Saturday, September 10, 2016

Cara Buat Visa Ke China

Assalamualaikum , hi semua kali ni fuad ingin menceritakan sedikit info cara cara membuat permohonan visa China , pertama kali buat visa pada tahun 2013 ketika itu fuad bercuti ke Beijing , kali ni pula akan ke Guangzhou China pada bulan ogos 2016 (dah balik pun ) . Sedia kita maklum bagi rakyat Malaysia yang ingin ke China perlu ada visa , kecuali Hong Kong & Macau . Fuad harap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memudahkan anda semua semasa proses permohonan.


SYARAT SYARATNYA

1) Borang permohonan , boleh isi disini dan print , jadi nanti tinggal ambil no saja tidak perlu isi di sana.

2) Gambar passport berlatar belakang putih 2 KEPING, 1 akan lekat di borang permohonan dan 1 lagi dia akan klip di passport kita.

3) Passport yang masih hidup berbaki lebih 6 bulan
PENTING : JIKA PERNAH RENEW PASSPORT SILA BAWA PASSPORT LAMA !

4) Salinan halaman butir passport bahagian hadapan yang ada gambar kita tu

4) Salinan tiket kapal terbang

5) Salinan booking hotel ( yang ni saya tak pasti perlu atau tidak sebab masa saya bagi dia ambil , yang tak perlu dia bagi saya balik , better anda bawa je )

6) JIKA buat visa untuk anak yang berumur bawah 12 tahun perlu bawa salinan surat beranak dan salinan butiran passport ibu bapa.


Lokasi & Peta




Address: Level 5 & 6, Hampshire Place Office, Jalan Mayang Sari, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Business hours:
Business Hours:Monday-Friday. Closed on Saturdays,Sundays and Public Holidays.
Submission of applications: 9:00 to 15:00.
Payment and collection: 9:00 to 16:00.
Contact information
Call: 603 2176 0888
Fax: 603 2161 2234
E-mail: klcentre@visaforchina.org

Kalau anda orang KL pasti tau di mana , ia bersebelahan dengan bangunan Tokio Marine , jika bawa kereta boleh parking di megan avenue , selalunya di bangunan Hampshire Place penuh.

Ketika fuad datang , waktu tu pagi orang tak ramai sangat , lepas saja kaunter pertama menyemak dokumen terus dia bagi no giliran , dalam 5 minit no dipanggil , jangan risau sini ada kurang 20 kaunter , jadi proses tu amat lancar . Lepas kita serahkan semua dokumen dia akan semak dan bagi resit collection , proses mengambil masa 4 hari waktu bekerja , kalau datang hari isnin , hari khamis sudah boleh collect , oh ya untuk permohonan level 5 , untuk collect level 6. 

Caj Bayaran 




Caj bayaran yang dikenakan bagi seorang ialah RM88.30 untuk single entry , double entries bermaksud dari KL - Shenzen , dari Shenzen keluar masuk Hong Kong dan masuk Shenzen balik , mean kt sini 2 kali masuk China sbb tu double entries .


Pintu Masuk



No Giliran dan Slip Collection Visa

Passport yang telah di ambil


Nasihat saya kalau nak buat sila datang pagi keduanya double check semua dokumen untuk semuanya berjalan dengan lancar , byeee :)

No comments:

Post a Comment