Airasia telah membuka laluan baru ke Lanzhou China pada tahun lepas 2019 penghujung April . Actually fuad pun tak tau mengenai destinasi ini until bulan 10 2019 bila buka google flight , kan kita boleh search tambang murah di China , keluar pula Lanzhou dengan tambang RM397 pergi balik , wow , okey tarik nafas dalam hati alah ini mesti musim panas , sekali letak date January 2020 harga still sama musim winter , alamak nak booking ke tak nak tak nak tak mula lah aku tak keharuan .
Okey kita buat keputusan tak booking sebab fuad sebenarnya ada destinasi lain yang lebih besar untuk my parents , so tunggu jelah cuti tu nanti . Hari makin hari my mind always keep thinking about Lanzhou Lanzhou Lanzhou , alamak tak boleh jadi ni , esok esok karang harga dah lain baik aku rembat , yes memang betul fuad check harini tambang RM1000 lebih . Fuad ni pula jenis tak minat beli barang branded , tak minat gadjet hp , tak minat kereta mewah , tak minat rumah mewah , memang duit spend banyak ke arah percutian , i love my average life , do what you love and do what you happy . Vacation is my happiness . So buat keputusan terus book je , memandangkan tiket murah kita book tiga terus , fuad , ibu dan abang . Bila fikir balik kesian ibu dah 3 tahun tak pergi oversea , last bawa dia orang ke Seoul Jan 2017 . Waktu book ni langsung tak tanya abang , main book je haha , sebab dia kerja sendiri so tak perlu minta cuti , ibu pula memang all time free . Lepas je book screenshot bagi kat ibu dan abang , terkejut lah dia orang hihi .
Waktu ni hanya tinggal lagi 2 bulan saja untuk buat preparation . Waktu search kat google sangat sangat susah nak dapat info , so far fuad search tak ada lagi mana mana web di Malaysia yang cerita secara detail mengenai Lanzhou . Cuba buka instagram tourism Gansu (Gansu daerah bagi Lanzhou dan Lanzhou capital city of Gansu , dalam daerah Gansu ada banyak lagi bandar bandar lain ) . Fuad komen , dm , email tapi tak balas , walhal dia orang update almost everyday dalam english , tak tau lah kenapa . Even subway kat sana pun fuad tak tau operasi ke tidak , nak exit apa, tambang berapa , station apa , jadi dengan info yang fuad kutip sewatu dekat sana harap dapat membantu korang untuk merangka perjalanan apabila tiba disana nanti .
SEBELUM BERLEPAS
Passport - Pastikan tarikh tamat tempoh masih berbaki 6 bulan ke atas .
Visa - Rakyat Malaysia yang berkunjung ke China perlu ada visa . Boleh buat sendiri atau guna agent , fuad adalah agensi yang berdaftar dengan China Visa Centre KL di bawah Embassy of China , dah buat lebih 3000 passport . Boleh klik disini
Duit - China menggunakan matawang Renminbi atau Yuan . So far dalam banyak banyak money changer di sekitar bandar KL , Antaraduit yang paling murah , malah bila nak jual balik pun antara paling tinggi . Fuad tukar di jalan tun razak campus UNIRAZAK . 100 yuan bersamaan RM59 , Pastikan request duit kecil .
Pakaian - Memandang ini musim winter , bulan januari bulan paling sejuk , suhu boleh mencecah -11 . Pastikan bawa long john , jacket tebat , glove yang boleh didapati di Uniqlo dan seeloknya pakai kasut boot kulit atau pvc , ini mengelakkan angin masuk ke dalam dan juga bila jalan di salji kasut tak basah .
Travel Insurance - Boleh ambil dengan Fuad dari Etiqa Takaful , one & only travel insurans terbaik menggunakan cashless payment tanpa sebarang bayaran jika dimasukkan ke dalam hospital ! Insurans lain menggunakan konsep pay & claim , kalau kena RM80 Ribu bil hospital , kita perlu guna duit sendiri , balik Malaysia baru boleh claim , tidak dengan Etiqa . Boleh buka web fuad disini .
Internet - Sedia kita maklum bahawa di China tak boleh buka google , facebook , youtube , whatsapp dan seangkatan dengannya , senang cerita hanya boleh buka web China saja . Mungkin ada yang ingat boringnya dia orang tak dapat buka , kita mesti ingat China mempunyai kuasa ekonomi yang besar , mereka ada media social sendiri seperti Weibo . Baidu dan lain lagi . Tapi jangan risau dan bersedih kita ada banyak cara untuk melayari facebook . Ada orang tanya okey tak beli sim card sana , kalau awak beli sim card China tak boleh buka fb semua pun tak ada point , so ikut cara ini .
1. VPN (Virtual Private Network) boleh download di apps , ada yang berbayar dan percuma .
2. Plan Data Antarabangsa Telco seperti Celcom sehari RM38 500mb , Maxis RM38 500mb , U Mobile RM36 unlimited , lain lain telco sila check sendiri di website . Sejujurnya fuad tak galakkan ambil yang ini sebab mahal .
3. Sim Card Joytel , RM75 unlimited data selama 5 hari , siap boleh buat personal hotspot lagi tu , sangat sangat berbaloi guys , gunalah sampai lebam , sepanjang fuad 5 hari kat sana guna ni saja , memang terbaik sangat , coverage pun meluas dan laju . Fuad gunakan hp kedua dan masukkan simcard . Harga mengikut hari RM75/5 hari , RM85/6 hari , RM95/7 hari , RM105/8 hari , RM115/9 hari dan RM120/10 hari . Boleh beli di KLOOK klik sini .
ADAPTER INTERNATIONAL TRAVEL PENTING ! Fuad beli kat DIY je .
