Saturday, January 11, 2020

Percutian Ke Pulau Langkawi December 2019

Asssalamualikum , Hi guys ! Destinasi kali ini ke Pulau Langkawi , sebenarnya tak ada plan pun nak pergi tahun ni , tapi Pulau Langkawi memang dah ada dalam listing for my Malaysia tour , ini pun sebab ada jemputan kahwin dari makcik last last kenduri pun tak pergi . Alang alang dah pergi sini kita buat tour sekali , tambahan ini kali pertama bercuti dengan keluarga abang .



Nak ke Langkawi kita ada banyak pilihan , boleh naik kereta , bas , train dan kapal terbang . Dalam banyak banyak pilihan mestilah ramai nak naik flight sebab cepat 1 jam saja perjalanan . Tapi waktu ni fuad last minit , faham faham lah kalau tiket bulan december dah macam pergi Vietnam , so i told my mom kita naik bas jelah , lagipun bas kita pukul 12:30 pagi , so boleh lah tido , tak adalah rasa lama .


PENGANGKUTAN


Bas

Jika naik bas perlu turun di Kuala Perlis dan perlu menaiki ferry ke Langkawi , perjalanan KL - KP mengambil masa 7 jam lebih kalau tiada transit . Tiket bas boleh didapati serendah RM50 sehala dan boleh booking secara online di EASYBOOK (klik sini) .




Train ETS

Jika nak naik ETS pastikan booking sebulan sebelum , sebab tiket sentiasa habis . Harga tambang  dari KL - Arau RM146 pergi balik . Dari station Arau perlu naik Grab atau teksi ke Jeti Kuala Perlis durasi 22 minit . Boleh booking di EASYBOOK (Klik sini)



Ferry

Untuk makluman , sekarang dah ada ferry untuk bawa kereta masuk ke Langkawi

Untuk tempahan ferry bagi individu tanpa kereta boleh booking secara online di Langkawi Ferry Line harga RM36 pergi balik  . Sila booking awal , sebab seat selling fast bagi weekend , public holiday dan cuti sekolah . Sila download apps sekali di hp sebab nanti nak masuk kena scan qr code . Fuad ada tanya dengan mereka kalau online dah habis , kat kaunter pun habis. 



Bagi ferry untuk kereta pula harga berbeza dan berasingan untuk individu dan juga kereta . Individu RM38 return , kereta pula mengikut CC , bawah 1500 RM312 , semakin tinggi CC semakin mahal tambang . Boleh buka disini Langkawi Ro Ro  .



PENGINAPAN
Penginapan di Langkawi boleh didapati serendah RM39 melalui booking AGODA (klik sini)



MOTOR & KERETA SEWA
Di Langkawi boleh sewa motor serendah RM40 sehari dan RM60 bagi kereta Viva . Sekarang dah mudah boleh booking terus melalui online di EASYBOOK (klik sini)



LAWATAN

Cable Car


Datang Langkawi kalau tak naik cable car memang tak sah kan . Harga untuk normal lane RM40 dewasa dan RM33 kanak kanak termasuk dengan Skydom + Skrex & 3D Art Langkawi , express lane tambah RM45 . Actually fuad ada beli di website ni untuk express lane hanya RM47.50 dewasa dan RM40 kanak2 tapi web tu dah tak jual pula , kalau ambil express lane tak yah beratur , terus mara ke cable car . Kalau dah ada balik nanti fuad letak disini . Belian online boleh beli di SINI KLOOK .


ANTARA LAWATAN MENARIK BOLEH KLIK DI BAWAH





JUMAAT 20 DECEMBER 2019

Dari Ampang nak ke TBS memang tak jauh , dan selalunya parking di Park N Ride Bandar Tasik Selatan lebih murah RM4.40 per day berbanding kalau parking di TBS sehari RM10 . Bezanya kalau parking di TBS terus naik lif ke atas , kalau parking disini kena jalan sikit di seberang terminal . Parking ni betul betul sebelah LRT BTS .



