Assalamualaikum , Hi semua ! Apa khabar ? Semoga awak semua sihat disamping orang tersayang maklumlah sekarang ni kes covid dah melonjak naik tapi bagusnya varian sekarang mudah dijangkiti tapi kesanya tidak seteruk varian sebelum ni . Tengok ramai kawan dah kena covid , Alhamdulillah fuad masih survive lagi dan berdoa semoga dijauhkan , kita doa yang baik baik saja . Okeylah last week kerajaan ada umumkan yang 1 April sempadan akan dibuka dan tak perlu lagi kuarantin bila pulang ke oversea , bila dengar je berita ni happy giler , akhirnya penantian kita semua bakal berakhir , bukan tak boleh cuti sekarang tapi nak kena kuarantin bagai tambahan yang bekerja tukan nak kena apply cuti lagi dah bazir kat situ .
Lagi satu bestnya , bila sempadan dah buka mestilah Airasia dapat bawa kembali penumpang seluruh dunia dan secara tak langsung Airasia dapat tawarkan lagi promo tiket dan free seat , ini yang kita mahukan. Kalau sekarang ni harga tak semurah dulu sebab hanya bergantung pada rakyat Malaysia sahaja . Contoh ke Bali , then waktu pulang ke Malaysia tu tak boleh bawa penumpang Indonesia sebab border kita masih tutupkan , hopefully everything will be okey lepas border dah buka , InsyaAllah , tau kita semua ni memang dah tak sabar nak fly lagi dengan World Best Low Cost Airlines and Top 20 Best Airlines In the World 2019 . Kalau tanya fuad apa negara seterusnya bila border dah buka ? Rahciaaa hihi
Sebenarnya fuad baru pulang dari Kelantan untuk short trip pada kali ini , tapi agak berbeza sikit sebab fuad menaiki dan tidur di sleeper train KTM Intercity , ia adalah pengalaman baru dan lain dari trip sebelum ini , so far fuad dah rasa tidur di kapal laut (star cruise) and now di dalam keretapi pula . Memang dah tau lama kewujudan keretapi ini tapi belum terdetik nak mencuba tapi bila fikir nak cuti mana lagi ya lepas trip cruise januari haritu , so why not kita naik sleeper train pula .
Kalau korang nak tau sleeper train KTM ni sentiasa sold out untuk katil di bawah kecuali kalau katil atas lambat sikit nak habis but end up memang full juga . Satu hari hanya ada 1 pelepasan sahaja , berlepas jam 1:18 pagi dan sampai ke Wakaf Bahru 12:37 tengah hari , lebih kurang 13 jam juga . Jadi kalau betul betul nak naik kena booking 3 minggu awal , bergantung pada seat , even fuad sendiri pun waktu booking tu dapat seat bawah 3 minggu sebelum trip , beli bulan februari , naik 15 mac .
Boleh semak di web KTMB atau EASYBOOK .
Origin pilih Gemas , Destination Wakaf Bharu kalau nak turun di Kota Bharu . Pilih tarikh .
Ni route map
Hanya ada satu sahaja iaitu Express 26 , klik pick seat
Gerabak bagi T1,T2 dan T3 lebih kepada seating class bukan katil dan harganya pun agak mahal untuk kelas pertama RM86 , siapa ambil ni memang rugi lah , bayangkan 13 jam nak duduk sakit pinggul ! Bagi T6,T7 & T8 jenis berkatil 2 tingkat . Okey ini adalah tips and actually waktu fuad booking tu tak tau pun kat mana cafe dan juga toilet , as u can see dekat bawah pun tak dinyatakan toilet . And surprisely bila fuad masuk ke dalam gerabak memang betul betul katil fuad tu sebelah je ngan tandas dan gerabak sebelah adalah cafe , jadi kanan toilet , kiri cafe memang ngam betul , tak payah nak tercari cari . Fuad ambil gerabak T6 katil nombor 4 which is katil bawah , so gerabak no T6 tu sangat stratergik ! Harga bagi katil atas RM40 dan katil bawah RM46 sehala . Kenapa orang lebih suka katil bawah dari atas lagipun harga pun lebih RM6 ? sebab katil bawah lebih mudah nak keluar jadi tak perlulah nak turun naik tangga , kedua kalau beg besar gedabak yang tak muat nak letak atas katil boleh je letak tepi katil dan mudah nak capai berbanding katil atas dia terpaksa letak begnya di bawah , ketiga tingkap katil bawah lebih besar dari yang atas , fuad ada snap gambar .
Untuk ke station Gemas pula ada 2 option sama ada pergi sendiri menaiki kenderaan atau naik saja ETS KTM lagi mudah , macam fuad ambil cara ini tambahan kita duduk KL kan , tak berapa nak kuasa drive ke Gemas , ingat dekat ? kih kih .
Cara booking pun sama origin pilih station ETS berhampiran , kalau fuad paling dekat Bandar Tasik Selatan , destination pilih Gemas
hanya ada 2 waktu saja , siang dan juga malam , ambil je malam , sampai gemas 12.10 malam , train ke Wakaf Bharu 1:18 pagi , memang sedang cantik lahtu
Ini satu lagi tips , kalau nak gerabak sekali dengan cafe , surau dan tandas , ambil gerabak C , kalau 4 orang ambil seat yang ada table , belakang seat tu betul2 cafe just capai dengan tangan je . Boleh lah sambil makan sambil membawang sambil berborak .
