Saturday, May 11, 2019

Percutian Bajet Ke Phnom Penh Cambodia Merentasi 5 Negara Malaysia Thailand Laos Cambodia Vietnam

Posting ini sambungan dari Asean Tour Part 2 Vientiane Laos , boleh lihat DISINI .

Untuk destinasi ketiga adalah PHNOM PENH CAMBODIA .

SEBELUM BERLEPAS

Passport - Pastikan expired date 6 bulan ke atas .

Visa - Rakyat Malaysia tidak perlu visa

Internet - Fuad menggunakan plan Roaming Asean RM10/1GB Hotlink (Prepaid Only) .

Insurans - Insurans ni sangat penting dan wajib ambil untuk sepanjang trip ini

Travel Insurans boleh ambil dengan Fuad dari Etiqa Takaful , one & only travel insurans terbaik menggunakan cashless payment tanpa sebarang bayaran jika dimasukkan ke dalam hospital ! Insurans lain menggunakan konsep pay & claim , kalau kena RM80 Ribu bil hospital , kita perlu guna duit sendiri , balik Malaysia baru boleh claim. Tidak seperti Etiqa bayaran terus ke hospital .Boleh buka web fuad disiniiii


Matawang - Cambodia menggunakan Riel & USD . 1000 Riel lebih kurang bersamaan RM1 duit Malaysia . Ada orang cakap kenapa guna USD sebab mereka tak percaya mawatang mereka tapi bila tanya dengan front desk dia cakap memang negara Cambodia semenangnya menggunakan 2 mawatang .

Penginapan - Fuad menginap di AURA THEMATIC HOSTEL KLIK SINI . Male dorm ada 4 bilik sekali toilet . 





Pengangkutan Di Phnom Penh

Di Phnom Penh pelbagai jenis pengangkutan yang di tawarkan oleh Grab , i love it !


1. Tuk Tuk 
Boleh muat untuk 2-3 orang . Kalau badan macam fuad muat 3 orang. Min fare 3000 / RM3 , next KM 1200 / RM1.20



2. Motor Bike
Fuad paling suka yang ini , maklumlah dah 7 tahun tak membonceng . Tambang yang sangat murah TAPI disini permintaan sangat tinggi menyebabkan driver always busy . Min 2500 / RM2.5 , next KM 1000 / RM1 .


3. Remorque
Pengangkutan ni lebih kurang macam tuk tuk tapi lebih besar , boleh muat 5-6 orang sangat sesuai bagi mereka yang berkeluarga . Min 3000 / RM3 , per KM 1000 / RM1 .





26 APRIL 2019

Untuk hari ketiga dan negara seterusnya adalah Cambodia . Untuk ke sini ada banyak cara , tapi  pengangkutan yang fuad pilih adalah van . Untuk booking boleh klik EASYBOOK .  Tambang Sutthep Express RM92.32 sehala (harga berubah mengikut tarikh) . Perjalanan mengambil masa 10-12 jam .



Fuad bangun jam 5 pagi , mandi siap siap kemas beg dan baru gerak ke Pratunam Market , waktu ni sangat cemas , mana tak cemas dekat booking detail pick up di Pratunam Market , masalahnya market ni besar , kalau setakat Central Market KL tu senang lah juga cari , hampir 1 jam lebih fuad  duk pusing pusing pasar tu agaknya peniaga peniaga kat situ pun heran apahal budak ni dari tadi nampak muka dia kalau hensem takpelah juga .

Dalam cemas cemas tu waktu ni juga Fuad dah fikir plan B , kalau lah tak jumpa dan terlepas apa perancangan seterusnya , misi harus diteruskan juga, nak tak nak kenalah booking bas barukan .


Jam telah menunjukkan pukul 7 pagi , tapi masih tak jumpa jumpa habis lah trip aku kalini . Berkat doa Allah gerakkan hati fuad untuk pusing balik ke pasar tadi tapi jalan yang lain , jalan yang mana banyak van keluar masuk , tengah jalan dan mencari ternampak 1 lorong ni ada 1 van Mekong Express , yang fuad tau Mekong Express ni ada juga trip ke Cambodia , bila masuk je lorong tersebut ada abang ni panggil panggil , agaknya dia tengok kita macam tercari cari , so fuad pun cakap `to Cambodia ? ` bila dia cakap je yes , aduhh betapa leganya hatiku ini . Dia pun semak booking detail yang fuad telah print lebih awal sebelum datang ke sini .