First sampai di TBS pastinya ambil tiket terlebih dahulu di kaunter , fuad nak cadangkan kalau boleh pihak TBS mengenalkan sistem QR code bagi setiap tiket melalui apps atau pun di booking paper . Jadi senang bagi mereka yang beli online terus ke gate tak perlu lagi nak ambil tiket .




Fuad booking bas Permata Utara tapi yang sampai X Club haha , ni mesti bas sewa sebab bas Permata Utara tak ramai orang kot jadi di combine kan dengan bas lain atau ni bas shuttle atau bas rosak , eh tak taulah main agak je haha . Waktu bas ni sampai kelihatan dah ramai dalam bas , lepas tu pula di bahagian penyimpanan beg orang main sumbat sumbat sebab dah melimpah ruah , fuh , i think this is first time naik bas ni ,  so guys better ambil bas yang ada nama macam Plusliner dan seangkatan dengannya . Bukan nk burukkan , nanti fuad pula dipersalahkan .


Sampai di RnR Gurun bas berhenti , masing masing ke tandas dan ada yang breakfast . Bila balik ke bas rupanya siapa yang turun Kuala Perlis perlu tukar bas lain yang disebelah , so kami dengan beg angkat pindah ke bas baru . Fuad tak taulah kenapa bas ni macam ni hehe . Mujur bas baru ni agak selesa sikit . Seat pun macam baru .


Kalau dah sampai Perlis pastinya di hidangkan dengan pemandangan bendang yang cukup nyaman .



Sampai saja di Terminal Kuala Perlis terus angkat beg ke jeti , suka fuad ingatkan kalau nak booking ferry nanti ambil 11:30 ke atas , sampai sini pun dah pukul 10 lebih , tengok masa booking duration 7 jam , nasib baik lah ferry pagi pukul 8 9 dah full kalau tidak memang dah terlepas ferry .


Hanya ikut saja laluan berbungbung






Sampai saja disini , disebalah kiri macam terminal kaunter tiket jualan dan kedai makan dan juga tandas , sebelah kanan pula terminal ketibaan dan pelepasn ferry .




Bagi Fuad sistem kat sini agak bagus sebab kita hanya perlu scan saja QR code dari apps ferry , setiap nama penumpang lain code , so macam fuad 3 orang jadi ada 3 code .


Pagi ni pun dah ramai orang yerlah cuti sekolah kan .






Bila kita book online seat yang diberi mengikut susunan nombor , so jangan risau dan jangan berebut setiap tiket ada nombor seat yang tertera .


Perjalanan mengambil masa 1 jam 20 minit .



Yeah sudah sampai di Terminal Ferry Langkawi . Sudah sekian lama tak jejak kaki ke sini .







Di jetty pun ada duty free tapi fuad tak pasti pasal harga , malah cawangan HIG pun ada kt sini harga sama katanya .



Lepas saja keluar terminal pakcik sewa kereta yang mak dah book sudah tunggu untuk kami ambil . Dekat sini juga banyak kereta sewa , mean kalau korang tak book lagi pun boleh je ambil kat sini tapi kalau kita dah book awal lagi mudah dan secure kot tiba kete tak ada haa naik Grab lah nampaknya .


Kami book Nissan Livina , muat untuk 8 orang .


Keluarga abang dah sampai awal pada hari khamis naik flight , so kami dari jetty terus ke hotel untuk ambil abang sekeluarga .


Destinasi kita harini ke SkyCab Cable Car , fuad awal awal dah cakap dengan family hari jumaat mesti pergi sini dulu , bukan apa kalau masuk hari sabtu orang lagi ramai , faham faham lah cuti sekolah . Dari Kuah nak ke sini dalam 30 minit juga .






Nama tempat ni Oriental Village , dalam ni ada banyak tempat tarikan , salah satunya cable car .


Pelbagai kedai yang menjual cenderamata , serbaneka dan makanan minuman .