HARI PERTAMA ISNIN
Perjalanan kini bermula , dari Ampang macam biasa fuad akan parking kereta di Terminal Parking Bertingkat BTS hanya RM4 sehari . Sampai di KTM bawa tiket yang dah print tu atau dari email pun boleh asalkan ada QR code di tiket tu
Scan je QR code di palang
Ambil platform 1
okey tunggu train ETS tiba
Perjalanan dari BTS ke Gemas 2 jam lebih , mujur ada tv tapi hanya siar iklan sahaja , agak boring juga tapi mujur ternampak crush dalam train tu ,sempat lagi kan haha terus senyum sorang sorang 😂
Jarak dengan seat depan agak luas dan sangat selesa .
Setiap seat disedikan point plug , so boleh lah nak charge hp ke laptop ke , boleh tengok netflix
Bila duduk je abang KTM akan check tiket sorang2
Belakang fuad tu betul betul cafe , surau dan tandas , ambil gerabak C okey . Kat kantin tu ada jual nasi pack , chip potatos ngan air , tak banyak sangat pilihan mungkin last train kan . Ingat nak snap gambar toilet tapi tak sanggup pula sebab tisu bertimbun .
Sampai saja station Gemas , jangan gatal duduk kat situ pula , kena naik atas , belok kiri ke ruang menunggu , semua yang naik sleeper train akan tunggu kat situ .
Nilah dia ruang menunggu , dia akan umumkan nanti bila tiba untuk masuk , so sementara tu sangat sangat di galakkan untuk nak buang air besar ke kecil ke kan , kenapa ? Nnati fuad bagitau ya
Yeayy sudah tiba train kita , very the old kan , apa yang fuad dengar abg KTM cakap train ni dibuat 1992 , so dah berusia 30 tahun !
Sila tengok balik di tiket gerabak nombor berapa , kalau T6 cari nombor 6 .
Memandangkan katil fuad no 4 , jadinya bila masuk je terus nampak dah katil . Untuk katil bawah semua nombor genap manakala katil atas semua nombor ganjil haa jangan silap tau tapi tak apa , atas siling tu memang dah ada penanda aras katil bawah dan atas nombor berapa .
Inilah katil atas , tengok lah cermin dia kecil sangat tak boleh nak menikmati pemandangan .
Ini pula katil fuad bahagian bawah , walaupun tak besar tapi sangat selesa . Boleh siap letak beg lagi di hujung , kalau yang wanita mesti banyak ruang lagi di kaki .
Okey tadi fuad ada cakap kalau nak buang air buang siap2 kan sebab tengoklah tandas zaman Jepun dia tak pernah bertukar , tak sanggup nak ambil seluruh sisi dalam , kecil sangat , lebih kecil dari lavotary kapal terbang . Yang paling bahayanya bila train sedang berjalan terhenjut henjut sampaikan susah nak aim silap silap boleh tergelincir kadang tu terpaksa berpaut kat dinding , tu belum lagi kalau yang nak buang air besar , 1 tangan pegang paip 1 tangan pegang dinding , sekali train break dengan kau kau sekali tersandar kat dinding belakang HAHA 😆 adoi nak membuang pun tak senang kan .
Fuad sebenarnya lapar , tulah menyesal betul tak tapau nasi goreng usa ke kan , boleh makan kat dalam ni , jadinya terus ke kantin , nasiblah kantin belakang tu saja . Sampai saja fuad macam blur kantin ni nasi pack atau dia goreng bila pesan . Panggil abang kat dapur tu , dia cakap sini ada roti bakar , nasi goreng , mihun goreng dan juga maggi sup . So dah laparkan takkan kau nak demand lebih lebih , kita ambil saja nasi goreng . Bila dah order tak perlu bayar , terus boleh duduk .
Waktu ni orang tak ramai pun yelah dah 1 pagi lebih kan semua dah tidur
Okey beberapa minit nasi goreng pun dah sampai ,wah siap pakej dengan telur mata ya . Did u know how much nasi goreng level kantin dengan air kotak lemon tea tu ? RM10.50 ! kus semangat , fuad fikir macam RM6 cam tu . So kalau macam awak nak merasai makan di dalam train better bawa je nasi bungkus fuad tengok orang lain bawa okey je cuma air tu order lah sini , support sikit jualan dalam train .
