGA
29 September 2019

Owh harini terlewat sikit bangun , pasal semalam tido lambat , pukul 6:30 pagi turun breakfast , wow banyaknya pilihan menu di Lazenda Hotel , tengok lah tu ada nasi lemak , spaghetti , fish fillet , hash brown , selection of cake , serious yogurt pun ada , memang terbaik , fuad pi 5 star hotel kt KL ni pun tak serve yogurt okey . Makanan pun sedap sedap .









Untuk lawatan pertama untuk hari ketiga , kami menuju ke Muzium Chimney yang terletak di kawasan tinggi Tanjong Kubong . Dibuka 8:30 pagi sehingga 5 petang . Masuk adalah percuma . Jika korang datang dari bandar boleh naik bas no 6 / zone 6 kadar RM3.50 sehala , teksi RM25 dan GRAB RM19 .


Menara Chimney yang masih misteri sehingga kini , tiada siapa tau apakah sebenarnya menara ini dan apakah fungsi kewujudannya pada zaman dulu . Ada yang cakap sebagai serombong asap , rumah besar yang tak siap , menara loceng atau menara api . ‘Chimney' telah menjadi satu teka-teki yang menarik minat para penduduk tempatan dan juga pelawat-pelawat. Bagi firasat fuad ini adalah Lighthouse , memandangkan struktur binaanya di kawasan tinggi sebagai bantuan navigasi dan memberi amaran kepada kapal dan bot-bot di kawasan-kawasan berbahaya . It is like a traffic sign on the sea. Kalau bukan lighthouse habis mana lagi menara yang macam ni di Labuan ? Kalau buka google search di image lighthouse semua lebih kurang macam ni beza pada rupa bentuk je . Wallahu A`lam .




Dalam tower

 

Disebelah muzium dan menara ada walking trail , suka diingatkan kalau datang ke sini nak masuk Walking Trail seeloknya wearing sport attire include shoes . Jalan masuk kesini tidak rata dan banyak semak .





Wahh cantekkk ke tidak ala ala di Africa kan , rugilah siapa tak datang ke Labuan dan rugi juga meraka yang datang ke Labuan tapi tak singgah kat sini , datang hanya sekali kenapa tidak kan .

 




Di penghujung jalan akan jumpa Gedung Ubat atau peluru . Dijadikan stor penyimpanan bahan letupan dan peluru tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua .



 

Korang akan nampak air laut dari atas , ergh jernihnya 



Selepas jalan dari Gedung Ubat korang akan jumpa pantai yang sugguh cantik  , menurut Puan yang bawa kami ke sini kalau air surut kita boleh bergambar di atas batu tapi sayangnya waktu ni air pasang .



Waktu untuk balik ke muzium


 

Bangunan muzium 2 tingkat terbahagi kepada 2 , tingkat bawah pameran sejarah pemulaan awal pembuatan secara besar besaran perlombongan arang batu di Labuan dan juga landasan keretapi yang percaya antara terawal di Malaysia . Tingkat atas pula pameran peninggalan sejarah serpihan artefak yang telah dijumpai sekitar muzium , seperti batu bata , logam dan sebagainya .






Lawatan seterusnya ke Taman Burung Labuan , hanya terletak berdekatan dengan muzium , memang dekat sangat , korang boleh jalan kaki saja . Dibuka jam 10 pagi sehingga 4:30 petang dengan kadar bayaran hanya RM3 dewasa RM1 kanak2 . Mempunyai 3 sangkar berbentuk kubah besar merupakan rumah bagi kebanyakan spesies burung-burung Borneo . Terdapat sebanyak 75 spesies burung yang ada disini .


Waktu beroperasi dan bayaran masuk



wow bila masuk dalam fuad tak jangka taman seperti ini , ala ala sangkar jurassic park .




Ya Allah cantiknya burung ni , kalau korang nak tau burung burung kat sini semua jinak jinak , nak pegang pun boleh .





Katanya burung ni di ambil dari Christmas Island



 

Ini sangkar fuad paling suka , bila kita hulur je tangan dia terbang hinggap ke lenggan kita , jinaknya sayang , ergh what the best experience dengan hanya tiket RM3 dapat pengalaman sebegini sangat berbaloi guys . Kalau bawa anak anak pasti mereka suka , bukan anak je mak bapa pun teruja . Burung ni makan  buah dan daging .



will miss u lah sayang


Okey lawatan seterusnya ke DME Virgin Coconut Oil , salah satu pengusaha yang menghasilkan minyak kelapa dara asli . Agak jauh juga dari taman burung .


