Percutian Menaiki Star Cruise Pisces Penang January 2022
Assalamualikum Hi semua ! Rasanya tidak terlambat untuk fuad ucapkan selamat tahun baharu 2022 , semoga segala impian dan harapan awak untuk berkahwin dengan anak raja tercapai tahun ni ya . Fuad punya impian tahun ni semoga dapat bercuti setiap bulan , atau buat sebarang aktiviti yang baharu , yang penting setiap bulan tu kena ada . Kalau boleh malas nak fikir percutian oversea , rasa macam mood dan ghairah itu sudah hilang angkara covid , nak fokus dalam Malaysia saja lagipun banyak tempat yang belum terokai lagi ni .
Untuk percutian kali ni fuad menaiki star cruise , dah lama sebenarnya nak rasa naik kapal laut , kononnya nak naik Dream Cruise Genting kat Singapore sebab kapal tu lagi besar dan modern berbanding Star Cruise , both under Genting juga dan harga pun lebih kurang saja tapi disebabkan covid dan kalau nak pergi Singapore then balik nak kena kuarantin bagai nak buat PCR test lagi macam tak kuasa , kalau pi USA ke berbaloi lah juga . Tup tup awal bulan Januari Star Cruise Pisces dah mendarat kat Pelabuhan Penang , as we know star cruise under Genting Hong Kong dan bukan setiap tahun dia ada kat sini .
Haa bila tau je memang teruja , inilah masanya kan untuk merasa , tambahan my best friend intern kat Penang terus tanya dia sama ada dia free atau tidak , once dia cakap free tanpa berlengah lagi terus booking isnin 10 Januari , mean Sabtu 15 Januari tu dah nak boarding . Fuad paling suka kalau time tu nak time juga aku nak pergi haha , jenis tak suka booking sebulan awal , lagi cepat lagi bagus , tak suka lambat lanbat nanti excited tu dah kurang .
Untuk pergi ke Penang , fuad menaiki bas nak naik flight mahai , hanya RM32 sahaja dari TBS ke Butterworth beli thru easybook.com . Dari Ampang menuju ke Kompleks Bandar Tasik Selatan , kat sini memang khas parking bertingkat , sangat murah RM4 saja sehari , dekat sini pun ada KLIA Transit kalau nak pergi KLIA/KLIA2 .
cumanya kalau parking kat sini kena jalan sikit
Korang kena ingat , walaupun nama bas Billion Star waktu booking tu tapi Billion tu nama syarikat bukan nama bas , waktu bas sampai tukan fuad pun macam terpinga pinga ini ke bas aku , lepas tu pula akak kaunter tu tak buat last calling pun , jadi kita pun tanyalah `cik ni ke bas ke Butterworth ` haaa inilah dia , adoii awat hampa tak habaq awai awai buat kalut kami je tau
Lepas tu bila masuk fuad pun bagitaulah driver bas seat 16 , dia cakap free seat duduk je mana2 , eh herm , kita pun naik lah tingkat atas sekali full , ini confirm penumpang dari terminal duta . Fuad turun bawah `pakcik atas penuh lah` , haa duduk bawah . Ada hikmah sebenarnya tu tak dapat duduk atas tengoklah seat bawah kosong haha
malah siap boleh lucur flatbed 90% lagi , memang lapang sungguh
Apa apa pun tali pinggang keledar jangan lupa pasang , kebanyakkanya orang naik bas memang tak pakai pun , now day kan banyak kes kemalangan bas . Jadi sayangilah nyawa anda .
Perjalanan mengambil masa 5 jam lebih sampai ke Penang Sentral , sejujurnya fuad dah tak boleh naik bas , i feel so tired , dulu rajinlah juga naik bas pi hat yai , pergi penat balik nanti pun penat juga sebab duduk dalam bas , barangkali waktu umur hehe . So waktu ni dah 6:40 jadi sempat lagi untuk subuh .
Lepas solat subuh terus ke kaunter ferry untuk ke seberang , oh rupanya ferry lama tu dah tak ada dia gantikan dengan ferry boat macam Langkawi tudan ia percumaaa , tak pasti sama ada bulan ni saja atau selamanya .