Cara untuk pergi ke sini , buka google maps search hotel THE 93 HOTEL .


Nampak tak hotel belah kanan tu ? Sebelum tempoh hotel tu akan nampak lorong kecil disebelah kiri .


Masuk je ke dalam lorong kecil ni


Tadaa dah sampai , senang je kan




Van ini akan bawa kita ke sempadan Thai-Cambodia saja , perjalanan mengambil masa 5 jam . Sebenarnya kalau tengok kat google tak sampai 4 jam pun tapi abang driver ni kerap berhenti tambahan penumpang kat sini jenis `paip pecah`  you know , what you know , what i mean , what you i want to HAHAHAHHA





 ssshhh tengah acah acah tidur 


Jam menunjukkan 12 lebih , van yang membawa kami berhenti disini dan semua penumpang turun , saya pun pelik dan heran asal pula berhenti , tanggapan saya van ini akan memasuki laluan kereta terus ke Cambodia , dia orang ni bagus , dari mula , sampailah sekarang walaupun dia orang tak fasih english tapi dia orang cuba untuk membantu , driver tu bawa fuad jumpa seorang staff di situ , mujur dia ni fasih english , dia cakap `you booking from easybook right ? okey now you go there and straight to immigration , after that our people waiting you  ` kita pun angguk angguk jelah , ini first time kot mana lah aku tau kat mana immigration , bila nak gerak dia cakap wait wait i snap your photo i will send to him .




Yang penting kena berani dan yakin , fuad cuba mengikuti orang orang disitu . Sempadan sini agak sesak dan sibuk . Kebanyakkannya lori dan kereta .



akan nampak sigboard Passport Control ke kanan


Untuk foreigner passport masuk ke kanan




Selepas saja melepasi immigration Thailand akan nampak Go To Cambodia


Okey di bawah ni nampak tak bumbung hijau dekat bendera tu , sekali you masuk situ anda telah berada sempadan Cambodia , dan ramaiiiii orang akan cuba perdayakan anda untuk menaiki motor atau tuk tuk mereka , fuad nasihatkan berhati hati , kalau boleh jangan pandang , kalau ada orang panggil panggil senyum dan teruskan pergi .



haaa tengokk fuad dah terpedaya dengan seorang laki ni , gaya lakonan dia aduh memang betul betul real , dia ckp `hey hey hey you need to fill this form` yes memang fuad tau kita kena isi kad putih departure arrival , dalam keadaan you first time dekat sini mana nak jangka benda ni , ingatkan pekerja immigration ke apa , bila dia tengah isi kan haa time ni dah agak dah aku terkenaa , bila lepas je dia isi dia cakap okey done you need to pay me sambil senyum , fuad pun gelak gelak lah , how much ? its up to you , waktu ni duit Thailand kita tinggal 200 baht je dah lah note 100 100 pula tu , so fuad pun bagilah dia 100 baht , hermmm sukalah dia , mula lah siap tunjuk tunjuk arah you need go straight and turn right . Sampai di immugration Cambodia you know what laki ni silap isi nama fuad , macam benggong je , maka fuad kenalah minta yang baru dekat pegawai situ , bila fikir balik asal lah tak bagi dia 1 dollar us je baru RM4 , aduh takpelah anggap je sedekah hati pun tenang haha .

Waktu kat immigration sini tempat dia sangat kecil dan kaunter hanya 4 saja , lebih kurang macam kedai warung makanan . Bila serah passport pegawai tu dengan tak malu minta 100 baht , ini confirm kena bayar tips , seriously imigration sini sangat tak ketat dan dia orang ni macam semua bersubahat , kalau kat airport jangan harap lah . Disebabkan kita kat negara orang maka terpaksalah bagi , habis dah duit Thai haha . Uish lepas bagi senyum sampai ke telinga kita tanya is it fee sambil anggguk angguk senyum , dalam hati banyak lah kau punya fee . Waktu disini muncul seorang lelaki menghampiri bagitau dia dari bus express datang nak jemput , dia bagitau you need take motor to our office , kita tanya berapa baht sebab kita dah habis duit , tinggal duit US saja , baiknya dia bagi kita duit waduh .


