Friday, June 26, 2020

Norma Baharu - Menginap Di EQ Hotel Bertaraf Lima Bintang Kuala Lumpur

Assalamualaikum , Hai Guys ! Posting kali ini amat berbeza daripada posting sebelum ini , as u guys know dunia telah dilanda virus Covid-19 . Sehingga kini statistik jumlah pesakit masih naik . Syukur Alhamdulillah kerajaan Malaysia telah mengambil langkah yang sangat proaktif untuk membendung wabak ini daripada menular lebih teruk lagi dengan mewujudkan PKP , PKPB dan PKPP . Fuad percaya walaupun hampir kesemua sektor ekonomi telah dibuka termasuk pelancongan masih ada segelintir yang masih risau dan gusar mengenai virus ini .

Berharap dengan catatan ini dapat memberikan lebih keyakinan untuk u guys bercuti memandangkan rentas negeri telah dibenarkan dan inilah masanya untuk kita bercuti bagi menaikkan balik industri pelancongan domestik yang sudah kerugian berbillion ringgit . Jangan risau , ke semua hotel dan tempat lawatan telah melaksanakan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan .

Posting ini ada tujuh sambungan merangkumi hotel , lawatan , makanan dan membeli belah . Fuad gelarkan ia sebagai percutian di Kuala Lumpur dengan Norma Baharu . Mungkin posting ini juga dapat membantu untuk u guys buat perancangan dan senarai jika bercuti KL . Boleh klik link di bawah

- Aquaria KLCC



Okey panjang betul mukadimahkan , sekarang fuad nak cerita mengenai hotel yang fuad menginap baru baru ini iaitu EQ Hotel yang terletak di Jalan Sultan Ismail , pernah dengar tak ? Mungkin ada yang pernah dan mungkin tak , kalau nak tau EQ dari Equotorial Hotel , hotel Equotorial di Melaka dan Cameron tu pun dah jual dan mereka bangunkan hotel di tengah bandar dengan bertaraf lima bintang dengan pengalaman yang sangat menakjubkan . Waktu fuad sampai je kat sini wow terkesima dengan kemewahan hotel EQ. Paling fuad suka dan puji pihak hotel telah melaksanakan SOP Norma Baharu dengan cukup memuaskan . Kudos to all management , terbaik !



Sekarang ada promosi untuk deluxe room serendah RM550 boleh check out lambat sehingga jam 4 petang , wah boleh lah kalau nak tidur sampai tengah hari hehe .




Seketika sampai di lobby tetamu perlu menggunakan sanitizer yang disediakan .



Di lounge check in , akan didatangi dengan seorang wanita berbaju cheongsam memberikan tuala lembab untuk kesemua tetamu .


Usually warm towelkan , tapi ni cold tower siap bau halia lagi sangat menenangkan . Tau tau je kan bila mood tengah swing dilap dengan towel ni erghh tenang . See baru permulaan dan baguss belum lagi fuad nk cerita bab lain pula .


Sebelum check in suhu akan diambil terlebih dahulu untuk memastikan ke semua tetamu yang menginap disini tiada sebarang gejala penyakit . Ini penting ya , bayangkanlah kalau sorang yang ada covid-19 habis satu hotel kena .


sekarang canggih tak main isi isi form , semua secara eletronik


Bersebelahan lounge check in ada sebuh restoran Jepun .


Sebelum masuk setiap cafe perlu sanitize dulu dan pengisian butiran diri .


Penanda jarak social distancing 1 meter juga dilekatkan .



haa nak masuk lif pun hanya max empat orang sahaja , jangan risau ada enam lif disediakan ditambah pula kelajuan lif yang cukup bagus walaupun ketinggian bangunan sebanyak 51 tingkat .



Di tingkat 51 terletak restoran , pub dan juga bilik kecil untuk sebarang sambutan atau pertemuan . Ya ampunn bila sampai je tingkat ni fuhhh pemandangan memang terbaikkk erghhh i miss it !


