Kalau tengok posting fuad sebelum ni pun , memang fuad dah cakap tak ada mood nak fly sebab covid melanda , dengan sekatan covid nak kena buat PCR test sebelum balik , kalau positif tak boleh balik lepas tu pula nak kena kuarantin lagi aduhai lecehnya , ia memberikan pengalaman yang sangat tak best , cuti pun tak tenteram duk risau kalau kena covid , TAPI bila kerajaan Malaysia mansuhkan semuanya sekatan covid bagi mereka full vaksin pada bulan 4 haritu terus hati dah berbunga bunga , roh travel tu sudah kembali balik then fikir takpelah kita start 2023 baru fly , ohh tak boleh jiwa ni dah meronta ronta nak fly juga , that time fuad ada beberapa senarai nak pergi antaranya macam London ke Paris ke kan , tapi mahai angatlah hotel kat sana , so i need to spend more money , then tiba tiba hati ni terdetik nak check Dubai , bukalah agoda tengok harga hotel whattts asal murah niii , 1 malam boleh dapat RM100 ? Biar betul ! Even hotel Shangrila bilik view Burj Khalifa pun RM530 per night . Kita ingatkan harga hotel lebih mahal dari London , okey then kita buka Klook pula nak tengok tiket lawatan , yaa ampunnnn lagi terkezut beruk murah angatt nii , like seriouslah ? Haaa tanpa berlengah masa lagi teruslah cari flight tiket dan fuad book Singapore Airlines depart 10 Jun, boleh lah murah sikit dari Emirates yang harga tel avi tu hihi , tambahan dah lama nak naik SIA yelah rank 2 world best airlines & world best cabin crew katanya , tu yang excited . Tambahan lagi nak fly ke Dubai hanya perlu full vaksin sahaja . No pcr test dan kuarantin .
Reason kenapa fuad ambil bulan 6 sebab that time dah puasa lepas tu bulan 5 dah sibuk nak raya , jadi kita lepaskan semuanya dulu baru boleh fly dengan tenang . Tapi tulah 2 bulan nak tunggu tu macam 2 tahun ! Selagi tak fly selagi tulah duk fikir . Oh ya baru baru ni Airasia ada buat pelancaran pembukaan laluan baru ke 3 negara seperti London , Istanbul dan Dubai ! Wah ini cukup baik , kalau dapat harga RM2K pun dah nice tak perlu transit lagi , direct je terus .
SEBELUM BERLEPAS
Passport - Pastikan expired date masih berbaki lebih 6 bulan ke atas
Visa - Rakyat Malaysia tidak perlu buat visa untuk ke Dubai
Duit - Menggunakan mata wang Arab Emirates Dirham , waktu fuad tukar ni akak tu cakap Encik kita ada note 500 saja ke En nak note 1000 ? Ampunn besar besar duit mereka . Memang fikir sampai airport nak pecah kan nanti . Waktu fuad tukar duit ni RM1 bersamaan AED1.22 beza 22 sen saja , memang tak banyak beza pun .
SEBELUM BERLEPAS
Passport - Pastikan expired date masih berbaki lebih 6 bulan ke atas
Visa - Rakyat Malaysia tidak perlu buat visa untuk ke Dubai
Duit - Menggunakan mata wang Arab Emirates Dirham , waktu fuad tukar ni akak tu cakap Encik kita ada note 500 saja ke En nak note 1000 ? Ampunn besar besar duit mereka . Memang fikir sampai airport nak pecah kan nanti . Waktu fuad tukar duit ni RM1 bersamaan AED1.22 beza 22 sen saja , memang tak banyak beza pun .
Travel Insurans - Etiqa Takaful , better ambil je Etiqa cashless payment bukan pay & claim . Boleh beli thru web mereka .
Data Internet - Fuad ambil wifi portable 2GB sehari selama 4 hari hanya RM74 sahaja . Sangat sangat berbaloi boleh share dengan kawan kawan , coverage always full , boleh dapatkan di sini data roaming
Bas
Teksi - Ada cakap teksi sana murah sikit dari e-hailing
Uber / Careem - E-hailing , Careem tu macam Grab kat Malaysia cuma diguna pakai di middle east . Apa pun boleh download keduanya untuk bandingkan harga nanti , bagi pendapat fuad sendiri naik e-hailing menjimatkan dari naik metro jika datang dalam 3-4 orang boleh kongsi .