Waktu nak sampai sini perlu naik van shuttle masuk ke kawasan kampung yang jalannya agak tidak rata but we okey for it.



Sewaktu sampai kami diberikan air kelapa muda , wah macam tau tau je tengah dahaga , so refreshing and great welcoming from owner . Haa yang uniknya kalau tengok kat bawah straw menggunakan anak buluh what the lovely .






Labuan Virgin Coconut Oil bermula pada tahun 1999 oleh bapanya , dan pada tahun 2007 mula dikomersialkan . Bapanya seorang doktor .


Sebelum melihat cara memproses VCO , kami dihidangkan kek kelapa , sedap , i take two , yerlah banyak banyak siapa nak makan .



everyone enjoyed coconut cake 


Proses pertama harusnya ada sabut kelapa , yang tua tau bukan yang muda , mereka akan beli dengan penjual sekitar Labuan dan di bawa ke sini . Sabut kelapa akan dikupas dengan menggunakan mesin moden ,  dapat mengupas 200 biji dalam satu jam . Mudahnya zaman sekarang , kalau orang dulu kupas guna penyadap iaitu struktur besi seperti lembing . Nak tengok video kupas boleh tengok kat ig fuad .


Proses kedua , kelapa yang sudah dikupas akan di parut , hanya ambil yang putih sahaja .


Proses ketiga , kelapa yang sudah diparut akan di sanai di atas para besi yang panas sehingga menjadi kering dan sedikit garing , tujuannya bagi mengeluarkan minyak , kalau tak sanai nanti yang keluar hanya air santan . Contoh ayam , kalau dimasak di atas kuali tanpa menggunakan minyak dalam keadaan suhu api sederhana lama kelamaan ayam itu sendiri akan keluarkan minyak . Sama juga seperti kelapa . Kalau nak tau bawah tu diletakkan sabut kelapa dan di bakar untuk dijadikan bara api . Sangat tak membazir .


Proses keempat , kelapa yang telah disanai akan dimasukkan ke dalam tiub dan diletakkan di mesin menakan atau pressing machine .


Maaf pemilik tak benarkan untuk post gambar keseluruhan mesin , dapat paparkan bahagian bawah sahaja . Pekerja akan pressing beberapa kali sehingga ketat lalu minyak yang terhasil dari kelapa akan keluar . Tau tak berapa liter dapat ? 1 liter guys , kelapa punya banyak dapat sikit tu je , sebab itulah virgin coconut oil mahal , now you dah faham kan .


Ketika balik owner bagi buah tangan untuk semua orang , biskut kelapa . Sedap .



Untuk makan tengah hari kami di bawa ke Mortar Cafe , hanya bersebelahan Hotel Lazenda , memang owner yang sama . Pelbagai menu yang disediakan disini , malah menunya bertukar tukar dalam tempoh beberapa bulan .



Ramai orang , pastinya cafe ini menyajikan juadah yang sedap 






Diberikan course by course sebanyak 5 jenis , wow terkejut dengar , habis lah diet aku , balik semenanjung confirm naik . okey sajian pertama Nasi Padang RM14.90 , sedap giler !


Sajian kedua nasi kerabu RM14.90 , erghh sedap !


Sajian ketiga Mortar Laksa RM9.90 , eee kenapa sedap sangat ni , memang unik belum pernah rasa laksa sebegini kat semenanjung . 


Sajian keempat dan kelima Mushroom Bruschetta RM12.90 dan ice cream , ya ampunn sedapp bangat sihh . Semua sajian sedap sedap guyss , terliuq sambil tulis , kalau datang ke Labuan wajib masukkan Mortar Cafe dalam list okey , oh ya nak bagitau portion yang fuad makan ni bukan portion sebenar , ini owner nak bagi kami cuba .



Lepas saja lunch kami naik ke bilik untuk rehat sekejap sebelum keluar dan menuju ke Borneo Art Festival . Harini ini ada pertandingan cosplay , anyaman rotan dan catan batik . Kreatifnya dia orang , memang darah seni .



Kami balik ke hotel untuk bersiap siap dinner dan malam aspresiasi Borneo Art Festival 2019 , kiranya majlis penyampian hadiah dan penutup . Tema pakaian tradisional etnik atau batik , fuad pakai batik saja . Makan malam di Mawilla Yatch Club Restaurant , dekat saja dengan hotel still dalam bandar , fuad perhatikan Labuan ni banyak tempat tempat makanan yang menarik malah berdekatan dengan pantai , itu yang unik dan bestnya .