Bila dah lepas immigration , mulalah driver driver kat sini tawarkan naik moto mereka , lelaki yang jumpa tadi hilang entah kemana , so apa nak buat ni , kalau naik motor sekali pun nak cakap pi mana , gambar dan nama ofis dia pun kita tak ada , yang ada gambar van dia . Ada seorang laki datang you want take motor , i know your friend ( cuba untuk perdayakan ) , kita cakap really you know my friend , i need to take motor to van , ya ya ya i know i see you with him . Haa fuad pun lega lah , Fuad pun cuba tunjukkan gambar van tu , bila dia tengok fuad pegang 20 baht dia cakap 20 baht not enough , must 100 baht (tengok nak cuba wayang kita) , i just have US money only , okey 3 dollar . Waktu ni fuad pun tak ingat nak cuba book Grab , nanti kalau anda ke sini cuba dulu book Grab ada tak . So kita pun naik moto kawan dia ni , anda tau dia bawa kat tempat salah , haa fuad dah mulalah `this is not the place ! , sambil tunjuk gambar van tu ` rupanya dia memang tak tau . Driver tu pun macam serba salah dia ambil hp tunjuk kat orang orang sekitar situ , nasib baik dia orang tau ,


Rupanya dekat giler dengan tempat naik tadi , patutnya caj 1 dollar saja , so next time kan kalau anda datang kesini kena tawar menawar harga , untuk lebih memudahkan tunjuk je gambar di bawah ni . Tempat van tersebut berdepan dengan gate CITY POIPET HOTEL . Save ketiga tiga gambar di bawah . So nanti hanya tunjuk je kat driver .






Berdekatan sini ada 1 kedai halal


Masa untuk bergerak menuju ke Phnom Penh , perjalanan mengambil masa 7 jam , i love this van ! sebab ada wifi hehe .


Setiap seat disediakan botol air mineral .


Jalan dekat sini sangat teruk , kalah jalan  kampung . Bayangkan dengan bawa kelajuan 100-120km , jalan beliku dan tak rata , bergegar gegar macam nak roboh van , aku cakap agaknya setahun berapa kali lah tukar tayar , lepas tu dia orang ni bab potong memotong tu aduhh seriauu aku tengok.


Fuad kat belakang dah siap pakai seat belt , aku duk risau perempuan kat depan ni , kalau lah jadi apa apa terbayang dia orang tercampak dulu HAHAHA




Sepanjang perjalanan hanya disajikan dengan padang rumput dan kawasan kampung . Kami berhenti dalam 2-3 kali , waktu di bawah ni yang lain semua turun pi makan , fuad hanya duduk dalam van je sebab tak halal hehe . Kadang kadang 1 hari tak makan , hanya minum air saja , tapi pelik juga tak rasa lapar pun .


Lebih kurang jam 9 malam selamat tiba di Phnom Penh , waktu ni fuad dah standby untuk booking Grab sebab wifi hanya di van saja , driver akan bawa pulang ke tempat lain . First time naik Grab Bike memang menyeronokkan , mungkin dah lama gila tak naik kan . Tambahan tambang sangat murah .


Fuad menginap di AURA THEMATIC HOSTEL , dalam banyak banyak hostel yang booking sepanjang trip ni yang paling best , kalau anda berminat bolehh booking disini AGODA . Semalam hanya RM19.29 male dorm attach sekali dengan bilik air . Tilam dia pun lembut je , sangat selesa . Kawasan sangat strategik , berdepan dengan Royal Palace . Kadang tidur secara dorm ni pun best jugak tau , sebab kita akan jumpa kawan baru , kalau duduk private room hanya kita seorang saja .










27 APRIL 2019

Pagi ni boleh bangun lambat sikit sebab bas menuju ke Ho Chi Minh pada belah petang . Check out sebelum pukul 12 tgh hari , destinasi pertama adalah Royal Palace , hanya  jalan ke depan saja tidak jauh dari hotel .