Metro - Di Dubai train mereka hanya ada 2 line sahaja , line hijau dan juga line merah . Alah lebih kurang Kelana Jaya Line dan Putra Height . Pertukaran train ada 2 station sahaja iaitu Station Union dan Station Burjuman , macam station masjid jamek . Kadar tambang agak mahal ya , mengalahkan MRT Singapore , tempat tak lah jauh pun sampai kena RM11 sehala aiyo , dia ikut zone , jika station tersebut dalam 1 zone hanya AED3 saja , masuk zone 2 jadi AED6 untuk jimat boleh ambil pass unlimited AED22 per day beli di mesin atau AED110 7 days beli di kaunter, boleh naik semua pengangkutan metro , bus , tram unlimited . Kalau pergi dalam 4 hari better ambil pas per day je . Mesin ni juga terima pembayaran guna visa/mastercard , fuad dah try bayar guna visa debit maybank boleh je .
AED22 Unlimited Day
PENGINAPAN
Boleh booking thru agoda.com , klik SINI AGODA HOTEL banyak je pilihan tempat penginapan , kalau hostel boleh dapat below RM100 . Kalau nak hotel lebih mewah boleh book Shangrila memang nice giler view betul betul depan Burj Khalifa , semalam dalam RM530 , kalau bahagi 2 orang baru RM265 , murahkan , memang berbaloi .
MAKANAN
Makanan kat sana jangan risau semua halal , just pilih je nak yang mana , harga pun sama je macam di Malaysia , tak mahal pun , no worries .
TIKET & SENARAI LAWATAN MENARIK DI (KLIK LINK DIBAWAH)
HARI PERTAMA
Flight fuad ke Singapore jam 8:30 pagi , jadi pukul 3:30 pagi dah gerak dari rumah ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk naik bas ke KLIA . Tambang hanya RM10 sehala . Book thru easybook.com .
Boarding lagi 1 jam lebih tapi perut lapar pula , sempat makan dulu ni , nasib kat departure hall ni ada food court , actually fuad bawa 15SGD je haha memang nak guna visa card je , lagipun pertukaran mata wang tak lah mahal pun . Kalau nak order makanan kat sini kena guna kiosk , kita pilih nama kedai dan makanan , bayar dan akan dapat nombor . Kalau dah siap dia akan panggil
Sebelum order fuad dah round dulu cari kiosk makanan halal mujur ada 1 kiosk ni makcik melayu jual nasi lemak ayam 6.90SGD convert ringgit baru RM21 okey sangat lah tu , tau lahkan harga airport , fuad masih ingat makan nasi goreng hangit yang berharga RM20 di food court KLIA2 . Kalau nak bandingkan memang worth lah .
Dekat Changi airport ada movie free dan ada taman rama rama , hall movie tak jumpa pula , jumpa taman rama rama je .
It time to boarding honey ! Waktu ni mix feeling nervous & excited yerlah dah lama tak cuti jauh macam nikan , last 2020 .
Waktu web check in 2 hari lepas mujur dapat seat tingkap hihi . Suka tengok kerusi SIA blue mix grey .
Diberi sekali headphone , blanket dan juga bantal .
Untuk Singapore Airlines kita boleh request special meal seperti Halal Meal , yang bestnya special meal akan di serve dulu , bila tengah melihat pemandangan awan tiba tiba steward datang Mr Ahmad your halal meal is ready ya , oh alright . Tapi tulah seganlah wak , orang lain tak dapat lagi kita dah dapat , nak makan pun alah kesian pula orang sebelah haha . Cuma satu je fuad tak puas hati dan agak mengecewakan , makanan dia sangat biasa2 je , dah macam lauk kantin , this is not standard 5 star airlines , makanan dia nasi putih bendi cili dan kambing kurma lepas tu ada puding jagung , i think puding instant Nona lebih ada rasa dari chef ni masak , bila tengok orang sebelah punya meal sungguh menyelerakan dapat ice cream mahal pula kenapa ada double standard kat sini , u can make halal meal better ! Bukan fuad tak bersyukur tau , tapi tak adil buat kita , kita pun bayar juga hihi . By the way makanan Airasia Santan still number one !
Sepanjang perjalanan tu kita asyik buka tengok je GPS flight , sambil tu buka lagu , tengok movie .
Alhamdulillah mendarat sudah di Dubai
Waktu di imigresen pak arab langsung tak tanya pun pasal vaksin ke tak , just bagi passport snap gambar , cop dan jalan , agaknya dia orang pun dah tak kuasa . oh ya setiap tourist akan diberi percuma sim card dan 1gb sangat bagus, tapi fuad tak guna pun .
Waktu nak ambil bagasi ni fuad tak pasti kenapa lama sangat , serious lama nak tunggu beg dia loading .