KRIM PELEMBAB KULIT DAN JUGA LIP BALM , dekat sini cuaca sejuk dan menyebabkan kulit kering dan merekah .
Download Google Translate Offline English - Chinese , kalau korang tak download sangat sangat sangat lah sukar , dekat sini sorang pun tak tau english , hanya ini saja dapat bergantung . Macam fuad ada ambil kelas mandarin setahun so kalau cakap basic tu boleh lah sikit sikit .
PENGANGKUTAN
Bas - Sejujurnya fuad tak ada idea dan info bas di Lanzhou tapi apa yang fuad nampak sistem di sini sangat baik . Kalau siapa yang pandai baca mandarin agak mudah .
Teksi - Teksi di Lanzhou sangat mudah didapati cuma yang masalahnya adalah komunikasi , pastikan sebelum tahan tu korang dah standby nama lokasi dalam bahasa cina , kalau search di google maps memang ada tulisan cina atau pun tunjuk gambar . Then cakap , `ni she tau ma ?` (awak tau tak ) , kalau dia angguk tu betul lah . Taxi disini menggunakan meter , kalau tak silap 3KM pertama 10 yuen dan berwarna biru putih .
DIDI - Kalau di Malaysia kita ada GRAB tapi di China ada DIDI , boleh downlod di apps . DIDI provide EXPRESS , TAXI & LUXE . Di bahagian setting ada wallet boleh pilih payment debit/credit card , wechat , alipay dan banyak lagi tapi masa fuad daftar guna debit card dia punya loading sampai 10 minit , tak sure lah kot debit card tak boleh ke atau card fuad yang problem , nanti cuba korang try , kalau ada yang berjaya silalah komen di bawah . Last last tak guna pun untuk Express Car , kalau book teksi boleh bayar cash , hanya Express saja tiada cash . Dari segi harga depend juga ada lokasi fuad check Express lagi murah dari teksi , ada lokasi teksi lagi mahal dari express . Kelebihan guna DIDI kita boleh pin satu tempat ke satu tempat so driver dah tau tak perlu nak tunjuk alamat bahasa cina .
LRT - Lanzhou metro baru sahaja mula beroperasi bulan jun 2019 , line terbahagi kepada 5 , so far hanya line 1 saja beroperasi , memang baru sangat . Line 2 hampir siap dan dijangka beroperasi pada tahun ini 2020 manakala line 3,4,5 akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2025 .
Line 1 terbahagi kepada 20 station menghubungkan Chenguanying – Donggang . Tambang serendah 2 yuen ke 7 yuen , sangat murah . Buat masa sekarang tiket boleh di beli menggunakan mesin , alah siapa yang duduk KL sama je sistem bayar kat mesin .
Train - Railway Lanzhou terbahagi kepada dua , Lanzhou Railway Station khusus untuk train intercity ada transit setiap station , terbahagi kepada Standing , Hard Seat , Hard Sleeper & Soft Sleeper dan Lanzhou East Station pula khusus untuk train berkelajuan tinggi lebih kurang macam KTM ETS , berhenti pun hanya beberapa station saja , terbahagi kepada standing , business class , 1st class dan 2nd class , lokasi kedua duanya adalah berbeza . Setiap kelas harga berbeza beza , yang paling laku keras pasting Standing , tapi kalau korang search kat google bagaimana keadaan rupa Standing , Hard Seat , Hard Sleeper mesti korang terkejut haha . Dia orang sanggup berdiri untuk dapat harga murah walaupun berjam jam diri .
Station ini menawarkan ke destinasi daerah lain di China , so nak pergi Beijing , Xian , Shanghai , atau mana saja daerah di cover boleh saja . Contoh dari Lanzhou nak pergi Beijing kalau ambil high speed train 2nd class RM412.39 selama 9 jam berbanding naik train biasa ambil Hard Seat RM111.65 murahkan tapi tapi perjalanan selama 18 jam 32 minit sanggup ke nak duduk kerusi keras macam tu , atau ambil je Hard Sleeper RM202.39 boleh tido . Sebab itu ramai book destinasi termurah di China then dari situ dia orang ambil train ke destinasi lain , kiranya korang boleh buat China tour thru train saja .
Kebanyakkanya orang akan beli tiket online di Ctrip , Travelguidechina dan beberapa lagi website yang menawarkan tapi mereka mengenakan servis caj tambahan . Fuad tunjuk korang 1 tempat baik punya zero service charge ! Bayangkan fuad check web lain , total kena bayar RM300 , tapi di web ni hanya RM200 saja . Boleh beli di KLOOK klik sini .
Lanzhou West Railway Station
PENGINAPAN
Lokasi paling baik pastinya di tengah bandar , fuad menginap di sekitar Zhangye Road , sangat dekat dengan semua tempat , hanya jalan kaki saja . Dan kawasan sini tempat tumpuan shopping macam Bukit Bintang . Salah satu hotel iaitu IBIS HOTEL . Boleh booking di AGODA klik sini .
MAKANAN
Majoriti penduduk di Lanzhou terdiri daripada 80% beragama islam , memang tak susah pun nak cari makanan halal , pergi mana mana bersepah , sangat mudah . Tapi kalau nak berjimat sangat bawa je makanan dalam tin .
TEMPAT MENARIK LAIN
1. Shapotou Scenic Area , terletak di daerah Zhongwei , boleh naik train dari Lanzhou ke sini dengan tambang Hard Seat RM27.50 , perjalanan mengambil masa 5 jam 32 minit . Boleh booking train disini . Mengetahui lebih lanjut tempat ni boleh buka website . Sesuai datang musim selain winter .