Sebelum masuk pastikan sanitize dulu , suhu juga akan diambil okey




Boleh lepak lepak santai disini , chill chill sambil minum gelak dengan menyajikan view bandar KL .



Nice giler view malam , rugi kalau korang tak datang sini , tak menginap tapi nak makan sini pun boleh je tiada masalah , jangan risau walaupun tiada logo halal Jakim , kesemua bahan dari supplier Halal , even yang tukang masak tu pun orang kita juga . Biasalah kalau restoran ada side corner bar memang tak boleh apply sijil Halal .



This is sky51 , port baikk punya kalau nak bergambar . Ada juga yang melamar kat sini . Mungkin ada yang sedang mencari tempat , haa boleh buat disini .


Walaupun sedang bercuti penjarakkan sosial amat ditekankan . Jarakkan satu meter .


Pemandangan dari tingkat swimming pool , untuk makluman mulai 1 Julai kolam renang dibenarkan buka dengan mengikut SOP ditetapkan .



Jakuzi



SPA yang sungguh mendamaikan





owh jangan risau , orang luar tidak akan nampak anda


Untuk GYM hanya dibernarkan secara sesi sahaja , kena booking dulu .


Cara memakai mask dengan betul


Wedding tema garden


Untuk hall waktu PKPP hanya kapisti dibenarkan separuh sahaja , dalam 250 orang .


EQ Hotel menyediakan ruang operasi SOP bagi taklimat sebelum memulakan majlis , bagus betulkan , fuad pun tak sangka mereka boleh provide sebegini rupa . Syabas !



Nampak tak ciri ciri keselamatn , pensel dan kertas di sampulkan ke dalam bungkusan plastik .


Di cafe pula untuk B/L/D style buffet tidak disediakan , bermaksud buffet masih ada cuma tetamu hanya perlu duduk di meja dan order saja , pelayan akan hantar setiap jenis makanan . Ini dapat mengurangkan kesesakan di setiap station dan kawal penjarakkan sosial . Tetamu juga dibenarkan untuk duduk sekali satu meja tanpa penjarakkan sosial , cuma setiap meja akan di jarakkan dua meter dengan meja lain .





satay dia memangg sedap , berkali juga minta pelayan hantar


teh tarik special disini , menurutnya menggunakan tiga jenis teh , rahsia hehe



okey ni bab paling ditunggu tunggu room tour ! Oh my god , bilik bilik yang ada di EQ Hotel is out of mind , everything is perfect and mewah , sangat puas hati . Kalau korang nak tau since Covid-19 pihak hotel telah mengambil langkah yang cukup mengezutkan , nak tau kenapa ? Demi tetamu yang menginap disini , setiap bilik akan dijarakkan dengan bilik kosong , maksudnya bilik sebelah awak akan dikosongkan tanpa sebarang tetamu . Jadi kalau satu tingkat ada 10 bilik maka lima bilik sahaja yang akan digunakan . Memang terbaikk lah . So nak risau apa lagi .






Sambil berendam tengok view perghh , mau berjam jam ni



geram betul toilet dia






dia bagi toiletries semuanya lengkap siap ada shave lagi


Untuk makluman setiap bilik disediakan hand sanitizer



Ini semua u guys punya , dah masuk sekali okey


tengokk mesin bancuh kopi pun disediakan setiap bilik , pilih je perisa apa semua ada , fuh memang terbaik lah , nasib fuad bukan pengemar kopi , kalau tak habis aku kerjakan .



Snack from kueh tradisi Malaysia


rugilah kalau tak belanja depan view KLCC hehe . Kalau korang menginap disini jangan lupa pose dan tagkan instagram @eqkualalumpur . Apa yang fuad boleh cakapkan , EQ Hotel so magnificent , luxury & prestige ! Sangat berbeza dengan hotel lima bintang yang pernah di ginap , ini lagi mewahhh dan gah , rasa macam bukan lima bintang , fuad bagi tujuh bintang ! So apa lagi booking sekarang di laman web rasmi EQ Hotel atau melalui Agoda . Byee




UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE 

No comments:

Post a Comment