Jika awak ambil wifi broadband , lepas je keluar balai ketibaan tu akan nampak deretan shop belah kiri , nama kedai tu KITMYTRIP , fuad dah booking dan bayar awal2 sebelum sampai sini lagi , so just collect saja . By far fuad sangat berpuas hati 2GB sehari untuk 4 hari sewa RM74 je , oh ya deposit kena letak AED250 tau nanti balik bila pulang dia kasi balik duit tu , nak booking boleh buka link ni KLOOK
Untuk ke bandar tak susah pun , airport dengan city sangatlah dekat , lebih kurang naik train dari KLCC ke KL sentral . Lepas keluar tu akan nampak terpangpang sigboard Metro , just ikut je sign tu kena naik escalator .
Masa awal awal posting tadi fuad ada bgitau yang fuad dapat note AED500 saja , mujur kau ada mesin money changer ni , masuk 500 dia bagi duit kecil 10 50 100 , settle masalah ! haha
Nak beli tiket train senang je , alah lebih kurang macam mesin rapid kl , yang penting awak kena tau station apa nak turun , sebab tu sebelum nak book hotel tengok dulu sama ada hotel dekat dengan station atau tak , kalau dekat lagi mudah .
Mesin ni juga terima bayaran visa just wave je
Line airport warna merah , tempat hotel fuad line hijau jadi kita perlu turun di station union pertukaran ke line hijau .
Fuad stay area Deira , Diera ni old Dubai still dalam bandar cuma bukan kawasan elite . Alah lebih kurang area Kampung Baru KL lah senang citer , dekat sini besttt semuaaaaa ada , fuad mmg sangat suggest korang stay area Deira instead of tengah bandar , sebab kalau tengah bandar takkan dapat environment begini , memang korang akan mengilaa , barang semua murahh murahh erghhhh , ini aku rasa kalau orang perempuan akan habis masa kat sini je , confirm akan beranak beg !
KFC pun ada tapi alwayss full , dari awal sampai nak balik tak merasa nak makan kepci dubai , sajalah nak tengok sini guna burung ke ayam kihkih
Lepas dah check in laparrr , maka kita pun makan area hotel , sini macam biasalah shawarma , ayam goreng , burger , beriyani lah , so fuad order 2 , did u know how much 1 sharwama ni ? 5 dirham ! dan botol air mineral besar 2 dirham , murahkan , even shawarma kat Ampang pun RM6 , so sama je . Tak yah takut bab makan kat sini . Haa nak cakap satu je makanan kat sini kurang rasa ya haha , dia bukan tak sedap tapi rasa tak ummphh .
Lepas makan marayaplah tengok tengok barang
Ohhh inii kedaii puakaa , sekali masuk tak tau bila kau nak keluar haha
Sourvenir semua mur mur je u , nak je aku borong
Fridge magnet paling murah 8 dirham dapat 8 magnet
Abaya 79 dirham , boleh lah beli untuk mak uols hihi
Gladly ada susu unta , ni pun tinggal 2 botol je , terus rembat harga 4.5 dirham . Rasa dia pelik u tak taulah nak desribe macam mana , ada orang tanya rasa mcm susu kambing ke ? eh takk , lain , setiap binatang tu lain dia punya rasa , susu lembu ngan kambing tu boleh telan lagi , yang ni terpaksa habiskan , kang membazir pula , but niceee to try for once in your life hihi , by the way susu ni ada 3 perisa , asli , strawbery dan safron , esoknya nak beli yang lain dah habis pula . Memang limited ni .
HARI KEDUA
So pagi ni punya aktiviti di tukar ke Dubai Marina Speedboat Tour sorang RM118 . Boleh beli kat sini KLOOK .
Kat Dubai ni sangat mudah untuk naik train sebab kebanyakkan tempat memang dekat dengan station . Sambil tu dapat melihat view bangunan modern Dubai , kalau awak naik teksi tak nampak sangat .
Haa lupa nak cakap kalau korang nak tau kat Dubai terlalu ramai foreign yang bekerja kat sini , kalau ada niat nak usha pak arab ke mak arab ke sorryy harapan tipis dik , kita bagitau awal awal tau, paling banyak sini filipina , negro dan india so pilihlah mana satu nak angkut bawa balik Malaysia kihkih . Kadang tu confuse aku ni kat filipina ke dubai .
Untuk pergi ke sini perlu turun Station Sobha Realty , then kena naik tram ke station Marina Tower . Waktu ni dah pukul 8:30 pagi dapat mesej whatsapp katanya sistem dia orang problem tak dapat nak arrange fuad pukul 9 pagi sebab booking 9 pagi , dia arrange jam 11 pagi , alamak lagi 2 jam ni , okey takpelah kita tukar plan pergi ke JBR Beach Marina , sepatutnya pergi lepas habis boat tour tapi dah anjak kita pergi pantai ni dulu lah .
