Friday, September 13, 2019

Percutian Ke Ipoh Perak September 2019

Hai Assalamualaikum semua , seperti dijanjikan fuad akan cuba buat 1 bulan 1 trip , so percutian kali ini kita ke Ipoh Perak , kenapa Ipoh ? Pada awalnya ke Ipoh Perak sebab nak pergi Movie Animation Park Studios then fikir fikir kenapa tidak kita buat tour Ipoh sekali ,  ada 2 posting , 1 Ipoh dan 1 lagi Movie Animation Park Studios . nice kan . Okey first dah planning nak naik bas , tapi tulah fuad ni jenis last minute juga , sabtu nak pergi jumaat baru sibuk nak beli tiket , last last untuk pagi punya  tinggal pukul 10:30 saja , al maklumlah isnin cuti confirm ramai balik kampung . Tapi tak sangka pula sampai sold out untuk pagi pagi . Kalau ambil pukul 10:30 sampai dah dekat pukul 1 , ish tak sempat ni . Kita cancel jelah postpone next week , tapi fuad ni jenis kalau dah nak pergi tu kena teruskan juga , jadi cara terakhir menaiki kereta . 



Fikir takkan nak pergi seorang naik kereta baik ajak kawan sekali , yang gilanya waktu buat keputusan ni pukul 12 tgh malam , mesej sahabat , tanya nak join tak pergi Ipoh tapi kena gerak 4 pagi , dia pun suka lah , lepas cakap on , terus booking untuk MAPS . Sempat lah kemas apa yang patut , dapat tidur 1 jam saja .

Untuk pergi ke Ipoh kita boleh naik train , bus atau flight . Untuk tiket bas serendah RM40 pergi balik boleh booking di sini EASYBOOK . Kos untuk kereta nanti penghujung cerita akan dinyatakan.




HOTEL 








7 September 2019 | 4 Pagi



Sebelum 4 pagi dah siap keluar rumah nak ambil kawan , nasib kita orang duduk Ampang  . Rasanya ni first time drive ke Ipoh , dulu banyak kali juga pergi sebab ramai saudara mara tinggal kat Perak . Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih mengikut lebuhraya PLUS . Kalau ikut jalan lama dalam 4 jam juga .


Singgah di RnR untuk solat subuh



Waktu ni memang mengantuk giler ditambah dengan selsema , Allahu , ujian betul . Nasib kereta tak banyak .


Untuk destinasi kita pertama akan ke Perak Cave , sebelum nak sampai situ , kat belah kiri ada deretan kedai nampak restoran mamak kita breakfast dulu .



Fuad ngan kawan order roti canai banjir



Lepas breakfast teruskan perjalanan ke Perak Cave , dalam 2 minit je . Sangat dekat .


Okey meh fuad cerita sikit mengenai Perak Cave ni , ia merupakan salah satu tokong yang tertua dan tercantik di ipoh . Senang cerita lebih kurang macam Batu Caves . Kenapa fuad datang ke sini ? waktu buat itinerary tu cuba search di maps google tempat banyak review dan salah satunya disini , bukan sebab nk pi sembah patung tu pun tapi lebih kepada menerokai struktur gua tersebut .







Waktu sampai ni dalam pukul 8 memang baru buka sangat , banyak juga anjing yang berkeliaran kat sini , jangan risau mereka jinak . Lagi satu nak cakap bila parking kereta ada laki india minta duit parking bagi je seringgit .






Dalam review google yang fuad baca kita boleh naik tangga ke atas , ke puncak boleh nampak pemandangan tapi sayangnya this section for morning tak buka pula . Kalau tak memang dah cun .


Habis ronda di Perak Caves , destinasi kedua ke Taman Rekreasi Gunung Lang . Waktu cari kat google memang dah cop akan pergi tempat ni , fuad paling suka nature siap naik boat bagai , nampak menarik . Dari Perak Caves ke sini hanya 4 minit . Sebelum datang sini memang dah susun setiap tempat mengikut urutan .





Sampai je wah terkejut juga banyak kereta , sampai parking pun tak ada , baru 9 pagi , rupanya ada rombongan cik kiah nak buat poco poco senamrobik .


Dekat bahagian sini sepatutnya ada air terjun buatan tapi tak buka pula .