2. Rainbow Mountain di daerah Zhangye . Boleh naik train dari Lanzhou dengan tambang RM88.45 , perjalanan mengambil masa 4 jam lebih . Sesuai datang musim selain winter . Booking train disini
credit thesanetravel.com
credit thesanetravel.com
HARI PERTAMA
3 JANUARY 2020
Flight harini jam 5:25 petang , so tengah hari dah gerak ke ERL Salak Tinggi untuk parking kereta , parking sini lebih murah hanya RM8/day berbanding parking di KLIA 2 RM46/day . Dari ERL Salak Tinggi turun KLIA 2 tambang RM4.90 seorang , kekerapan setiap 30 minit .
Sampai je di airport pastinya melihat di skrin untuk melihat kaunter check in bagi boarding pass . Kalau naik Airasia hanya dibenarkan 7kg saja untuk bawa naik ke cabin , jangan tak tau pintu pelepasan tu dia orang dah letak penimbang , siapa berat 7kg kenalah buang apa yang patut . Suka diingatkan kalau tak ambil bagasi hanya boleh masuk cecair kurang 100ml saja , boleh pack dalam plastik transparent atau botol kecil . Jika tidak nanti kena rampas sewaktu pemeriksaan kastam .
Gate kami kalau tak silap no 9 , sewaktu sampai saja orang dah ramai , boleh katakan hanya 1% saja warga Malaysia , yang lain warga China .
Our plane , perjalanan mengambil masa 4 jam 50 minit.
Waktu di dalam plane steward mengedarkan departure card untuk diisi
Fuad dah book awal awal roaster chicken bbq sos dan vietnam coffee , love it
Burnt Cheese Cake Airasia ni sedap giler bak hang , 5 bintang , kalau pre book RM8 , beli kat atas RM9 , serious tak taulah nak cakap , siapalah yang buat kek ni , memang buat dari jiwa , kudos chef !
Alhamdulillah selamat mendarat di Lanzhou Zhongchuan Airport . Kalau nak tau gate airport dia ni memang kecil . Penumpang di sebelah kiri sedang menunggu untuk berlepas ke Malaysia . Lupa nak cerita dari mula berlepas sampai lah sini plane tak habis habis bergoyang sebab turbulence .
Seketika menuju ke imigresen , semua pelancong yang mana buka warga China harus scan cap jari di dua mesin yang disediakan , bayangkan dia letak dua mesin je , ini pun rakyat Malaysia tak sampai 20 orang , kalau satu pesawat semua Malaysian tak ke beratur macam jualan murah akhir tahun .
First kena scan jari belah kiri , then kanan then kedua ibu jari .Fuad agak terkejut bila dengar `Sila letak ibu jari anda ` aik mesin ni ada bahasa Malaysia lah , bagus gov China .
Bila tumbprint kita okey akan keluar slip OK , then baru korang boleh beratur di imigresen .
Seketika di imigresen hanya ada 4 pegawai saja yang jaga , bila kita tengok sorang sorang kena soal aish ni yang berdebar ni , okey relax cool , nothing happen , bila sampai je turn fuad macam macam dia tanya . Ini perbualannya
Pegawai : You can speak english or mandarin ?
Fuad : English
Pegawai : Come here what purpose ?
Fuad : Vacation
Pegawai : where are you staying ?
Fuad : Lanzhou city
Pegawai : herm (dengan nada tegas) , you have a friend waiting outside or tour guide ?
Fuad : Mei you ( tak ada)
Since dia dengar fuad cakap mandarin sikit , suddenly ada pegawai wanita pula datang kat situ , so fuad di soal oleh dua pegawai
Pegawai P : you don`t have a friend , guide , do not know mandarin , so how ?
Fuad : Wo keyi ming bai yidian ( saya boleh faham bahasa mandarin sikit )
Pegawai L : owh okey , what your accommodation ?
Fuad : I book on Airbnd
Pegawai L & P : We do not know Airbnd
Fuad : i show you ( tunjuk alamat yang host bagi di apps )
Pegawai P : ( dia tak puas hati ) you see this address in mandarin , how you can read ?
Fuad : u tak nampak ke kat bawah tu ada translate this conversation to English
Pegawai P : senyum senyum ( kita bila dia orang tanya kena counter balik , saja nak uji lahtu)
Pegawai L : okey this is your passport
Fuad : Thank you
huh lega fuad , abang dan mak dia orang dah lama lepas , menunggu fuad kat situ , kalau lah dia orang banyak sangat songgeh kita tunjuk je kad ID agency ,` excuse me sir I`m a agency authorized with China Embassy KL , you can contact them and check , all my detail they ` hihi . Masa kat Beijing ngan Guangzhou dulu tak adalah pula banyak tanya macam ni , rasanya memang tak ada soal langsung .
Keluar je tengok airport macam dah tutup , kaunter information pun tiada orang . Tak tau nak tanya siapa , mujur nampak ada sorang security , kita tanya lah nak naik bas kat mana , dia suruh turun bawah , rupanya lepas keluar imigresen memang tempoh situ , ingat kat atas . So guys bila keluar imigresen tak perlu naik atas .
okey dari airport nak ke bandar mengambil masa satu jam , lebih kurang KLIA ke KL . Ada tiga cara , pertama naik bas tambang sorang dalam 30 yuen , apa yang fuad tau last bas mengikut last flight ketika malam itu , tapi waktu ni memang dah tutup , orang jaga kaunter pun tak ada . Rasanya last bas dah gerak tadi , mungkin kami lewat sedikit .
Di tembok dinding ada diletakkan setiap route .
Kedua , naik teksi dengar tambang flat rate 200 yuen . Fuad pilih cara ini .
Ketiga , naik train dari airport ke bandar , kadar tambang serendah RM10.05 , train akan stop di station railway Lanzhou West dan Lanzhou Railway saja . Kalau nak guna LRT sewaktu di bandar nanti turun di Lanzhou West . Train pertama beroperasi jam 5:53 pagi dan train akhir 11:59 malam . Tiket hanya boleh dibeli 4 hari awal sahaja . Boleh booking di KLOOK klik sini . Pilih Zhongchuan Airport - Lanzhou .
