Wednesday, November 13, 2019

Percutian Ke Jerteh Setiu Besut Terengganu 2019

Assalamualikum Hi semua , Alhamdulillah dijemput sekali lagi buat kali kedua oleh Tourism Malaysia bagi mengikuti FAM Trip ke daerah Jerteh , Setiu dan Besut Terengganu . Sebenarnyakan fuad memang dah plan nak buat tour Terengganu dan Kelantan end of this year , then dapat pula trip ni memang nice sangat !

Trip kali ini bersempena Terengganu Homestay Food & Culture Festival dan Festival Setiu Wetland 2019 yang berlangsung pada 24-28 OKTOBER 2019 . Kami terdiri daripada 12 blogger & media dari Kuala Lumpur . Bertolak pada pagi jumaat 25 oktober jam lebih kurang 12 lebih , dengan menaiki bas kerajaan negeri Terengganu .

Encik Muadz pegawai Tourism Malaysia memberikan sedikit taklimat sebelum kami bergerak ke Terengganu . Perjalanan mengambil masa 6 jam , sepanjang tu memang tidur jelah , kalau berjaga esok mesti pening .


HARI PERTAMA

First sampai disini fuad agak terkesima dengan pemandangan yang disajikan , tak pernah ku tau yang Terengganu ada banyak bendang padi .


Lawatan pertama pagi ini Masjid Lapan Kubah . Sebelum bergerak dari Kuala Lumpur , tour guide bagitau yang kami mungkin tak sempat solat subuh di masjid ini , tapi Alhamdulillah kami sampai lebih kurang 6:30 pagi jadi sempat solat  .



Masjid Lapan Kubah atau dikenali sebagai Masjid Rusia terletak di Kampung Lapan Kotak Jerteh , reka bentuk kubahnya lebih kurang sama seperti St Basil Cathedral di Moscow . Diilhamkan oleh Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh dengan kos pembinaan masjid mencecah RM4 juta menerusi derma orang ramai . Waktu perjalanan ke sini fuad terfikir juga nak pergi mana ni sebab bas masuk ke kawasan perkampungan , rupanya Masjid Lapan Kubah betul betul terletak di sebelah bendang , ingatkan di bandar . Memang satu keunikan dan tarikan buat penduduk kampung disini .





Destinasi kedua ke Lata Kolam Air Deru Eco Park , perjalanan mengambil masa kurang 1 jam .


Seketika sampai dini bas berhenti diluar sebab nak masuk ke dalam perlu melalui ladang kelapa sawit dan jalan yang agak berliku . The best way naik 4x4 , wah tak pernah rasa naik macam ni , suatu pengalaman yang baru dan best !



Yeah welcome to Lata Kolam , dekat sini tarikan utama pastinya sungai dan beberapa aktiviti menarik seperti mandi sungai, walking ball , atv , jungle trekking , flying fox , memanah dan banyak lagi . Penginapan pun turut disediakan . Jika berminat boleh hubungi di talian 0196931662 dan boleh buka FB mereka  Facebook .







Pelbagai kemudahan yang disediakan seperti tandas awam , surau , parking dan dewan . So jangan risau semuanya lengkap






Penginapan yang disediakan seperti Tube Lodge , Cabin Dorm , Tapak Hammock dan Glam Camping . Belakang tube ni sungai , memang best sangat bagi mereka yang inginkan kedamaian ketenangan jauh dari kesibukan bandar . Harga pun tak mahal hanya RM60 1 malam saja .


Kami dijamukan dengan sarapan pagi .


Sedikit taklimat daripada pengusaha , katanya disini sepanjang sungai 1km ada banyak kolam , kolam paling dalam di air terjun . Mereka juga menawarkan pakej menarik seperti pakej pelajar , hari keluarga , korporat dan masuk kebun durian pun ada . Tahun 2018 saja jumlah pengunjung yang datang ke sini mencatatkan seramai 80 ribu orang .


