Monday, July 20, 2020

Camping Berkhemah Di Santai Riverside Janda Baik 2020

Assalamualaikum , Hi Guys ! Pada 16 Jun 2020 Selasa, fuad dan kawan kawan bercuti d Janda Baik , sempena meraikan rentas negeri hihi , tak adalah plan memang dah lama , yang membuat tertangguh kan PKP tak boleh rentas negeri then my friend sorang ni duduk Mantin , fuad dan sorang lagi duduk KL so takkan nak bercuti berdua je . Jadi fuad dah bagitau dia orang habis je PKP terus cuti tambahan ada yang nak start kerja dan intern , nanti mesti masing masing dah busy .

Idea nak camping ni secara tiba tiba tambahan selama ni kalau cuti mesti duduk hotel , so why dont kita tukar angin dengan camping , mesti best . Jadi fuad pun mula membuat carian mengenai tempat camping , jumpa Sg Congkak , baca review macam best , lagi pun tak jauh dari rumah kita proceed jelah . Beberapa hari sebelum nak camping fuad call Tourism Selangor sebab dia orang jaga kawasan sini , orang yang handle masuk ward pula , staff situ pun tak boleh nak confirmkan sama ada dah buka ke belum , ingat baru nak booking terus . Untuk play safe fuad pun terus pergi ke Sg Congkak, tengok tengok pintu gate tutup sambil notis penutupan sementara , tanya dengan orang situ dia pun tak pasti buka bila . Fuad cuba hubungi pula jabatan perhutanan semenanjung , dia orang cakap Julai baru buka . Herm nampaknya kena postpone lah ni , so fuad bagitau kawan kita pergi lain kali je , nasib baik kita pergi tengok dulu kalau tak sia sia je datang dengan bawa ayam perapan lagi haha .



Once dah confirm barulah boleh beli khemah dan perkakas bbq , siap menu bagai lagi , maklumlah first time kan .


Fuad beli jaring ni kat Giant dalam RM10 kot


Then fire starter ni beli lah lebih sikit dalam 2-3 kotak ke , benda ni penting tau kalau tak ada susah nak bakar arang nanti . Fuad beli satu pun tak cukup . Dan juga 1 pek mancis .


Maka bermulalah perjalanan kita ke Janda Baik , hip hip horeyyy haha , sukaaaakan , first time ni nak rentas negeri setelah beberapa bulan tak dapat keluar . Waktu ni tak jem yerlah hari biasa orang dah start kerja . Dari Ampang nak ke Santai Riverside tak sampai satu jam pun .


Nanti bila sampai je Janda Baik akan masuk pintu gerbang . Rasanya ni first time kot datang ke sini , ke tak sure waktu kecil pernah datang . So sepanjang tu akan nampak lot tanah persendirian yang dijadikan resort dan sewaan tapak khemah .


Yeah finally sampai ke Santai Riverside , kawasan dia dalam lagi , rasanya macam penghujung Janda Baik , sebab lepas dah jumpa resort2 lain baru akan jumpa sini . Owh ya waktu nak masuk selekoh tu akan bertembung dengan Dato Alif punya resort .




Melawat kawasan dan pondok tapak khemah . So niceeelah , tak sia2 booking kat sini . Untuk tapak depan sungai RM60 satu malam .




Meja kerusi juga disediakan


Haa jangan risau setiap pondok ada plug eletrik dan lampu , cuma kena bawa extension ,


Singki dan sabun basuh pinggan juga disediakan 


Tempat bakar BBQ , hanya perlu bawa jaring dan arang sendiri .


Setiap pondok di panggil gazebo , boleh muat 2 khemah , kiri kanan .


So fuad pilih yang berlantai simen dan beratap zink , fuad tanya kenapa harga kedua tapak sama , walhal yang sebelah berlantai pasir , beratap plastik canvas , katanya mana yang khemah bersaiz besar tak muat untuk yang beratap zink , macam fuad punya khemah muat untuk 3 orang pun ngam ngam .


Khemah ni beli kat shoppe je , senang jenis instant , buka je terus jadi khemah , tak perlu nak pasang2.


Lepas dah pasang khemah apa lagi kalau tak makan , hehe . Fuad pagi pagi dah masak untuk lunch kat sini , lauk simple je , sambal ayam favorite dia orang dan lemak lobak putih .



Dekat sini semua complete , tandas dia besar dan juga surau .




Sebelum mandi kita pose dulu



Air dia tak dalam paras lutut je , memang sesuai sangat bawa anak anak datang ke sini . Pelampung juga disediakan untuk sewa , hanya RM5 je .




Air dia nak kata deras tak juga tapi kalau duduk kat bahagian batu batu ni fuh memang besttt !




Biasalah dah mandi mesti nak makan jajan laparr haha .


Petang tu kita jalan jalan sekitar situ , ada owner buat tanah dijadikan kebun . Sambil tu cari sekali ranting kayu nak buat unggun api malam nanti .