Kami sampai di apartment yang fuad booking jam 1:30 pagi juga , syukur untuk harini semuanya dipermudahkan .
Our apartment room .
HARI KEDUA
4 JANUARY 2020
Okey hari kedua maka bermulalah aktiviti kami , semalam dah cakap dengan dia orang pagi ni kena gerak pukul 10 sebab nak pergi tempat ski agak jauh dua jam dari bandar . Tapi sebelum tu kena lah makan dulu . Pemandangan dari ruang balcony .
Sebelum keluar wajib pose
Pedestrian Street ni seperti Bukit Bintang , bawah apartment penuh kedai kedai untuk shopping baju . Mcd , KFC & Pizza Hut pun ada . I love this place .
Dekat depan apartment ni ada satu kedai famous mee tarik yang di suggestkan oleh tuan rumah , Mazilu Beef Noodles . Deretan ni juga ada dalam empat lima lagi kedai makanan halal .
Sistem kat sini bayar dulu then ambil resit tunjuk orang kat bawah ni . Waktu masuk tu bila cakap `halal ?` dia tak faham sekali tunjuk dalam bahasa cina baru faham , then baru lah aunty tu cakap Assalamualaikum , so next time tak yah tanya halal ke tak , bagi je salam .
Lepas dah ambil mee , kita pergi ke bahagian pengambilan daging .
Ya Allah , sedapnya , syukur nikmat rezeki yang diberikan . Daging dia nampk dry & keras kan ? actually tak , lembut je , bila di rendam sekali dengan sup mee yang tengah panas , fuhh memang heaven . Harga semua sekali termasuk air botol 64 yuen , bagi fuad harga herm agak mahal sedikit , 1 mangkuk dalam RM9.60 , kalau RM7 mungkin okey lagi kot , tapi takpelah mahal pun berbaloi berbaloi dengan rasanya .
Yeahh we are the only Malaysian , semua duk pandang pandang hehe
Lepas je makan fuad terus book guna DIDI ke tempat ski . Tak taulah kenapa search di google tak keluar , tapi dekat sini ada pula , rasanya China punya map je ada . Nama tempat Songmingyan International Ski . Terletak di daerah Hezheng , nak pergi sini memang naik teksi sahaja . Tambang pergi balik termasuk tol 500 yuen . Perjalanan dua jam .
Toll Gansu Expressway
Sepanjang perjalanan tu berderet masjid , besar besar cantik pula tu , kalau fuad pandu sendiri memang kita berhenti setiap masjid , saja nak tengok orang muslim kat sini .
Yeah dah masuk bandar Hezheng .
snow snow snow , since fuad dah dapat snow waktu kat Seoul Korea dah tak heran dah haha .
Selamat datang ke Songminyan Internation Ski . Tau tak waktu fuad buat research pasal ski di Lanzhou , hanya dapat dua tempat saja , dan yang okey ski ni , bila buka website dia nampak menarik dengan tarikan yang ditawarkan , tapi masalahnya sekarang ski ni wujud lagi ke ? dah lah kat website tak ada alamat lengkap , search kat google map pun tak keluar , nak pergi sini pun tak ada orang cerita , gambar pun jumpa kat web China tu pun gambar 3 tahun lepas . Macam mana kalau pergi sini tup tup dah tak ada , memang risiko . Email tak balas , memang susah sangat nak dapat info . Nyaris nyaris tak pergi sini tapi kena yakin . Suddenly jumpa hamba Allah ni dia menetap di Lanzhou , his name Mr Azizbek , jumpa dia kat ig Gansu Tourism . He so kind and helping me and answer all my question . Thanks So Much Brother ! May Allah blessing you . Dia bagitau kawan dia pernah pergi sini dan tempat ni best , barulah fuad rasa lega sikit bertambah lah keyakinan .
Waktu sampai disini agak teruja nampak orang main ski tapi persoalannya fuad datang sini bukan nak main ski , fuad dah set nak main snow mobile , ice bumper car , snowball , kereta kuda , anjing salji , tau tak anjing salji , selalu tengok dalam filem je kan anjing sajli bawa tuan dia , cuba search sled dog kat google , dah bayangkan nak ambil gambar with all my dog haha , boleh katakan semua fuad nak main kat sini , memang dah kira bajet dan peruntukan .
Sebelum nak masuk kena bayar dulu di kaunter tiket , cabaran dekat sini seorang pun tak tau english , nama je international ski . Tak sia sia fuad ambil kelas mandarin walaupun tau 10% boleh lah nak hidup tau cakap nombor dalam cina , i want this , how much , boleh , tak boleh , benda benda basic je , bukan tak boleh guna google translate sampai tahap you rasa letih & leceh all the time bergantung google , nak cakap nombor pun kena guna google , at least kalau nombor pun kita dapat cakap cina memang memudahkan . Kalau korang nak beli nanti , buka web dia (klik sini) . Scroll bawah sikit akan jumpa Ski Information , haa tunjuk je gambar tu sambil cakap ` wo yau chige ` (i want this) , lepas tu cakap `keyi (can) ? ) , kalau dia angguk , cakap ` wo yau san geq ` ( i want three ) , san tu tiga , atau susah sangat nak cakap terbelit belit , bahasa cina ni dah lah salah tone salah meaning , walaupun ejaan sama . Guna je google translate kan ada conversation .
happy bila dia cakap snow mobile ada wuhuuu .
Nak masuk sahaja 30 yuen seorang , fuad terkejut beruk bila dia cakap nak main snow mobile 50 yuen seorang , what ? tengok di web 125 yuen , rupanya ada discount , kalau nak tau senarai harga klik sini .