Kalau ferry lama dulu , lepas je kaunter tiket terus je masuk ke ferry tapi yang ni kena jalan turun bawah semua , kalau yang ada wheelchair tukan kenalah berangkut turun tangga
sampai je ferry pun dah ada
besar dan luas , pagi pagi pun dah ramai barangkali dia orang ni nak pi kerja
nicee kan waktu sunrise
terminal ferry yang kita turun betul betul tempat naik cruise nanti , check in pukul 4 makanya kita jalan jalan dulu
tengah tengah jalan nak cari breakfast terjumpa di celah lorong ada stall kecil tapi pelbagai pilihan , harga pun boleh lah
Fuad order roti bakar , telur setengah masak , donut , pau sambal , nasi lemak , banyak pula aku makan
Lepas breakfast tu jumpalah kawan , borak borak kejap then apa lagi tengok lah wayang
Okey lepas dah zuhur , maka kita terus kembali ke pelabuhan tadi iaitu The Swettenham Pier Cruise . Tapi korang kena pergi bahagian belakang , tak apa nanti abg polis tu akan tunjuk , pukul 3 baru dia buka gate , first of coz lah kenalah buat covid test dulu mujur saliva je . Actually agak risiko jugalah , what if kalau positif tak ke duit burn macam tu je , sebab itu sehari sebelum fuad dgn kawan buat saliva test , in kes positif tak ada lah fuad susah susah nak datang sini kan . Tempat covid test betul betul kat bulatan jam ni
isi dulu butiran
just letak je kat bawah lidah but before that kumpul dulu air liur banyak banyak ya
dia dah macam situasi , Go In or Go Home , siapakah yang akan pulang kih kih
Oh mujurr daku negatif yahuuuu
lepas tu pula kena bawa covid test ke station lain yang mana ada doktor kat situ yang akan cop dan mengesahkannya
lepas dah settle urusan covid test , kita akan naik ke tingkat 1 terminal untuk check in dan akan diberi kunci bilik .
lepas dah ambil kunci kita akan melalui imigresen , semua beg dia akan check , mana tau kot dalam beg ada ular ke rimau ke kan tak pasal pasal kecoh 1 kapal
wahh we are going to cruiseeee yihaaaaa HAHHAHHA
waktu masuk akan disambut oleh anak kapal
akan diberikan flyer itinerary , oh ya fuad ambil pakej 2 hari 1 malam , Penang to Penang , kapal akan bergerak ke laut China then patah balik ke Penang jam 10 pagi esok .
Bila ada dalam kapal ni takkan boring , rasa sekejap je masa berlalu dengan pelbagai aktiviti yang disediakan
harga dah termasuk buffet untuk dinner dan juga breakfast , ada 2 restoran yang korang boleh pilih , Mariners Restaurant atauGenting Palace , apa yang fuad tau bahan yang mereka guna dari pembekal halal , lagi pun dia orang tak serve pork .
fuad punya deck tingkat 9 , dah macam rasa dalam movie pisau cukur , hello hello ada ikan besar tak kat sini , panas !
Fuad book cabin yang standard punya no window , boleh lah nak merasa kan , duduk dalam kapal pun bukannya nak memerap dalam bilik . Dia punya style jamban macam dalam pesawat , bila pump terus angin sedut rasanya tercampak terus ke dasar laut
maka bermulahlah kapal tour , memang misi utama daku nak cari someone , travel partner lah kononya , alamakk sekali yang ada kat atas kapal semua stok lama lah terus semangant merundum hadoiii tapikan nasib baik crew2 semua muda mudi , they are so nice
ni kat bahagian atas sekali , datang sini wajib pose
ingatkan nak buka baju tapi panass betul , tengoklah muka pun dah berkerut
salah satu tarikan di kapal adalah VR Games , 1 game RM10 ,kalau beli waktu Happy Hour RM25 3 game . Ni fuad main mcm roller coaster , boleh lah
ini adalah menu di Genting Palace m so u guys boleh pilih
ini bahagian spa dan jacuzi , harga tidak termasuk , kalau nak jakuzi 60 minit RM60 , massage pula RM123 kalau tak silap lah , baik abang Indon tu bawa kita orang tour , dia bilang enggak apa2 kasi tengok tengok dulu
bergambar tepi tingkap pula
okey ini menu di satu lagi restoran , fuad dengan kawan decide nak ambil restoran ni , buka jam 5 sampai 9 , masuk sekali sahaja ya , mean kau nak melantak ke apa waktu masuk tu saja , bila keluar dah tak boleh masuk balik , kalau nak makan lagi boleh makan kat 1 lagi restoran buka 24 jam .
sejujurnnya makanan dia sangat biasa , nothing special , 2.5/5 but i love cream puff dia , ni nak bagitau kita orang makan tomyam dia sampai sakit perut barangkali keracunan , menyesal gila ambil , next time tak yah lah ambil ya
lepas makan tu ada show , sekali semua lagi cina , at least nyanyilah 1 lagu english ke kan
ada make up class pula , waktu ni orang dah angkat kaki nak masuk bilik , kesian kakak ni , nasib lah ada young lady yang duduk seat depan tu layan kan jelah
lepas magrib kita orang turun balik ada dancing show haaa yanggg ni fuad suka , barulah rancakkk sikit , sana rancakk sini rancak berdosaaa haha
tak sah kalau kita santai santai tak pekena some drinks kan , fuad order mocktail which is non alcholic beverage , yang cina2 lain semua dah teguk arak . Agak mengejutkan harga murah je , tak macam harga dalam kapal , kira macam harga ekonomi sangat , kalau air gas RM10 kalau juice ngan moctail RM13 je , usually kalau tempat pelancongan like RM20++ macam tu .