Sebelum meneruskan aktiviti lain , kami dibawa ke penginapan untuk malam ini . Wah rasanya lama berbenor fuad tak tido khemah dulu waktu umur 10 tahun adalah hehe . Khemah dia sangat besar boleh memuatkan kira kira 10 orang . Sesuai sangat bagi mereka yang datang berkeluarga . Sebelah khemah tu ada pondok dan sungai , malam malam buat bbq memang seronok , so you guys boleh lah masuk dalam wish list .




Sebelum nak mandi sungai kita main permainan memanah dulu , dibahagikan kepada 2 kumpulan kanan dan kiri , misinya bila mula masing masing kena berebut ambil anak panah , dan sasarkan ke bulatan tiang merah , jika ketiga tiganya jatuh maka dialah pemenangnya .



Yang geramnya bila turn kita tak sempat nak memanah dah kalah


Sungai sini terbahagi kepada 3 pengkalan iaitu Suri , Dua dan Raja , ia mengikut level kedalaman , kalau kanak kanak sesuai mandi di pengkalan suri .




Fuhh sudah lama tak mandi sungai , fuad tanya dengan abg  sini pernah ke ada kes kencing tikus katanya belum pernah lagi . Harap harap sungai ini sentiasa terpelihara dengan keadaan baik . Oh ya datang sini jangan lupa bawa waterproof case hp boleh ambil gambar buat kenangan. Untuk keselamatan kami diberikan life jacket setiap seorang (fuad tak pakai kita pandai berenang) . Serious siapa yang tak pandai berenang jangan gatal gatal nak mandi sini ya , pi mandi kan pengkalan suri hehe ,  memang sangat dalam , kedalaman 15 kaki sesuai untuk orang dewasa , yang pasti kaki tak cecah pasir lepas tu pula kepala air tu agak deras , bila kita mandi kat tengah , air tu menolak kita ke bawah , now baru kita faham bagaimana situasi bila orang lemas ketika deras kuat , yang ini pun fuad berenang menggunakan seluruh tenaga . Yang pasti bestttt !



Enjoyyy


Haa inilah dia pengkalan suri , sungai sebelah khemah , sesuai sangat siapa yang nak feeling berkemban kat sini sambil basuh baju diiringi nyanyian ` wahai ibuku , ibuku si ikan kaloi` 😂


Untuk makan tengah hari kami dibawa ke Homestay Kubang Depu Besut , disinilah tempat rasminya bagi  Majlis Perasmian Terengganu Food & Culture Festival 2019 pada malam ini .




Wah menunya lauk lauk kampung ada lemak petola , gulai jantung pisang pedal ayam , ulam ulaman , amat menyelerakan . Bukan selalu orang KL dapat makan begini .


Lepat pun ada



Habis saja makan kami dibawa ke Kampung Nail Besut untuk menaiki dan merasi pengalaman Besut Cruise .



Besut Cruise base on booking , kalau siapa nak naik make sure call Puan Hani 01118627420 atau boleh layari website https://besutcruise.com/ . Rate tak mahal 1 boat boleh naik 12 orang hanya RM150 saja , so sorang baru RM12.50 . Berbaloi sangat . Perjalanan pula mengambil masa kurang 45 minit . Buat masa sekarang waktu beroperasi hanya siang saja .


Tengok kat meja sudah terhidang air kelapa , otak otak dan sata . So refreshing petang petang minum makan , fuad tanya dengan pakcik kalau orang lain booking dapat ni juga ke dia cakap air kelapa ni khas untuk kita orang saja , mean RM150 tu tak ada ni tau hehe .



Everyone enjoyy



 
Nyamannn pemandangan disini dan pengalaman yang sukar dilupakan , kalau bawa isteri dan anak pasti mereka suka . Apa yang lagi fuad tertarik , perniagaan Besut Cruise ini berkonsepkan perniagaan social dimana hasil keuntungkan akan dipulangkan kepada masyarakat kepada 4 bahagian iaitu Kemiskinan , Pendidikan, Kesihatan & Kebajikan . Selain dari keseronokan menikmati pemandangan dan kedamaian menyusuri Sungai Besut, para pelanggan turut sama membuat kebajikan , ini sesuatu yang sangat bagus !

