Assalamulaikum hi guys ! Ni nak citer haritu ada nampak satu hotel kat mana erk , Instagram kot . The Chow Kit by Ormond Group yang terletak di Jalan Sultan Ismail , berdepan dengan menara TH . First tengok wow cantiknyaa hotel ni pluss unik dan lain dari yang lain like oversea . Kalau tak silap dulu bangunan ni Tune Hotel , then dah tukar ke hotel ni , rasanya under Tune / Airasia Group juga , sebab CEO Tune Hotel adalah merangkap president of Ormond Group juga .
Jadi tanpa berlengah lagi terus buka website dia , and surprisely harga promo dia murah giler , hanya RM130++ , ni tak masuk lagi harga promo include breakfast dan free credit dinner . Memang berbaloi sangat . Fuad pun apa lagi cari date yang sesuai pastinya hari biasalah , kalau weekend takut ramai orang , tambahan weekend tak silap beza RM10 .
Untuk makluman waktu promo ni kita just booking je , sampai sana baru bayar dan jangan lupa print out booking confirmation . Dia punya email pun like hotel mewah .
Ni bangunan dia lawa kann . kalau korang nak tau The Chow Kit Hotel telah memenangi award The World`s Best Value Hotel by National Geographic , tempat ke 20 senarai 52 Places To Go in 2020 by The New York Times dan The Best New Hotels In The World by Travel + Leisure . Terbaik bukan .
Untuk datang ke sini ada beberapa pilihan sama ada boleh naik LRT turun station Sultan Ismail atau Monorail Medan Tuanku atau boleh bawa kereta . Caj parking disini sehari RM15 .
Waktu masuk akan berjumpa dengan front dest , berdepan dia pula ada cafe . Waktu ni ada beberapa guest yang sedang menunggu untuk check in , ni nak tegur sikit pihak management kenapa meletakkan sorang staff , kesian abang tu . Akibatnya proses check in mengambil masa agak lama , yerlah dah dia sorang yang buatkan . At least ada 2 staff , for me okey lagi nak tunggu tapi kalau dapat yang jenis tak suka menunggu tu memang boleh spoil terus , serious cakap hehe . Staff semua okey cuma tulah lambat sikit , orang dah lah excited kan . Waktu check in dia minta deposit RM100 , waktu check out nanti dia pulangkan balik .
suka giler dengan susunan atur dan design hotel ni , tak tau nak cakap tema apa , but ia lebih kepada kombinasi modern asian tradisoanal .
Bagi sesiapa yang tak menginap boleh menjamu selera disini , makanan dia lebih kepada masakan melayu seperti nasi ulam , satay , bergedil , apam balik , ayam kampung emas dan banyak lagi , menu boleh lihat
disini .
Kunci pun dah dapat , Its time to check in . Terkesima betul dengan gold lift dia .
Bila masuk je woww bestnyaaa , cantik sungguh dia punya design katil memang unik , fuad belum pernah lagi tengok katil unik macam ni .
Semua bilik ada wall glass cuma tak boleh buka dan lagi satu cermin dia bukan tinted okey , orang luar kat bangunan sebelah boleh nampak , jadi awas bila menukar pakaian haha . Dan satu lagi walaupun bersebelahan dengan jalan raya yang sesak memang tak akan dengar langsung bunyi bising diluar , apa orang kata tu kedap bunyi .
Ni yang best ni siap ada nama kita dipaparkan seperti mengalu alukan kedatangan tetamu .
Geram dengan mangkuk singki basuh dia ni , lawaa
amazeee kan , top notch the design . love so much .
tengok lah pili paip dia , memang custome made .
sebelum tu pose dulu haha
memang betul betul me time , mana yang tinggal di KL nak berehat sebentar boleh stay kat hotel ni . Sangat puas hati dan berbaloi .
kalau dah bilik macam ni memang lepak seharian di bilik saja , tambahan ambil 1 malam . Bil rehat sambil tengok tv serious dia punya vibe macam kat London walaupun fuad belum sampai sana .
smart tv dia boleh connect dengan hp andoid mahupun ios , so kalau nak buka utube ke apa boleh je .
What can i say , hotel ni sangat best dari segi bilik , design , kemudahan yang disediakan dengan harga yang sangat berbaloi , malah ia menjadikan hotel kegemaran fuad , memang akan repeat lagi selepas ni nak bawa kawan pula hehe . Okey itu saja free review dari fuad . Bye !
No comments:
Post a Comment