Thank awak temankan saya makan .. 😂
okey perut dah kenyang boleh lah tidur dengan aman yahoo
Sedang untuk lelapkan mata , sekali train berhenti dan terhenjut henjut apa yang berlaku sekarang ni , dia macam sekali push tak boleh maka semua orang dalam gerabak akan terjenjut , kalau ada yang dalam tandas tu tak taulah apa yang berlaku , tau tak pukul 3 pagi masing2 sibuk nak membuang , nak membuang tu satu hal dia orang boleh pula buat mesyuarat tingkap kat situ . Okey citer pasal train berhenti tu agak lama juga dekat 1 jam lebih and masing buka bidai tanya apa yang berlaku ni , so ada akak kat toilet cakap kat abang KTM apa hal keretapi ni , abg tu cakap terlanggar lembu besar pulak , adoii lawak lah , barang kali dia orang cuba untuk tarik dan keluar kan lembu tu dari landasan , mujur dia orang tak suruh kaum adam sama sama tarik , erghh ngisauu pagi pagi buta nak tarik lembu silap2 kena badi adoi . Lepas je lembu berjaya di keluarkan train pun berjalan seperti biasa , bolehlah sambung tidur balik .
Selamat pagi semuaa , erghh dapnya tidur , aircond pun taklah sejuk sangat so nice . Tapi selimut dia sangat nipis , so kalau rasa rasa jenis tak tahan sejuk tu boleh lah bawa selimut sendiri ya . Mungkin ada yang tanya subuh macam mana ? Untuk pengetahuan dalam train tak ada surau , fuad pun tak tau kenapa , sedangkan ETS tu ada je surau tapi kenapa yang ni tak ada , tambahan gerabak untuk seating class bukan ada orang sangat pun , why dont ubah suai buat surau kecil kat situ atau pun why dont berhenti seketika kat station yang ada surau dalam 30 minit macam tu kan , boleh lah solat kat situ .
Sekiranya seseorang itu merasakan kesukaran untuk solat di dalam keretapi tersebut dan membawa kepada terluputnya waktu solat, maka menurut mazhab Syafie, boleh untuknya menunaikan solat hormat waktu di dalam keretapi dan kemudiannya menunaikan solat qadha sesampainya dia ke destinasi. Harap jelas disini okey .
Pagi ni cuaca agak mendung , nak lihat sunrise pun tak ada
Okey malam semalam agak gelap nak ambil gambar , ni fuad ambil waktu siang keadaan katil . Ada lampu kecil dan juga hook untuk sangkut mask . Ada macam tempat untuk bersandar .
Meja comel
Tengoklah dah letak beg pun masih ada ruang , kaki tak sentuh dinding train pun
Langsir yang boleh tutup buka , yang best tingkap dia besar dari katil atas . Oh ya plug point tak ada , kena bawa power bank .
Jom breakfast dulu , nasib kita dah beli awal awal roti sebelum naik train , cawan tu memang bawa dari rumah khusus untuk bergambar kih kih . Kalau pergi kantin rasanya penuh ni , ramai yang kelaparan .
Fuad rasa , makan kat katil lagi best kot dari kat kantin , privacy sikit cuma tulah takut kotor .
Lepas 12 jam akhirnya sampai juga di Wakaf Bharu , suka fuad ingatkan yang dalam train takkan ada panggilan yang berbunyi Station berikutnya bla bla bla bla , ohh tak ada ya ni bukan MRT , memang kena sentiasa alert , kalau dah terlepas train kena berhenti mana mana station ambil train DMU untuk patah balik .
Dekat station Wakaf Bharu pelbagai faciliti disediakan , kedai makan pun ada .
Seterusnya fuad akan ke Pasar Siti Khadijah sebab tak pernah pergi sini dan teringin nak cuba kuih tradional makanan Kelantan . Pengangkutan paling efeksyen pastinya Grab . Hanya RM12 nak ke sana , kalau pergi 2-3 orang boleh share tambang .
Setibanya fuad kat sini , agak kecewa sedikit sebab tak sama seperti tengok di youtube , dengan pelbagai kuih , tapi kat sini lebih kepada jual sayur , keropok kering , herm
Okey kita naik tingkat 1 pula , katanya atas ni ada jual nasi kerabu tapi tak adalah wak , yang banyak sup sup , nasi ayam lah , alamak . So fuad pun turunlah dari pasar , mungkin gerai kt luar ada .
Jalan jalan ternampak pula kedai Nasi Dagang , haa okeylah tak dapat nasi kerabu dapat nasi dagang pun okey je , waktu ni dalam kedai tak ada pelanggan pun memang fuad sukalah
Rasa dia sedapp , harga pun tak mahal , sekali air RM8 . Ingat lepas makan nak ke pantai nami , sekali tengok tambang RM30 uish jauh juga ya , malas lah baik terus ke airport haha .
Airport Kota Bharu tak lah besar sangat , kalau tengok di screen tv senarai penerbangan boleh katakan 100% ke Kuala Lumpur . Untuk kali ini fuad memilih menaiki Malindo Air sebab ada credit lagi akibat tiket flight cancel ke India pasal covid , so tebus guna duit tu saja . Lagi pun ini kali pertama nak cuba .
Untuk fireflyz dan malindo air kena jalan kaki agak jauh juga
Pertama kali untuk merasai pesawat ATR .
Ruang kaki agak luas juga
Okey selamat berlepas
Selamat mendarat di Subang Airport
Maka berakhirlah trip fuad ke Kelantan dengan menaiki sleeper train KTM ke Kelantan , semoga kita bertemu kembali di trip seterusnya . Bye bye ..
No comments:
Post a Comment