Untuk booking secara online boleh terus ke kaunter 6 . Waktu ambil tiket ni dia cakap `encik naik pukul 3 ya eh sorry express lane encik boleh naik sekarang ` wah bila dengar je terus lah bagitau family kita boleh naik sekarang , fuad lupa lah nak amhil gambar orang ramai beratur , yang kami pula jalan lenggang kangkung melepasi mereka yang normal lane yang sedang beratur , rasa macam vip pula , tak sia sia daku beli secara online express lane .







Tengok lah tu lane normal di sebelah kiri beratur untuk naik cable car , manakala express lane pula lenggang , kami jalan terus je .







Alhamdulillah dah naik , masuk je dalam gondola semua bertepuk tangan haha . Bayangkan kalau beratur tadi normal lane mau 30 minit juga , tu tak termasuk nak menunggu Time of Boarding .





Belum sampai lagi ke atas dah nampak pemandangan yang indah .


Skycab ada 3 station , utama waktu naik , kedua station pertengahan dan ketiga station terakhir . So kami turun di station kedua untuk bergambar .




Habis je bergambar kita naik gondola ke station ketiga , haa kat sini pun ada express lane , memang tak beratur .


Di station ketiga ada love locker , so kalau nak `kau kunci hati mu` kat sini pun boleh saja .


Nyaman sungguh pemandangan kat atas ni , oh ya atas ni tak sejuk tau jangan berangan bawa winter coat pula 😂



Aktiviti kat sini mestilah ambil gambar pemandangan saujana mata memandang .



Kat sini ada lagi satu jambatan di panggil SkyBridge , untuk kesitu kena naik Sky Glide tapi ada bayaran tambahan RM16 dewasa dan RM11 kanak kanak .




Bestnya jambatan ni dari segi pemandangan nampak lebih jelas laut , kalau waktu sunset lagi cantik .






Habis je round kat atas kita turun bawah pula , lagipun nak kejar masa , tiket ni termasuk dengan 3 tempat lawatan lagi , sini tutup pukul 7 . Fuad geram tengok kereta eletrik ni , comel je kan , harga pun tak mahal sangat .



Sini ada banyak tempat menarik lain


Sebenarnya sebelum naik semua dah kelaparan , fuad cakap tak apa kita naik dulu nanti turun makan . Bila ronda dekat sini tak ada restoran ala melayu goreng goreng nasi ke kan , banyak restoran macam fast food dan arab . Jalan punya jalan , mustahil tak ada , terus nampak food court , betul betul sebelah Subway .



Waktu ni ada 5 gerai yang buka dan menyajikan berbeza menu .


See harga pun tak mahal kan , sesuai sangat bagi mereka yang datang berkeluarga dan bajet yang terhad , kalau makan restoran lain kat sini sorang je mesti dah RM15 ke atas .



Fuad order nasi goreng usa , my fav all the time , tapi kat sini dia bagi udang sotong telur . Sedap !


Lepas masing masing dah gembira mengisi perut kita teruskan dengan lawatan seterusnya ke 3D Art Museum , bukan setakat the largest in Malaysia malah among the largest in the world . Nak masuk dalam ni setiap seorang kena tanggalkan kasut .




Masuk sini kalau tak bergambar memang rugi hehe . Fuad juga tidak melepaskan peluang .







Hey my fanss




me with my nephew , comel kan hehe




Waktu ni ada pengumuman pukul 6 ada live 3d show , so masing masing duduk bersila di lantai .


So nice lah , dengan video graphic di tambahan dengan audio


Habis je di 3D Art kita ke SkyTrex , mungkin tertanya tanya SkyTrex ni apa ? Fuad ingat taman dinasour tau rupanya 3D tapi bukan 3D biasa seperti kita pergi sebelum ni , yang mana kita masuk dalam hall , duduk dan pakai spek . Yang ni kita akan masuk ke dalam tram , dan tram tersebut akan jalan ke depan , ia lebih kurang seolah olah kita di jurassic park naik tram untuk melihat dinasour .



Dekat sini tak ada express lane ya hehe . Tunggu dalam 30 minit juga , 1 tram boleh masuk dalam 30 orang , durasi dalam 7 minit .




