Sunday, January 9, 2022

Bercuti ke Genting Highland Selepas PKP Makan Burger Lobster Fish & Chip

Assalamualaikum Hi Semua ! Sempena rentas negeri telah dibenarkan ramai orang tidak melepaskan peluang untuk bercuti termasuk la fuad , bulan lepas dah pergi Penang , kali ni dia tak puas hati pergi genting pula tambahan waktu ni genting baru open for visitor ada buat promo hotel sikit , mujur sempat grab u kalau tak harga dah jadi triple lepas tu sekejap je sold outnya . Alang alang tukan booking 4 hari 3 malam terus hehe . Fuad book weekdays , senang sikit tak ramai orang lagipun kerja sendiri biar pergi hari biasa , ni self employed pun nak pi weekend juga naya pak karim dah lah weekend je dia orang ada cuti , dah sesak hehe.

Dari Ampang ke Genting Highlands dalam 1 jam 10 minit sangat dekat , gerak lepas zuhur trafik pun lancar susur keluar ke tol gombak tu , wahh lama sungguh tak jalan jauh macam ni kan , last pergi genting kalau tak silap tahun 2019 trip solo  . 

Waktu pergi ni hujan dah lebat , sekarang kan musim hujan . Bila dah mula naik ke puncak tu terus hujan berhenti .


Lawatan pertama adalah ladang strawberry , haa mesti ramai yang tak taukan kat sini ada strawberry farm , ingat kat cameron je ke ada , sini pun adalah tapi tak lah semeriah dan seletop kat cameron . Bayaran masuk ke sini dewasa RM15 sahaja . Bila masuk je akan dihidangkan dengan keindahan bunga lavender yang cukup segar . Fuad tak sure lah kalau boleh petik dan beli , rasanya boleh .


Tidak melepaskan peluang untuk petik strawberry tapi sedih sebab yang besar besar semua dah kena rembat yang tinggal semua yang kecil dan rosak . 100gram RM8 tapi fuad sangat cadangkan lebih baik beli je yang dah siap pack di kaunter sebab kat kaunter dia orang pack yang besar besar dan cantik , harga pun tak mahal RM16 saja . Dan semua buah yang fuad petik ni semua masam tak ada yang manis , mungkin ikut rezeki kan .


Lepas sahaja memetik buah terus menuju ke hotel first world , waktu ni awan cerah terus mendung kabus melanda , itu petanda dah nak hujan .


Waktu nak masuk parking first world tu banyaknya kereta , ingat hari biasa tak ramai , mujur parking basement bawah banyak 

 

Kalau ada yang tak tau kita boleh check in terus dan terima keyless thru genting apps , mudah bukan ? Cumanya lepas dah check in perlu ke kiosk untuk re confirm then baru keyless itu activate . Nasihat fuad bila check in tolong lah pilih mountain view hanya tambah RM5 sahaja sebab waktu check in fuad just proceed saja , tup tup dapat bilik mengadap tingkap bangunan depan adoii ini dah macam bukan bercuti di genting , yerlah mana nak tau selama ni booking memang akan dapat mountain view atau pun mengdapat sky world theme park , haa teruslah fuad turn ke lobby bagitau reception nak tukar bilik , fuh selamat ada 1 , memang rezeki , waktu ni bilik kt first world katanya tak buka semua , bila tanya kenapa dia pun tak tau tapi dia cakap ramai staff yang berhenti , tapi fikir logik yerlahkan dah lah first world ni largest hotel in the world kalau kau buka semua dengan house keeping tak cukup masak tu nak mengemas hehe




haaa barulah letop view gunung ganang baru terasa cuti kat genting








waktu untuk dinner


memandangkan kedai pukul 10 semua dah tutup , ada yang tutup awal jadi kita makan je mana2 restoran and actually ingat nak makan lobster sekali baratur panjang , dahlah perut dah lapar , so cancel !


HARI KEDUA

Semalam lagi dah check pukul berapa Burger Lobster ni buka , tulis 11 pagi makanya sebelum pukul 11 dah beratur , ingatkan kita yang awal rupanya dah ada orang lain yang beratur tapi nasib tak ramai , bila dia buka je terus dapat table yahuu



fresh dari akuarium




order chilis lobster dan seven samurai bun , erghhhh dapnyaaaa tengah tulis ni pun dah terasa rasa kat lidah





ni harga dia




HARI KETIGA
The best moment bila bangun pagi tengok matahari tengah naik sambil menikmati breakfast di bilik wow hehe . Okey untuk hari ketiga kita teruskan dengan jalan jalan cari makan di genting . The laughing fish by harry ramsden , world best fish and chip wow , bestnya kat genting ni banyak restoran yang tak ada di KL ada kat sini , kira exclusive lah , so kalau nak makan kenalah panjat atas hehe .



okey waktu sampai ni terlebih awal , yerlah kita fikir macam burger & lobster tu nak kena beratur bagai rupanya tak , memang tak ramai pun . So sebelum tu pose dulu.






rasa ala ala kat London kan , walhal tak pernah pergi pun hihi





menu


fuad order yang large dan ice lemon , nampak macam kecil kan , tapi puas hati kenyang , sedapp



patut ada orang nyanyi ni tapi tak ada pula mungkin sebab covid



pekena desert pula , Eton Mess , manis sungguh , tu bukan ice cream , gabungan meringue , whipped cream dan strawberry . Fuad tak galakkan u guys ambil ni , better ambil super sundae atau sticky toffee



lepas dah makan tu , kita turun ke GPO menaiki cable car , fuud booking 2 jenis , satu yang biasa bila turun dan naik nanti ambil glass gondola . Kononnya nak feeling2 minum sambil menikmati pemandangan . Oh ya , kalau korang nak minum dalam gondola , make sure simpan dalam beg waktu nak masuk tu sebab makanan minuman memang tidak dibenarkan . Lagi satu siapa booking glass gondola ni better ambil express lane sebab ramai beratur walaupun weekdays .


haa ini yang kita mahukan



nasiblah kita bukan seorang gayat , bestt boleh tengok di bawah


entah bila lah nak buka skytropolis ni , katanya hujung 2021 tapi sampai sekarang belum




okey untuk malam pula kita makan di High Line Roof Top Market , sini lebih kurang macam food court lah tapi versi have have punya . Ada pelbagai jenis pilihan , boleh makan seafood lambak atau ikan siakap ke , tak mahal pun , tukang masak pun orang islam .






ni drink counter , lepas bayar semua collect kat sini , fuad order air tembikai .




yang paling bestnya makan sini , open air , pemandangan mengadapat outdoor theme park dan cable car , memang nyaman sangat dan sejuk hehe




tolonglah jangan order burger ni dan mac & cheese , rasa dia sangatlah hambar , senang cerita tak yah beli kat bahagian western tu , yang ada jual burger apa semua , baik makan seafood .




HARI KEEMPAT
Masa untuk check out , kalau korang nak check out lewat tak mahal pun berapa ntah , ada di listkan di email waktu kita check in tu , dan kunci just masukkan saja di dalam peti check out kat lobby , sesungguhnya percutian kali ni terasa begitu puas sekali , barulah rasa betul betul cuti , dengan tempat yang sejuk , hati pun sejuk , so lepas ni kalau nak pergi cuti kena pergi tempat sejuk baru mencapai klimaks haha .





No comments:

Post a Comment