 


Habis naik cruise kami balik ke hometay untuk lawatan ke kandang kambing yang diusahakan oleh Puan Suzie , bukan saja menternak kambing malah susu kambing juga dijual dengan harga RM2.50 , rasa dia sedap dan tak hanyir , jika berminat nak beli kambing atau susu boleh hubungi beliau di talian 0123348284 .




Sebelum nak masuk ke dalam kandang , kasut perlu di direndam sedikit ke dalam air bagi faktor kebersihan .


Comelnyaa kambing , putih mulus bersih pula tu tak macam kambing yang biasa fuad tengok , dengar dengar ni baka dari Australia . Memang jinak , bila kita datang je masing masing dah teleng kepala , sentuh pun tak lari . Sini juga boleh mencuba pengalaman perah susu kambing .




Memandangkan kita orang KL manalah nak jumpa bendang bendang ni kasi can lah pose hehe




Sementara menunggu malam bagi perasmian majlis kami ditempatkan di sebuah guesthouse yang tidak jauh dari homestay . Selepas maghrib kami terus bertolak ke sini , kelihatan penduduk kampung sedang bergotong royong menyiapkan juadah untuk makan malam bagi semua tetamu yang hadir , itu yang best dan unik penduduk kampung bila ada sesebuah majlis masing masing bantu membantu . Kalau ada peluang nak lah juga menyibuk dengan makcik2 kat dapur tolong buat sambal sotong ke , ayam ke kan , meriah !



Tengah bakar otak otak , sata dan ayam .


Puan Zanariah Zakaria selaku pengarah MOTAC Terengganu memberikan sedikit ucapan dan sekali gus merasmikan Terengganu Homestay Food And Culture Festival 2019 .


Para tetamu disajikan dengan persembahan Silat , Muay Thai dan Dikir Barat . Pada awalnya pembukaan gelanggang bagi silat agak mendebarkan masing masing menunggu siapakah yang akan masuk dulu .



Diikuti dengan Muay Thai , mereka bukan dari Thailand , tapi orang Terengganu  , berbakat besar adik dua orang ni , masing masing balas membalas , kita yang menonton ni pun risau , mujur mereka memakai pelindung gigi .


Orang Terengganu kalau tak dikir barat memang tak sah kan , sangat teruja bagi kami yang menonton , lenggokkan bunga mereka yang sangat cantik dan teratur , kudos pengajar mereka !



Alhamdulilah selesai sudah perasmian untuk malam ini , kini waktu untuk kami pulang ke Lata Kolam . Inilah rupa dalam khemah kami , memang besar , boleh muat 10-13 orang . Tapi fuad tidur dengan 3 orang je 1 khemah hehe .



HARI KEDUA

Pagi ni bangun pukul 6:30 pagi , sempat solat subuh di surau , tenang je cuaca dengan sejuk lagi .


Sarapan pagi yang disediakan oleh pihal Lata Kolam , nasi lemak dan teh , dap , i take 2 egg hihi



Selepas sarapan kami terus check out dan menuju ke destinasi yang pertama iaitu Taman Rekreasi Air Panas La Hot Spring Jerteh , dekat saja dari Lata Kolam . Masuk saja percuma . Siapa yang tak tau Terengganu juga ada hot spring , La Hot Spring telah di temui oleh Penghulu Ibrahim Bin Haji Mat ketika memburu sejak zaman pemerintahan Inggeris lagi . Disebabkan kedudukan kolam yang jauh di tengah hutan , tiada orang yang berminat berkunjung ke sini . Apabila FELDA mula meneroka , La Hot Spring mula dikenali dan dikunjungi ramai . Takungan air dalam kolam mini adalah dari sumber mata air yang keluar dari celah-celah dengan kepanasan suhunya yang mencecah hampir 100 darjah celcius .