minum sambil menyaksikan gelagat 2 orang duk menari nari kt atas pentas
yang daku geram orang orang dalam kapal ni terutama guest lah kan sangat tak sporting , macam kita cakap tadi most stok lama , bila penari ajak semua menari ya ampunn dia orang boleh kaku kt situ , my friend dah nak siap bangun dah , kang kalau we both berjoget kat situ dah macam apa pula kan
dapat mesej yang kita berada di laluan antarabangsa wahh baru ku tahu ada cellular at sea ya . Haa lupa nak bagitau kalau nak guna wifi caj RM25 24 jam kalau tak silap lah
lepas dah tengok show tu naik ke tingkat atas nak rasa angin malam wahhh seronoknyaaa , angin sangatt kuat ya , sebenarnya fuad terbayang malam tu ada party at pool haha boleh lagh kita orang berjoget sakan kt situ tapi tidakk , Pool Bar pun tutup , mungkin sebab orang tak ramai kan , depa pun tak kuasa nak buka
kalau u ada pasangan i think this is the right time untuk u luahkan saja apa yang ada dan terbuku di hati , kalau nak ajak kahwin bawa cincin sekali sebab barulah rare propose atas kapal di tambah pula dengan angin sejuk perghh asyikkk sangat kih kih
Waktu show malam tu ramai yang naik atas bilik biasalah orang tuakan kenalah tidur awal . Rupanya dia orang ada buat pertandingan teka jawapan , disebabkan dalam hall tu tinggal 6 kumbang 2 bunga , makanya kita orang bertuah walaupun tak menang hadiah utama dapatlah cenderahati tag beg star cruise , niceee sangat even kat atas pun tak jual sebab tak nampak ,kiranya bertuah lani
sebelum lelap tengok lah tv yang ala zaman jepun , sebenarnya perut dah sakit angkara makan tomyam , dah lah aku tak bawa yakult hadoii , so guys standby yakult , kadang2 kita tak tau apa yang dia orang masak tu bersih ke tidak
HARI KEDUA
Morninggg , lepas subuh turun untuk breakfast pula , okey kali ni menu fuad memang suka semua sedap , much better dari lauk dinner semalam , juice ada , cereal ada , roti , waffle , pau , bubur , scrambled eggs , bean , susu , mihun . Buka jam 6.30 pagi sampai 9 pagi so take time dear makanlah puas puas dalam tu ya
walaupun perut masih sakit haa bertambah waffle daku tak peduli , sedap punya pasal , dia punya butter kan agak creamy tak macam butter biasa yang lebih kepada rasa lemak tu yang sedap tu
Lepas dah makan for sure lah naik atas rasa angin pagi pula , barulah nampak kapal ni tengah berlayar kalau tak malam semalam tak nampak
okey tiba untuk check out jam 10 pagi waktu ni kapal pun dah selamat berlabuh di pelabuhan . Lupa fuad nak bagitau apa jua urusan transaksi atas kapal hanya swipe guna kad kunci bilik sahaja then bila nak check out tu baru bayar total sekali , gratituty RM33 seorang yang ni tak termasuk dalam booking haritu , memang kena bayar atas kapal .
so inilah jumlah dia
bye bye cruiseee until we meet again , terbayang dalam cerita titanic yang masing maisng turun duk lambai2 orang kat bawah haha
back to normal life , my friend balik ke rumah dan fuad pula pulang ke KL . Sejujurnya percutian cruise ini sesuatu pengalaman yang baru buat fuad sebab tak pernah naik pun sebelum ni , selalu dengar cerita from my mom sebab ibu ayah dah naik lama dulu , then bila tau kapal star cruise dah melabuh di pelabuhan Penang dan harga pun sangat lah murah macam harga 1 malam hotel 5 bintang . Lepas tu harga pun okey sangat , kalau u guys nak bersauna ke , nak massage dalam tu pun just go it , orang kata tu memang tak fikir 2 kali sangat berbaloi . Tapi korang ada berita sedih ni , waktu fuad tengah taip ni baru je dapat berita beberapa hari lepas yang Genting Hong Kong dah gulung tikar wak , semua guest yang dah bayar for trip kena refund balik , sedihhnyaa , kiranya fuad punya trip ni antara guest yang last , apa lah nasib anak anak kapal , mereka baru je nak build up balik sebab covid tup tup dapat berita macam ni mestilah dia orang sedih , kalau nak tau boleh katanya 90% crew atas tu bukan Malaysian , mesti dia orang kena balik negara asal , harap harap sangat Genting will take over back cuma tukar nama saja , biasalah company besar bila banyak hutang tak mampu nak bayar terus ishtiar bankrap , maka langsailah sudah hutang hutang itu . Okeylah guys InsyaAllah tahun 2022 ni kalau semuanya okey ada banyak tempat tempat fuad nak explore di Malaysia . Byee byee
No comments:
Post a Comment