Yahuu sudah tiba giliran kami .



Seriously SkyTrex memang best sangat , dengan tram bergegar gegar , 3D motion dinasour mengamuk memang real , tau tak orang kat dalam ni semua dah jerit jerit kita pun jerit lah juga haha lawak giler , memang nampk betapa bestnya . Sangat happening . So you guys pun jangan lepaskan peluang .


Okey next ke SkyDome , The First Outdoor SkyDome in Asia . Dia macam kita masuk ke dalam satu globe , dan di atas keliling view 360 degree bersama 3D image projection with 12 projector .



Skydome ada waktu tertentu , waktu menunggu pun tidak lama . Tayangan selama 10 minit .





herm agak menarik juga but boleh lah disebabkan dah termasuk dengan tiket kan , sayang kalau tak pergi , lagipun look real kot dalam tu macam kat angkasa , kalau lah seat dia bergerak confirm best !



Habis je kat tepi Skydome ni ada kandang arnab , tutup pukul 6 tapi tengok ramai je masuk , lagipun freee hehe .




hello bunny so cuteee





Alhamdulillah apa yang dirancangkan untuk harini semua dapat cover , ngam ngam pukul 7 . Masa untuk check in homestay , my mom booking kat Kuah . 



Fuad cakap dengan family malam ni kita makan seafood nak , bila lagi kan nak spend time macam ni , duit belakang kira walaupun tau confirm RM300 juga ni , lepas dah rehat mandi solat , kita keluar ke pekan Kuah . Ada 1 restoran seafood recommended by google map , tambahan tak jauh pun dlm 6 minit saja . Namanya Tanjung Tirai View Cafe . Bestnya cafe ni betul betul tepi laut dan orang pun tak ramai , agak privacy .








Kita order sotong celup tepung , butter prawn , telur dadar , tomyam sayur , ikan siakap 3 rasa dan ikan jenahak asam jawa , actually abg yang  ambil order tulah yang suggest katanya jenahak asam jawa ni popular kat sini dan sedap , tapi lepas rasa herm kita orang lebih suka sweet sour . Jujur cakap makanan kat sini semua sedap sedap , mencapai standard lidah fuad , cumaaa servis agak lambat sedikit walhal orang bukan ada pun , tapi dari segi lain layanan semua tip top . Udang dia pun besar besar guys , aishhh sambil tulis pun dah terliuq .


Waktu minta bill tu , seperti yang dijangka , abg fuad bagi RM80 , yang lain fuad payung . For me agak murah kalau nak bandingkan restoran seafood yang pernah fuad makan , tambahan portion agak banyak kita orang sampai kekeyangan dan nyaris tak habis , mean menu yang fuad order ni boleh makan sampai 8 orang . Guys , fuad faham some family bajet agak terhad tapi teringin nak makan seafood kan , boleh je sayang . Order nasi putih , teluar dadar , tomyam dan ikan siakap 3 rasa , air kosong 1 jug . Haa baru RM73 kan , actually the most important we want quality time with family , even kita makan nasi telur ngan kicap ramai ramai pun kita dah rasa seronok kan .


Dekat sebelah ni pekan kuah ada macam pasar malam , tapi tak sure hari ada atau seminggu sekali atau sebulan sekali .








SABTU 21 DECEMBER

Pagi sabtu ni sepatutnya ke kenduri kahwin makcik tapi rupanya my mom silap tengok bukan harini  tapi hari ahad rupanya , kita orang pun haa ahad ? dah lah ferry pukul 12 , bas pukul 2:30 , last last tak pergi haha , takpelah mungkin ada hikmah disebaliknya , yang penting harini kita pergi rumah makcik sempat jumpa pengantin dan bagi hadiah kahwin . Ini gambar homestay apartment yang fuad menginap , sangat selesa , siap ada kolam renang lagi.



Dekat area sini , area pekan Kuah juga ada satu kedai duty free Rams Home Deco , banyak peralatan dan pekakas dapur yang di jual malah coklat , perfume pun ada , nah fuad belanja gambar siap ada harga sekali , senang you guys nak buat belanjawan .





