Nak pergi pantai ni perlu naik tram turun station Jumairah Beach Residence 1 . Tambang punya lah mahal 6 dirham bukan jauh pun .
Then nanti kena jalan sikit , bila nampak bulatan ni belok kanan , alah kalau tak jumpa tanya je security kt situ JBR Beach . Kawasan marina ni kawasan elite seperti area Mont Kiara most mat mak saleh saja , so kalau nak cuci mata sinilah tempat dia haha .
Haa dah nampak faris wheel dubai , fuad sebelum datang sini memang dah plan nak bergambar kat pantai ni tanpa baju , kira shirtless lah , kat Malaysia malu sinilah perluangnya pun haha .
Yang berjala jala tu boleh naik tau dia macam kat gamuda cove sepang , kita boleh makan dan benda alah tu akan naik so nice bila tiba waktu sunset . Bayaran tak mahal . Sini kalau korang nak sewa katil baring kira nak bersidai tepi pantai pun ada .
Haaa dia dah start dah , cabaran waktu nak bergambar ni kan apa punya suweylah ada burung berak jatuh betul betul kat bahu aishhh sabar jelah haha , pi lah toilet cuci buka baju habis abang2 mat saleh tengok dada kita ni . Planning memang nak buka baju tapi malulahhh , aku tak faham betul panas panas terik ni pun boleh bersidai , selalu petang je . Ramai pula tu orang futeh kat sini , cakap dalam hati kita datang jauh jauh aku nak buat juga tak kira ya so bukalah butang baju nampaklah sikit dada tu , okeylahkan , tak adalah sexy sangat yang penting aurat masih tertutup , karang ada pula yang terkam kita risau , lepas tu pose berlatarkan eye on dubai tu memang niceeee , puas sangat , fuad ni jenis selagi dia tak puas dia takkan happy , so dia akan buat sampai dia puas , sebab tulah kalau nak bercuti pun mesti dengan someone yang kita rasa puas bercuti dengan dia . Agaknya kalau pembaca tengok gambar gambar ni apalah tanggapan korang ya mesti fikir fuad ni sejenis open , eh tak adalah fuad ni walauapun open tapi behave lagi kita jenis baiklah hihi . Buat untuk kepuasan diri bukan untuk orang hehe
haa nampak tak tu dia sedang berputar naik ke atas
sini kalau petang petang lepak tengok sunset makan makan memang asyikkkk . lepas tu pula dihidangkan dengan pemandangan yang cukuppp indah ! aauummmm
Okey waktu ni dah pukul 10 lebih terus pergi ke station tram untuk turun ke station Marina Towers
sini juga ada masjid tau , mana lah tau nak buat solat taubat lepas cuci mata tadi
Turun dari station Marina Tower kena jalan sikit , apa2 search je kat google map Love boats UAE . Akan jumpa kiosk macam ni .
Gladly hanya 2 orang pelancong orang futeh je naik .
Kat Marina ni banyak boat besar untuk dinner cruise .
Yang bestnya speedboat tour ni dia akan membawa kita keliling bandar selama 45 minit so memang puas sangat dapat melihat dan bergambar berlatar belakang bangunan mewah Dubai , malah bukan tu saja dia orang akan bawa boat laju giler macam kau nak terbang , memang fun betul dan sangat sangat berbaloi . Cuma kalau boleh ambil lah petang , pagi panasss .
Mana nak dapat gambar macam ni , hanya dengan menaiki boat , itu adalah hotel paling mewah dan mahal di dunia , 1 malam USD7000 di saluti dengan emas kus semangat , actually kalau korang nak masuk dalam tu pun boleh 90 minit tour 249 dirham , boleh booking online di web mereka sini
Ada yang berminat nak cuba skydive ? 1799 dirham termasuk video
rumah orang kat sini jenis landed fuad suka nampak style arab
Lepas habis speedbout tour kita akan ke Burj Khalifa , turun station Burj Khalifa . Dari first signboard Dubai Mall ni nak ke Burj Khalifa punyalah jauh , nasib ada escalator .
Bila fuad masuk Dubai Mall nikan rasa macam kau kat suria klcc , tak ada apa yang terlalu impress sangat , mungkin Malaysia pun ada shopping mall mewah , jadi macam tak heran sangat . Ini bagi pendapat fuad lah bagi orang lain tak pasti . Dubai mall ni besar dan banyak tarikan kat sini . Dan makanan kat mall ni pun tak mahal .
