Monday, December 7, 2015

Hong Kong Ocean Park May 2015 Part 3

Aktiviti hari ketiga kami ke Ocean Park , mungkin Ocean Park tidak sepopular Disneyland , beza antara theme park ni , Ocean lebih extreme sesuai untuk golongan remaja dewasa manakala Disneyland sesuai untuk kanak2 , but for me 2 2 okey je dan haruss pergi kalau datang ke Hong Kong.







Cara nak ke Ocean Park kena seberang ke HK Island , saya naik ferry pilih laluan Central , sampai di seberang kena naik tram 27E Pedder Street dan turun 35E Admiralty MTR , kalau u guys nak naik MTR pun boleh turun Station Admiralty , Exit B2 dan akan jumpa sign ke Bas Station untuk ke OCEAN PARK ambil bus No.629 , tambang 10.60HKD , tak silap saya skrg station ocean park dalam construction , siap 2016 , so senang lah tak perlu nak naik bas .









Yeayy sudah sampai di ocean park , haa nk ingatkan lagi sebelum datang ke sini saya ada baca2 di blog lain hanya disneyland saja tak boleh bawa makanan luar , rupanya sini pun kena ! Tapi nasib baik lah penjaga tu baik , dia cakp suruh sorok makanan tu dalam dalam jangan bagi orang nampak , fuh sib baik lepas . Hati pun rasa riang ria :P






Cable car untuk ke atas








Ocean park terbahagi 2 bahagian , bahagian bawah dan atas , di bahgian bawah ni lebih pada pameran aqurium dan mcm2 lagi , bahgian atas pula theme park , so nasihat saya datang sini pagi2 masuk saja terus naik bahagian atas , yang bawah tu lepas turun nanti pun takpe . Untuk naik ke atas kita boleh naik cable car atau train express , so saya naik cable car lebih best dapat melihat panorama laut .


Layan gambar dulu ...







besttt mainan ni smpi berebut dgn warga China haha
























jangan lupa masuk Polar

sya tak naik , kawan je naik

train ocean express untuk turun ke bawah , naik cable car pun boleh









Masa saya pergi ni cuaca agak bahang , dah lah nak berjalan tu pun bukan main turun naik bukit kesian mereka yang lebih berumur , sebab tulah saya suggestkan datang sini waktu musim sejuk , at least tak lah penat sangat . Dekat sini nak cari makanan halal agak susah , nasib baik bawa bekal maggi hihi ,  lepas puas dah main semua waktu dah nak gelap turun ke bawah tapi malangnya pameran bawah dah close huhu .





Malam pula lepas balik dari ocean park terus ke Ladies Market , dari MTR Admiralty turun MTR Mong Kok (Tsuen Wan Line) Exit E2 walk along Nathan Road towards Shan Tung Street , kalau tak jumpa tanya orang kata situ mana ladies market nanti dia tunjuk arah . Sini lebih kurang pasar malam tepi jalan , yang mana pada waktu petang jalan dah close untuk urusan jual beli .Sini semuaa ada , baju , seluar , kasut , beg , sourvenir dan mcm2 lagi , kena pandai tawar menawar , kalau harga yang kita minta dia tak kasi kita blar je sure dia akan panggil balik tapi ada yang tak panggil balik mungkin dia rasa rugi lahtu dengar harga yang kita minta , jadi minta biarlah berpatutan . So far harga semua murah sama seperti di Beijing . Lepas dah rembat semua terus pulang ke hotel , esok dah nak check out hehe


Part 1 - Percutian Ke Hong Kong May 2015

Part 2 - Hong Kong Disneyland May 2015


UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE 




2 comments: