Tuesday, February 25, 2020

Murtabak Singapore Zam Zam Restoran Yang Sangat Popular

Ini adalah sambungan trip ke Batam Indonesia . Fuad juga ada titipkan Percutian Bajet ke Singapore .

Kalau datang ke Singapore tak sah kalau tak makan murtabak , sup tulang merah , briyani dan macam macam lagi , salah satu restoran paling famous iaitu Zam Zam yang terletak berhampiran dengan Masjid Sultan . Kalau naik MRT boleh turun station Bugis dan jalan sikit dalam 6 minit .

Waktu datang ni pun dah ramai orang , mujur restoran ni dua tingkat , kalau tingkat atas ada aircond . Restoran Zam Zam dibuka dari 7 pagi sehingga 11 malam , setiap hari .


Murtabak Singapore Zam Zam Restoran menyajikan murtabak dengan tiga jenis size S M L dan ketiganya mempunyai harga yang berbeza , boleh lihat gambar di bawah .


Bukan murtabak saja , pelbagai menu juga disajikan .





Untuk lebih selesa boleh naik atas , ada aircond .




Harus diingat bila makan di Singapore pastinya harga tiga kali ganda dari harga Malaysia . Teh O saja dah RM3.60 .


Fuad order Murtabak Daging size M RM21 ($7) , nampak kecil kan ? tidak sebenarnya , murtabak tu dia lipat dua . Orang cakap kalau size M boleh makan dua tiga orang , bagi fuad sorang pun belum tentu cukup bergantung size perut masing masing hihi , tapi kalau korang order size L lagi besar boleh share ramai ramai .


Ini murtabak ayam size S


Jumlah keseluruhan untuk dua orang RM84 ($28) , overall bagi fuad okeylah , nak kata sedap sangat pun tak , nak kata tak sedap pun tak , just biasa saja average 2.9/5 , you guys boleh cuba , lain orang lain lidah hehe .



UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE 

No comments:

Post a Comment