Next time kalau dapat peluang datang ke sini dengan family wajib pi sini , seronoknya makan depan pantai .




Fuad pun tidak juga melepaskan peluang untuk bergambar , maklumlah esok dah nak balik , boleh  buat kenang kenangan nanti .


aww love so much this picture , with the greats blogger / vlogger / Tourism Malaysia , you guys such a kind people , will miss you .


Bersama vlogger Elvin Romeo , APY dan media MyBuzz


Abang abang ku , Yus dan Cyrill



With the greats TV & Radio host TraxxFm Ms Diyana

Sekarang waktu untuk melantak makan , seperti biasa hidangan yang banyak dan pastinya seafood .


Waduh waduh , ada sotong celup tepung , ketam , daging , sayur



Ikan masam manis


Ayam masak sos


Butter Prawn


Semuanya sedap sedap guys , masuk dalam list okey .



Bersama kakaku si cantik manis Ida Busairi dari Rileklah , single dan masih available , baik orangnya, jika berkenan untuk dijadikan jodoh boleh lah follow IG nya @ida_busairi (klik je) , jangan cakap abang tak payung !


Bersama blogger tersohor Faizal Fredley . Baik , pendiam dan sukar dijangka . Ops sorry dah kahwin tak boleh nak menjual payung .


Kakak yang sentiasa happening , memperagakan baju kurung hitam . Look beautiful , ada kelasnya yang tersendiri . Fashion & travel blogger SizzlingSuzai , masih single okey .


Maka bermulah majlis malam aspresiasi .



Suka giler tengok pakaian tradisini dari pelbagai suku kaum etnik , sangat cantik , kreatif dan brilliant !


Battle untuk menentukan juara dan naik juara , diadili oleh 5 juri salah seorangnya Corie


Tahniah buat pemenang


Persembahan penutup dari Ismail Izzani , membawakan 3 buah lagu .


Balik je lepak lepak kejap dengan Yus pekena roti nan cheese , balik bilik terus tidur tak menyempat nak kemas untuk pulang esok .


HARI KEEMPAT
30 September 2019

Harini hari terakhir di Labuan , Alhamdulillah boleh bangun lewat sikit , calling time jam 9:45am , lepas subuh boleh kemas kemas dan tidur balik hihi , iangat tak nak sarapan tau tapi Yus mesej ajak breakfast so kita pun join . Syukur dengan rezekiNya .



Sewaktu menuju ke Labuan Airport kita singgah dulu untuk bergambar di mural lagenda bola sepak negara , Datuk Hassan Sani berasal dari Labuan dan sentuhan mural beliau oleh pelukis Amir Andar . Sangat cantik .



Ada juga terdapat Art of Street Labuan , boleh lah kalau nak bergambar


Flight jam 11:45 pagi



Makanan yang diberikan Nasi Ayam


Alhamdulillah sudah sampai di KLIA , walaupun cuaca agak kurang baik , berlanggar awan tebal , tapi pilot MAB sangat cekap . Terima Kasih juga menaja flight pergi dan balik .




Berakhirlah sudah percutian ke Labuan selama 4 hari 3 malam , apa yang fuad boleh simpulkan , Labuan bukan hanya sekadar pulau semata mata , banyak perkara yang boleh diterokai , actually apa yang fuad paparkan hanya baru sedikit ada banyak lagi tempat menarik di Labuan . Bagi mereka yang suka nature , nak jauh dari kesibukan bandar , release tension , pesara dan mereka yang terhad bajet boleh datang ke sini . I called Labuan Peace of Island . Fuad juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih terutamanya Ms Wawa dari Tourism Malaysia yang sudi jemput fuad , berharap dengan catatan ini sedikit sebanyak dapat membantu menaikkan industri pelancongan di Labuan , dan tidak lupa juga Ms Yaya dari Tourism Malaysia Labuan , Tuan Abdul Rauf Deputy Director , Puan  Zunaidah Labuan Corporation  , Tour Guide Edward dan Shireen . Semoga kita berjumpa lagi . Bye ...

Jika korang ada sebarang soalan just komen saja di bawah okey , fuad akan balas .

SENARAI PERCUTIAN FUAD KLIK SINI

Guys Please watch this video , goosebumps !

2 comments:

  1. Alaaa... kita rindu Labuan. Bagus sekali sharing you, so detailed! Keep in touch ya Fuad. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pun rindu Labuan :(
      Thanks so much sis sudi baca , yeahh i will , you too ^_^

      Delete