See banyak kan tarikan disini , bukan musim winter pun di buka .
Locker turut disediakan .
haa jangan risau kalau duit tak cukup , mesin atm pun ada . Bagus betul kat sini fasiliti tip top .
Dekat sini ada dua bahagian , actually banyak bahagian sebenarnya , kalau nak main snow mobile semua tu kena belok kiri , tak apa nanti orang kat situ akan guide . Ini fuad nak share berkaitan salji , ada dua jenis , asli dan tiruan , usually di ski guna salji tiruan , boleh tengok kat youtube bagaimana dia orang hasilkan , ini kerana walaupun musim winter bukan hari hari salji turun , jadi untuk memampankan dan membuatkan salji sentiasa banyak mereka terpaksa guna salji tiruan . Sebab itu akan nampak part ski je je banyak salji , area lain tak ada . Macam fuad dah rasa keduanya , boleh katakan tekstur hampir sama cuma yang asli lagi halus dan ringan .
Kenapa fuad tak main ski ? cukup lah sekali main di Beijing dulu , rasa sekali sudah . Itu first & last hehe , bukan tak best tapi entah lah tambahan ibu pernah patah tulang pergelangan tangan kanan sewaktu main ski sebab jatuh , so i don`t want take any risk .
Jalan kat salji hati hati , sangat lah licin , kita tau korang excited tapi safety first okey .
model pencen
yahuuu , finally , seumur hidup inilah kali pertama main benda alah ni , 50 yuen untuk 3 kali pusingan , disebabkan mak fuad tak berani nak bawa sorang so dia bagi 6 kali pusingan . So fun guys!
Permainan seterusnya spin pelampung , seorang 10 yuen , duduk kat situ nanti dia akan pusing pusing . Nnti tengok kat video fuad ada attach .
so exciting , pegang kuat kuat , kalau tak tercampak korang kat situ
Ini pula snow tank , 50 yuen , fuad tak naik sebab macam tak trill .
haa yang ni fuad suka bumper ice car , seorang 30 yuen selama 15 minit .
kawasan sini boleh main ice bike , ice cart , dan yang putih tu tak sure lah apa .
best tapi masalahnya fuad tak ada sesiapa nak langgar haha , jadinya kita bertawaf keliling ice . Owh ya ini air yang dah beku tau bukan peluncur air macam ice skating kat sunway pyramid tu , kalau runtuh ice ni berenang lah kau .
kawasan ni permainan snow ball tak pasti sama ada buka tau tidak , tengok orang tak main .
lepas puas main kat sini , ternampak macam ada satu gelongsor air dari atas puncak , wah best ni , amoi tu cakap awak kena naik cable chair untuk menuju ke atas . Dekat atas pun ada lagi tarikan .
sini ada satu kedai makanan halal .
Cable chair return sorang 50 yuen . Disebabkan fuad nak main luncur air , total sorang 98 yuen mean 50 cable + luncur air 48 yuen .
so lovelyyy , ini pun first time naik , masa kat Seoul naik gondola cable car .
kalau nak main luncur pelampung dekat bahagian sini , sangat best , tunjuk je gambar ni kat kaunter .
okey dah sampai ke puncak .
pergh panjang juga jambatan ni , 5D Bridge , kalau nak jalan situ sorang 58 yuen , fuad tak pergi sebab masing masing penat nak berjalan . The view so nice , kalau salji banyak lagi cantik .
setiap seorang diberi baju hujan , kalau tak pakai memang korang akan basah .
here we gooo
ya ampunn bestnyaa benda ni , rugi lah sangat kalau korang tak cuba , sesuatu pengalaman yang menarik . Nanti tengok video .
Fuad pernah pergi ski di Beijing , ski di Seoul , apa yang boleh di cakapkan Songmingyan Internatioanl Ski is the best ever ski yang fuad pernah pergi , memang terbaik ! Layanan dia orang juga pun tip top , boleh bagi 5 bintang walauapun tak tau english . Kalau bawa keluarga , anak anak sure suka .
okeylah hari pun dah lewat petang , cuaca pun dah nak gelap , moh lah kita balik ke Lanzhou . Dari sini ada banyak teksi tapi dia orang tak direct pergi ke Lanzhou , hanya hantar ke bandar Henzeng saja , dengan kadar 50 yuen .
Dari bandar tukar teksi ke Lanzhou , yang ni van 12 seater hanya kami bertiga saja hehe , bagusnya dia caj 400 yuen , duit toll dia tak minta . So total kos pergi balik sini 950 yuen .
Fuad suruh dia stop kat Lazhou West Railway sebab nak ambil tiket train untuk esok , baik ambil awal awal , esok pagi tak adalah rushing sangat .
Sebelum datang ke China fuad dah print siap siap semua booking , jadi tinggal bagi saja . Waktu ni kaunter tiket kat atas dah tutup , hanya kaunter tiket 1 saja dibuka , kena turun bawah ada escalator .
Sampai je kaunter fuad serahkan dia kertas booking dan passport , pastikan waktu korang booking nama sebiji dalam passport termasuk bin/binti kalau tidak tiket reject kena beli yang baru . Mula pegawai lelaki ni tanya dalam bahasa mandarin serious tak faham , fuad cakap english only , you can speak english ? ( malas nak guna google translate tengah2 ramai beratur , pandai2 dialah , apa yang susah sangat dah terang terang kat situ ada nombor booking , key in jerlah) lepas tu dia panggil pegawai lain , wanita , dia datang je terus key in booking dan print tiket haaa kan senang , ini mesti baru masuk kerja nii .
tadaa , hihi , sebenarnya ini kali pertama pengalaman fuad booking tiket train China . Kita ambil 2nd class ke Xining , kalau drive 3 jam lebih , naik train 2 jam , tambang sorang dalam RM36 . Pergi Xining untuk apa ? Teruskan membaca ...