Fuad sempat solat kat sini , agak terkejut jugalah , ada tengok surau dia orang macam canggih , tapi ni biasa saja cumanya surau dia ada security yang jaga , agaknya yang mewah itu sesetengah tempat tapi tak semua . Dekat sini solat tak yah guna sejadah untuk lapik dia orang bagi kertas manila . Oh lupa nak cakap , kat sini setiap kali masuk waktu akan berkumandang azan 1 mall even airport pun sama , seronok .
Akhirnya sampai juga di Burj Khalifa yang selalu nampak di media social , bangunan ni tak besar mana pun , cuma dia tinggi dan kurus . Kalau korang nak masuk dalam tu pun boleh siap ada cafe lagi di tingkat atas , kopi istimewa mereka berharga 160 dirham di taburi real gold flakes . Ingat nak cuba tapi fikir balik macam membazir je haha , tapi nice to trylah kalau korang nak try at least dah rasa kopi paling mahal di dunia .
Boat ni korang boleh naik tau waktu malam , sebab setiap malam mula dari jam 6 petang sampai 11 malam setiap 30 minit akan ada Water Fountain alah sama je macam water fountain kat KLCC tu siap diiringi dengan lagu , but nice to watch lah , fuad tak sempat nak pergi malam sebab penat nak pergi 2 kali nak menapak lagi .
Haa gambar ni wajib ambil , kalau tengok mesti tau panas terik , yes waktu ni tengah hari memang kalau boleh nak ambil gambar cepat2 dan masuk mall balik haha . By the way Nicee kan ! Sebenarnya nak ambil gambar kat tempat satu lagi nama dia The Wing of Mexico , cuba search kat google , tu pun nicee tapi tulah dah terik macam ni langsung tak ingat dah .
Lepas saja bergambar di Burj Khalifa destinasi seterusnya di Dubai Frame . Untuk pergi ke sini turun Station Max dan korang kena jalan selama 20 minit , much better take Uber or Careem , tak silap 12 dirham . Risau ada yang pitam nanti , unless u jenis suka berjalan .
Kalau awak pilih untuk jalan kaki nanti akan jumpa Dubai Public Parks but jangan masuk dalam ni , korang kena jalan ikut je pagar taman ni sampai korang jumpa mercu Dubai Frame
Dubai Frame is The World's Largest Picture Frame , rumah kau ada frame besar macam ni ? tak ada kan , fuad pun tak ada hihi . Dia macam muzium dan pameran dan juga menunjukkan past Dubai dan future Dubai , so kalau korang naik lif sampai tingkat atas , bila berdiri akan nampak this side old Dubai then other side future Dubai which is bangunan Burj Khalifa semua tu . Atas sekali tu ada kaca transparent boleh tengok kat bawah , which is good harga masuk pun tak mahal yunk dalam 50 dirham saja , boleh beli thru website
Actually datang sini bukan nak masuk dalam tu pun cuma nak bergambar hihi , memang tengok kat instagram nicenya dia orang snap sini , fuad pun gigih lah mencari angle yang cantik , akhirnya fuhh tak sia sia daku menapak ke sini . Nice ke tidakk , kalau awak ikut fuad cuti gambar u konpem cantek2 , macam2 gaya fuad suh awak pose nanti.
Lepas dah puas bergambar tu terus balik sebab dah penat sangat , lunch pun belum lagi ni . Sebelum naik hotel kita tapau kebab lagi . Kali ni order 3 terus , makan kat bilik hotel , dah kenyang lepas tu tidur dengan aircond erghh nikmatnyaaa
On the way ke hotel tu sempatlah snap gambar cenderahati kot korang nak beli nantikan , yang pasti mur mur je hehe
Untuk aktiviti malam sepatutnya nak pergi 2 tempat , first muzium in the future dan 1 lagi nak tengok Dubai Water Fountain kat Burj Khalifa , tapi dapat pergi muzium in the future je sebab daku ketiduran .
Untuk pergi ke sini kena turun Station Emirates Tower , then nanti akan nampak laluan ke sini .
Kalau korang tengok badan bangunan disaluti dengan tulisan bahasa arab yang ditulis oleh His Highness Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum , Pemerintah Dubai , ini maksudnya
Museum of The Future ni muzium dan pameran gambaran Dubai yang akan berlaku d masa hadapan . So kalau korang masuk akan nampak all the futuristik , nak masuk sini bayaran RM177 , boleh beli kat sini KLOOK . Macam biasalah fuad tak masuk pun , fuad kalau muzium ni tak minatlah haha , i more to exciting , theme park yang ada aktivit yang kita buat , sebab tu sebelum beli tengok dulu kat youtube , kalau rasa puas beli lah , kalau rasa tak puas baik tak yah .
