Assalamualaikum , Hi Guys ! Lawatan kali ini fuad ke Royal Selangor Visitor Centre & Factory , yang terletak di Setapak , dibuka dari jam 9 pagi sehingga 5 petang setiap hari termasuk cuti umum . Korang pernah tak pergi mana mana mall seperti Pavillion , KLCC , Premium Outlet atau mana mana airport mesti akan nampak Royal Selangor , persoalannya Royal Selangor ni apa ? Kedai cenderamata ke ? Koleksi Diraja Selangor ke ? Haa itulah yang selalu kita fikir , nampak dari luar memang elegant tapi tak tau pun sebenarnya tu kedai apa . So atas rasa curiga dan sangsi di tambah pula kalau korang search di Google memang banyak website2 luar senaraikan top attraction in Kuala Lumpur salah satunya Royal Selangor Factory . So amat merugikan kalau fuad yang duduk di Kuala Lumpur tapi tak explore tempat ini . Kalau nak tau mereka juga menyediakan shuttle van bagi setiap selected hotel secara percuma ! Memang terbaik . Ini website mereka .
Waktu masuk akan jumpa kaunter , kita bagitau yang nak buat tour , sebab kalau tak dia orang tak tau , memandangkan disini terdapat kedai belian dan juga cafe , some people datang sini ada yang nak menjamu selera .
Mereka menyediakan self tour with portable audio that u guys boleh dengar sambil jalan dan juga mereka akan bawa anda sendiri menerokai di dalam , memandangkan waktu PKPP tiada self tour diberikan , maklumlah kita tak nak peralatan bercampur dengan orang lain . Korang boleh pilih untuk bahasa Malaysia , English and Chinese also (if im not mistake) . Fuad request yang bahasa Malaysia tapi dia orangnya keluar pula , so yang ada English je . Sticker akan dilekatkan , as u can see im visitor yang ke empat , nampak sangat orang tak ramai datang lepas PKPP ni , u guys lepas dah baca please come okey .
Untuk first section tour guide akan mencerikan latar belakang dan founder of Royal Selangor ,
Pada pada tahun 1885, seorang tukang muda bernama Yong Koon yang tiba di Tanah Melayu dari pelabuhan Shantou di China, bersenjata dengan membawa sedikit peralatan alat dan tekad untuk berjaya.
Dan hari ini, syarikat Yong Koon iaitu Royal Selangor menjadi sebuah jenama terkemuka di dunia dalam penghasilan timah yang berkualiti. Kalau nak tau office dan outlet dia orang bukan saja di Malaysia malah serata dunia seperti Australia , Canada , China , France , UK , USA dan banyak lagi !
Fuad just bagi tour gambar jelah ya , maklumat lanjut you guys haruss pergi , dengar sendiri pihak tour guide bagi penerangan .
Baju asal yang dipakai oleh pelombong timah
Setiap corong mempunyai bunyi yang berbeza , bukan saja belajar mengenai sejarah malah mengetahui mengenai kimia . U guys boleh mencubanya sendiri .
Ini paling favorite frame gambar yang selalu orang akan beli untuk dibuat perhiasan di rumah .
Jangan lupa bergambar disini okey
Kalau korang nak tau replica twin tower yang diperbuat daripada timah ini mempunyai 7062 tankards , setinggi 9.1 meter dan mengambil masa 6 bulan untuk disiapakan .
Selepas tour di atas kita akan turun ke bawah untuk section seterusnya iaitu kilang pembuatan produk. All guest akan diberikan welcome drink 100 plus dengan cawan yang diperbuat daripada timah , yang specialnya timah ni dia akan maintain kesejukan air itu selama 30 minit walaupun cawan itu berada di suhu bilik . Menarik bukan !
Tour guide akan bawa dan tunjuk proses stepa by step . Pertama , proses mencairkan timah dan tuang ke dalam acuan yang telah di pattern kan , u guys boleh tengok di video yang fuad post .
Proses kedua Mengilap , timah yang sudah dibentuk akan digilap supaya tesktur lebih halus dan smooth . Lebihan buangan layer timah akan digunakan semula
Nampak tak yang dalam bekas kaca tu , lebihan layer timah selepas di ukir dan gilap .
so jadilah bentuk begini yang lebih cantik
Proses seterusnya menukul dan Finishing , so disini dia akan memukul twice in the same spot dan sebanyak 1400 kali pukulan untuk menyiapkannya , if silap sikit dia kena buat yang baru ! Korang juga berpeluang untuk mencubanya , ternyata bila fuad buat memang susahhh dan rumit haha , dia kena betul betul mahir & banyakkan practice .
Korang berpeluang melihat pekerja mereka yang sedang menyiapkan produk yang mana produk ini jua di export ke serata dunia .
Beberapa model hasilan , disini mereka juga menerima tempahan untuk custom made for event , cenderamat dan hadiah .
Bukan saja berasaskan produk semata mata malah jua dibuat sebagai aksesori diri .
Mereka juga menyediakan School of Hard Knocks Workshop , korang boleh gunakan alat tradisional untuk membuat bentuk seni timah anda sendiri. Bestnya lepas dah buat dan siap boleh bawa pulang , apron dan sijil pencapaian juga akan diberikan , untuk pakej ni RM65 selama 30 minit .
The Foundry , Create a pewter accessory from scratch*. Select designs from preset moulds or create your masterpiece freehand. Cast, polish and decorate your unique pewter piece.
*Suitable for ages 15 and above.
RM180 60 minit
Habis saja tour akan di bawa ke tempat beli barang hehe , so kalau u guys berminat dengan produk disini boleh lah beli , semuanya cantik cantik , harga pun cantik juga hehe
Terdapat cafe juga disini , look nice , ada desert bolehlah mencuba kek
Waktu exit jangan lupa bergambar dengan World’s largest tankard! So guyss apa tunggu lagi jom jom datang ke Royal Selangor , dekat jer , kita menyemarakkan lagi pelancongan domestik .
UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE
No comments:
Post a Comment