Di luar Railway Station ada laluan pintu masuk ke Lanzhou LRT . Memandangkan apartment fuad memang dekat dengan station LRT so naik ni jerlah lagi senang , tambahan tambang pun murah .
Di China setiap station LRT/metro akan ada security dan mesin pengimbas beg seperti di airport tu untuk pastikan tiada siapa yang bawa barangan terlarang seperti senjata . Tiket boleh beli di mesin , ada bahasa english . siapa yang duduk KL dan menggunakan LRT memang tak susah pun semua sama saja sistemnya .
pastikan tau station apa yang korang nak turun .
Jangan risau dalam ni ada dwi bahasa , mandarin dan english .
Di setiap pintu masuk station dinyatakan waktu train pertama , terakhir dan waktu station tutup .
Malam ni kita cuba restoran halal lain pula , sama tempat dengan mee tarik cuma hujung sikit . Order nasi goreng 10 yuen per mangkuk , sayur goreng telur 20 yuen , sup $$ dan daging 36 yuen . Masakan cina tak pernah menghampakan , semua sedap sedap walaupun kalau tengok nasi goreng dia macam blank je kan tapi rasa dia memang enak sekali buk .
Sebelum balik apartment kita singgah mart , depan kedai makan je , nak beli susu for moring breakfast .
HARI KETIGA
5 JANUARY 2020
Pagi ni bangun pukul 4 pagi , fuad kejut ibu abang , mandi siap , solat subuh then gerak ambil taxi ke Lanzhou West Station , kena ada di station paling bagus 90 minit awal bergantung kepada kesesakan , kalau pagi tak ramai orang , kalau station lain seperti di Beijing mungkin sesak dengan penumpang . Tambang teksi 17 yuen 16 minit je . Usually bila fuad tahan taxi kita akan tunjuk nama dalam tulisan cina lepas tu cakap ` ni she tau ma ? ` kalau dia angguk tu mean dia tau atau dia akan ckp ` wo she tau `. Kali ni naik teksi ikut meter , suka fuad ingatkan bukan semua pemandu ada duit baki kalau yang ada tu nasib baik , so harap sangat dapat bagi jumlah yang tepat , sebab orang China bayar guna wechat atau alipay , fuad cakap ` wo mei you wechat` .
Kenapa gerak pagi ? harini kita akan pergi ke luar bandar Lanzhou iaitu Xining (sebutan dia sining) . Tujuan ke sini nak pergi dua tempat iaitu Qinghai Lake , tasik terbesar di China dan Chaka Salt Lake , kenapa nak pergi sini ? cuba search di google the view so amazing tambahan nak letak dalam my history of travel i have been in the largest lake in China .
Besar sungguh station railway , sebelum nak masuk ke dalam ni perlu tunjuk tiket dan seperti biasa beg harus di scan dan badan juga dia orang check . Kalau tengok kat bawah nampak memanjang kan , actually setiap row tiang ada Gate masing masing .
Meh fuad ajar cara dan prosedur menggunakan railway China .
1) Setiap station akan ada skrin besar , macam skrin besar di balai pelepasan KLIA2 tu , kan dia ada tunjuk no flight , destinasi , gate semua tu . So sama je kat sini , first tengok tiket ada nombor train , macam kat bawah ni no train D2743 , depart pukul 6:40 pagi , so dah tau no train tengok kat skrin then tengok pula bahagian Check gate no berapa , macam tiket kat bawah ni dia dah letak Gate A1 (belah kanan atas sekali) so memang dah tau .
skrin
2) Cari signboard Gate
3) Lepas dah jumpa gate , tengok di skrin betul tak no train kita D2743 pukul 6:40 pagi , kalau ada mean betul lah tu , boleh duduk dulu sementara ada pengumuman Open Gate , nanti akan ada pegawai yang datang buka pintu . In kes no train kita tak ada kat sini mean belum tiba waktunya , contoh sampai pukul 5 pagi , train puku 6:40 , skrin akan tunjuk train terawal dulu .
4) Bila dah ada pengumuman dan pegawai mula buka pintu , its time to depart . Bila turun je ada skrin lagi menunjukkan train D2273 di platform no 1.
5) Misi kita adalah mencari coach atau gerabak . Cuba tengok balik tiket tadi , belah kanan ada tulis 02 04 , 02 adalah coach 04 nombor seat .
6) Bila dah jumpa coach , kita cari pula seat nombor 4 . Senang bukan ? Insyaallah you can do it , yang penting relax .
tepi seat ada no kat atas
Bila dah duduk , tiket jangan simpan , nanti akan ada lady yang datang check satu persatu , then akan ada pula lady bawa tray untuk pembelian makanan minuman , kalau nak beli kopi cakap ` hi ,ni yo kafe ? sebutan bukan kefe , tapi kafe . Lepas tu cakap ` duashao qian ? (how much) , tak pun ambil hp buka kalkulator biar dia tekan .
Perjalanan mengambil masa dua jam saja , kita orang macam eh betul ke train ni laju , sebab tak rasa laju , gegaran pun kurang .
After two hour sampai di Xining Railway Station , Xining adalah daerah Gansu . Penduduk sini pun majoriti beragama islam .
Lepas je keluar cari signboard Taxi , base on my research ada bas ke Qinghai Lake dan Chaka Salt Lake tapi tak jumpa info . Cara paling mudah naik je taxi . Nanti akan jumpa banyak kereta taxi yang sedang menunggu , buka google map zoomkan ke arah Qinghai Lake , cakap ` wo yau chiq chiqe ` ( i want go here) .
Perjalanan mengambil masa dua jam lebih rasanya , yes guna meter .
