Tuesday, June 30, 2020

Norma Baharu - Menaiki KL Hop On Hop Off 2020

Assalamualikum , hi guys ! Posting ini sambungan dari posting sebelum ni , percutian di Kuala Lumpur dengan norma baharu . Boleh klik link di bawah .

CUTI CUTI KUALA LUMPUR NORMA BAHARU



Menerokai bandaraya Kuala Lumpur dengan menaiki bas dua tingkat Hop On Hop Off dengan 27 perhentian bas dan lebih 60 tempat lawatan yang boleh dikunjungi . Terdapat dua laluan iaitu City Route dan Garden Route . Pihak pengurusan KL Hop On Hop Off telah melaksanakan SOP yang telah ditetapkan seperti penanda penjarakkan sosial , notis panduan keselamatan bagi Covid 19 , pengambilan suhu sebelum menaiki bas dan juga setiap seat di dalam bas telah di susun atur bagi penjarakkan sosial . Hanya kerusi yang tidak dipangkah sahaja boleh di duduk .

Berita baik untuk rakyat Malaysia potongan separuh harga tiket wuhuu , boleh beli secara online di website mereka disini . Serious rugi siapa yang tak naik , tau tak harga asal RM25 , kalau bawa satu keluarga 5 orang dah RM125 , kini hanya RM62.50 sahaja . Untuk first point di kiosk tiket Bukit Bintang , bersebelahan Sungai Wang mall . Boleh turun MRT Bukit Bintang atau Monorail Bukit Bintang .


Pelekat penjarakkan social , sila berdiri disitu ya , kita jaga kita .



Cara untuk tau dan simptom jika anda mengalami covid 19 , juga prevention .



Notis makluman mengenai SOP yang telah dibuat oleh pihak KL Hop On Hop Off



Susunan kerusi mengikut SOP



  

fuhh sangatt terujaa maklumlah first time , selalu nampak foreign kat atas bas ni , sekali semua orang Malaysia hihi . Yang bestnya kita dapat melihat bandaraya Kuala Lumpur dengan lebih dekat , mengambil gambar dan video . Fuad nak bagitau sikit kalau siang memang agak panas sikit duduk di bahagian atas tapi bila dah jalan angin dah rasa .











So apa tunggu lagi guyss tak perlu risau lagi , korang sendiri dah tengok gambar SOP yang telah dibuat oleh pihak Hop On Hop Off . Kita kembalikan balik kegemilangan dan merancakkan lagi sektor pelancongan Malaysia . Booking Now !



UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE 

No comments:

Post a Comment