Banyak pondok disediakan disini , sangat sesuai bawa keluarga tersayang berkelah , seronok !





Kemudahan tandas awam untuk persalinan pakaian


Apa yang menarik , khasiat kandungan yang terdapat di dalam kolam mengandungi natural sulphur yang sangat bagus untuk masalah kulit .


Fuh memang panas , tapi sedap .


Kalau dilihat disini La Hot Spring terdiri dari 3 level suhu , level 3 kurang panas , level 2 sederhana panas , level 3 yang atas tu memang panas .



Penginapan juga disediakan disini , harga pun tidak mahal






Selesai saja di Lata Hot Spring kami kembali ke Homestay Kubang Depu untuk melihat festival makanan yang disediakan setiap homestay . Tapi sebelum tu kita tengok adik ni menangkap ikan puyu di bendang yang padi telah dituai .



 

Fuad tidak melepaskan peluang untuk merasai pelbagai juadah yang disediakan



Cek Mek Molek yang makcik ni buat sangat sedap ubi cukup tepung pun just nice dia adun , kalau tepung melebihi akan menyebabkan adunan menjadi keras .


Ini namanya Air Locong , kalau sebut tu bibir mesti kena depan haa cuba sebut . Fuad boleh anggarkan rasa lebih kurang cendol cuma yang ni tak letak gula melaka , kita guna gula putih . Pastinya sedap ! Sesuatu yang baru .


 

Gerai sebelah pula menyediakan pencuci mulut tempatan iaitu Lempeng Nyior dan Kuih Tepung Bunga , first time fuad dengar ni .


Uish tengah hujan renyai renyai ni pekena lempeng nyior dengan kari ayam memang sedap boh 


Kuih Tepung Bunga pula , mana yang tak tau adunan tepung pulut di gaul dengan santan dan garam , dibulatkan doh dan di celup ke dalam telur dan goreng , yummy .



 Habis tour festival makanan kami di bawa ke penginapan kedua di Peladang Setiu Agro Resort



Pok Nik selaku penyelia disini memberikan sedikat taklimat mengenai aktiviti yang kita jalankan untuk petang ini seperti flying fox dan malam pula jungle walking .

 
Peladang Setiu Agro Resort sangat mendamaikan resort yang dibuat jauh dari bandar dengan pelbagai fasiliti dan penginapan yang menarik . Sesuai nak buat aktiviti family day , telematch dan korporat .


Wah bilik agak besar 1 katil queen dan 1 katil single , duduk berdua saja , setiap chalet ni ada connecting room , untuk bilik depan ada balcony mengadap tasik .







Okey kita teruskan aktiviti flying fox , agak teruja sebab fuad tak pernah mencuba permainan ini .



Taklimat diberikan , setiap seorang kena pakai sendiri . Fuad group yang pertama untuk mencuba flying fox .



Abang ni bagitau binanan ini dibuat untuk naik saja tak boleh turun , kita ingat dia gurau rupanya kau memang betul tangga dia curam sangat , kena merangkak lah naik atas .


All the ladies dah tak sabar nak mencuba , fuad paling last , lawak lah tengok gelagat masing masing ketakutan .


Its my turn weee ~~~~ , serious best rugilah siapa yang tak naik , datang ke sini wajib cuba okey tak mahal pun abang tu cakap dalam RM12-RM15 seorang .



Inilah aktiviti malam yang ditunggu tunggukan , jungle night walking . Bersiap sedia dengan head lamp . Perjalanan mengambil masa 1 jam lebih , memang lama kat dalam tu , abang tu cakap sepatutnya tak boleh guna lampu dia orang akan bagi lilin , waduh lilin ini kalau terpadam mau huru hara kat dalam tu haha .


Mula mula fuad jalan kat belakang lepas tu cepat cepat ke depan , semua penakut . Jangan tak tau dalam hutan ni semua haiwan ada , harimau , oink oink , gajah , beruang pun ada , kami siap jumpa kesan cakaran beruang di pokok .