Sepanjang perjalanan akan jumpa gunung ganang , kalau salji tebal lagi cantik .
Selepas melalui satu pekan kecil , ingat dah sampai tau rupanya jauh lagi , memang betul betul rasa jauh sangat dipinggiran bandar ,
Ini yak rasanya
So cute biri biri .
Finally sampai juga di one of the Scenic Spot `Erlang Sword Scenic Area` , tasik ni besar jadi banyak scenic spot , yang paling dekat disini . Waktu paling terbaik datang ke sini bulan april sehingga oktober , ketika ini ramai pelancong yang berkunjung dan cuaca pun baik.
Ingatkan lepas dah merayap sini nak ambil teksi lain ke Chakayan Lake , tapi memandangkan memang tak ada teksi kat sini, fuad cakap ` ni keyi dang wo ?` Awak boleh tunggu saya ? dia cakap boleh tapi bayar dulu haha sure .
Harga tiket seorang 50 yuen jika datang bulan november sehingga mac (off peak) . Bulan lain 90 yuen .
Kawasan ni sangat luas , boleh rujuk pada peta .
Sini juga disediakan sightseeing bus 20 yuen dan kereta kuda 40 yuen tapi disebabkan musim off peak orang pun tak ramai , bukan tak ramai hanya kita orang dan few student je yang ada kat sini haha . So bas tidak beroperasi , kena menapak . Takpelah buang kalori .
yeah finally we arrive tasik terbesar di China , Qinghai Lake dengan keluasan 4282km , bayangkan besar dia lebih kurang 6 kali ganda keluasan negara Singapore .
Bila datang musim winter lagi lagi bulan januari tasik dah beku , semua operasi banyak yang tutup , boat sightseeing juga hanya terdampar kat situ , kalau tidak kita boleh naik ke seberang sana . Malah tandas pun hanya buka satu sebab dia orang nak mengelakkan paip pecah bila freeze .
nampak tak boat or kapal ?
Gambar jangan lupa , video juga fuad ada buat , nanti tengok ya .
Kami menghabiskan masa lebih kurang satu jam disini .
amboi mommy hihi
inilah rupa gambar bila datang musim bunga , luruh .
Seperti yang fuad bagitau pada awal tadi , lepas saja ke Qinghai Lake kita akan ke Chaka Salt Lake , dari sini ke sana dalam 84km tapi driver teksi berhubung dengan orang disana yang boleh tutur dalam bahasa english , dalam mesej tersebut (dia tunjuk wechat) dia bagitau ` Hi sir , sekarang snow tengah lebat , cuaca tak bagus dan boleh menyebabkan kemalangan , saya sarankan awak balik ke bandar Xining ` , so fuad bersetuju dan decide untuk kembali ke bandar , sebab base on my pengalaman waktu kat Korea kita orang nak naik gunung sebab time tu snow lebat baru je turun and that time polis semua dah jaga kat bawah , hanya mereka yang ada snow chain atau snow tyre saja dibenarkan naik , keadaan jalan sangat licin dan sangat berisiko . Demi keselamatan takpelah tak ada rezeki , kita harus akur , janji dah sampai kat sini pun Alhamdulillah sangat .
Sampai je bandar , fuad minta turunkan kat masjid bandar , suka uncle teksi , bayangkan lah baru setengah hari dah dapat 970 yuen bersamaan RM572 , boleh balik rumah terus lah uncle hehe . Sini ada makanan halal .
Setiap kali masuk kedai makan mesti tanya `Ni yo chau fan ? ` (awak ada nasi goreng ) , tapi kat sini dia cakap tak ada , fuad cakap `ni yo ming ? ` (awak ada mee ?) yes , okey lah order mee je , sedap kau , semua makan tak berbunyi haha kelaparan . 1 pinggan ni tak silap 9 yuen kot . Air teh cina no sugar . Waktu nak bayar tu dia tunjuk qr code wechat , i said ` wo mey you we chat , wo yo chige (sambil tunjuk duit ) keyi ? ` okey keyi (can) . hihi , actually kat sini boleh je bayar cash tak ada masalah pun , some people on google kalau datang China kalau tak ada wechat dan alipay susah sebab semua guna pembayaran ini je huhu tak adalah , okey je bayar guna cash , cuma part teksi je yang susah sikit pasal depa tak ada duit pecah .
Sebenarnya fuad nak buat city tour , sebab awal balik , train pula fuad booking pukul 9 malam , sekarang pukul 4 haha . Tapi entah kenapa internet tak boleh guna , tak dapat nak search , berkali kali fuad check , off hp semua still tak ada . Then fuad bagitau nak beli tiket train baru , kira untuk malam tu burn , so tak adalah tunggu lama , tapi dah internet tak boleh buka macam mana nak beli tiket online .
Haa apa kata kita naik bas jelah , sebelah railway station ada terminal bas.
Bila sampai kaunter fuad bagi tulisan cina ` bus to lanzhou` copy dari google translate tunjuk kat dia , sekali dia balas cina fuad dapat tangkap few word je yang paling jelass ayat mingtian (esok) , mean bas untuk harini dah habis hanya tiket untuk esok saja . Herm tak apalah terima kasih haha .
Jam pun dah pukul 5 jadi kita decide tunggu saja train pukul 9 , sambil tu merayap dekat sini .
atas ni ada banyak kedai makan , mostly halal . Macam macam ada .
lagi satu jam nak depart kita makan dulu , nanti sampai Lazhou dah pukul 11 lebih , kedai sure dah tutup . Kita makan fast food je Insyallah halal (base on my searching on google) , ibu nak makan burger .
Masa untuk kembali ke Lanzhou.