Royal Palace adalah kediaman rasmi bagi Raja Kemboja . Raja raja kemboja telah mendudukinya sejak dibina pada tahun 1860 .  Waktu operasi dari jam 8 pagi sehingga 5 petang dengan kadar bayaran 10USD / RM41 . Fuad memang tak masuk lah , dah 3 harini asyik temple saja . Tapi kalau anda datang ke sini boleh masuk kesini sebab ia antara tempat yang harus dilawati . Waktu ni nampak macam tengah renovation .





Di depan Royal Palace ni sungai Mekong , wajib bergambar disni , so nice




 

Selepas melawat di sekitar Royal Palace kita menuju ke apa lagi kalau tak makan , dah lah semalam fuad tak makan , kita ingat sampai hostel nak masak maggi rupanya tak ada kitchen . Datang ke sini dari Royale Palace naik GrabBike fare 3000 riel .


Di sekitar bandar Phnom Penh ni ada banyak kedai makan halal , just search je di google map nanti akan keluar senarai kedai makan , dalam banyak banyak kita pilih tempat ni , banyak review dari google kata sini sedap dan murah .


Actually harga tak ada lah murah sangat tapi okeylah , kadang tu tak faham kenapa kedai makan halal lebih mahal dari kedai makan non halal , kecuali kalau ayam daging di import dari luar .



Fuad order nasi goreng ayam , sedap ! walaupun nampak biasa je kan , nasi puna banyak 3.5USD , air fante tu 1USD .


Kita bagi 5USD dia bagi baki 2000 riel / RM2


Destinasi kedua Central Market atau Pasar Thmei , tambang 3700 menaiki GrabBike . Buka dari 7 pagi sampai 6 petang . Pasar ini menjual pelbagai barangan , sebut je semua ada kat sini , nak beli beg , baju , aksesori , cenderamata ,  topi , tali pinggan , ish semua lah . Tapi dari segi harga tak sure pula , pastikan tawar 50% ke atas dan munasabah kalau dia tak bagi blar je .


















Destinas ketiga Buddhist Temple Wat Phnom , struktur keagamaan paling tinggi di bandar ini . Ia terdiri daripada 6 bahagian . Tambang ke sini naik Grab Tuk Tuk pasal driver busy , nampak sangat permintaan tinggi kan . Tambang pula 3700 . Oh ya selama guna Grab pembayaran guna visa card , lebih mudah . Bayaran secara tunai juga boleh tiada masalah .






Datang ke sini tidak perlukan bayaran kecuali jika ingin masuk ke dalam temple dikenakan bayaran 1USD.







Destinasi keempat menuju ke Al-Serkal Mosque , sebelum datang kesini dah buat research mengenai beberapa masjid , yang menjadi pilihan dan cantik Masjid Al-Serkal . Tambang ke sini naik Grab Tuktuk 3500 .






Wow sungguh tak percaya dan terkesima sektika setibanya di sini , sangat tak jangka masjid besar dan cantik sebegini , pergi Thailand dan Laos tak jumpa besar macam ni . Inilah masjid utama di Phnom Penh , kalau anda nak tau masjid ini dibina dan pemberian hadiah dari keluarga arab di United Arab Emirates .





Waktu ni  hanya nampak jemaah dari Malaysia sedang solat , yang lain orang muslim Cambodia .






Destinasi kelima ke Independence Monument dan Statue of King Father Norodom Sihanouk



Independence Monument telah dibina pada tahun 1958 untuk memperingati sejarah kemerdekaan Cambodia dari France in 1953 . Reka bentuk stupa seperti bunga lotus . Kalau waktu malam lagi cantik dihiasi dengan cahaya lampu .





 
Berdepan dengan monument terletak Statue of King Father Norodom Sihanouk , statue ini dibina bagi memperingati Raja Norodo Sihanouk yang memperjuangkan kemerdekaan daripada France , lebih kurang macam Malaysia kan Tunku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan . Jika lihat statue ini memperagakan suit bernilai  1.2 million USD dan mengambil masa 8 bulan untuk siap .




Destinasi keenam ke Russian Market atau dikenali sebagai Tuol Tompoung Market , tambang ke sini 7000 naik Grab Tuk tuk . Pasar ni besar dan pelbagai barangan di jual dan juga makanan , paling popular pakaian , kalau nak beli pakaian boleh lah beli disini , dari segi harga fuad tak sure pula . Fuad boleh gelar pasar ni lebih kurang Pasar Chow Kit .