Destinasi seterusnya tak lain tak bukan yang wajib dikunjungi kilang gamat , Nusantara Maju . Sini boleh lihat minyak gamat yang sedang di masak dan pelbagi produk berasakan gamat dijual .




Awas ya jangan sesekali celup tangan ketika minyak sedang mendidih kang tak pasal pasal ada yang lecur . Seriously bau dia macam erghhh susah nak describe , cannot tahan .



haa borong borong






okey next , aish tak lain tak bukan the famous place for shopping coklat mestilah Haji Ismail Group . Makin besar tempatnya malah dah ada hotel di sebelah kompleks . Bawah ni juga menyediakan kemudahan parking .


Duit tak cukup ? jangan risau atm ada pilih je bank mana .


Waktu ni memang ramai orang , semua sakan shopping .



Dipersilakan menjamu mata ya .













Fuad cakap ibu ambil saja apa yang nak , kita memang tak makan coklat manis . Ini semua ibu punya .


Haa namapk tak ada 2 nutella tu , tu je kita punya , yang 1 lagi abg punya



Lepas habis shopping di HIG , kita ke spa sebab ibu ada appointment pukul 6 petang , nak ke sini pun 20 minit juga . Sebelum ke Langkawi fuad cuba cari cari spa yang bagus kat sini then tanya ibu nak spa ke ? Ibu apa lagi senyum senyum kambing lah . Fuad book 4 jam untuk massage , facial , mandian susu bunga , lulur dan scrub , hopefully ibu can rest of mind for a while . Enjoyy



Meanwhile ibu tengah sedap diurut kami adik beradik pergi ke Tanjung Rhu Beach . Did you know Tanjung Rhu Beach dinenaraikan one of the world best beach ! Bila fuad tau mengenai ini memang harus pergi , tambahan dari spa ke sini tak jauh pun . Sepanjang nak ke penghujung pantai tu kita akan nampak pemandangan gunung ganang disebalik pantai , tambahan waktu ni dah nak matahari terbenam memang cantik sangat .




Terdapat beberapa gerai yang menjual coconut shake , makanan dan pakaian . Dan sini juga terdapat aktiviti seperti ATV .




Kat sini view cantik juga tapi view yang sepanjang jalan tadi lagi cantik sebab nampak gunung ganang , so fuad cakap dengan abang kita patah balik ke sana balik hehe .




Okey nilah dia tapi matahari dah mula terbenam , kalau tadi memang nice sangat , kedai makan sini pun dah tutup , kalau tak boleh lepak lepak .



Sementara cahaya matahari belum terbenam sepenuhnya , sempat lah juga bergambr



okey waktu pun dah mahgrib , marilah kita solat dulu , lagipun masjid kat situ je . Lepas solat kita pekena laksa kat Kuah . Nama laksa ni Laksa Penarak , fuad tanya penarak tu apa , nama jalan hehe



serious sedap laksa dia



Jam pun sudah menghampiri pukul 10 maka kita pergi ke spa untuk ambil ibu . After that ke Pantai Cenang untuk makan malam . Anggapan fuad Pantai Cenang ni macam pantai hiburan lebih kurang macam Bukit Bintang yang mana hidup sehingga 3-4 pagi , tapi bila sampai sini tepat pukul 12 tgh malam je terus semua kedai dah tutup haha . Serious memang tak ada apa , rasanya kalau siang mesti ada aktiviti di pantai dan lagi sibuk , malam macam tak hidup sangat , yang buka pun bar . Kalau korang sukakan kesibukan memang sesuai sangat book hotel kat sini .


Dekat sini parking memang susah nak dapat , so kita park di tempat baru yang baru dia orang buat kawasan parking di belakang Cenang , memang banyak , kalau lalu kat sini memang ada signboard ke parking cumanya kena berjalan sikit , so better turunkan penumpang kat tepi then kita pemandu ke parking . Bukan apa kesian kalau warga emas , anak kecik nak menapak .