Waktu ni kita terpisah , sorang depan , sorang tengah , sorang belakang , nasib beza satu seat saja , sebab waktu fuad booking tiket online tu sistem train China dah offline , waktu pukul lima pagi baru sistem online , mana booking yang dah buat bayaran tu akan bertimpa timpa masuk dan menyebabkan seat tak sama .
Ruangan dia luas .
Tau tak waktu dalam ni baru dapat internet rupanya mobile roaming is off , seriously ? fuad dah check berkali kali memang mustahil , itulah orang kata bila Allah tak izinkan , mata pun boleh jadi buta , mungkin ada hikmah disebalik yang kita tak tau . Hermmm bila ada je internet terus masing masing hp berbunyi masuk notification hadoii .
Waktu sampai di Lanzhou West Station , LRT dah tutup , orang ramai berlari lari beratur ke terminal teksi . Untuk esok hanya ada city tour saja , fuad cakap kat ibu abang nak bangun lewat pukul 12 pun tak apa , atau kalau tak nak pergi pun tak apa , fuad okey je pergi seorang kesian dia orang penat . Dia orang pula kesian kat kita , so ibu cakap boleh tak esok kita gerak lepas zohor sebab dekat sini je kan. Okey je .
HARI KEEMPAT
6 JANUARY 2020
Memandangkan last day kita habis kan maggi goreng untuk sarapan , owh ya actually ini kali pertama percutian fuad tak bawa satu makanan pun dari Malaysia , kalau tak tu berangkut tin tin sardin . Ini pun abang yang bawa maggi .
Lepas zohor kita keluar buat city tour , antara tempat yang nak pergi Masjid Lanzhou , Yellow River Mother Sculpture , Waterwheel Garden , Zhongshan Bridge , White Pagoda Park dan Gansu Museum , tapi Gansu Museum ditutup pula pada hari isnin . Tempat tempat yang fuad listkan ni area area sini saja .
Ibu bila nampak je ubi keledek, suka . bila tengah ubi tengah panas makan waktu sejuk sejuk macam ni memang sedap , dah lah manis .
Dekat sini kita boleh naik cable car ke puncak White Pagoda Park tapi tak beroperasi pula , bukan kata cable car , boat pun sama , kalau baca kat bawah sini Ropeway 30 yuen seorang , pergi balik 50 yuen , mungkin ditutup waktu winter je kot .
Nampak tak warna putih tu ? tu Lanzhou Water Mosque .
nampak tak cable car warna biru dan merah . Kalau dapat naik mesti lagi best .
Zhongshan Bridge .
Waktu paling terbaik ambil gambar kat sini waktu petang petang macam ni , so nice .
Nampak tak kat atas tu , White Pagoda Park . Macam fuad cakap tadi kita boleh naik cable car atau hiking ke atas , disebabkan semua macam tak larat so tak adalah naik , jangan cari pasal dah lah ibu ada asthma .
sorry guys fuad tak dapat cover kat atas ni . Kalau datang sini jangan lupa naik okey . Hanya Yellow River Mother Sculpture , Waterwheel Garden kita tak pergi , nak pergi situ kena naik teksi disebabkan masa tak sempat so kita skip , tempat ni lebih kepada sejarah dan untuk bergambar .
Menurut tuan rumah ada satu jalan ni menjual cenderamat tapi dah puas pusing pusing tak jumpa apa . First time kali ni pergi cuti tak beli souvenir .
Sekarang dah pukul 5:30 kita makan dulu , pukul 7:30 dah nak gerak ke airport . Makan tempat sama haritu , ni abang belanja .
Balik je kemas kemas beg , baring sekejap , solat maghrib , dari kata 7:30 nak keluar last pukul 8 baru kelur hihi .
Bye bye Lanzhou , we miss you , mungkin takkan lagi pergi ke sini , sebab fuad kalau dah sampai tak pergi lagi dah , banyak tempat nak cover kat dunia ni . Sepanjang kat sini orang dia semua baik baik dan tak sombong .
Naik teksi ke airport bagitau dia T1 is Terminal 1 bukan Terminal 2 . Yang kita orang pula lupa terminal apa walhal dah ambil gambar waktu sampai haritu , so iyerkan jelah bila dia cakap terminal 2 . Pemandu teksi ni sangat baik dan peramah , walaupun dia tak tau english tapi dia sedaya upaya buat isyarat tangan , comel je .
Mujur Terminal 1 dan Terminal 2 bersebelahan , memang connecting . So jalan kaki saja . Terminal 2 ni baru je buka lima tahun lepas untuk menampung kapasiti , malah terminal 3 pun akan beroperasi pada tahun 2020 .
Huh waktu nak ambil boarding pass ni punyalah ramai , ini semua rombongan dari travel agensi , yang geramnya dah tau ramai , kenapa sekarang baru nak check in , datang lah awal. Ni yang nak hempas kali kedua haha .
Pintu pelepasnya pun macam pintu doraemon , kecil je .
Kalau korang hilang Departure Card boleh isi kat sini .
Full house , satu seat kosong pun tak ada , and kami bertiga saja warga Malaysia . Orang China memang suka datang ke Malaysia dan fuad percaya Airasia buka laluan ke sini pun sebab demand orang sini .
our plane just arrived .
ibu tak sabar nak balik wuhuu .
HARI KELIMA
7 JANUARY 2020
Alhamdulillah selamat mendarat pukul lima pagi di KLIA 2 . Back to normal rutin , harini dah ada few client nak jumpa haha , memang tak reti penat , no business no money ma .
VIDEO CLIP 1 MINUTE
VIDEO SEPANJANG DISANA
okeylah guys itu saja posting fuad untuk kali ini , kalau ada sebarang pertanyaan tanya saja , boleh komen di bawah , fuad hari hari buka baca dan balas . Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu dan permudahkan urusan korang . Bye bye ...
UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE
No comments:
Post a Comment