Tasik ini bukan tasik buatan , memang tasik semulajadi , yang dulunya lombong dan dibangunkan sebagai tempat rekreasi , kudos MBP !


Yang paling bestnya harga bot sangat lah murah hanya RM3 sahaja .



Ini waktu operasi bot



Okey mesti tertanya tanya bot ni untuk tujuan apa sebenarnya , hanya sekadar ronda ronda tasik ke . Untuk makluman di sini terdapat 2 bahagian , bahagian depan (pintu masuk , tempat tunggu bot) dan bahagian belakang (Taman Rekreasi) , bot ini membawa pelancong merentasi dari point A to point B . Tak jauh pun sebenarnya hehe . Okey nak dapat lagi gambaran pernah tak pergi tasik titiwangsa , kalau nak pergi situ ada access jalan raya di mana kita boleh memandu , tapi kat sini uniknya nak pergi taman kena naik bot .











Walaupun perjalanan sangat sekejap tapi bagi fuad sangat suka . Love nature . Jangan lah pulak banding naik boat nak ke pulau ya haha .



Okey dah sampai , lepas saja turunkan kami ke seberang , bot akan patah balik ke bahagian utama . Sementara semua dah pergi menuju ke depan haa apa lagi kita bergambar lah di tepi jeti , sangat cantik view , kalau datang jangan lupa bergambar sini , ni je pun port paling lawa .







Ni bahagian sini seperti taman rekreasi lain , boleh jogging , buat poco poco senamrobik dann ada taman haiwan , wahh menarik bukan , RM3 bukan hanya boleh sekadar menaiki boat malah boleh melihat taman haiwan mini disini .














Wow first time tengok lembu ni besar giler , kalau dia rempuhnya mau semua orang berlari terjun tasik haha




Ini menara tinjau







Lepas dah pusing 1 taman kita balik ke main base , abang boat tu cakap dah pusing habis ke , kita cakap dahhh , lepas tu dia tanya kami balik ada nampak kucing tak , haa kucing ? tak ada pun , haa maknanya belum pusing habis lah tu , aduh kalau tau tadi boleh tengok hehe .




Next stop ketiga akan ke Pasar Karat LOKAN di Gerbang Memory Lane , sini terdapat perlbagai barang rare dan antik , dibuka dari jam 7 pagi . Tapi sayangnya hari sabtu tak buka pula , sebelum datang ke sini memang ada research dulu , ada cakap tutup sabtu ada yang tidak dinyatakan , ingat nak pusing ambil gambar buat tatapan pembaca , kalau tengok kat bawah jalan raya tu penuh dengan peniaga , tapi tak apa , kalau you guys search kat google ada gambar .




Next stop yang keempat Station Keretapi Ipoh , kalau tanya penduduk Ipoh apa antara tempat nostalgia kat sini , orang akan cakap station ni , dibina pada tahun 1914 dan direka oleh arkitek kerajaan British , dikenali sebagai Taj Mahal Ipoh .





Dalam station ni menempatkan hotel dan juga kedai makan







Di hadapan Station Ipoh terletak Medan Selera dan tugu sejarah Birch Memorial Clock Tower , was constructed to commemorate James W. W. Birch, the first British Resident of the state of Perak and unveiled in 1909 at a cost of $25,000.





Next stop kelima adalah Mural Art Lane Ipoh , segala tempat yang fuad titipkan dalam posting ni semua dekat dekat dan mengikut susunan . Sebenarnya fuad tak tau pun kewujudan tempat ni , ni pun tau base on tengok di maps google review yang banyak keluar . Mujur waktu sampai ni , ada 1 lot parking betul betul sebelah lorong ni . Fuad turun sorang kawan duduk dalam kereta .


Art dekat lorong sini memang banyak , colour pun tidak pudar , seperti dijaga





geram betul dengan budak perempuan sorang ni tau !







 


kenapa suruh kita senyap , apa salah kita haha




 




haishh first time pula kita buat love



nak ingatkan juga parking kat bandaraya Ipoh ni bukan free of charge ya , berbayor , sebelum kena saman baik daku mencari kupon , nasib deretan kedai kat sini ada jual , RM3.60 je . Yang lebih boleh simpan tuk hari lain .