Tengah bakar arang kat tempat BBQ tiba tiba hujan pula , mujur ada tong gas besi ni kat tapak sebelah , dapat bawa masuk ke pondok . Cerita pasal nak bakar arang ni , memang lawak dah lah masing masing tak ada pengalaman bakar arang,



yang kawan fuad sorang tu dia pernah haritu ngan ayah dia , dia dah cakap arang ni kena bakar awal sebab lambat dia nak jadi bara , so fuad ckp alah takpe pukul 7 pun boleh , haa sekali bakar punya bakar memang lah bakar tapi arang tak jadi bara sampai habis fire starter tu haha . Masing masing terkial , fuad dah ingat ni kalau tak boleh terpaksa lah pergi beli fire starter yang baru , terfikir juga selalu nampak orang yang camping dalam hutan pakai kayu je bakar , haa apa lagi ambil lah ranting kayu tadi , nasib arang menjadi bara , dia ada teknik dia kalau tak tau memang sampai subuh tak jadi . Pastikan bila bakar, api kat bawah arang , bukan api kat atas arang , memang cannot . Paling penting mancis kena banyak . Dalam 2 jam juga .



Sementara tu kita setup meja dulu , perghh macam candle light dinner kan , well when fuad planning everything must be perfect okey . Dengan lampu bagai , nasib fuad ada beli dulu then air sparkling juice lagi , wow .


Ni fuad buat baked potato , senang je , belah dua tabur blackpaper dan wrap dgn aluminium foil dan bakar .



Ayam perapan yang fuad dah buat semalam , dapnyaaaaaa , ni pun senang , bawang besar sebiji , bawnag putih 4 ulas , halia 2 inch , blend kan dengan air . Tuang kt ayam , campurkan mayonis , sos cili , sos tiram sikit & kicap manis dah siapp , if ada yogurt letak sikit bagi rasa lemak2 .


make sure ayam dibelah belah kan supaya isi dalam dimasak dengan sempurna .



Potato letak kat arang baru cepat masak


Malam ni tema pakaian white haha , video ada kt ig fuad



waktu untuk makann , dapnyaaa , diiringi dengan bunyian air sungai , sangat mengasyikkan .



my friend bawa kek coklat made by his mom , sangat sedap .


Lepas makan masing masing dah kenyang masuk khemah then we start talking about something sebelum tidur , siap ada lambu bebola lagi . Fuad seorang yang suka jumpa orang that we can talk & share anything , like they give their opinion mengenai some isu and talk about life , relationship , career and of course seorang yang open minded dan transparent , ia membuatkan kita lebih selesa dan seronok . Untuk pengetahuan , fuad memang ramai kawan tapi yang dua orang ni saja yang rapat dan sentiasa dengan fuad , dah dekat 9 tahun dah . That why i always said , i can friend with anyone but i can`t close with everyone .



After subuh kita buat morning walk



On the way beli sarapan di warung yang tak jauh dari situ , actuallykan nak bagitau fuad sebernarnya ada bawa 1 pek maggi goreng untuk buat sarapan , sekali pagi ni bangun dengan plastik maggi pun tak ada haha . Bagi fuad tak lah heran memandangkan sini ada kucing dan juga anjing , mungkin waktu tengah tidur dia orang selongkar , pernah terjadi benda ni kat rumah maggi hilang ingat bunian ambil ke kan , kesian bunian tak pasal pasal kena tuduh . Rupanya bila check ada cerbihan mee maggi dan plastik bersepah memang nampak seperti gigitan kucing adoi .


Seronokkan makan tepi sungai , sangat mendamaikan .


Sepatutnya check out pukul 11 sebab check in pukul 11 tapi baiknya akak ni dia kasi check out sampai petang kalau esoknya bukan public holiday . Dah siap kemas nak masuk dalam kereta , sekejap je kan masa berlalu


senang lipat je khemah


Ini bahagian kawasan yang bukan tepi sungai , caj lagi murah dari sebelah sungai . Kalau hujung minggu penuh sini , sebab tu kalau nak tepi sungai kena booking awal .


 
Bergambar dulu sebelum balik , what i can say is percutian ke Janda Baik sebuah percutian yang sangat menyeronokkan , sesuai bagi mereka yang sukakan nature , maklumlah sini memang tak ada aktiviti apa pun , unless u bawa mic portable boleh pasang lagu dan nyanyi,  Sini juga tak ada line 4G , hanya 3G sahaja , sila download lagu banyak banyak ya atau pun bawa je radio . lepas tu nak bagitau sini malam ada anjing berkeliaran , dia okey je baik , tak kacau kita cuma dia suka datang nak minta makanan , kalau ada tu bagi lah sikit dengan kucing kat situ then nak bagitau lagi benda penting sini tak sejuk tau , cuaca biasa biasa je , kat kampung lagi sejuk pagi pagi , fuad pun tak sure kenapa tak sejuk walhal dalam hutan tapi jangan risau waktu malam tak panas dan bahang pun , walaupun tak sejuk tapi tak lah sampai berpeluh bagai , dia lebih kurang rasa macam nyaman dan damai dengan angin sepoi sepoi bahasa hehe . Sesuai untuk semua golongan tak kira family yang ada anak kecil dan warga emas , tambahan kos percutian begini takkan keluar duit yang banyak , yang penting ada khemah dah boleh sewa tapak , contoh RM60 , kalau bahagi dengan tiga baru sorang RM20 . Makan minum pun berapa sangat , paling penting we appreciate and enjoy the moment , walaupun percutian kos yang rendah but the moment is very expensive ! . Jika ada sebarang soalan boleh komen di bawah ya , i love read & reply komen korang . okey byee .. see next destinastion .



UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE 

5 comments:

  1. Semalam Rm60/tapak yer? Kena booking dulu atau walk in pun boleh?

    Salam singgah dan follow kt sini :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul RM60 , better booking kalau tak nnti dah full , last2 dpt tapak jauh dari sungai hehe

      Delete