Di Russin Market terdapat perkhidmatan menyewa motor


Destinasi ketujuh The National Olympic Stadium , tambang menaiki GrabTukTuk 4200 . Dibina pada tahun 1964 dengan kaspiti 50000 tempat duduk . Stadium mungkin dibina untuk menjadi tuan rumah  bagi Southeast Asian Games pada tahun 1963 tapi sayangnya dibatalkan disebabkan masalah isu politik di Cambodia . Stadium ini juga pernah menjadi sebahagian dalam perlawanan FIFA World Cup pada tahun 1966 Korea Utara menentang Australia.




Nak masuk dalam tapi nampak ada pelancong mat saleh ni kena tahan dengan security , sebelum fuad kena baik tak yah masuk , bergambar di luar saja pun okey.






Tekak pun mula rasa dahaga  , kita singgah dulu mall di bersebelahan stadium untuk membeli air dan juga roti jika bahan halal .


Fuad payung harga barangan di sini , ternyata tidak mahal malah lebih kurang je macam kat Malaysia , tengok lah tu air fante baru 1600 / RM1.6 berbanding kat kedai makan halal tadi 1 dollar / RM4 adoii nampak sangat dia letak harga pelancong .







Produk Indomie Indonesia ni betul betul worldwide , pi mana ada je , bagus betul boleh lah beli mereka yang beragama islam , meenya pun sudah pasti halal


Malah mee Samyang ramen halal pun ada jual disini , kot ada yang mengidam nak makan boleh lah beli

Sekarang fuad on the way ke pejabat yang kendalikan bas ke Ho Chi Minh , tak jauh dari stadium hanya jalan kaki saja , kalau malas boleh naik GRAB . Sepanjang jalan tu aduhh banyaknya durian dijual kat sini , tak taulah durian Malaysia ke durian Cambodia , bersungguh dia orang makan .



Yeah sudah sampai disini , maka selesai sudah trip fuad di Phnom Penh . Jika ada sebarang pertanyaan jangan malu jangan segan untuk komen di ruangan di bawah , akan dibalas satu persatu . Jumpa di posting seterusnya perjalanan ke Ho Chi Minh DISINI .




JUMLAH PERBELANJAAN
Bas Bangkok - Phnom Penh = RM92.32
Hostel = RM19.29
Makan = RM20
Grab = RM48
Immigration Tip = RM13
Internet = RM10

JUMLAH BESAR **RM203**

JOM TENGOK VIDEO




14 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, nak tnya trip awak kat sana berapa hari? Saya tk perasan awak ada mention hari ke tak. Lepastu kan, dari first trip hingga ke penghujung trip awak tdi tu...awak buat dlm satu hari ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , setiap 1 negara 1 hari , cuma Laos je masuk pagi keluar petang , so total 5 hari :)

      Delete
  3. Replies
    1. hi , sangt senang , cuma moto je kadang kala tak dpt pasal ramai suka guna moto sbb murah , kalau GRAB Tuk tuk mmg sentiasa ada

      Delete
  4. assalamualaikum..saya nak tanya..dekat kemboja kalau nak shopping boleh bayar guna duit malaysia tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , so far fuad kt sana tak pernah bayar guna duit RM , most guna duit Thai dan US , tapi boleh cuba2 tanya if dia org terima

      Delete
  5. assalamualaikum fuad, masa awak prgi naik bas cuma masa balik je kan naik fight...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , dari Thailand ke Cambodia naik bas , dari Cambodia ke Vietnam naik bas , Vietnam - KL baru naik flight

      Delete
  6. hai fuad...nak tnya..utk package ke tempat menarik di combodia termasuk grab agak2 berapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai , kurang dari RM30 sebab Grabbike kat sana tak mahal

      Delete
  7. salam Fuad.. jika tak keberatan boleh email kpd saya internarry..
    saya akan ker Phnom penh > siem reap > ho chi minh..
    email: wan3353@gmail.com

    terima kasih

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum..nak tanya berapa bajet penuh awak ke cambodia..berapa hari awak kat sana...harga flight brp ye pergi ke combodia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W`salam , saya ada tulis last sekali , cuba scroll up balik :)

      Delete