Yang penting gambarrr , ini paling terpenting , kalau nak view macam ni datang malam saja , siang lampu tak pasang , nicee kan
Siap minum lagi , coke ya , kalau korang nak dapat shoot macam ni , kena ambil gambar kat depan pintu masuk , kena turun tangga . Lagi satu tips flash must be on .
Okey jom balik ke hotel , dekat sini kan memang jarang sekali nampak motosikal , semua kereta sahaja dan paling bagus pemandu sini sangat mengutamakan pejalan kaki , kalau korang nak lintas tak payah tunggu dia orang sendiri yang akan stop kereta .
HARI KETIGA
Korang tau tak berapa tambang nak naik boat ni ? 1 dirham sis ! in Dubai seriouslah , sebab itulah korang wajib naik , inilah old Dubai yang sebenar yang kita nak tengok , dekat Malaysia tak ada dik boat macam ni.
Bagitau dia nak ke Bur Dubai Souk Market , sebab kat port ni dia pergi 2 tempat . Tambang bayar pada driver nanti .
Boat Sangat old
Yang ni Al Seef , sini memang nice kalau korang sampai situ ambil gambar , cuba search nanti kat google map Al Seef .
Sini juga ada Grand Bur Dubai masjid dan juga Dubai Muzium
Mana u nak dapat look macam ni kat bandar , hanya di old Dubai sahaja
Dah panas panas ni pekena air kelapa sebiji perghh maniss , sebiji 8 dirham , kalau orange 10 dirham
Jom jalan jalan , kalau kat pasar ni jangan sibuk tanya harga , kalau betul betul minat baru tanya , tawar sampai jadi ! Kalau kau cakap dari Malaysia terus peniaga `apa khabar ? jom masuk murah murah ` haha kelakarlah pak arab ni
Uishh tengok pingan mangkuk tu geramm jekan , boleh lah beli beberapa buat hidangan tetamu , bila orang tanya wah Jah cantiknya , pingan ni kau beli kat mana , u pun jawab `Dubai uu ` kehkeh . Fuad tak sure berapa harga but for sure mur mur je ni
Baju kelawar ni a.k.a kaftan 10 dirham sis ! Fuad sempat sambar beberapa untuk cenderahati
Haaa pouch beg Dubai ni pulak 5 dirham je , aduhai apa hal murah sangat ni , senang senang awak angkut je sekali ngan tiang penyangkut bawa balik Malaysia haha . Ini memang sangat sesuai kalau korang nak beli untuk sourvenir kawan kawan kan . Fuad memang nak beli tapi tanya kakak dulu awak nak tak ni , dia cakap tak nak , so tak adalah beli .
Nanti awak akan jumpa ada satu cafe ni memang nicee sangat , ini kalau petang petang tengok sunset sambil minum kopi memang terbaik , nama dia Mazni Coffee And More dan dia juga ada small hotel situ Mazni Casa , 1 malam RM400++ , pagi petang buka je jendela nampak sungai tengok sunrise sunset, dia macam ala ala hotel dekat deretan sungai Melaka waterfront .
Okeylah jom balik ke hotel sebab fuad nak kejar masa untuk aktiviti seterusnya
Sambil tu layan jajan makanan india , 5 dirham dia campur macam macam not bad lah .
Okey inilah aktiviti yang ditunggu tunggu , wajib dan mesti korang kena ambil pakej ni , kalau tak rugi besar ! Korang takkan menyesal . Kita akan ke Dubai Desert Safari , pakej ni termasuk driver akan pick up korang kat hotel dan hantar kita balik , kereta 4x4 yang akan di pandu di padang pasir seperti roller coaster , BBQ dinner buffet with unlimited soft drinks , camel ride , belly dance , henna painting & fire show , tau tak berapa ? RM110.75 ! my gosh ini ke Dubai yang orang cakap mahal tu , fuad terekjut beruk bila tengok harga . Bila fuad tunjuk my mom video fuad pergi sini , mom cakap RM500 , i told RM100 lebih je , ibu pun terkejut haha . Nak beli pakej dekat sini KLOOK .
Oh ya suka fuad ingatkan , kalau datang ke padang pasir ni it will be nice kalau awak pakai pakaian arab , barulah wow , ni fuad beli serban kat area hotel , RM10 je . Nak lilit tu stress pula , now i know lah kenapa perempuan pakai tudung pun berejam rejam hihi . Last last fuad tengok je youtube tutorial , tadaa okey tak , ya habibi ya maulana . Waktu ni tengah tunggu driver datang pukul 3 , pukul 12:30 tadi dia dah whatsapp minta alamat hotel dan suruh standby .