Di pertengahan perjalanan akan jumpa sungai mati namanya , kenapa sungai mati sebab pada awalnya akan nampak ia mengalir lepas tu air akan mati disitu dan kalau pergi ke depan akan nampak air sungai tadi bersambung mengalir  , mungkin lah bagi firasat fuad air sungai tu menerusi akar kayu dan tembus balik ke depan .


Sini paling famous pacat lah , menjerit masing masing yang kena , sebenarnya haiwan ni akan pergi pada mereka yang takut , contoh orang takut lipas , waktu dia tak ada lipas tak ada pun , bila dia ada menderu lipas keluar . Dalam hutan ni juga ada beberapa gua .




HARI KETIGA

Pagi yang cukup nyaman di Peladang Setiu Agro Resort , masa untuk check out .


Untuk harini kami ke Setiu Wetland Festival 2019 , terdapat pelbagai acara dianjurkan dan juga pameran. Festival ini bertujuan memperkenalkan keindahan dan pengenalan flora dan fauna yang terdapan di sini kepada masyarakat khususnya di Terengganu dan juga negeri luar . Menekankan kepada konsep alam sekitar yang terdapat disini dan juga adat budaya tradisional yang masih wujud .


Setiu Wetland atau dikenali Tanah Bencah Setiu merupakan sumber alam semulajadi yang amat bernilai kepada Negeri Terengganu . Di Malaysia hanya Setiu Wetlands mempunyai sembilan ekosistem yang saling berhubung iaitu laut , pantai , lumpur , lagun , sungai , hutan di sepanjang pantai dan paya bakau .







Pernah dengar goreng keropok menggunakan pasir ? Unik bukan , boleh lah korang cuba nanti , in kes camping di pantai minyak pula tak ada , tapi hanya makanan kering saja boleh jangan pi goreng telur pula . Ambil pasir pantai yang bersih , letak dalam kuali , panaskan api , kambuskan keropok dengan pasir nanti keropok mula mengembang dan rangup .



Tanah lembab Setiu bukan sahaja unik, malah ia adalah satu kawasan yang cantik dan kaya dengan kelainan flora dan fauna serta air laut yang bersih, haiwan di hutan dan juga bukit sepanjang pantai .


 


Kami diberi peluang untuk melihat dan menerokai sungai disini . Dengan keluasan 23 ribu hektar lagoon terpanjang di asia tenggara dan memiliki sembilan ekosistem , Setiu Wetland merupakan tanah lembap terbesar di wilayah Pantai Timur Semenanjung Malaysia . Setiu Wetland juga merupakan daya tarikan istimewa kerana mempunyai satu kawasan yang cantik dan kaya dengan kelainan flora dan fauna .





 Kalau tengok kat sini pertembungan antara laut dan juga sungai .



Kami dibawa ke sangkar ikan , 1 sangkar bernilai RM1000 , pelbagai ikan ternakan disini salah satunya Ikan Kerapu Hybrid , jangan ingat Honda hybrid je ada ikan pun ada okey .


Fuad terbayang sangkar ikan ni bagus untuk pelaburan perniagaan , contoh pengusaha menyewa lot lot sangkar ni kepada umum dan kami yang melabur ni hanya kutip hasil saja , bagus juga kan , sebulan kutip hasil RM500 pun okey lah hihi .





Inilah rupa Ikan Kerapu Hybrid , ada kes kecelakaan berlaku ketika ni , fuad nak cuba pegang ikan tapi tersangkut kat insang dia lalu mengepit jari , berdarah u , mujur Yus bawa minyak gamat .


Kami singgah di pantai untuk aktiviti mencari dan mengutip lokan dan kepah . Aktiviti ini dikendalikan oleh Peladang Setiu Agro Resort , boleh hubungi mereka .



Bersiap sedia dengan pisau kontot , bakul dan stokin .



Cara dia kena tekan dan tarik , jika ada bunyi pap , bermaksud pisau dah kena cengkerang , boleh lah kita kuis dan kutip .