Sebenarnya planning nak makan kat sini tapi banyak dah tutup kita makan jelah di satu restoran bukan 24 jam , but harga agak pricey so memang tak berapa nak suggest , baik makan kat tempat lain . Mungkin sini tempat pelancong kan .



AHAD 22 DECEMBER

Untuk ahad tak ada aktivi hanya fokus nak balik saja , pagi pagi lagi abang kedua dah hantar abang sekeluarga ke airport pasal flight dia orang pagi , macm fuad ibu abang naik bas pukul 2:30 petang . Terlanjur dah sampai ke jetty alang akang tu ambil gambar di Dataran Helang . Memang sebelah sebelah saja .








Serahkan kereta balik


Bye bye Langkawi



Fuad terkejut baca Kain Batik Sarung tak boleh dibawah keluar herm , base on searching on Google , demi menjaga kawalan kain batik itu sendiri .



Balik pun guna sistem QR Code sangat mudah




Yeah masa untuk balik ke KL , selamat menempuhi 10 jam perjalanan haha . Jujur fuad cakap lepas ni taubat nak naik bas jenis macam ni , rasanya bukan semua tapi beberapa operator bas yang mana transit semua tempat , dari Kuala Perlis stop Kangar , stop Changlun stop itu ini , ya Allah kita kat dalam bas tu rasa bila lah nak sampai ni , dah lah rasa macam nak demam dengan kejang ponggonq . Kalau tak silap fuad lah waktu balik dari Hatyai haritu naik Sri Maju dia direct je ke TBS tak ada stop mana mana . Lepas ni kalau nak pergi naik bas make sure nak double confirm dulu dengan syarikat bas , ini ada stop stop tak , atau pun naik je ETS baru 5 jam perjalanan , siap ada kitchen lagi boleh lah kehulur kehilir makan then nak membuang pun senang ada toilet tak ada masalah .




Okey guys kalau ada sebarang pertanyaan tanya je , fuad hari hari baca komen dan balas . Boleh komen di bawah ni ya , Byeee


UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE 

15 comments:

  1. Fuad, masa amek kereta tu kan fuad da booking, dia mntk lesen tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lesen kereta ? tak , kalau dia ambil lesen kereta nnti karang kalau kena tahan polis dah kena saman , sepatutnya dia tak boleh pgg lesen kita hihi

      Delete
  2. Fuad, kenapa yew saya try booking ferry takk bole?? Nd untukk cable car tuu betul kan express lane rm80 lebihh tuu?? Mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuad buka web ferry boleh , dia tak keluar date ya ? kalau tak keluar date mean dah full , express lane skrg RM85 , harga berubah rubah mengikut promosi :)

      Delete
  3. Hi Fuad.brp lama diperuntukkan utk cable car dan semua tempat2 di sekitar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi , herm kalau express sekejap je , tambahan kt atas tu panas lit lit kan hehe , dan ambil gambr semua boleh turun balik hehe , mungkin anggaran 1 jam , lagipun kt atas tak ada tempt mcm minum2 ke kan , ada pun stall kecil

      Delete
  4. Kalau booking online tapi select normal lane kena beratur dekat tempat mnunggu cable car tu je ke? Then tiket bole amik dekat kaunter 6 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul , mana booking online boleh terus ke kaunter 6 , tak perlu ke kaunter belian biasa , so jimat masa , then lps dpt tiket dah boleh beratur mengikut lane :)

      Delete
  5. Fuad. Tadi try bukak web utk booking tiket ferry. Tp, bila dah select date. Dia cakap, no trip available. Kenapa yaa? Dah try date2 yg lain jugak. Weekdays pon sama. Atau dia belum bukak lagi. Saya nak beli tul bln 10

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum buka lagi , selaluanya sebulan awal atau beberapa minggu baru ada date :)

      Delete
  6. banyak kali pegi Langkawi, tak pernah sampai Skybridge..hahaha..kena try ni :)

    ReplyDelete
  7. salam Fuad, ada kontak homestay?

    ReplyDelete