Fuad orang pertama yang dia pick up , total 1 kereta 6 orang . Ni otw nak pick up guest lain
Aku kat belakang ni dah macam tuan besar , siap bersimpang kaki `driver could u turn on radio please ` okey gurau .
Dapatlah menjamu mata dengan pemandangan di luar , baru menikmati . Daerah kita nak pergi ni agak jauh juga dekat 1 jam , yerlah padang pasir kan
On the way nak pergi tu akan singgah kedai cenderamata , my advice is tak payah beli harga tel avi , ada sorang guest tu dia beli 1 set jubah ngan serban 150 dirham , walhal kat area fuad jubah dia tu baru 30 dirham . 1 set baru 50 dirham , dah 3 kali ganda dia kaut . Nak beli ice cream tak apalah .
Sementara dia orang beli , fuad selfie dulu
isi minyak , 1 liter 4 dirham , mujur Malaysia bagi subsidi
first pit stop quad biking ni macam atv , haa lupa nak cakap waktu mula mula driver ambil fuad dia tanya u nak main motobike tak , beriya riya dia suh ambil , tau berapa 150 dirham untuk 30 minit , for me not worth it lah dengan tengah panas , atv fuad main kt melaka dalam selut hutan tu lebih fun dari yang ni , lagipun bahayalah masing masing drive tanpa haluan , if any kemalangan insurans tak cover tau . Tapi kalau korang nak ambil juga better waktu beli kat kat web tu ambil pakej sekali quad biking jimat RM30 .
Lepas dia orang dah puas main bike kita terus ke camp , excited
Semua orang kena keluar dan tukar kereta lain , fuad duduk seat depan yahoo
driver ni bawa memang macam orang gila , ini kalau orang pregnant boleh terus beranak , sebab tu awal awal dia dah mention this activity tak sesuai untuk mereka yang ada certain penyakit . Kalau awak jenis mabuk laut mau termuntah terus migraine . Even guest lain pun waktu dinner dia orang tak makan bbq pun sebab kepala pening adoii .
Yang aku pula habibi go fast go fast haha , kalau korang nak tengok video boleh tengok kat ig fuad @fuad208
Yeah dah sampai camp
Aww comel this unta , selama hidup inilah kali pertama pegang dan tunggang unta .
Untuk naik unta kena beratur , tak lama pun dan dia pusing tak sampi 1 minit pun haha bolehlah nak merasa sekadar ambil gambar video . Kalau awak nak lama boleh naik yang bayar punya tak silap 20 dirham
susah pula nak naik ni bonggol unta tinggi angat
Yihaaa
Okey dah pukul 7 malam driver bawa masuk ke dalam camp dan beri sedikit taklimat pukul berapa boleh ambil makanan , dekat camp ni ada tempat solat tau .
Ini bahagian ambil air , unlimited air gas
Setiap meja dah diletakkan nama , nanti driver akan tunjuk
okey dah pukul 7:50 masing masing dah boleh ambil starter
Tak taulah apa nama makanan ni dia macam samosa lebih pada makanan india
Sambil makan dihidangkan belly dance , waktu ni ada yang dah naik sheikh siap berjoget joget ali baba , fuad sebenarnya pun kalau boleh nak joget sekali mana taknya u dengan speaker kuat , kita ni dahlah jiwa muda mana tahan
Okey lepas tu di umum boleh ambil makanan utama dan bbq
haa macam macam ada , nasi putih , beriani , pasta , salad , memang fuad ambil semua , kita bayarkan
then daging bbq , the taste bolehlah wak , tak nak complain lebih lebih sesuailah dengan harga janji perut kita kenyang dan enjoyy the night , Alhamdulillah .
waktu ni show di mana unta unta akan jalan dan dia orang akan bakar sign Dubai dan pertunjukkan firemen
Program tamat pada pukul 9 lebih , it really really really fun , enjoyy & worth it ! memang terbaikklah seriouss tak rugii , malah u akan rugi sebab tak ambil pakej ni . Then driver akan hantar kita pulang ke hotel .
Baraiii , ni balik solat ishak then tidurrr , esok pagi baru kemas beg sebab esok dah nak check out .
HARI KEEMPAT
Untuk last day kat sini fuad memilih untuk shopping , ibu awal awal dah pesan nak abaya dubai , tambahan flight pukul 8:10 malam, ada banyak masa lagi , so dekat sini ada 1 mall khas jual abaya sahaja iaitu Naif Maket , masih di sekitar Deira .