Selesai mencari lokan , kita pergi mencari kepah pula . Mencari kepah tidak lah sesusah mencari lokan . Kita hanya perlu raba raba pasir haa dah jumpa .



Paling best lepas kutip , kita bakar fresh fresh , serious memang sedap ! Pok Nik cakap siapa yang ada gaut ke kan memang tak ada masalah .



Selesai saia mencari lokan dan kepah , kami menuju ke Rumah Botol . Haa apa yang menarik disini , kalau nak tau Rumah Botol diusahakan oleh Pak Ali atau nama sebenarnya Tengku Mohd Ali berusia 74 tahun , ada lebih 4000 botol kaca yang dimilikinya dipungut di tepi pantai sejak 2005 .Mempunyai pelbagai bentuk , warna unik & menarik , datang dari pelbagai negara seperti Korea , Mexico , Amerika Syarikat, Perancis dan Filipina . Sebab kenapa Pak Ali mengutip semua botol di pantai atas dasar bimbang terhadap pengunjung pantai yang tercedera akibat terkena serpihan kaca botol yang dipecahkan .


Tengok Pak Ali ni teringat arwah atok , muka lebih kurang , masih kuat dan bersemangat . Waktu kami datang kelihatan raut wajah Pak Ali amat mengembirakan .


Botol ni Pak Ali jumpa di Besut , tulisan dalam mandarin korea , dalam surat tersebut dia minta tolong sesiapa yang jumpa supaya berdoa agar perkahwinannya direstui oleh keluarganya , surat ni berada dalam botol selama 14 tahun di dasar laut tapi Pak Ali jumpa 9 tahun lalu , jadi surat ni dah berusia 23 tahun . Sehingga kini tiada siapa tau siapakah tuan empunya surat ini , kata Pak Ali TV3 pernah datang kesini buat liputan .


Bagi menggalakkan lagi kesedaran penduduk dan mendokong usaha ini , Pak Ali membelinya dengan harga 5 sen untuk mereka yang mengutip dan hantar ke sini . Beliau tidak sangka banyak yang ditemui . Botol pertama yang ditemui ialah botol yang telah terbakar  tetapi tidak pecah , sekali gus menandakan ia diperbuat daripada botol yang sangat berkualiti . Jika orang yang tidak mengenali Pak Ali , mereka akan beranggapan tidak siuman kerana mengutip dan memikut guni berisi botol .


Cucu cucu Pak Ali yang banyak membantu





Penginapan kami yang terakhir di Terrapuri Heritage Village , memang tidak jauh dari Rumah Botol . Terrapuri atau beramksud Land Of Palaces adalah projek pemuliharaan dan pemulihan Terengganu Malay Classic house. Ciri-cirinya ialah 29 Rumah Classic antik yang berusia ratusan tahun. Susun atur resort ini diilhamkan oleh Istana Terengganu abad ke-17 dan sekitarnya. Terrapuri terdiri daripada 20 villa yang dipulihkan seperti eksklusif, galeri dan rumah pantai. Lengkap dengan fasilitis seperti swimming pool , meeting room , reading room , shop dan dining area .



Mr Alex Pengurus Besar Terrapuri Heritage Village memberi sedikit taklimat dan cerita disebalik penginapan ini . Walaupun nampak seperti kayu rumah kampung biasa tapi bukan sebarang kayu , ia kayu cengal , mereka ambil kayu binaan istana lama dan camtun kan balik , yang menariknya tidak menggunakan sebarang paku .


Setiap tiang seri diletakkan beberapa helaian warna kain , hitam melambangkan mistik atau spritual , zaman dulu dulukan memang guna guna . Katanya ada satu lagi amalan seperti menanam `something` membuatkan orang yang duduk dalam sini akan nampak muda .


Bila masuk saja wow terbentang kolem renang , ala ala bali , kiri kanan berdepan rumah , memang nice sangat view . Sambil anak mandi , mak ayah boleh pantau kat depan rumah sambil makan keropok lekor dengan teh o , nyamann








Terrapuri Heritage Village terdapat 15 jenis rumah seperti rumah kedai buloh , rumah palok , rumah belukar titian , rumah tasek . Yang fuad menginap Rumah Dusun , akak situ cakap kadar semalam RM800 .



