Assalamualikum Hi Guys ! Wah baca tajuk je dah mengerunkan , minum ? minum apakah ? . Okey ni nak cerita konon nak buat last video untuk 2020 kat tempat best , so cari punya cari terjumpa Heli Lounge Bar di tengah kota ibu Kuala Lumpur . Tengok gambar dan video orang yang pergi sini dia punya pemandangan sangat cantik ! Wah ini kalau buat video memang nice sangat , so confirm , kita locked tempat ni .
Untuk makluman korang Heli Lounge Bar terletak di bangunan KH yang terletak di Jalan Sultan Ismail dan kalau tak silap tingkat 15 , paling atas , tak apa nanti tanya guard situ . Buka jam 5 petang sehingga 12 malam , kalau korang nak secure seat boleh call pihak Heli untuk booking , waktu fuad dan kawan sampai semua meja dah di reserved . Nasib datang pukul 6 petang orang pun tak ramai jadi kami duduk je .
Bayaran yang dikenakan RM50 seorang termasuk dengan secawan air . Korang boleh pilih air apa , nanti dia akan bagi list TAPI yang halal hanya 2-3 jenis sahaja . Bila masuk sini akan jumpa restoran dulu , dan air tersebut perlu di bawa naik ke atas dengan menaiki beberapa anak tangga .
haa inilah tangganya
waktu dah nampak langgit ni maka anda sudah hampir ke puncak kejayaan ! haha
so niceeee , memang dekat betul dengan bangunan sekeliling
kalau korang nak tau segelas air oren kordial untuk order yang baru harga sangat bangsawan , RM30 ! so tolong jimat , minum light light je sebagai pemanis bibir . Tidak dibernarkan sama sekali bawa air mineral . Fuad heran sebenarnya , kalau ikutkan senarai harga menu , makanan tak lah mahal sangat , kira standard lah , contoh pizza regular baru RM30 , tapi air pula yang macam firaun . So kalau datang sini sangat sesuai untuk chill lepak sambil borak minum air dan makan slice pizza , menikmati sunset dan city view , sangat tak sesuai untuk melantak . Lagipun fuad pun tak tau halal ke idok , alah yang penting pose gambar letak kat IG buat kenangan . Lagipun dah nama bar , usually orang nak minum wine je . Jadinya lepas sahaja aktiviti pose kita orang decide terus ke Kg Baru untuk pekena chicken chop hihi .
cheeerssss
aktiviti paling wajib dan dinantikan , poseeee haha
wow~These photos reminds me of the wonderful experience of having a drink at Heli Lounge Bar while looking at the KL city skyline.
ReplyDelete