Dekat sini korang dah rambang mata , dah lah harga tak letak , so make sure kena masuk kedai yang betul betul nice baru tanya dan tawar . Sini paling murah korang boleh dapat 50 dirham ! murah kan , range 50-200 dirham .
Yang rambu ramba ni 100 dirham sajo
Selepas bertawaf 1 mall tu lastly fuad masuk kedai abaya yang kedai dia luar mall , masih mall yang sama cuma dia kat luar , dia dekat bahagian belakang . Ibu fuad ni walaupun umur 59 tapi jiwa muda tak suka pakai old design must be modern , itu yang susah kita buat keputusan tu nanti karang dah beli tak nak pakai , untuk playsafe fuad snap semua abaya dalam tu send kat whatsapp ibu , minta ibu yang pilih sendiri , terus dah cop , pada awalnya fuad nak ambil design lain rupanya ibu tak berkenan see nasib baik tanya dulu hehe . Kita nak beli baik orang suka baru puas hati . Oh harga kat sini below 180 dirham , dia sekali tudung dan belt
Selesai sudah shopping , syukur semuaaa dapat , kita mamam dulu
Lepas makan baru solat zohor , dekat sini siang lebih panjang dari malam . Pukul 3:58 pagi dah subuh , 12:30 zohor , asar 3:30 , magrib 7:20 . Seronok bila pergi negara islam masjid merata , tak susah bab nak solat .
Okey jam dah menunjukkan 4 petang jom kita bergerak ke airport , must be 3 hour before departure .
Waktu nak check in beg ni staff minta pula sijil vaksin untuk tengok nasib aku tak buang ingat dah tak minta . Waktu kat klia pun tak tengok .
Apalah goknnya fuad ni ada ke semua resit aku buang haha , kalau tak boleh tax refund
Mujur prayer room betul betul tempat boarding gate , sempat solat asar dan maghrib .
Goodbyeee Dubai ... until we meet again .
Waktu pulang fuad dapat seat tengah tapi belah sisi so senang nak keluar , betul betul kat ekor dekat dengan toilet .
Meal waktu balik ni the taste so delicious , 5 star ! haa inilah baru betull , sangat memuaskan ! See dapat ice cream mahal lagi . And surprisely meal orang lain pun sama jugak , fuad syak untuk penerbangan balik mungkin meal ini disediakan oleh catering di Dubai and of cozlah memang dah halal tak perlu buat for special meal halal . Macam biasalah kita dapat makanan dulu dari orang lain dan for sure kita dah habis makan dulu , waktu steward edarkan ice cream untuk guest lain , steward ni nak hulur kat fuad lepas tu dia nampak bekas ice cream yang fuad dah makan dia tak bagi , then fuad pun cakaplah ice creamm , dia tunjuk yang u dah dapat , alah apa salahnya bagi extra satu lagi , bukan luak pun hihi . Apa yang fuad tau siapa naik Malaysia Airlines , kalau kita minta lagi ice cream dia bagi kan , betul ke ? Ni fuad ada bacalah komen positif kat fb .
Alhamdulilah safety landed , sampai pukul 7 pagi esoknya
.
So kesimpulanya Dubai adalah tempat yang awak boleh masukkan ke dalam list next vacation tapi kalau boleh pergilah waktu winter ke taklah panas sangat . Sini hujan hanya 28 hari saja setahun itu pun pada musim winter , longkang pun tak nampak . Then what can i say Dubai tak seperti apa yang kita gambarkan like kemewahan semua tu so janganlah takut kalau nak datang ke sini . The reason kenapa Dubai buat megah megah begitu untuk tarik pelancong untuk datang ke sini , tanpa new Dubai yang serba mewah seperti sekarang mungkin pelancong seperti fuad pun takkan datang ke sini . Cumanya harga tiket flight nak ke sini yang agak mahal , InsyaAllah kalau awak nak pergi sentiasa check harga some airlines ada buat promo , ni Airasia dah nak open kalau dia bagi RM1000 return oh please rembat okey . And Alhamdulillah dah seminggu fuad balik tak ada apa2 masalah , kesihatan baik saja . Last but not least tolonglah jangan tanya berapa fuad habis , segan lah wak , biarlah ia rahsia , lagipun semua lawatan yang fuad pergi dah nyatakan harga awak boleh kira sendiri kecuali hotel dan tiket flight yang fuad bayar saja kita tak bagitau . Okeylah jumpa di next vacation seterusnya , kalau ada apa2 soalan komen je kat bawah atau DM fuad kat IG @fuad208 . Bye bye...
SHORT VIDEO
FULL VIDEO
UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE
No comments:
Post a Comment