Katil dia sangat legend okey , teringat katil arwah moyang fuad , sebiji macam ni , dia punya tilam  memang terbaik 5 star , kalau yang ada insomnia tu terus boleh tidur . Rumah ni juga lengkap dengan kemudahan aircond , kipas , hanger , mini peti ais , coffee tea , towel dan meja kerja . Cuma tv je tak ada . Kalau datang bertiga boleh minta extra tilam , dia orang akan pasangkan kelambu lagi .



Bila buka je bilik air fuh memang tak padan dengan luaran rumah , nampak very kampung sekali dalam modern siap ada wood bathtub lagi . DEngan harga yang ditawarkan sangat samgat berbaloi , korang wajib datang sini .


Apa yang Mr Alex bagitau , ini sebenarnya ruang dapur kampung tapi ditukar dan dijadikan bilik air , memang besar nak mandi ramai ramai pun boleh !



Kami tidak melepaskan peluang untuk mandi , esok pagi pagi dah nak check out .


  
Untuk malam pula aktiviti melihat firefly , rupanya dekat belakang Terrapuri Heritage Village ni tetamu dapat juga menyaksikan firefly tapi sayangnya sekarang bukan musim hujan , firefly tidak keluar , ada pun sekor dua saja . Jadi kita teruskan dengan aktiviti wajib , makan time !



Kami di bawa ke Ikan Bakar Rohani , katanya famous kat sini , tengok lah tu hidangan yang disediakan cukup lazat dan meyelerakan , ada udang celup tepung , sotong celup tepung , ikan celup tepung , daging masak merah , tomyam , telur dan sayur , semua lengkap .




HARI KEEMPAT

Selepas check out dari Terrapuri Heritage Village kami dibawa ke Pusat Kraf Komuniti di Kampung Beris Tok Ku . Disini mereka membuat anyaman beg , bakul , tikar dan sebagainya dengan menggunakan pokok kercut . Dianggotai dengan 10 orang peserta terdiri daripada wanita tunggal , kurang upaya dan sebagainya .






Inilah hasilnya , cantik bukan , jika korang lalu ke sini boleh lah singgah beli satu buat buah tangan sekali gus menyokong usaha komuniti disini .



Inilah dia pokok kercut , di ambil dalam kuantiti yang banyak


Direndam dengan tanah liat sungai , fungsinya bagi pokok tahan lama .



Selepas direndam kita jemur sehingga kering .


Selepas kering kita tumbukkan sehingga leper


Maka terhasil tikar dari poko kercut , kretif bukan ? Meh meh siapa yang nak beli mur mur jer .


Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang , kami bertolak ke Tapak Festival bagi Majlis Penutupan Festival Setiu Wetlands .



Maka dengan rasminya berakhir sudah Festival Setiu Wetlands


Sebelum pulang ke KL bas singgah di Keropok Kuala Setiu untuk kami membeli sedikit buah tangan dari Terengganu .



Harga 2 batang hanya RM2 , fuad beli 40 batang , keluarga gemar keropok lekor , dia orang pasti suka .


Alhamdulillah dapat sijil penyertaan dari Tourism Malaysia


Siap dapat patung anak kura kura lagi .



Apa yang fuad boleh simpulkam , Terengganu bukan sekadar penyu , otak otak , mahupun satar , banyak lagi tempat menarik dan alam semulajadi yang kita boleh terokai . Semoga dengan catatan ini sedikit sebanyak dapat memberi info dan bayangan untuk anda yang bercadang untuk bercuti di Terengganu . Akhir pesanan fuad jika korang upload ke instagram dan facebook jangan lupa meletakkan hashtag #vm2020 dan #visitmalaysia202 .  Jika ada sebarang pertanyaan boleh komen di bawah . Bye ...


UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE 


Video Teaser

1 comment: