Monday, November 25, 2019

Pengalaman Mandi Di Water Wold I-City 2019

Assalamualaikum hi semua , isnin minggu lepas fuad dengan kawan bermandi manda di i-city water world . Sebenarnya kita orang memang dah lama plan nak keluar , maklumlah masing masing sibuk dengan komitmen , ada yang belajar ada yang kerja . Jadi fuad telah list kan beberapa tempat yang nak pergi , so i think why not bawa dia orang pi water world i city , tambahan selama kita orang keluar belum pernah lagi buat aktivi sebegini . So this is the right time . Kalau korang nak tau i-city water world , water theme park paling termurah kalau nak bandingkan dengan water park di tempat lain . Jadi ia sangat sangat sesuai bagi mereka yang kekangan bajet atau ahli keluarga yang ramai .



LOKASI
I-City Shah Alam Selangor

Jika naik KTM boleh turun station KTM Padang Jawa dan naik Grab / Teksi 6 minit .

WAKTU OPERASI
Isnin - Jumaat 11 Pagi hingga 6 Petang
Sabtu - Ahad 10 Pagi hingga 6 Petang
Cuti Sekolah 10 Pagi hingga 6 petang
Tutup pada hari Selasa

HARGA TIKET
Dewasa - RM28
Kanak2 - RM23

Pembelian tiket boleh dibeli secara online di webiste icity disini . Selepas pembelian kena download apps i-city mobile , sebab nanti sampai di gate dia orang akan scan QR code .



Kalau memandu dari Kuala Lumpur perjalanan hanya mengambil masa 40 minit sahaja . Waktu ni datang hari biasa jadi orang memang tak ramai . Mana yang tak tau I-City ni ada banyak tempat yang menarik .


Boleh lah zoom


Sebelum nak terjun kita orang pergi makan dulu , dekat sini ada beberapa kedai makan . Kalau makan di dalam harga mahal sedikit berbanding di luar .


Apa yang fuad suka dekat sini pakaian yang ditetapkan oleh pihak i city water world adalah bebas , kita boleh pakai apa sahaja asalkan pakaian kita tidak berzip atau butang . Fuad tengok di tempat lain kalau nak masuk wajib pakai swimming suit , kita pun tau bukan semua orang ada proper swimming tambahan 1 set tu pun bukannya murah .

Di luar juga turut disediakan surau


Haa nampak tak pengimbas QR code , waktu fuad datang tak guna yang tu , staff situ yang scankan . Sebelum nak masuk mereka akan check beg untuk pastikan tiada makanan yang dibawa .




Bilik air dan bilik persalinannya luas



Barang boleh disimpan ke dalam locker . caj RM10 untuk locker kecil , boleh muat dalam 3 beg . Locker ni kita boleh buka buka , nak buka kena key in password .



Posing dulu sebelum mandi hihi , lama sungguh tak mandi swimming pool .


Taman tema air Water World I City terbahagi kepada beberapa bahagian , bila masuk akan nampak belah kanan untuk kanak kanak , belah kiri kolam sederhana dalam ada pancutan air dan jakuzi . Bersebelahan pula ada gelongsor air .




Kita orang nampak permainan ni macam best je kan , bila nak naik kat jaring labah labah tu terus kena wisel , dah tau tempat budak sibuk nak main kat sini juga haha . Kalau bawa anak kecil mesti dia orang suka .



Dikelilingi ni ada kolam seperti sungai , kita boleh naik pelampung dan menyusuri .





Niat dihati nak naik Tornado water slide , tapi apakan daya sampai je abang tu cakap nak naik kena ada 4 orang , kalau tak cukup tak boleh , aduhh mana nak tangkap lagi sorang ni haha , last last tak dapat naik , kesian kat kawan sebelum datang dah teringat ingat benda alah ni . So korang kalau nak datang make sure lebih dari 4 orang okey , kalau tak jadilah seperti kami .



Ini kolam utama , nampak tak papan putih tu ? Dulu waktu mula buka ada tv lcd besar dan diiringi lagu tapi sekarang hanya tinggal papal saja , mujur lagu di pasang juga . Kolam ni agak dalam dan akan ada ombak bila tiba waktu dan masanya . Ombak manja manja je .






Nampak tak ada gelongsor air tu ? Yang ini kena naik 2 orang memang boleh sangat sebab kami 3 orang , so fuad cakap ngan kawan korang naik dulu , nanti sorang naik ngan fuad pula . Then baru masuk dia orang dah keluar balik , rupanya ada masksimum weight pula , untuk 1 pelampung berat yang dibenarkan tidak melebihi 120kg , bermaksud seorang berat 60kg , ya ampunn kau rasa yang datang kat sini semua lidi lidi ? kalau berat wanita tu boleh terima lah juga , berat lelaki paling paling pun 63kg itu pun yang pendek . Herm tak apalah nak buat macam mana kan .


Okey ini gelongsor air yang terakhir, nasib baik boleh naik , tiada syarat dikenakan . Best juga , rasa nak naik lagi .





Jam menunjukkan 5:30 petang , kedengaran wisel telah berbunyi menandakan water world i city nak ditutup . Jadi kami bergegas ke bilik air untuk menukar persalinan balik .




Waktu untuk pulang ke Kuala Lumpur . Next time fuad akan datang lagi ke I City untuk menerjah beberapa tempat lawatan menarik pula . Bye ..



UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE 


No comments:

Post a Comment