Next stop keenam ke Kedai Kopi Yong Suan , yang istimewanya disini tak lain tak bukan Nasi Ganja . Banyak kali dengar pasal nasi ganja Ipoh , tapi tak pernah cuba . Dari Mural Art tu boleh jalan je ke sini , dalam 6 minit juga , dapat lah membakar lemak seketika .


Seperti di jangka ramaii dan kena beratur panjang , teringat nasi kandar Penang . Nak tak nak kena lah beratur , demi nak rasa Nasi Ganja viral .



 
Pelbagai lauk yang disediakan , menu semua standard . Walaupun beratur panjang tapi as we know mamak kan pantas buat kerja .



Sambil beratur sambil duk perhati manalah daku nak duduk nanti , nampak meja depan ada 2 kakak ni free 3 seat . Last last lepas dah ambil makanan teruss ada couple zasss duduk situ haha , cakap dengan kawan kita makan meja belakang lah ada suami isteri kat situ .



Tau tak berapa harga dia ? RM5.8  , sangat berbaloi , ada ayam goreng , sayur sikit , telur masin . Air order ais kosong je 50 sen . Kat sini kalau order air lepas dia dah letak kita kena bayar terus . Waktu tengah makan ni , akak yang makan sekali ngan meja kita orang tanya , tadi beratur ke , aah , " lahh kenapa beratur yang beratur tu semua yang nak bungkus , yang makan sini just duduk je nanti dia datang ambil order , makanan sini mmg dah standard "  haha adoii buat ponat je beratur , tak pelah lepas ni dah tau kan , malah yang baca posting ni pun dapat tau info , agaknya kalau akak tu tak cakap , fuad pun tak tulis , last last semua beratur hihi . Oh ya bab rasa tu bagi fuad biasa je , agaknya kedai ni ramai pasal harga berpatutan kot .



Next stop ketujuh tak jauh dari sini Hokkaido Ice Cream Puff , fuad tau tempat ni dari IG foodies , memang dah masuk dalam list , tengok video aishh terliuq cheq , memang kena cuba ni . Harga 1 ni RM4.30 ada pelbagai flavour 


Fuad order cookies N cream



uish dah famous kat ig sampai full house , kita take away saja . Buat pesanan untuk owner satu saja nasihat saya kalau boleh mana yang dah siap bagi dulu , jangan tunggu semua siap baru bagi , contoh 1 customer order 10 , yang siap baru 3 then nak tunggu lagi 8 tu membuatkan ice cream tu dah cair , some people memang agak pantang makan yang dah cair , tapi macam fuad tak lah begitu kisah kita okey je as long jangan jadi air , kita cakap on behalf hehe , yang lain tak ada masalah servis semua baikk punya ,


Ya Allah sedap sungguh Hokkaido Ice Cream Puff ini , erghhh tak cukup 1 sebenarnya , kalau tak ramai beratur haritu memang kita order lagi . Ice cream dia tu tak pasti sama ada home made atau beli , mmg ice cream mahal sebab kenyal . Dia punya puff tu pun sedapp ,  bila makan sekali dengan ice cream heaven sungguh ! Guys kalau datang Ipoh tak cuba Hokkaido Ice Cream ni memang rugi berbenor kome !



Next stop kelapan Qing Xin Ling Cultural Village , tempat ni seperti perkampungan lama di China tapi tidak  ia sebenarnya di Ipoh . Waktu jumpa tempat ni di google , wah ini sesuatu tempat yang unik dan harus di terokai , masuk dalam list . Sebelum datang ke sini kita perlu beli tiket masuk terlebih dahulu , search di google KOTA Perabot .




Katanya kalau public holiday tak buka sebab menganggu kawasan perumahan


Harga tiket masuk hanya RM10


Lepas buat bayaran dia akan bagi peta lawatan , sangat menarik




Lepas dah dapat tiket moh lah kita menuju ke sana , just search je di maps Qing Xin Ling Cultural Village , nanti waktu masuk ke simpang kanan ada nampak Taman Sakat .




Wow bila masuk je memang terasa lain , seperti di sebuah perkampungan bunian cina . Dengan harga tiket RM10 kita boleh guna apa saja di dalam termasuk basikal . Banyak pilihan basikal ada single seater , double seater dan 4 seater pun ada , first time jumpa basikal begini siap ada atap kau cuma tak boleh terbang je


so cute kambinggg



Kenapalah daku tak masuk dalam rumah ni , hanya snap dari luar saja , oh pasal rushing nak MAPS pula










Yang nampak unik dia buat perkampungan ni di kelilingan dengan gua batu kapur . Kalau buat pengambaran filem mesti nice



Kita boleh guna basikal untuk keliling kampung ni


 




Tengah sedut tenaga positif haha







Erghhh suka betul dengan basikal aladdin ni , kalau datang 4 keluarga tu , mak ayah depan , si anak duduk belakang so enjoy it


Di bahagian atas ada Memory Lane , yang ni kena menapak tak boleh bawa basikal


Agak tinggi juga mana yang sakit lutut tu kena naik slow slow atau tunggu di bawah , and lupa nak bagitau dekat sini we are the only Malay , all Cina haha , rasanya dia orang tak tau sangat kot tempat ni .




Bila sampai di atas je wahhh nicee tak sabar nak bergambar







vroom vroom siapa nak tompang abam hehe



Sangat nostalgia dengan deretan kedai lama , ish sangat berbaloi dengan RM10 dapat masuk tempat begini , i love it !







Posing jangan dilupakan








okey jam dah 3 lebih , untuk next stop kesembilan iaitu Tasik Cermin yang viral tu , tau pun tengok yang budak nyanyi kat sini kan , so dari situ ramai yang berkunjung ke sini . Hanya search di map Mirror Lake . Nak datang ke sini agak mencabar sebab jalan yang tidak rata dan berdebu , kita perlu menyusuri kawasan kuari . Parking pun limited , ada apek yang jaga kan dia caj RM5 .







Haa bukan setakat nak ke sini saja menacabar malah lepas parking nak ke Tasik Cermin juga kena menapak dalam keadaan jalan yang tidak begitu baik






So korang akan nampak pintu gua , menurut apa yang fuad baca di google dulu dia orang tebuk lubang gua ni untuk ke tasik , dalam 50 meter tapi yang menjadi persoalan macam mana dia tau ada tasik kat situ , ke dia guna drone . Lagi satu fuad baca kerajaan tak nak membangunkan tempat ni pasal gua batu kapur ni tidak bergitu kukuh jadi ia boleh mengbahayakan pengunjung .




Bila sampai je wow tak sangka disebalik gua terdapat tasik yang begitu mendamaikan , i love nature . Orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar termasuk daku .



Angin kat sini kuat tambahan tempat tertutup kan , fuad boleh klasifikasikan tasik cermin ni lebih kurang macam tasik dayang bunting , tapi dayang bunting tu lagi besar dan kita boleh mandi lagi , kan best kalau sini pun dapat di majukan .





okey dah puas menikmati pemandangan di Tasik Cermin kini sudah tiba untuk ke Movie Animation Park Studios , kita akan buat posting lagi 1 nanti di sini . Tak nak campur nanti terlalu panjang . So Fuad boleh simpulkan Ipoh sebagai City of Nature , sesuai bagi mereka sukakan kedamaian dan ketenangan . Kalau korang ada apa apa soalan jangan malu jangan segan boleh komen di bawah , In sya Allah fuad akan balas satu persatu okey . Jumpa posting seterusnya .


Kos Perbelanjaan

Minyak kereta KL- Ipoh = RM70
Tol Jalan Duta - Ipoh = RM53 pergi balik
Sarapan = RM5
Nasi Ganja = RM7.3 termasuk air
Kupon = RM3.6
Hokkaido Ice Cream = RM4.30
Qing Xin Ling Cultural Village = RM10
Parking = RM7

JUMLAH RM160.20

Kalau untuk minyak kereta + tol dibahagi 5 orang dalam kereta sorang RM24.60 , jumlah kos untuk seorang hanya RM51.80 saja !


UNTUK SENARAI PERCUTIAN FUAD KLIK SINI


SENARAI TEMPAT LAWATAN MENARIK DI IPOH

Lost World of Tambun Ipoh RM54 
Movie Animation Park Studios
Frenzy Hippo Water Park RM42
Kidszooona Ipoh RM11
Ipoh Private Tour RM165
Explore Royal Belum Tour RM310
Ipoh Private Heritage Tour RM148
Kuala Kangsar Private Tour RM199

UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE 


 

No comments:

Post a Comment